Selalu ada dengan anak. SELALU.
Cari masa berdua dengan setiap anak dan mulakan perbualan.
Mulakan perbualan dengan bercerita. Bukan soalan bertalu-talu.
Bila anak bercakap. DENGAR.
Fahamkan apa cerita anak dan RESPON.
Hadirkan diri semasa anak bercerita. Pandang muka dan mata anak.
Pasti anak rasa sungguh berharga ibu dengar cerita saya.
Jaga bahasa yang kita guna. Anak PENIRU terbaik. Baik atau buruk, anak akan ikut.
Tak caya?
Tunggu seminggu lepas tu.
"Macam pernah ku dengar ayat ini. Tapi di mana ya?!"
BERCAKAP.
Bukan membebel. Mengugut dan menyindir menyakitkan hati tau.
Dan pastikan masa itu, ibu mendengar dan memahami cerita dengan baik.
Raikan perasaan anak-anak. Elakkan menidakkan perasaan anak bila anak bercerita. Sekali lagi dengar dulu dan respon secara rasional.
Tips ni nampak senang nak buat di kala ibu sedang dalam mood yang baik. Bila tiba masa ibu serabut. Kelaut semua tips parenting.