Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Rabu, 9 September 2020

Para Isteri Wajib Amalkan Agar Allah Jaga Anak-anak Dan Suami Kita Walau Dimana Mereka Berada



Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Allah Yang Maha Menjaga dan Allah Yang Maha Memelihara. Kedua-dua nama seakan-akan sama maknanya jika dibaca selapis. Namun apabila digabungkang ketika dalam doa, ia membawa keyakinan yang jitu kepada Allah bahawa Dia PASTI akan menjaga apa saja yang kita minta dilindungkan.


Kebanyakan ibubapa cuba untuk menjaga anak-anak, maka inilah teknik terbaik untuk melindungi anak-anak. Serahkan anak kepada Allah Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari’ Ya Hafiz Ya Muhaimin.


Caranya zikir 5 nama tersebut 40x setiap pagi dan diiringi dengan bicarahati, “Ya Allah, aku serahkan anakku __nama__ kepadaMu yang Maha Mentadbir, Maha Mengurus, Maha Mengatur Agenda, Maha Menjaga dan Maha Memelihara. Sesungguhnya aku tidak berdaya menguruskan dan melindungi anakku.”

Kenapa perlu serahkan anak kepada Allah pula? Bukankah Allah beri kita anak untuk Kita jaga? Bukankah anak tanggungjawab Kita?


Penyerahan itu di Hatimu bukan di gerak gerimu.

Di dalam surah Ali-Imran ayat 35 & 36 ada menerangkan cara-cara kita perlu membuat penyerahan kepada Allah.

Ayat 35:

Ketika isteri ‘Imran berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Ayat 36:

“…. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.”

Ibu-ibu, ayah-ayah…

Apabila kita menyerahkan urusan anak kepada Allah, kita akan diberi energy yang cukup luar biasa dalam mendidik, membimbing, menjaga, menyayangi, memantau dan mengurus anak. Kerana Allah boleh memberi full energy kepada kita sebab kita lah khadam/khalifah Allah untuk menzahirkan sifat2 Allah kepada anak-anak.

  • Energy mendidik: Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rashid
  • Energy membimbing: Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq
  • Energy menjaga: Ya Hafiz Ya Muhaimin
  • Energy menyayangi: Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’
  • Energy memantau: Ya Khobir Ya Basir Ya Raqib
  • Energy mengurus: Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari’

Ingatlah, kitalah khalifah Allah kepada anak-anak, maka siapa lagi yang kita harapkan untuk menjalankan tugas kita sbg khalifah jika bukan Allah Ya Somad yang Maha Diperlukan. Laa hawla walaa quwwata illa billah.

Dalam melindungi anak-anak, yang paling utama yg harus dilindungi ialah hatinya iaitu iman dan aqidahnya. Maka, kepada Allahlah tempat kita mohon pertolongan kerana hanya Allah yang Melihat apa yang di dalam hatinya. Allah ya Malik saja yang boleh membolak-balikkan hati. Maka, setelah membuat penyerahan kepada Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Baari’ memberi kita full energy sebagai ibubapa untuk menjalankan tugas-tugas di atas sebagai jawapan Allah kepada doa kita.

Sumber : fizazawawi


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa