Rabu, 22 Julai 2020

Swab Test Bukan Perkara Mudah Buat Anak Kecil



Sekalipun tak kasihankan diri sendiri, tolong kasihankan mereka yang lain. Terutamanya untuk anak-anak yang masih kecil.
Mak cik kira beruntung kerana balik sahaja dari luar negara, terus berkuarantin di rumah sendiri. Kemudahan banyak. Bila lapar mak cik boleh picit butang telefon dan order makanan yang makcik idamkan.
Saya dan sebilangan guru-guru yang mengajar di Sarawak terpaksa berkuarantin di sekolah masing-masing yang lokasinya jauh dari bandar.
14 hari saya duduk di kuaters sekolah. Dengan gensetnya yang rosak masa itu. Maka bermandi peluh lah pada waktu tengah hari.
Tak boleh nak lari mana-mana selagi 'gelang' masih di tangan.
Atas rasa tanggungjawab. Rasa bersalah yang tersangat jika keluar dari kawasan kuaters sekolah. Risau pun iya. Sedangkan saya dari semenanjung. Bukan balik berjalan dari negara orang.
14 hari mengharapkan ihsan kawan-kawan untuk hantarkan makanan ke rumah. Jika mereka keluar ke pekan, mereka tawarkan diri untuk belikan keperluan.
Hari ke-10 berkuarantin baru saya keluar. Itu pun ke hospital yang jaraknya 80km untuk buat swab test.
Selesai sahaja swab test, atas rasa tanggungjawab, terus pulang ke kuaters sekolah semula. Kira total perjalanan 160km semata-mata untuk buat swab test yang tak sampai berapa minit.
Buat mak cik dan kawan-kawan di luar sana, kita perlu sama-sama melawan virus ini. Jangan kerana kita, wujudnya kluster baru. Lagi kasihan jika anak-anak kecil yang polos wajah mereka itu turut terlibat sama.
Cukuplah pengalaman sekali buat swab test. Memang tak sakit, tapi berair juga mata. Tak boleh bayang jika anak-anak yang masih kecil turut melalui pengalaman yang sama. Puncanya dari kita orang dewasa yang tak bertanggungjawab.
Jadi bila dapat berita yang kerajaan mewajibkan kuarantin di pusat bagi mereka yang baru balik dari luar negara, saya lega. Lega kerana masalah mereka yang tak bertanggungjawab ini dapat dikurangkan.
Kawan-kawan,
Sepatutnya bila kalian banyak travel, banyak melihat negara orang, kalian lebih matang dan bertanggungjawab. Pepatah ada mengatakan, jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi tidak untuk mak cik. Tak ada kesan dan ibrah selain penat berjalan.
Sigh~
Saya harapkan agar pihak KKM sediakan 'lidi' yang lebih besar untuk cucuk hidung mereka. Baru padan dengan muka. Haha.
Dua-dua lubang hidung dicucuk masa swab test

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa