Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Selasa, 19 September 2017

Generasi Yang Kian Tenat

Mari lihat balik peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2017:-


18 Feb : 8 nyawa remaja melayang dirempuh kereta di lebuhraya pada jam 2 pagi.

1 Jun : Seorang siswa UPNM dibuli dan diseterika seluruh badannya sehingga mati.

10 Jun : JPN mengesahkan hampir 500K lebih anak luar nikah daripada tahun 2006 sehingga Jun 2017.

10 Jun : T. Nhaveen dibuli dan dipukul sehingga parah sebelum meninggal dunia oleh 5 remaja.

14 September : 7 remaja ditahan kerana telah menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah dan menyebabkan 20 orang mati syahid. Dan diantara suspek masih dibawah umur.

Dan ada banyak lagi peristiwa lain..Bukalah mata.
Something wrong pada generasi yang kita lahirkan sekarang. Bukannya masa untuk menuding kesalahan pada sesiapa. Dan masih tidak terlambat untuk mengubahnya


Awamnya tahu, Pendidikan itu bermula di rumah. Kanak-kanak akan melihat dan belajar daripada suasana keadaan persekitarannya dalam meniti usia remaja.


Kata Baginda saw.

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُشَرِّكَانِهِ

"Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik."


Saya berpesan pada ibu bapa bantulah kami guru untuk membentuk akhlak yang terbaik buat anak-anak kalian.

Hindarilah perkataan yang tak elok. 
Lazimilah anak-anak sejak dari lahir untuk mendengar ayat-ayat suci Quran. 

Selalulah menasihati anak-anak. 

Ajarlah anak menutup aurat dengan sempurna. 

'Ada' kan masa untuk bersama keluarga. 

Paksalah anak untuk solat.


Lihatlah keadaan dunia sekarang.
Jangan terlalu alpa mengejar harta sampai terlupa harta yang lebih bernilai didepan mata.Anak adalah aset dan pemberi syafaat dihari yang mana harta sebesar dunia pun takkan dapat membantu lagi.

Semoga kita, dapat bersatu kembali diakhirat nanti sebagai sebuah keluarga tanpa ada yang tertinggal.


Doa saya.

رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏


Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati , dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa
Akhir kata,
Tepuk dada, tanya iman.
Anak jenis apa yang kamu ingin lahirkan?

Kredit: Mr. Hanif Roslin

Jumaat, 15 September 2017

Tip Memeluk Anak

Lahirkan rasa kasih dalam diri anak-anak melalui sifat ibu bapanya yang penyayang. Cara itu perlu dilatih sebaik anak lahir ke dunia dan merasai deria sentuhan ibu ayahnya.



Ikut saranan yang dikongsikan oleh Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Pensyarah Jabatan Syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Mursyif di Pondok Sungai Durian, tentang tempat kawasan tubuh anak yang perlu ibu bapa cium setiap hari. Dalam masa yang sama berikan sentuhan dan gosokan pada 5 lagi tempat pada anggota tubuh anak.  

Mengikut saranan doktor Psikologi terhadap ibubapa, terdapat empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak. Ianya hendaklah dilakukan setiapa hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak kita.

Ciuman
1. Pertama di ubun-ubun, sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insya'Allah.

2. Kedua di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya, Fatimah r.anha di dahi beliau.

3. Ketiga di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak.

4. Keempat di tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.

Perhatian: Ciuman dimulut hanya khas untuk isteri sahaja.

Sentuhan
1. Mengosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.

2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.

3. Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.

4. Keempat kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)

5. Memgang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.

Tambahan: Gosok di dada ketika perlu.
Bila nampak dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.

Isnin, 14 Ogos 2017

Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Aqiqah atau Akikah

Dalam ilmu fiqh (perundangan Islam) aqiqah juga disebut nasikah dan zabihah. Makna aqiqah ialah putus, nasikah pula ialah ibadat dan zabihah pula bermaksud sembelihan. Jika digabung semua makna tersebut ianya bermaksud sembelihan yang dikategorikan sebagai ibadat yang diputuskan urat-urat sembelihan.
Aqiqah ialah suatu ibadat berbentuk penyembelihan binatang tertentu sebagai tanda gembira dan bersyukur kerana kelahiran bayi.
Binatang yang disembelih untuk tujuan tersebut ialah unta, lembu atau kambing tetapi kambing adalah afdal dan lebih bagus.


Bagi anak lelaki disembelih 2 ekor kambing atau 2 bahagian dari lembu atau unta. Bagi anak perempuan pula seekor kambing atau 1 bahagian dari lembu atau unta. Untuk lembu dan unta dibenarkan untuk berkongsi 7 bahagian.
Hukum aqiqah dalam mazhab Asy-Syafi’e adalah sunnat muakkadah iaitu sunat yang hampir kepada wajib. Tanggungjawab aqiqah dikenakan ke atas orang yang wajib memberi nafqah kepada anak yang diaqiqahkan seperti bapa.
Dalil pensyari’atan aqiqah ialah perbuatan Nabi SAW dan juga para sahabat beliau. Antara dalil tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-imam Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya:
عن سليمان بن عامر الضَّبِّي – رضي الله عنه – قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، يقول: ” مع الغلام عقيقته، فأهريقوا عنه دماً، وأميطوا عنه الأذى
Yang bermaksud: “bersama anak yang dilahirkan ada aqiqahnya yang perlu dilaksanakan maka sembelihlah bagi pihaknya dan buanglah kotoran rambut dengan mencukur rambut anak itu”.
Waktu untuk menaqiqahkan anak ialah bermula dari sempurnanya kelahiran anak hingga baligh anak tersebut. Jika aqiqah dilakukan sebelum sempurna kelahiran maka ia dianggap sembelihan biasa yang boleh dimakan tetapi bukan aqiqah.
Penyembelihan binatang untuk aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh dari tarikh kelahiran bayi. Tetapi jika tidak dapat dilaksanakan pada hari ketujuh maka boleh juga pada hari yang ke 17 atau 21. Tetapi jika masih tidak dapat laksanakan maka boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dengan kemampuan ibubapa bayi.
Jika telah baligh anak tersebut sedangkan aqiqah untuknya belum disempurnakan maka tuntutan ke atas ayahnya sudah tidak berjalan lagi,  di waktu itu bolehlah si anak melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri atau boleh juga si ayahnya melaksanakan sebagai melangsaikan apa yang belum dia selesaikan sebelum ini.
Namun begitu, hari yang paling afdhal untuk menjalankan aqiqah ialah pada hari ketujuh kelahiran anak. Contohnya, jika lahir pada 1 haribulan maka aqiqahnya pada 7 haribulan.
Dalil aqiqah pada hari ketujuh ialah hadis yang diriwayatkan ole imam Abu Daud dalam Sunan beliau:
عن سمرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ” الغلام مرتهن بعقيقته، يذبح عنه يوم السابع، ويسمى ويحلق رأسه”.
Maksudnya: “anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya (bakti anak kepada ibubapaya bergantung kepada aqiqah), maka disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dan pada hari itu juga diberi nama dan dicukur kepalanya”.
Setakat ini dahulu penerangan tentang hukum aqiqah bahagian 1.
Sekiranya anda ingin membuat tempahan, boleh klik salah satu butang di bawah:


Persoalan Hukum Dan Cara Ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online

Zaman sekarang ini segalanya semakin mudah dan cepat. Semakin banyak perkara boleh dilakukan hanya dihujung jari. Jelaslah bahawa internet merupakan satu teknologi yang semakin penting dan memudahkan bagi setiap insan.
Bagi umat Islam, kemajuan komunikasi ini boleh digunakan bagi memudahkan urusan dan ibadah. Antara perkhidmatan yang semakin mendapat sambutan adalah melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah keluar negara secara online.
Namun masih ada yang tertanya-tanya akan hukum, panduan dan cara bagaimana ibadah ini boleh dilakukan secara online. Tidak salah bertanya dan ianya satu kewajipan untuk mendapat penjelasan yang jelas serta tepat agar tiada keraguan untuk melakukan ibadah ini.
Semoga jawapan berikut dapat memberi penjelasan yang diinginkan. Namun, jika masih juga wujud sebarang keraguan, adalah lebih baik bertanya terus kepada guru agama serta alim ulama secara berdepan agar lebih puas hati dan mententeramkan jiwa.

Bagaimana, bolehkah serta hukum ibadah Qurban dan Aqiqah ini dilakukan secara online? 


Setiap ibadah termasuklah ibadah Qurban dan Aqiqah ini, yang paling utama adalah niat. Setelah itu barulah melakukannya mengikut syariat yang ditetapkan.
Namun, apabila ibadah Qurban dan Aqiqah ini tidak dapat dilakukan didepan mata, maka niat dan tanggungjawab tugasan tersebut boleh diserahkan kepada pihak wakil iaitu melalui akad taukil.
Namun paling penting, pastikan al-wakil (pihak orang yang menerima perwakilan) merupakan orang yang dipercayai dan mampu melaksanakan ibadah yang dimaksudkan (iaitu ibadah Qurban dan Aqiqah) atau mampu menguruskannya mengikut syariat.
Walaupun telah menyerahkan perlaksaan ibadah korban kepada orang lain, namun disunatkan kepada al-muwakkil (orang yang menyerah) untuk turut hadir menyaksikan penyembelihan korbannya dilakukan.
Ini sebagaimana sabda Nabi SAW kepada Fatimah RA; “Pergilah kepada binatang korban kamu dan saksikanlah dia kerana sesungguhnya dengan titisan pertama darah yang jatuh darinya akan menyebabkan diampunkan untukmu segala dosa kamu yang lalu” (Mustadrak al-Hakim; 7525, dari Abu Sa’id al-Khudri RA).
Jika ia dapat hadir sama, hendaklah ia berniat korban ketika melihat binatang korbannya di sembelih. Boleh juga jika ia menyerahkan niat kepada penyembelih. Disunatkan juga ketika melihat binatang korbannya disembelih, ia membaca;
إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهُ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanya untuk Allah Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya, dengan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah dari kalangan orang-orang yang berserah diri kepada Allah” (Mustadrak al-Hakim; 7524, dari ‘Imran bin Hushain RA).
Namun jika ia tidak dapat hadir sama, maka akad taukil tadi sudah memadai sebagai niat korban bagi dirinya. Tinggal lagi orang yang melaksanakan penyembelihan korban bagi pihak orang lain hendaklah ia berniat korban bagi pihak mereka.

Penjelasan Lanjut Tentang Akad Taukil

Sebarang akad taukil tidak sah melainkan dengan ‘sighah’ yang jelas. Maksud ‘sighah’ ialah pernyataan secara zahir dari kedua pihak yang  berakad sebagai tanda kerelaan mereka untuk melakukan aqad. Ia meliputi ijab (iaitu pernyataan untuk beraqad dari pihak yang memulakan akad) dan qabul (iaitu penerimaan/persetujuan dari pihak kedua).
Sighah (pernyataan) ini boleh berupa percakapan, tulisan, bahasa isyarat yang difahami* atau dengan perbuatan/tindakan (seperti satu pihak memberi dan satu pihak lagi mengambil).  Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa berakad melalui sms, email, borang dan seumpamanya masuk dalam hukum akad melalui tulisan.
Para ulamak mengharuskannya dengan syarat tulisan itu jelas (tiada kesamaran), benar datang dari pihak berakad dan bertujuan akad**. Selain itu, kedua pihak yang berakad hendaklah orang yang sah untuk berakad, iaitu; telah baligh dan beraqal (waras).

Cara Melakukan Akad Taukil

Melakukan akad taukil (penyerahan) dengan bahasa yang jelas, seperti berkata kepada al-wakil tadi (sebagai contoh); “Ini duit RM400, belikan untukku binatang korban (1 tompok darinya) dan laksanakan korban bagi pihakku”. Jika taukil (penyerahan) turut membabitkan pengagihan daging korban, nyatakan sama; “….dan mengagihkannya bagi pihakku kepada yang berhak/layak menerimanya”.
Dengan mengisi borang bersama penyerahan wang (tunai/transaksi/resit) sudah memadai sebagai bukti taukil (penyerahan).
Kemudian hendaklah al-wakil menerima taukil (penyerahan) tadi dengan lafaz darinya (seperti ia berkata; “aku terima”) atau dengan perbuatan (menerima wang dan borang tersebut tanpa perlu berkata apa-apa).

Rujukan;

  1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 28/160 (perkataan ‘sighah’).
  2. al-Mu’amalaat al-Maliyah-2, as-Syubaily, hlm. 76.
  3. at-Tijarah al-Iliktroniyah, ‘Ali Muhammad Ahmad Abu al-‘Izzi, hlm. 190.
  4. Hukm Ijra’ al-‘Uqud bil-Alati al-Hadithah, Dr. al-Farfur (Majallah Majma’ al-Fiqh; 6/593).
* Beraqad dengan isyarat hanya harus bagi orang yang tidak mampu bercakap dan menulis.

** Harus berakad dengan tulisan sekalipun dapat bercakap. Namun dikecuali akad nikah, tidak harus berakad nikah dengan tulisan selagi pihak yang berakad dapat bercakap.

Kesimpulan

Maka jelaslah bahawa ibadah Qurban dan Aqiqah boleh dilakukan tanpa perlu kita berada didepan mata untuk melihat binatang sembelihan tersebut disembelih serta diagihkan. Hukumnya adalah harus kerana berada dan melihat di depan mata itu adalah perkara sunat.

Maka melalui kelonggaran ini, kita punya peluang yang lebih luas untuk melakukan ibadah ini di mana-mana sahaja lokasi di seluruh dunia yang kita inginkan dan kepada mereka yang lebih memerlukan. Oleh itu perkhidmatan ibadah Qurban dan Aqiqah secara online menjadi pilihan terbaik, termudah dan fleksible mengikut kemahuan anda.

Qurban dan Aqiqah Secara Online

Ingin melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online? Adalah yang paling penting anda memastikan pengendali perkhidmatan ini mengikut dan memenuhi segala hukum yang disyariatkan.
Pada zaman ini ramai yang mengambil kesempatan menggunakan ibadah agama sebagai sumber keuntungan. Oleh itu jangan mudah terpedaya dan ambil remeh. Selidik dan dapatkan segala maklumat dengan tepat dan sahih sebelum melakukan sebarang transaksi.
Melalui pengalaman peribadi, Pengendali perkhidmatan eQurban merupakan yang terbaik, berpengalaman, patuh syariah, dipercayai, berkualiti dan menjadi peneraju dalam bidang ini. InsyaAllah… Anda pasti akan berpuas hati. Berminat boleh buat tempahan di bawah




untuk terus ke pendaftaran penyertaan terus boleh klik butang tempahan di bawah


Rabu, 26 Julai 2017

Ada Sebab Mereka Menangis... Biarkan...

BIARKAN MEREKA MENANGIS


Bayi bawah 2 tahun memang akan menangis bila tak dapat apa yang dia nak, sebab ini salah satu cara untuk dia berkomunikasi. Tapi masalah bila, kita secara tak langsung mengajar anak untuk dapat semua apa yang dia nak demi tak nak anak menangis. Biarkan dia menangis, selagi tidak memudaratkan. Sebab semakin dia membesar, semakin susah untuk dibentuk. Contohnya beli mainan, bila kita dah biasa beri apa yang dia nak seawal bawah 2 tahun. Bila dah 3-5 tahun, semakin susah untuk kita halang. Walaupun nampak dalam scope kecil, "alah, murah je mainan", "alah, takpelah kecil lagi". Tapi semakin dia membesar, semakin dia belajar yang "apa yang aku nak, aku mesti dapat". Bila no means NO, ini kena train seawal bayi sebab masa inilah masa penting untuk develop kepercayaan.

"Frustration tolerance", sangat-sangat penting untuk perkembangan emosi anak untuk persiapan ke dunia luar yang lebih mencabar. Kena ajar anak perasaan "frust", tak dapat apa yang dia nak main, tak dapat apa yang dia nak makan, tak dapat apa yang dia nak pakai, tak dapat pergi tempat yang dia nak dan sebagainya. Sebab dalam dunia sebenar,  bukan semua apa yang kita nak akan dapat. Melainkan melalui usaha, tapi usaha pun tak menjamin kita akan dapat apa kita nak.

Contohnya:
1. Anak jatuh sikit sebab terlanggar meja. Mula-mula tengok respon dan keadaan, kalau ok kita kena biarkan dia dahulu dan terangkan kenapa jatuh dan macam mana nak elakkan jatuh daripada kita terus berlari dengan reaksi muka dan suara terkejut.


2. Anak menangis nak coklat kinderjoy. 
Sebelum ke kedai yang ada jual coklat ni, kalau memang kita nak belikan bolehlah minta dia siapkan kerja atau buat sesuatu dahulu baru dapat. Kalau dia mengamuk tantrum, biarkan dia. Bila dah ok dan tenang, baru terangkan kena tak boleh (Social story).


3. Anak menangis bila kalah main game. 
Biarkan dia. Bagi dia rasa "frust", dan belajar sendiri cara kawal.


4. Anak mengamuk nak ikut kita keluar. 
Biarkan dia settle "luahkan" perasaan. Selepas itu baru distract dengan benda lain.


5. Anak mengamuk taknak makan sebab nak makan junk food. 

Ok, tak payah makan. Nanti next masa makan, dia akan belajar yang bila skip makan nanti lapar.


Kadang-kadang risau, bila jumpa ada yang umur 6 tahun masih makan bersuap, tak pandai pakai baju sendiri tapi abc 123 pandai. Bukan sebab "developmental delay", tapi sebab semua A-Z mak buatkan. Lepas di ceramah 30minit, sebulan lepas tu tiba-tiba terus pandai makan dan pakai baju sendiri. Semakin kita "overprotective", semakin kita membesarkan "adult baby".

Tak perlu takut anak menangis. Biarkan dia menangis sekejap selagi tidak memudaratkan, biarkan dia belajar untuk "pujuk" diri sendiri. Sebab menangis adalah salah satu cara untuk untuk kita luahkan perasaan. Anak lelaki atau perempuan, biarkan mereka menangis. Biarkan mereka bukan tanda kita tak sayang, tapi sebab kita nak train mereka untuk cope dengan "frustration".

Kita selalu dimomokkan dengan kata-kata "lelaki tak boleh menangis", ini salah. Menangis adalah proses natural yang Allah kurniakan pada semua manusia untuk meluahkan perasaan bukan untuk perempuan sahaja. Sebab itu kebanyakan penghuni institusi mental adalah lelaki, sebab mereka lupa cara untuk meluahkan perasaan . Sebab apa? Sebab "lelaki tak boleh menangis".

Mental kita macam getah, kalau terlampau tegang ia akan putus. Tugas kita, kena kuatkan ketahanan "getah" itu. Untuk persiapkan mereka menghadapi dunia yang mencabar 


TAMBAHAN:
Info ini untuk bayi yang umur 6 bulan ke atas ye, biasanya masa ini sudah pandai "memanipulasi" mak ayah untuk dapat apa dia nak dengan menarik rambut mak ayah, menghentak kaki, membaling barang dan sebagainya. Peranan mak ayah adalah untuk BETANYA dahulu pada anak apa yang dia inginkan sebelum menggunakan teknik "cry it all" untuk membendung habit yang tidak diingini.

Isnin, 17 Julai 2017

DOA DIAJAR NABI KEPADA ANAS BIN MALIK SEHINGGA MENJADI KAYA RAYA

Bolehkah ustaz huraikan kisah sahabat Rasulullah SAW yang bernama Anas bin Malik dan doa Nabi SAW kepada beliau iaitu doa untuk murah rezeki dan panjang umur?

Anas bin Malik bin Nadhr Al-Anshari Al-Khazraji adalah seorang shahabat nabi yang memiliki harta banyak dan berumur panjang. Ketika Rasulullah Salallahu’ Alaihi Wasallam hijrah, Anas masih sangat kecil, berusia sepuluh tahun. Sejak kecil ia menjadi pelayan Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam selama kurang lebih sepuluh tahun.

Anas bin Malik r.a bercerita: “Dahulu ibuku membawaku menghadap Rasulullah SAW.” Berkata Ummu Anas: “Wahai Rasulullah, ini si kecil Anas, aku bawa dia kepadamu agar berkhidmat untukmu. Doakanlah untuknya wahai Rasulullah SAW!”

Rasulullah berdoa:

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْهِ.

“Allahumma Aktsir Malahu Wa waladahu wa baarik lahu Fiima Rozaqtahu.” Maksudnya : “Ya Allah perbanyaklah hartanya dan anak-anaknya, dan berkahilah apa yang Engkau anugerahkan padanya !” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Inilah Doa Diajar Nabi Kepada Anas Bin Malik Sehingga Menjadi Kaya Raya

Kesan daripada doa tersebut, Allah SWT telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”

Doa khusus Nabi S.A.W kepada Anas Bin Malik : Allahumma , aksir maalahu, wa waladahu, wa wassiqlahu fiddarihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: “Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaan-Mu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.”

Mengikut catatan Anas bin Malik r.a. memang kaya, mempunyai anak seramai 120 orang, umur ketika meninggal dunia pada umur 104 tahun (93 H) dan meriwayatkan 2200 hadis Nabi SAW.

Abul ‘Aliyah Ar-Rayahi (tabi’in) berkata: “Anas bin Malik memiliki sebuah kebun kurma yang selalu berbuah dua kali dalam setahun.” (Tidak sebagaimana kebun pada umumnya yang berbuah hanya sekali)

Petua Menghilangkan Sakit-sakit Badan



Menghilangkan rasa sakit badan
Angin kebas2 kaki dan tangan
Susah buang air besar
Cuci darah beku


Bahan2 nya adalah :-
1) Halba sepeket rm1 agak2 dlm 2-3sdu Bsr- rebus
2) Halia dlm 3inci- rebus
3) Serai 2btg- rebus
4) Asam Jawa - 1sudu
5) Air dlm 1000ml

Bahan2 di atas tu diketuk2 @ dihiris2 kemudian rebus semua itu sehingga mendidih...

Angkat campur dengan asam jawa satu sudu kacau kemudian minum. Mindum sebelum tidur.

Minum masa air tu suam-suam esok pagi bangun badan akan rasa segar InsyaAllah. Bakinya boleh disimpan dalam peti ais. Nextime bila rasa nak minum panaskan suam2. Jangan minum tiap2 malam takut lain pula jadinya amalkan minum 2 @ 3 kali seminggu sudah memadai.

*PERINGATAN bagi  wanita HAMIL @ PERIOD tidak digalakkan minum mengganggu kesihatan dan pusingan rahim nanti. 

Bagi ibu2 menyusu juga tidak digalakkan minum sebab halia beragin kerana bimbang akan buat kembung perut pada bayi. Tapi halba sangat mujarab dalam menambahkan susu badan. InsyaAllah.

Ahad, 9 Julai 2017

RESEPI AIR JAMU UNTUK BERSIHKAN RAHIM


Apa kata anda amalkan air jamu ini. Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan *jika ditambah daun sirih. Cara untuk membuatnya juga mudah.
Bahan bahannya ialah:
2sm halia
2sm kunyit
2 batang serai
2 helai daun pandan
3 cawan air
Gula batu atau madu *mengikut citarasa

Cara buatnya..
1. Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
2. Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
3. Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.


Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara)
*Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih
Air jamu ni baik untuk…
*Membersihkan rahim selepas haid
*Mengeluarkan angin dalam badan
*Memecahkan lemak di perut
*Mengurangkan masalah bau badan

Jumaat, 7 Julai 2017

Menghilangkan Rasa Bosan Anak Ketika Perjalanan Yang Jauh


Perjalanan jauh dengan kenderaan persendirian bersama anak-anak boleh jadi hal yang menyenangkan, atau sebaliknya.Banyak hal tak terduga yang boleh saja terjadi, misalnya anak-anak cerewet kerana bosan perlu berjam-jam dalam perjalanan.

Well, untuk menghilangkan rasa bosan dan ketidakselesaan selama berjam-jam dalam perjalanan, anda boleh mengakalinya dengan melakukan permainan sederhana.Meskipun bukan sesuatu yang "canggih", permainan ini kaya dengan kreativiti, dan sekaligus satu cara pengasah otak kanak-kanak.

Tahukah Anda?

Jika anak anda suka menghafal dan membaca, permainan ini adalah cara yang menyenangkan untuk memperluaskan pengetahuannya.

Kanak-kanak boleh mempelajari fakta menyenangkan tentang destinasi pelancongan yang ditujui, atau titik-titik kunci sepanjang laluan perjalanan. So, anak pun lebih mengenal tujuan perjalanannya.

Contohnya, ketika anda akan pergi ke Terengganu, minta ia menyebutkan legenda atau sejarah yang ada di tempat2 di Terengganu tersebut: Mengapa ada Puteri Saadong, Puteri Tujuh dan sebagainya? 


Tandakan Pada Peta

Jika anda melakukan perjalanan darat, bawalah peta, lalu minta anak dengan nama-nama tempat yang akan ditujui di peta itu. Hal ini dapat membantu kanak-kanak mengingat nama bandar dan lokasinya. Anda juga boleh mengajak anak bermain dengan huruf pada plat kenderaan.

Gunakan huruf-huruf pada plat kenderaan sebagai permulaan nama bandar atau negara, dan minta anak menyebutnya.

Memburu Haiwan

Permainan ini sangat senang bagi seisi keluarga, boleh dilakukan  ketika berada di kereta, kereta api, atau kapal terbang.

Setiap pemain melihat keluar tingkap masing-masing, untuk mencari pelbagai haiwan yang boleh dilihat sepanjang perjalanan. Mata akan ditambah setiap kali anda melihat haiwan. Yang berjaya menyebutkan binatang paling banyak menjadi pemenangnya.


Beri Hadiah Yang Ada Nilai Fizikal

Cara yang tak kalah seru untuk membuat perjalanan pendidikan bagi anak-anak adalah dengan memberi mereka hadiah yang fizikal, misalnya wang untuk belanja sepanjang perjalanan.

Beri mereka sejumlah wang, dan biarkan mereka membelanjakan mengikut pilihan mereka.Hal ini akan membantu mengajar anak tentang nilai wang, bentuk wang, dan beberapa kemahiran pengiraan yang sangat penting pada masa akan datang.

Ini juga akan mendidik mereka berani mengambil pilihan kewangan yang sendiri, dan membantu mengembangkan kemandirian apabila kembali ke sekolah

Selasa, 4 Julai 2017

Ismail Accutherapy Centre, Batu Pahat Johor

“Korang kan, kalau ada mak bapak yang tak berapa sihat tu, datang la sini. Yang stroke ke, yang slipped disc ke, yang lutut sakit ke, minyak lutut abis ke, yang nak datang servis badan je ke pun boleh. Highly recommended sgt. InsyaAllah dengan izin Allah ye, kita ikhtiar untuk orang tersayang. Bayaran ikhlas je tau, tapi dia punya layanan macam kita bagi diorang sejuta tau. Memang terbaekkk!!!” Wani

“Priceless! Bila sakit lutut mak hilang dengan drastik walau baru sekali rawatan. Alhamdulillah, setelah bertahun2, akhirnya mak dah dapat duduk antara dua sujud dengan sempurna dan selesa. TQ bos Ismail dan Wan sebab beri rawatan alternatif yang sememangnya terbaikk. Senyuman mak cukup wat aku rasa gembira”. Mohd Rasidi Rahim

“Alhamdulillah.... lepas pegi sini... bapak saya dah boleh berjalan daripada guna tongkat kaki 4, tukar kepada tongkat kaki 1 je. Harap lepas ni tak yah pakai tongkat dah. Terima kasih staf yang membantu bapak saya”. Mohd Syarifuddin

Sekiranya memerlukan rawatan, bolehlah ikhtiar ke sini. Lihat semua gambar, ada maklumat seperti alamat, masa operasi, serta prosedur untuk mendapat rawatan di situ. Untuk pendaftaran sila hubungi 07-4332393 atau 019-7572654.








Rabu, 14 Jun 2017

Pakar Psikologi Minta Ibu Bapa Jangan Sebut 8 Ayat Ini Pada Anak!

Anda adalah segala-galanya buat si manja. Oleh itu, semua perkataan yang anda sebut mampu memberi kesan dari segi fizikal atau emosi pada tumbesaran mereka!


Semua kanak-kanak akan mencari ibu bapa mereka terlebih dahulu dalam semua hal. Sokongan dan bimbingan yang diberi ibu bapa amat penting untuk memberi rasa selamat pada anak-anak. 


Tapi, kadang-kadang… ibu bapa juga membuat kesilapan.

Antaranya ialah dengan menyebut beberapa perkataan yang tidak seharusnya disebut oleh mereka.


Semua perkataan itu bersifat “tajam” dan mampu mengguris hati kecil si manja. Ia juga mampu memberi kesan dalam tumbesaran fizikal dan emosi anak-anak! Hati-hati ya.


Kaitan antara tingkah laku ibu bapa dan perkembangan diri anak-anak

Buat anak-anak, ibu bapa ini bukan saja “orang biasa“. Mereka menganggap ibu bapa mereka sebagai penjaga dan pelindung.

Ibu bapa boleh buat semua perkara! Sebab itu semua benda dan percakapan yang diungkap ibu bapa memainkan peranan penting.

Ia mengajar mereka tentang apa yang salah dan apa yang betul. Oleh itu, apabila ibu bapa kerap memarahi anak, mereka akan membesar dengan tingkah laku yang sama.

Mereka cepat marah dan pantang “melakukan kesilapan”. Bahaya, bukan? Jadi semua ibu bapa… mari ubah gaya keibubapaan anda.

Pakar psikologi meminta anda jangan sebut 8 ayat ini pada anak-anak kerana ia mampu memberi kesan buruk!

Jangan Sebut 8 Ayat Ini Pada Anak-Anak Anda!

#1 “Berhenti menangis sekarang!”

Memanglah anda berang sebab anak menangis tanpa sebab. Tapi, jika anda sebut perkataan ini pada mereka, mereka akan rasa yang diri mereka terlalu bodoh kerana tak dapat berhenti menangis.

Kadangkala, mereka tak dapat kawal apa yang mereka rasa. Apabila anda sebut ayat ini, mereka fikir anda tak benarkan mereka ada “emosi“. 
Cuba pujuk dengan ayat yang lebih positif seperti – 
Tak mengapa kamu menangis. Tapi… kamu kena faham, apa yang kamu buat ini salah.

#2 “Ibu/Abah kecewa dengan kamu!”

Biasanya, ayat ini akan diungkap mana-mana ibu bapa yang kecewa dengan anak masing-masing.

Semuanya mungkin sebab tingkah laku anak tersebut atau kerana ibu bapa terlampau dibuai kesedihan dan kekecewaan.

Apabila anak anda melakukan kesalahan, jangan terus kecam mereka. Beri mereka masa untuk memikirkan “apa tindakan yang betul“.

Anda boleh saja sebut – 
Tindakan kamu tadi salah. Jom kita bincang, okay?” 
Kan lebih lembut?

#3 “Kamu tak cukup bagus!”

Apabila anda mengatakan yang anak anda kekurangan sesuatu atau tak cukup bagus, mereka akan mula meragui diri sendiri.

Maka, hilang semua keyakinan mereka. Tumbesaran mereka juga terganggu, kerana menganggap mereka tak cukup bagus dalam hidup ini.

Ibu bapa yang bijak boleh saja menyebut –
Kamu sudah cukup bagus. Nanti kita cuba dengan lebih baik, okay?”
Sejuk sikit hati anak itu.

#4 “Kamu ini tak berguna, lah!”

Jangan sesekali sebut ayat ini pada anak anda. Jika anak anda mendengar kata-kata ini, mereka akan hilang keyakinan diri dan tak mahu mencuba lagi.

Kasihan mereka! Anda boleh saja sebut –
Tak semua orang sempurna, sayang. Tapi kamu boleh buat dengan lebih baik lain kali. Jangan risau, okay?

#5 “Budak besar tak akan takut.”

Semua budak akan merasai ketakutan. Dan tugas anda adalah untuk melindungi mereka!

Ajar anak anda untuk berhadapan dengan ketakutan mereka, bukan dengan melarikan diri!
Cuba sebut –
Tak apa kalau takut. Semua orang takut kadang-kadang. Tapi ibu ada sesuatu yang boleh membantu.

#6 “Kamu anak yang jahat!”

Anda tak sepatutnya membuatkan anak-anak merasa diri mereka jahat, walaupun tindakan yang mereka lakukan terbukti salah.

Cuba guna frasa yang lebih positif untuk menerangkan pada mereka yang perbuatan tersebut salah dan tidak bagus. 

Cuba – 
Apa yang kamu buat ini tak baik. Jangan buat lagi, ya?” 

#7 “Ibu buat semua perkara demi kamu!”

Aduh! Dia kan anak anda? Memang patut pun anda buat semua perkara demi mereka.

Malunya jika anda sebut ayat ini pada anak-anak. Mereka tak diminta untuk dilahirkan. Anda yang sepatutnya menjaga mereka.

#8 “Kamu gemuk!”

Anda tak seharusnya melukakan hati anak-anak dengan ayat ini. Mereka sudah tahu yang mereka gemuk, jadi tak payah ingatkan mereka

Rumah sepatutnya menjadi tempat yang selamat buat anak-anak. Jangan biar mereka rasa mereka dibuli.

Jika anda melabel anak-anak dengan perkataan negatif ini, mereka akan mengalami masalah pemakanan dan memahami imej badan yang tak sihat.
Cuba guna ayat seperti – 
Ibu cuba nak jadi sihat. Kamu nak cuba juga? Jom lah cuba sekali. Ibu tak mahu cuba seorang-seorang!
Ha, kan lebih bijak?
Hati-hati dengan apa yang diucapkan pada anak-anak anda. Jangan benarkan mereka membesar dengan “perasaan benci” terhadap diri sendiri malah juga pada anda. Benda itu tidak sihat!



Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa