Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Rabu, 20 Mac 2019

Ketika Anak Jawab Peperiksaan UPSR, Mak Ayah Lakukan 7 Amalan Ini


Doa seorang ibu untuk anaknya, tiada hijab. Ia tembus terus ke langit, sampai kepadanya tuhan. Dan ketika anak menduduki dan jawab peperiksaan besar dalam permulaan hidupnya, iaitu UPSR. Ibu ayah boleh lakukan 7 amalan ini.
Iringi setiap langkah anak dengan doa penerang hati agar anak tenang sepanjang berada dalam dewan peperiksaan. Sebab boleh terjadi, anak tiba-tiba panik lalu tak ingat jawapan yang mahu ditulis. Walhal sebelum ini sudah cukup bersedia dia menghafalnya.
Selain doa dan zikir, 7 amalan ini mak ayah boleh lakukan saat anak menghadapi peperiksaan. Ini yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Fadli Salleh III kepada followernya di dalam facebook.

7 Amalan Ibu Bapa Saat Anak Menghadapi Peperiksaan
Banyak aku baca dan dengar perkongsian tips tentang apa amalan yang baik ibu bapa amalkan saat anak-anak sedang berjuang di medan peperiksaan. Aku kongsikan di sini ya.”
1. Ibu dan bapa hadir di sekolah sepanjang peperiksaan berlangsung. Bersalam dengan anak dan doakan mereka.
2. Saat anak melangkah masuk, ibu ‘hantar’ dengan doa agar anak ditajamkan akal dan diberi kemudahan untuk menjawab semua soalan.
3. Ibu beredar ke surau, buat solat hajat. Solat dhuha, solat taubat dan berdoalah.
4. Membaca Al Quran saat anak menjalani peperiksaan. Antara surah-surah yang disarankan seperti surah Al Fatihah, 3 Qul, Surah Insyirah dan surah Yaasin.
Tiada masalah nak baca mana-mana surah sebenarnya. Semua kalimah Allah adalah mukjizat.
5. Yang tidak boleh solat, selawat banyak-banyak, zikir dan hantar doa tanpa putus.
6. Bersedekah pada masjid dan fakir miskin dengan niat dipermudahkan urusan anak dan keluarga.
7. Puasa sunat bagi yang mampu dan tidak uzur.
Yang tidak dapat hadir ke sekolah, tiada masalah. Amalan-amalan ini boleh saja dilakukan di rumah atau di pejabat.
Malah ada sekolah tidak membenarkan ibu bapa berada dalam kawasan sekolah atas pelbagai faktor. Tenang saja, boleh lakukan di rumah dan di tempat kerja.
Mereka telah usaha, kita ibu bapa juga kena usaha. Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala.

Dekatnya Hubungan Hati Ibu Dan Anak

Ada hubungan hati antara seorang ibu dan ayah dengan anak-anak mereka. Satu hubungan yang sains tak mampu jelaskan.
Doa, zikir, ibadah dan selawat yang kita niat dengan ikhlas khusus untuk anak-anak sampai pada mereka. Membuat mereka tenang dan lapang dada.
Teruslah selawat, zikir, baca Quran dan sebagainya. Dan niatkan agar anak kita tenang dan senang menjawab peperiksaan.
InsyaAllah, ‘kiriman’ kita itu sampai pada mereka. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang. Amin.
Sumber/Foto: Mohd Fadli Salleh III, Kita hidup berTuhan / Berita Harian (Foto: Hasriyasyah Sabudin)

Amalan Dan Bacaan Memulakan Perniagan Online atau Kedai

Imej mungkin mengandungi: teks
Apabila anda ingin membuka pintu kedai atau promosi barang jualan tidak kira secara online ataupun premis.

Maka baca lah

-Surah Al-Fatihah 1x

-Selawat ke atas nabi 7x/11x
-Baca Surah An-Nashr 3x
Apabila sampai ayat "wa roaitannaa sayadkhuluna fi dinillahi afwaa jaa" maka niatlah dalam hati supaya ramai yang masuk dan tengok barang jualan anda seperti mana ramai kaum kuffar makkah yang memeluk agama islam setelah kemenangan makkah.
Surah ini menceritakan ramai kuffar mekkah memeluk agama islam apabila Allah memberi kemenangan kepada ummat islam di kota makkah,berpuak-puak dan berkumpulan-kumpulan kuffar memeluk agama Allah.
Kata guru: "hendaklah memperbanyakkan bertasbih,memuji Allah dan meminta Ampun sepanjang perniagaan"
Kata guru lagi "apa-apa amalan yang baik boleh di amalkan,tetapi lebih mujarrab jika beradab.. Setengah daripada beradab ialah meminta izin/ kebenaran sebelum beramal.



Sumber: FB Mustaman Mustafa

PES PERSEDIAAN RAMADHAN.


Imej mungkin mengandungi: makanan
PES PUTIH
Sesuai untuk Sup, Goreng capcai, Mi goreng, semur, Ikan stim.
BAHAN-BAHAN:
250 gm bawang merah
100 gm bawang putih
50 gm buah keras
3 sudu makan lada
2 sudu makan garam
100 ml minyak goreng | untuk kisar bahan
100 ml minyak goreng untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam. Biar seketika, angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.
PES MERAH
Sesuai untuk nasi goreng, sambal goreng,balado,ayam dan ikan goreng sambal, Shellout, Ayam sambal. Masak Asam Tumis, Asam Pedas, Kari, ikan dan ayam bakar.
BAHAN-BAHAN: 
500 gm cili merah
150 gm bawang merah
100 gm bawang putih
100 gm tomato
50 gm gula merah
2 sudu makan garam
100 ml minyak goreng |untuk kisar bahan
100 ml minyak goreng |untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus. Kecuali gula merah
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan gul merah. Tumis sebentar kemudian sejukkan
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.
PES KUNING
Sesuai untuk buat soto, acar, pepes, gulai lemak
BAHAN-BAHAN:
100 gm buah keras
150 gm bawang putih
300 gm bawang merah
50 gm kunyit hidup
20 gm halia
20 gmr lengkuas
2 sudu makan lada
2 sudu makan garam
100 ml minyak goreng |untuk kisar bahan
100 ml minyak goreng untuk menumis

CARA MEMASAK:

1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan masak seketika. Angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.
PES OREN
Sesuai untuk ayam goreng, gulai, lodeh, rendang
BAHAN-BAHAN:
200 gm Cili merah
2.5 sudu makan ketumbar
300 gm bawang merah
150 gm bawang putih
100 gm buah keras
25 gm kunyit hidup
20 gm halia
20 gm lengkuas
2 sudu makan garam
100 ml minyak goreng | untuk kisar
100 ml minyak goreng | untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan masak lagi seketika. Angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.

Sumber:FB Rahil Rasli

Bangun 5 Pagi Untuk Masak Bekal Sekolah Anak, Ayah Ini Kongsi 30 Idea Bekal Anak Ke Sekolah Terbaikk!!




Pasti ada ibu bapa di luar sana yang ingin menerapkan sikap membawa bekal ke sekolah dalam diri anak-anak. Selain lebih jimat, ia juga jauh lebih berkhasiat dan selamat dimakan apabila dimasak dari rumah. Kebiasaannya, golongan ibu lebih sinonim dalam hal penyediaan makanan bekal anak-anak ke sekolah, namun tidak bagi keluarga ini.


Melalui satu posting di dalam sebuah group di Facebook, ayah ini telah berkongsi sebanyak 30  idea menu yang menyelerakan sebagai bekal anak-anaknya ke sekolah. Menariknya, dialah yang menyediakan bekalan tersebut dan sanggup bangun seawal 5 pagi untuk memasak.

“Untuk maklman yang bertanya berapa lama saya ambil masa untuk siapkan bekal, saya start bangun jam 5 pagi untuk siapkan bekal anak. Sebelum tidur saya dah prepare awal² bahan² untuk masak, jadi bila bangun bleh masak terus.
‘Biasanya jam 6 pagi bekal anak dan bekal saya ketempat kerja dah siap semua. Lepas tu baru saya mandi, solat, sarapan dan bersiap utk hantar anak kesekolah. Jam 6.45am dah kluar rumah ke sekolah anak. 
#Hari2BabaMasakBekalUntukAnak2

Selain itu, beliau turut memuat naik beberapa resipi untuk memudahkan ibu bapa memasak bekalan anak.


Wow! Menariknya! Boleh dilihat dalam setiap bekal pasti mempunyai lebih daripada satu jenis makanan. Rajin betul si bapa masakkan pelbagai menu bekal untuk anak-anak. Yang pasti ia lebih menyelerakan daripada makanan di kantin sekolah malah lebih berkhasiat!



Sumber : Keluarga via Hafiz Satar (MAHN)


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa