Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Isnin, 14 Ogos 2017

Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Aqiqah atau Akikah

Dalam ilmu fiqh (perundangan Islam) aqiqah juga disebut nasikah dan zabihah. Makna aqiqah ialah putus, nasikah pula ialah ibadat dan zabihah pula bermaksud sembelihan. Jika digabung semua makna tersebut ianya bermaksud sembelihan yang dikategorikan sebagai ibadat yang diputuskan urat-urat sembelihan.
Aqiqah ialah suatu ibadat berbentuk penyembelihan binatang tertentu sebagai tanda gembira dan bersyukur kerana kelahiran bayi.
Binatang yang disembelih untuk tujuan tersebut ialah unta, lembu atau kambing tetapi kambing adalah afdal dan lebih bagus.


Bagi anak lelaki disembelih 2 ekor kambing atau 2 bahagian dari lembu atau unta. Bagi anak perempuan pula seekor kambing atau 1 bahagian dari lembu atau unta. Untuk lembu dan unta dibenarkan untuk berkongsi 7 bahagian.
Hukum aqiqah dalam mazhab Asy-Syafi’e adalah sunnat muakkadah iaitu sunat yang hampir kepada wajib. Tanggungjawab aqiqah dikenakan ke atas orang yang wajib memberi nafqah kepada anak yang diaqiqahkan seperti bapa.
Dalil pensyari’atan aqiqah ialah perbuatan Nabi SAW dan juga para sahabat beliau. Antara dalil tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-imam Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya:
عن سليمان بن عامر الضَّبِّي – رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، يقول: ” مع الغلام عقيقته، فأهريقوا عنه دماً، وأميطوا عنه الأذى
Yang bermaksud: “bersama anak yang dilahirkan ada aqiqahnya yang perlu dilaksanakan maka sembelihlah bagi pihaknya dan buanglah kotoran rambut dengan mencukur rambut anak itu”.
Waktu untuk menaqiqahkan anak ialah bermula dari sempurnanya kelahiran anak hingga baligh anak tersebut. Jika aqiqah dilakukan sebelum sempurna kelahiran maka ia dianggap sembelihan biasa yang boleh dimakan tetapi bukan aqiqah.
Penyembelihan binatang untuk aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh dari tarikh kelahiran bayi. Tetapi jika tidak dapat dilaksanakan pada hari ketujuh maka boleh juga pada hari yang ke 17 atau 21. Tetapi jika masih tidak dapat laksanakan maka boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dengan kemampuan ibubapa bayi.
Jika telah baligh anak tersebut sedangkan aqiqah untuknya belum disempurnakan maka tuntutan ke atas ayahnya sudah tidak berjalan lagi,  di waktu itu bolehlah si anak melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri atau boleh juga si ayahnya melaksanakan sebagai melangsaikan apa yang belum dia selesaikan sebelum ini.
Namun begitu, hari yang paling afdhal untuk menjalankan aqiqah ialah pada hari ketujuh kelahiran anak. Contohnya, jika lahir pada 1 haribulan maka aqiqahnya pada 7 haribulan.
Dalil aqiqah pada hari ketujuh ialah hadis yang diriwayatkan ole imam Abu Daud dalam Sunan beliau:
عن سمرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ” الغلام مرتهن بعقيقته، يذبح عنه يوم السابع، ويسمى ويحلق رأسه”.
Maksudnya: “anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya (bakti anak kepada ibubapaya bergantung kepada aqiqah), maka disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dan pada hari itu juga diberi nama dan dicukur kepalanya”.
Setakat ini dahulu penerangan tentang hukum aqiqah bahagian 1.
Sekiranya anda ingin membuat tempahan, boleh klik salah satu butang di bawah:


Persoalan Hukum Dan Cara Ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online

Zaman sekarang ini segalanya semakin mudah dan cepat. Semakin banyak perkara boleh dilakukan hanya dihujung jari. Jelaslah bahawa internet merupakan satu teknologi yang semakin penting dan memudahkan bagi setiap insan.
Bagi umat Islam, kemajuan komunikasi ini boleh digunakan bagi memudahkan urusan dan ibadah. Antara perkhidmatan yang semakin mendapat sambutan adalah melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah keluar negara secara online.
Namun masih ada yang tertanya-tanya akan hukum, panduan dan cara bagaimana ibadah ini boleh dilakukan secara online. Tidak salah bertanya dan ianya satu kewajipan untuk mendapat penjelasan yang jelas serta tepat agar tiada keraguan untuk melakukan ibadah ini.
Semoga jawapan berikut dapat memberi penjelasan yang diinginkan. Namun, jika masih juga wujud sebarang keraguan, adalah lebih baik bertanya terus kepada guru agama serta alim ulama secara berdepan agar lebih puas hati dan mententeramkan jiwa.

Bagaimana, bolehkah serta hukum ibadah Qurban dan Aqiqah ini dilakukan secara online? 


Setiap ibadah termasuklah ibadah Qurban dan Aqiqah ini, yang paling utama adalah niat. Setelah itu barulah melakukannya mengikut syariat yang ditetapkan.
Namun, apabila ibadah Qurban dan Aqiqah ini tidak dapat dilakukan didepan mata, maka niat dan tanggungjawab tugasan tersebut boleh diserahkan kepada pihak wakil iaitu melalui akad taukil.
Namun paling penting, pastikan al-wakil (pihak orang yang menerima perwakilan) merupakan orang yang dipercayai dan mampu melaksanakan ibadah yang dimaksudkan (iaitu ibadah Qurban dan Aqiqah) atau mampu menguruskannya mengikut syariat.
Walaupun telah menyerahkan perlaksaan ibadah korban kepada orang lain, namun disunatkan kepada al-muwakkil (orang yang menyerah) untuk turut hadir menyaksikan penyembelihan korbannya dilakukan.
Ini sebagaimana sabda Nabi SAW kepada Fatimah RA; “Pergilah kepada binatang korban kamu dan saksikanlah dia kerana sesungguhnya dengan titisan pertama darah yang jatuh darinya akan menyebabkan diampunkan untukmu segala dosa kamu yang lalu” (Mustadrak al-Hakim; 7525, dari Abu Sa’id al-Khudri RA).
Jika ia dapat hadir sama, hendaklah ia berniat korban ketika melihat binatang korbannya di sembelih. Boleh juga jika ia menyerahkan niat kepada penyembelih. Disunatkan juga ketika melihat binatang korbannya disembelih, ia membaca;
إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهُ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanya untuk Allah Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya, dengan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah dari kalangan orang-orang yang berserah diri kepada Allah” (Mustadrak al-Hakim; 7524, dari ‘Imran bin Hushain RA).
Namun jika ia tidak dapat hadir sama, maka akad taukil tadi sudah memadai sebagai niat korban bagi dirinya. Tinggal lagi orang yang melaksanakan penyembelihan korban bagi pihak orang lain hendaklah ia berniat korban bagi pihak mereka.

Penjelasan Lanjut Tentang Akad Taukil

Sebarang akad taukil tidak sah melainkan dengan ‘sighah’ yang jelas. Maksud ‘sighah’ ialah pernyataan secara zahir dari kedua pihak yang  berakad sebagai tanda kerelaan mereka untuk melakukan aqad. Ia meliputi ijab (iaitu pernyataan untuk beraqad dari pihak yang memulakan akad) dan qabul (iaitu penerimaan/persetujuan dari pihak kedua).
Sighah (pernyataan) ini boleh berupa percakapan, tulisan, bahasa isyarat yang difahami* atau dengan perbuatan/tindakan (seperti satu pihak memberi dan satu pihak lagi mengambil).  Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa berakad melalui sms, email, borang dan seumpamanya masuk dalam hukum akad melalui tulisan.
Para ulamak mengharuskannya dengan syarat tulisan itu jelas (tiada kesamaran), benar datang dari pihak berakad dan bertujuan akad**. Selain itu, kedua pihak yang berakad hendaklah orang yang sah untuk berakad, iaitu; telah baligh dan beraqal (waras).

Cara Melakukan Akad Taukil

Melakukan akad taukil (penyerahan) dengan bahasa yang jelas, seperti berkata kepada al-wakil tadi (sebagai contoh); “Ini duit RM400, belikan untukku binatang korban (1 tompok darinya) dan laksanakan korban bagi pihakku”. Jika taukil (penyerahan) turut membabitkan pengagihan daging korban, nyatakan sama; “….dan mengagihkannya bagi pihakku kepada yang berhak/layak menerimanya”.
Dengan mengisi borang bersama penyerahan wang (tunai/transaksi/resit) sudah memadai sebagai bukti taukil (penyerahan).
Kemudian hendaklah al-wakil menerima taukil (penyerahan) tadi dengan lafaz darinya (seperti ia berkata; “aku terima”) atau dengan perbuatan (menerima wang dan borang tersebut tanpa perlu berkata apa-apa).

Rujukan;

  1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 28/160 (perkataan ‘sighah’).
  2. al-Mu’amalaat al-Maliyah-2, as-Syubaily, hlm. 76.
  3. at-Tijarah al-Iliktroniyah, ‘Ali Muhammad Ahmad Abu al-‘Izzi, hlm. 190.
  4. Hukm Ijra’ al-‘Uqud bil-Alati al-Hadithah, Dr. al-Farfur (Majallah Majma’ al-Fiqh; 6/593).
* Beraqad dengan isyarat hanya harus bagi orang yang tidak mampu bercakap dan menulis.

** Harus berakad dengan tulisan sekalipun dapat bercakap. Namun dikecuali akad nikah, tidak harus berakad nikah dengan tulisan selagi pihak yang berakad dapat bercakap.

Kesimpulan

Maka jelaslah bahawa ibadah Qurban dan Aqiqah boleh dilakukan tanpa perlu kita berada didepan mata untuk melihat binatang sembelihan tersebut disembelih serta diagihkan. Hukumnya adalah harus kerana berada dan melihat di depan mata itu adalah perkara sunat.

Maka melalui kelonggaran ini, kita punya peluang yang lebih luas untuk melakukan ibadah ini di mana-mana sahaja lokasi di seluruh dunia yang kita inginkan dan kepada mereka yang lebih memerlukan. Oleh itu perkhidmatan ibadah Qurban dan Aqiqah secara online menjadi pilihan terbaik, termudah dan fleksible mengikut kemahuan anda.

Qurban dan Aqiqah Secara Online

Ingin melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online? Adalah yang paling penting anda memastikan pengendali perkhidmatan ini mengikut dan memenuhi segala hukum yang disyariatkan.
Pada zaman ini ramai yang mengambil kesempatan menggunakan ibadah agama sebagai sumber keuntungan. Oleh itu jangan mudah terpedaya dan ambil remeh. Selidik dan dapatkan segala maklumat dengan tepat dan sahih sebelum melakukan sebarang transaksi.
Melalui pengalaman peribadi, Pengendali perkhidmatan eQurban merupakan yang terbaik, berpengalaman, patuh syariah, dipercayai, berkualiti dan menjadi peneraju dalam bidang ini. InsyaAllah… Anda pasti akan berpuas hati. Berminat boleh buat tempahan di bawah




untuk terus ke pendaftaran penyertaan terus boleh klik butang tempahan di bawah



Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa