Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Selasa, 23 Januari 2018

Ayat Untuk Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.


Tonton Video Ini : Syamsul Debat – Tips Lembutkan Hati Anak Yang Degil
Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.
Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;
Kaedah Pertama:
Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5),  Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.
Kaedah Kedua:
Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;
1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku,  menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
8. Beri minum air tersebut dan mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Doa Untuk Anak Yang Degil
Setelah membuat kajian, saya dapati banyak carian berkaitan doa untuk anak. Untuk post kali ini, saya siarkan doa untuk diamalkan oleh ibubapa bagi mengatasi masalah anak yang degil.
Sebelum memulakan rawatan untuk anak ini, saya nasihatkan ibubapa supaya mengenalpasti dulu punca masalah tersebut. Cari sebab kenapa anak-anak kita menjadi degil, nakal atau tidak mahu mendengar nasihat.
Cuba lihat pada nama anak itu. Cari maksud nama tersebut. Adakah ia bersesuaian dengan karektor anak.
Kemudian fikirkan sejenak cara kita mendidik dan melayan anak. Adakah sangat ketat, sangat garang, sangat manja atau terbiar sahaja. Kesemua ini memberi kesan terhadap perangai anak.
Cubalah selami jiwa dan kemahuan anak-anak. Barangkali ada pertentangan antara cara kita dan kehendak anak-anak. Mungkin juga disebabkan oleh “jurang generasi”.
Fikirkan juga punca rezeki yang kita perolehi. Dari sumber mana dan adakah ia halal, syubhah atau haram. Kesemua ini ada kesan kepada jiwa anak-anak.
Seterusnya, bagaimana pula dengan didikan agama mereka? Berapa kali kita berjemaah bersama keluarga. berapa kali kita membaca Quran bersama-sama.
Sebagai ibubapa, kita perlu ambil tahu siapakah teman-teman anak kita dan apakah aktiviti mereka dan kemana mereka selalu pergi.
Sekiranya ada kekurangan berkaitan cara kita, silalah perbaiki diri. Berubahlah supaya kita menjadi idola anak-anak. Rapatkan hubungan dengan ank-anak. Kemudian amalkanlah doa untuk anak yang degil ini.
Untuk memulakan rawatan untuk anak yang degil, mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, Ayatul Qursi Selawat Syifa sebanyak tujuh kali.kemudian usaplah ubun-ubun anak itu dengan penuh kasih sayang. Pasang niat di dalam hati. Bacalah doa rawatan anak yang degil sebanyak tujuh kali. Tiuplah di ubun-ubun anak itu setiap kali selesai membaca doa dibawah.


Selasa, 16 Januari 2018

Adakan Perbincangan Bersama Anak-Anak Untuk Tontotan Cerita Yang Lebih Berilmiah




Kadang-kadang sengaja Allah takdirkan dalam adik beradik akan ada yang kurang berjaya dalam pendidikan atau kehidupannya kerana Allah mahu seorang itu sentiasa ada untuk menjaga ibu dan ayah. Hal ini pernah dicerita oleh seorang Ulama'. Jadi anggap sesuatu kejadian ada hikmah dan peluang mencari pahala lebih dengan ibu dan ayah.

Filem "Bisik Pada Langit" banyak mesej dan impak yang positif boleh kita ambil iktibar dan sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga.



Perbincangan dari filem bersama anak-anak

1. Menjaga anak perempuan ibarat menjaga lembu sekandang.

2.  Anak adalah amanah yang perlu dilindungi.

3. Anak-anak adalah sama sahaja pelengkap ibu bapa.

4. Tiada ayah di dunia yang mahu lihat anaknya terluka.

5. Ayah dan saudara lelaki sanggup bekorban agar anak perempuannya dipermudahkan perjalanan ke alam barza'.

6. Kedukaan ibu bapa yang kehilangan anak lebih dahsyat dari kedukaan anak yang kehilangan ibu bapa :(

Ambil peluang menonton filem ini bersama Famili....

Ahad, 7 Januari 2018

So Cheap..Discount 10% For International Brand Poppy Apparel

Feminist? 
Tree-huger? 
Anime Lover? Fashionista? 
All of the above? 

Then you will love Poppy Apparel shop!


I am the Brand Ambassador of Poppy Apparel Shop. An international brand for fashion conscious women and women who know what they want.

I know that you've been eyeing this open back short sweater dress. It's available in all sizes S-XL.

Shop this dress at @dalin_hasnan and take advantage of a 10% DISCOUNT when you use the code "dalinfashion" at checkout. 

Esadara Blouse



Selforah Blouse

 Porsia Blouse




Kalden Blouse

 Elegant Button Down Shirt

 Feminas Shirt

Leopard Shirt


 Cream Crop Top

Hara Sweater Dress











What's more exciting? You get FREE international shipping. Yeyyy! So what you waiting for......

Link: https://poppyapparel.com/
Instagram: dalin_hasnan

Isnin, 1 Januari 2018

Ryan Jana Pendapatan RM45 Juta Setahun Dari YouTube



Ibu bapa dan khususnya kanak-kanak berusia tujuh tahun ke bawah pastinya mengenali kanak-kanak lelaki ini yang seringkali membuat review pelbagai jenis barang mainan di channel YouTube, Ryan ToysReview. Siapa sangka, kanak-kanak itu sebenarnya telah meraih pendapatan US$11 juta (RM44,918,126) setahun.
Menurut laporan Forbes yang melaporkan pendapatan selebriti YouTube yang menjana hasil pendapatan yang tinggi melaporkan, channel YouTube Ryan ToysReview yang dikendalikan oleh keluarga Ryan telah menjana lebih kurang US$11 juta bagi tahun 2017.
The Verge yang pernah membuat liputan mengenai channel Ryan ToysReview dan ibu bapa kanak-kanak itu pula mendedahkan, hampir setiap hari mereka memuat naik video-video review baharu semenjak channel itu diwujudkan pada Mac 2015.
Difahamkan, channel itu mula diwujudkan ketika Ryan berusia empat tahun, yang meminta video-video review barang mainan, bertanya kepada ibu bapanya mengapa tidak dia juga melakukan perkara yang sama untuk channel YouTube miliknya sendiri.
Pada awalnya, channel Ryan ToysReview bermula dengan perlahan sehingga Julai 2015, video-video Ryan mula mendapat perhatian dan viral di media sosial. Video yang memaparkan Ryan membuka dan membuat review ‘Giant Egg Surprise’ yang mengandungi lebih 100 mainan dari siri kereta Pixar itu kini telah ditonton hampir 800 juta kali di YouTube.
Channel Ryan kini dilihat lebih cenderung membuat review mainan baru dan produk-produk makanan kanak-kanak yang menampilkan komentar bersemangat dari Ryan.
Channel Ryan ToysReview itu kini mempunyai lebih 10 juta subsribers yang dianggarkan memberi pulangan pendapatan sebanyak US$1 juta setiap bulan, hasil pengiklanan di YouTube.



Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa