Anda adalah segala-galanya buat si manja. Oleh itu, semua perkataan yang anda sebut mampu memberi kesan dari segi fizikal atau emosi pada tumbesaran mereka!
Semua kanak-kanak akan mencari ibu bapa mereka terlebih dahulu dalam semua hal. Sokongan dan bimbingan yang diberi ibu bapa amat penting untuk memberi rasa selamat pada anak-anak.
Tapi, kadang-kadang… ibu bapa juga membuat kesilapan.
Antaranya ialah dengan menyebut beberapa perkataan yang tidak seharusnya disebut oleh mereka.
Semua perkataan itu bersifat “tajam” dan mampu mengguris hati kecil si manja. Ia juga mampu memberi kesan dalam tumbesaran fizikal dan emosi anak-anak! Hati-hati ya.
Kaitan antara tingkah laku ibu bapa dan perkembangan diri anak-anak
Buat anak-anak, ibu bapa ini bukan saja “orang biasa“. Mereka menganggap ibu bapa mereka sebagai penjaga dan pelindung.
Ibu bapa boleh buat semua perkara! Sebab itu semua benda dan percakapan yang diungkap ibu bapa memainkan peranan penting.
Ia mengajar mereka tentang apa yang salah dan apa yang betul. Oleh itu, apabila ibu bapa kerap memarahi anak, mereka akan membesar dengan tingkah laku yang sama.
Mereka cepat marah dan pantang “melakukan kesilapan”. Bahaya, bukan? Jadi semua ibu bapa… mari ubah gaya keibubapaan anda.
Pakar psikologi meminta anda jangan sebut 8 ayat ini pada anak-anak kerana ia mampu memberi kesan buruk!
Jangan Sebut 8 Ayat Ini Pada Anak-Anak Anda!

#1 “Berhenti menangis sekarang!”
“Tak mengapa kamu menangis. Tapi… kamu kena faham, apa yang kamu buat ini salah.“
#2 “Ibu/Abah kecewa dengan kamu!”
“Tindakan kamu tadi salah. Jom kita bincang, okay?”
#3 “Kamu tak cukup bagus!”
“Kamu sudah cukup bagus. Nanti kita cuba dengan lebih baik, okay?”

#4 “Kamu ini tak berguna, lah!”
“Tak semua orang sempurna, sayang. Tapi kamu boleh buat dengan lebih baik lain kali. Jangan risau, okay?“
#5 “Budak besar tak akan takut.”
“Tak apa kalau takut. Semua orang takut kadang-kadang. Tapi ibu ada sesuatu yang boleh membantu.“
#6 “Kamu anak yang jahat!”
“Apa yang kamu buat ini tak baik. Jangan buat lagi, ya?”
#7 “Ibu buat semua perkara demi kamu!”

#8 “Kamu gemuk!”
“Ibu cuba nak jadi sihat. Kamu nak cuba juga? Jom lah cuba sekali. Ibu tak mahu cuba seorang-seorang!“