Rabu, 31 Julai 2019

5 Langkah Asas Membina Komunikasi Yang Baik Dengan Anak-Anak.

Hasil carian imej untuk anak dan ibu
Pertama.
Selalu ada dengan anak. SELALU.
Cari masa berdua dengan setiap anak dan mulakan perbualan.
Mulakan perbualan dengan bercerita. Bukan soalan bertalu-talu.

Kedua.
Bila anak bercakap. DENGAR.
Fahamkan apa cerita anak dan RESPON.
Hadirkan diri semasa anak bercerita. Pandang muka dan mata anak.
Pasti anak rasa sungguh berharga ibu dengar cerita saya.

Ketiga.
Jaga bahasa yang kita guna. Anak PENIRU terbaik.  Baik atau buruk, anak akan ikut.
Tak caya?
Tunggu seminggu lepas tu.
Kalau buruk, tunggu anak marah. Ayat apa yang keluar. Mesti uols terdetik..
"Macam pernah ku dengar ayat ini. Tapi di mana ya?!"
Kalau baik. Uols yang akan senyum sampai ke anting-anting. Anak siapa yang suwittt bersemut sangat nih. 

Keempat.
BERCAKAP.
Bukan membebel. Mengugut dan menyindir menyakitkan hati tau.
Dalam apa jua situasi, sila bercakap dengan tenang. Galakkan anak bercakap dan ceritakan perkara sebenar.
Dan pastikan masa itu, ibu mendengar dan memahami cerita dengan baik.

Kelima.
Raikan perasaan anak-anak. Elakkan menidakkan perasaan anak bila anak bercerita. Sekali lagi dengar dulu dan respon secara rasional.
Tarik nafas dulu dan lepass.
Tips ni nampak senang nak buat di kala ibu sedang dalam mood yang baik. Bila tiba masa ibu serabut. Kelaut semua tips parenting.
Jadi, penting ibu buat latihan pernafasan selalu. Setiap masa. Sehingga menjadi habit. Bila rasa nak bertukar. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan.

Selamat menDENGAR dan meRESPON hari ni.

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa