Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Rabu, 15 Mac 2017

Woman Who WOWS Me

Every woman would want happiness and love in her life. Feel loved and get support to move forward, independent, and glorious for having her life even though no man by her side. Because women are supposed to be great. They will raise and educate the next generation of the world.



People's perception that women are weak creatures. This opinion is not entirely wrong. However, now that women are proven to be strong and independent, can lead, and do the great things that they deserve. Without forgetting the energy further as women.

Determined to become a mother, does not mean a woman can not do the things that they's dream. A woman must have high dreams and try to make it happen. If you can make it happen, we will be an example and inspiration for the future of our children. Give examples with big dreams to children who are raised and educated by us shall be the ones who have great dreams anyway.


Maternal instinct of a loving mother would always stay close relationship between mother and child. Naturally a child will feel close and connected to the people who gave birth to her anyway.

My mum inspired me so much. Mom is my best friend in the world and always there in my dictionary. Woman who WOWS my life is my mum. She's always there to motivate me and has been a shoulder to cry on. I can't put in words how appreciative I am for her presence or that she's always willing to drive through two states to be there for her daughter. I love my mom very much forever and ever. May God always gives happiness for mom and bless every step of the way of life. Aminn ..

Selasa, 7 Mac 2017

“Takpe Minta Kat Allah. Allah Bagi Cukup Nanti.”

(Perkongsian daripada Puan Farihah Zulkifle)

Malam ni saya nak cerita suatu benda yang istimewa yang boleh diteladani oleh kawan-kawan semua.
Tentang sangka baik dengan Allah.
Saya tak pernah jumpa lagi orang yang sangka baik dia tinggi kat Allah macam si “S” ni. Apa-apa masalah, yang keluar kat mulut dia, “takpe Allah ada. Takpe Allah bagi nanti. Takpe Allah ganti.”
Dulu masa takda duit tak pernah pun dia berzikir duit takda duit takda duit takda. Dia mesti cakap. “Takpe minta kat Allah. Allah bagi cukup nanti.”
Hasilnya? Saya dapat lihat dia ada hubungan yang “istimewa” dengan Allah. Sepanjang saya kenal dia, apa yang dia nak semua dia dapat. Tapi dalam meminta masih tahu batas & tidak minta melebih-lebih. Bab anak dia mengaku dia mengalah. Dia pesan, Allah tahu bila nak bagi.
Saya nak share tips yang saya selalu nampak dia buat. Contoh pertama dulu dia nak syarikat kami ada gudang & ofis sendiri. Dia akan sebut hari-hari. “Tak lama lagi kita nak ada gudang & ofis ni.” Bila kat rumah tiba-tiba dia akan masuk bilik dan cakap, “ha i dah minta kat Allah tadi supaya bagi kita gudang & ofis”. Cara dia minta dia selalu doa & solat 2 rakaat. Doa dia bukan atas tikar sejadah je. Tetibe tengah makan ke, main hp, tengah pakai baju, atau tengah drive, dia akan cakap “ya Allah, bagi la kami gudang dan ofis yang selesa tahun ni”. Dia akan selalu sebut & akhirnya doa makbul walaupun dengan kondisi waktu itu sangat mustahil bagi kami.

Dan banyak lagi episod-episod ajaib yang saya lihat sendiri cuma biarlah saya simpan untuk pengajaran & pelajaran pada saya yang Allah itu dekat, SENTIASA selalu sangka baik dengan Allah dan rajin minta. Kita ni semua hamba Allah yang miskin takda apa-apa. Memang sifat hamba adalah meminta.
Saya mengaku saya lemah. Saya sangka baik dengan Allah tapi kadang-kadang rasa diri tak layak dan selalu rasa Allah tak akan makbulkan doa saya. Mungkin di situ lah hijab nya. Dulu zaman para sahabat bila mereka minta sesuatu dari Allah, dan mereka tak dapat, mereka akan jadi pelik dan akan check kat mana silapnya. Tapi zaman sekarang, bila dapat sesuatu kita jadi pelik pula. Itulah saya. Bila dapat nikmat apa-apa, rasa pelik sebab macam tak layak.
Pengajaran kat sini, apa yang kita selalu sebut & sangka adalah doa. Ini tidak boleh disangkal lagi. Jika setiap hari sentiasa berzikir duit takda, duit tak cukup , hidup susah, maka itu lah yang Allah beri. Sangka baik dengan Allah tanpa ada sebarang tapi.
Dan akhir sekali belajar minta DIRECT dengan Allah dahulu kemudian baru usahakan asbab. Minta lah apa pun hatta nak makan Kfc esok hari sekalipun. Inshaallah ini semua latihan untuk tambah sifat yakin kita pada Allah.
Saya pun lemah lagi. Saya harap dapat hidup bersama dengan dia lebih lama lagi utk belajar macam-macam lagi tentang yakin pada Allah . Dari dia lah saya belajar dan dapat rasa yang Allah ni dekat, mudah nak reach dan MAHA mendengar.

Isnin, 6 Mac 2017

Surah Ini Mampu Membantu Musnahkan Sel Barah Kanser


Sebelum memulakan baca ini dulu :

  • Istigfar 10 kali
  • Salawat Nabi 10 kali
  • Al Fatihah 1 kali

Kemudian sediakan air di dalam botol, setiap kali surah dibaca, tiupkan kepada air. pesakit dinasihat minum air setiap hari atau sapu atau mandi pada anggota yang terkena barah.
Antara surah-surah tersebut :

  1. Surah Al Maidah Ayat 82-91
  2. Surah Al Araf Ayat 70-81
  3. Surah Ar Ra’d Ayat 16-28
  4. Surah Al Anbiyaa’ Ayat 38-50
  5. Surah Asy Syu’ara Ayat 185-227
  6. Surah Az Zummar Ayat 42-52
  7. Surah Ghafir Ayat 67-77
  8. Surah Az Zukhruf Ayat 52-70

Moga-moga dengan mengamalkan surah-surah ini mampu membantu menyembuhkan penyakit di atas KekuasaanNYA. Insyaallah.

MOHON JANGAN DIABAIKAN DOA UNTUK MENGELUARKAN JIN MAKHLUK HALUS ATAU RACUNRACUN ILMU SIHIR ATAU SANTAU DARI BADAN MANUSIA

Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit. Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat.

1. Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.

Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minum setiap hari sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai. Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

1. SURAH ASY SYUARAA’: AYAT 95 hingga 118.

2. SURAH AR RA’D: AYAT 30 hingga 34.


3. Surah Fussilat: Ayat 25 hingga 44


4. SURAH AL FURQAN: AYAT 61 hingga 77


5. SURAH AL MUKMINUN: AYAT 105 hingga 118


Hukum Penggunaan Vaksin


Vaksin berasal dari bahasa latin vacca (sapi) dan vaccinia (cacar sapi). Vaksin adalah bahan antigenik yang digunakan untuk menghasilkan kekebalan aktif terhadap suatu penyakit sehingga dapat mencegah atau mengurangi pengaruh infeksi oleh organisme alami atau “liar”. Vaksin dapat berupa virus atau bakteria yang telah dilemahkan sehingga tidak menimbulkan penyakit. Vaksin dapat juga berupa organisme mati atau hasil-hasil pemurniannya (protein, peptida, partikel serupa virus dan sebagainya). Vaksin akan mempersiapkan sistem kekebalan manusia atau haiwan untuk bertahan terhadap serangan patogen tertentu, terutama bakteria, virus, atau toksin. Vaksin juga dapt membantu sistem kekebalan untuk melawan sel-sel degeneratif (kanser).
Pemberian vaksin diberikan untuk merangsang sistem imunologi tubuh untuk membentuk antibodi spesifik sehingga dapat melindungi tubuh dari serangan penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin. Ada beberapa jenis vaksin. Namun, apa pun jenisnya, tujuannya adalah sama, iaitu menstimulasi reaksi kekebalan tanpa menimbulkan penyakit.
Hukum penggunaan vaksin
1) Jika diperbuat daripada bahan yang bersih dan suci maka ia diharuskan.
2) Jika diperbuat daripada bahan yang najis, ia terbahagi kepada dua:
• Jika ada alternatif lain, maka tidak boleh menggunakan vaksin yang najis. Ini kerana sabda Rasulullah SAW daripada Abu Darda’ R.Anhu yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram.”
• Jika tidak ada alternatif yang lain, ia dibolehkan kerana ia termasuk dalam perkara darurat.

Kenyataan Akhbar Bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Antaranya ialah:
* Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa.
* Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh Kerajaan sejak tahun 1950an. Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan. Kematian kanak-kanak telah menurun sebanyak 85% bagi tempoh 1970 hingga 2000, antaranya hasil dari peningkatan skop perkhidmatan kesihatan termasuk imunisasi. Imunisasi juga telah berjaya membasmi cacar (smallpox) dari dunia ini. Manakala polio telah berjaya dibasmi di kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya tetapi juga menghalang penyebaran penyakit tersebut.
* Vaksin tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan tubuh manusia. Ia mengandungi bahan aktif dari bakteria atau virus iaitu antigen yang membantu tubuh manusia menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit apabila dijangkiti. Vaksin juga mengandungi komponen lain seperti bahan pengawet (preservatives dan additives) serta adjuvant. Setiap komponen dan bahan ini memainkan peranan penting dalam pengawalan kualiti, keberkesanan vaksin serta keselamatannya.
* Semua vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Vaksinvaksin ini telah dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya (efikasi).
* Kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri. Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan. Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM sentiasa memantau kesan sampingan akibat imunisasi di semua fasiliti kesihatan. Sehingga kini, tiada tindakan regulatori terhadap vaksin akibat kesan sampingan.
* Sebarang kesan sampingan akibat vaksin juga dilaporkan kepada WHO dan data dikongsi dengan semua negara. Justeru, sebarang kesan sampingan berbahaya dapat diambil tindakan secara bersepadu pada peringkat antarabangsa.

Fakta dan salah faham berkenaan imunisasi

1) Imunisasi tidak berkesan
Tidak semua individu mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit dan tidak ada cara terbaik untuk kita mengenalpasti

1) Imunisasi tidak berkesan

Tidak semua individu mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit dan tidak ada cara terbaik untuk kita mengenalpasti individu tersebut. Maka adalah penting setiap individu diberi imunisasi lengkap supaya semua individu mendapat perlindungan sepenuhnya.
2) Tidak memerlukan imunisasi kerana penyakit berjangkit tidak selalu berlaku
Masih lagi terdapat penyakit berjangkit di Malaysia.
3) Penyakit berjangkit boleh dihindari dengan menjauhkan diri daripada kanak-kanak yang lain
Bakteria atau virus ini bukan hanya dibawa atau disebar oleh kanak-kanak bahkan juga orang dewasa. Contohnya, bakteria tetanus yang terdapat di dalam tanah juga dapat menjangkiti kanak-kanak melalui luka ringan yang sekaligus menyebabkan risiko mendapat penyakit tetanus.
4) Imunisasi adalah tidak selamat dan risikonya lebih tinggi berbanding penyakit itu sendiri
Imunisasi adalah selamat. Kesemua vaksin telah diuji keberkesanan dan keselamatannya. Tahap kesan tindak balassampingan terhadap imunisasi telah diuji dan pemantauan berterusan dijalankan walaupun vaksin itu telah diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab dan juga Kementerian Kesihatan. Telah sedia maklum kebanyakan imunisasi menimbulkan kesan sampingan yang ringan kepada kanak-kanak tetapi ini adalah jauh lebih baik daripada mendapat penyakit itu sendiri.
Rujukan
1. http://www.muftiwp.gov.my/…/perkhidmatan/irsyad-fatwa/770-30

2. Seminar PERUBATAN ke-7 Justice

5 Tips Kejayaan Ibu Ajar Anak Membaca


Kunci utama kejayaan ibu bapa mengajar anak di rumah di antaranya ialah dengan belajar melalui bermain. Bagi kanak-kanak mereka belajar dengan bermain. Dengan sedikit perancangan kita dapat menjadikan sesi bermain itu sebagai sesi belajar tanpa disedari.

Berikut adalah beberapa panduan yang harus diamalkan oleh ibu bapa, selain bermain, untuk mendapatkan hasil terbaik apabila mengajar anak di rumah.

1. Singkatkan Masa Belajar

Berapa lama anak kecil anda boleh duduk diam belajar? 5 minit? 3 minit? 1 minit? Anda lebih kenal anak anda. Bagi kami sesi belajar mestilah singkat. Bagi kanak-kanak perempuan 5 minit sudah cukup baik, dan bagi kanak-kanak lelaki yang berusia 4-5 tahun, 2 minit sudah cukup lama. Jadi sesi belajar anak anda mestilah 2-5 minit sahaja. Bahkan kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa kanak-kanak tadika hanya dapat memberikan tumpuan pada satu-satu masa hanya 15 minit sahaja. Oleh itu singkatkan masa anda untuk pembelajaran yang berkesan. Jika anda ingin melanjutkan sesi belajar, jadikanlah sesi tersebut sebagai sesi bermain.

2. Berhenti Sebelum Mereka Jemu

Belajar membaca bagi kanak-kanak kecil memang tidak menyeronokkan kecuali anda menjadikan sesi tersebut menyeronokkan melalui bermain dan santai. Oleh itu pastikan anda berhenti mengajar membaca atau aktiviti belajar sebelum mereka jemu. Oleh itu anda perlu tahu tanda-tanda mereka sudah jemu seperti mereka sudah tidak mahu lagi mengikut atau melihat apa yang anda tunjuk, telah bercakap hal-hal lain, mula menunjukkan ke arah lampu, kipas, mainan dan telah mula memberi alasan sakit pinggang dan sebagainya. Berhenti sebelum semua tanda-tanda itu muncul supaya mereka dapat merasakan bahawa sesi belajar itu santai dan tidak memaksa. Berhenti belajar pada masa mereka masih dalam mood belajar memudahkan anda memulakan sesi belajar yang baru nanti.

3. Kerap

Berdasarkan pengalaman Puan Nik Rokiah yang mengajar anaknya Siti Sarah Aqilah membaca, beliau mengajar anaknya 3-4 kali sehari. Bagi kanak-kanak kecil, mereka cepat lupa. Apatah lagi sekiranya perkara yang mereka belajar ini tidak bermakna dalam hidup mereka kerana huruf-huruf ini tidak sama dengan mainan-mainan yang mereka suka. Oleh itu lebih kerap anda duduk bermain dan mengajar mereka lebih baik untuk ingatan mereka. Pilihlah masa yang sesuai seperti selepas mandi, selepas makan, selepas rancangan TV atau sebelum tidur untuk mengingatkan mereka mengenai bunyi yang di ajar, teknik asosiasi yang dibuat dan menunjukkan kad-kad yang berkaitan.

4. Beri Galakan Dan Pujian

kanak-kanak sangat senang memberikan kerjasama sekiranya kita pandai menggalakkan mereka melalui hadiah, pujian, atau dorongan melalui apa yang mereka minat. Saya pernah mengajar anak seorang usahawan emas di Kota Bharu yang memiliki lebih daripada 8 buah kedai emas, bagi anak beliau hadiah berupa tudung botol sudah cukup untuk menggembirakannya dan mendorongnya belajar. Ada satu kumpulan lagi yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun juga pernah saya ajar melalui bermain lumba kereta dan menjadikan kereta coklat sebagai hadiah. Hasilnya mereka bukan sahaja bersungguh-sungguh membaca bahkan berebut-rebut untuk membaca dulu. Bagi sesetengah kanak-kanak pula kuih lapis pun boleh menjadi pendorong belajar. Kadang-kadang apa yang diperlukan oleh kanak-kanak itu sekadar pujian dan galakan. Walaupun baru menyebut bunyi /a/, pujilah mereka dengan mengatakan: “Wah, pandainya anak abah”, “Hebat betul sebut /a/. Baru sebut sekali dah pandai”,.apa yang berlaku ialah sel-sel neuron anak di dalam otak akan menjadi aktif yang menyebabkan maklumat yang di ajar senang diingati dan menjadi kekal, insyaAllah.

5. Keep Cool

Barangkali inilah yang menjadi cabaran utama ibu bapa yang mengajar anak di rumah. Sesi belajar akan jadi lebih berkesan jika ibu bapa dapat 'cool' atau tenang. Dengan karenah anak yang pelbagai, mengekalkan tahap kesabaran dan ketenangan yang tinggi memang mencabar. Seperti kata Puan Nurul tadi, mana boleh nak marah-marah, garang-garang... nanti lari pulak.

Oleh sebab itulah kami menyarankan supaya sesi belajar mestilah singkat, ngam-ngam ngan tahap sabar kita. Pastikan nada bahasa kita juga 'cool' kerana anak-anak mudah mengecam nada marah dan tidak sabar ibu bapa semasa mengajar. Keadaan belajar dalam keadaan tertekan dan tidak tenang tidak akan membuatkan sesi belajar bermakna dan berkesan. Cuba jadikan sesi belajar sebagai sesi bermain kerana lebih menyeronokkan dan menyenangkan. Elakkan marah-marah, paksa-paksa apatah lagi jika ugut, cubit, ketuk kepala dan sebagainya... Kambing pun cabut lari.


Kesimpulannya, sesi mengajar yang mengikut fitrah kanak-kanak itulah yang paling berkesan untuk anak anda rajin membaca.

Artikel ini dipetik daripada buku “ Ajar Anak Kecil Membaca Awal” yang ditulis oleh Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad Terbitan ReadNetwork.


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa