Rabu, 20 Mac 2019

Bangun 5 Pagi Untuk Masak Bekal Sekolah Anak, Ayah Ini Kongsi 30 Idea Bekal Anak Ke Sekolah Terbaikk!!




Pasti ada ibu bapa di luar sana yang ingin menerapkan sikap membawa bekal ke sekolah dalam diri anak-anak. Selain lebih jimat, ia juga jauh lebih berkhasiat dan selamat dimakan apabila dimasak dari rumah. Kebiasaannya, golongan ibu lebih sinonim dalam hal penyediaan makanan bekal anak-anak ke sekolah, namun tidak bagi keluarga ini.


Melalui satu posting di dalam sebuah group di Facebook, ayah ini telah berkongsi sebanyak 30  idea menu yang menyelerakan sebagai bekal anak-anaknya ke sekolah. Menariknya, dialah yang menyediakan bekalan tersebut dan sanggup bangun seawal 5 pagi untuk memasak.

“Untuk maklman yang bertanya berapa lama saya ambil masa untuk siapkan bekal, saya start bangun jam 5 pagi untuk siapkan bekal anak. Sebelum tidur saya dah prepare awal² bahan² untuk masak, jadi bila bangun bleh masak terus.
‘Biasanya jam 6 pagi bekal anak dan bekal saya ketempat kerja dah siap semua. Lepas tu baru saya mandi, solat, sarapan dan bersiap utk hantar anak kesekolah. Jam 6.45am dah kluar rumah ke sekolah anak. 
#Hari2BabaMasakBekalUntukAnak2

Selain itu, beliau turut memuat naik beberapa resipi untuk memudahkan ibu bapa memasak bekalan anak.


Wow! Menariknya! Boleh dilihat dalam setiap bekal pasti mempunyai lebih daripada satu jenis makanan. Rajin betul si bapa masakkan pelbagai menu bekal untuk anak-anak. Yang pasti ia lebih menyelerakan daripada makanan di kantin sekolah malah lebih berkhasiat!



Sumber : Keluarga via Hafiz Satar (MAHN)

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa