Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Isnin, 15 Mei 2017

Anak Tengah Mengamuk, Jangan Dilayan, 5 Taktik Ini Pujuk Hati Ibu



Anak meragam atau mengamuk di tempat umum akan buatkan anda malu dan sangat marah. Anak pula akan menangis dan menjerit dengan sekuat hati ditambah dengan aksi berguling-guling tanpa menghiraukan orang di sekeliling.

Apa yang si kecil tahu kemahuan mereka mesti dipenuhi. Akibatnya segelintir ibu bapa memilih beralah dengan anak-anak, yang penting si kecil tidak lagi menjerit.

Hakikatnya, jalan mudah ini salah, jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan perkembangan anak secara positif. Sebagai ibu bapa anda harus tahu cara yang betul untuk menangani anak yang sering mengamuk dan meragam.

Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita seharusnya menolong anak mengawal tabiat tersebut.

Panduan hadapi anak mengamuk:
1.    Alih Perhatian Anak
Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti menangis lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam selain mengalihkan perhatian mereka dengan sesuatu yang mereka suka.

2.    Jangan Mengikut Kehendak Anak
Kanak-kanak mengamuk kerana mereka tahu cara tersebut mereka akan dapat apa yang diinginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya. Kanak-kanak memang bijak sekali kita mengalah apabila mereka mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluan mereka tidak dipenuhi. Jangka masa mengamuk juga akan lebih lama kerana mereka tahu anda akan mengalah akhirnya. Oleh itu cekalkan hati dan tegas dalam membuat keputusan.

3.    Elak Marah Dan Menjerit
Jangan sesekali memarahi si kecil anda kerana ia tidak akan membantu. Terangkan pada mereka kenapa tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga dapat membantu anak-anak yang meragam.

4.    Biarkan...
Membiarkan anak meragam adalah ubat paling mujarab kerana jika anda memujuk ia akan memberi gambaran bahawa dia akan dapat semua yang dimahukan bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada sesetengah kanak-kanak yang bertindak mencederakan diri apabila mengamuk seperti menghantuk kepala ke lantai dan ada juga yang sukar bernafas ketika mengamuk.

5.    Apabila Anak Berhenti Mengamuk
Berbincanglah dengan anak kenapa permintaannya tidak dipenuhi dan kenapa mereka tidak sepatutnya bersikap sedemikian. Tegaskan bahawa dengan mengamuk tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada mereka dan itu satu tingkah laku yang tidak baik.

Tak Perlu Guna Rotan Dalam Mendidik, Kuasa YA LATIFF Lebih Hebat



Memang mencabar  nak jaga anak-anak tanpa tinggikan suara. Nak marah pun bukan anak faham. Jadi apa yang mak-mak perlu buat, guna kuasa DOA!

Ya, boleh denda tetapi itu tidak mencukupi dan anda patut doakan manis-manis. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca ‘Ya Latif’ sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3 Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.


Terjemahan Surah Taha Ayat 1-5

Taa. Haa.

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.

Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam di atas 'Arasy.

Bacaan untuk anak/suami yang degil tidak mahu solat

Baca doa ini 3x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak/suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah..

Kemudian baca doa NABI DAUD sebanyak 3 kali -

“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI” dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”


5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang. Semua ini Insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Semoga bermanfaat buat semua ibu ayah untuk mendidik anak-anak ke arah yang positif.


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa