Aku nak berkongsi sedikit tips sebagai ibu bapa dalam mendidik anak2 bukan satu tanggungjawab yang kecil. Aku ingin kongsi panduan seorang Doktor Perubatan Kanak-Kanak menulis tentang momen penting untuk kita titipkan pesanan buat anak-anak soleh dan solehah.
Point kedua adalah sangat mudah dan praktikal dengan izin ALLAH pesanan kita diikuti anak. InsyaAllah
Kita sering mengabaikan masa2 indah penting bersama anak. Waktu di mana jiwa anak-anak tenteram dengan kebersamaan ibu bapa dan adik beradik yang lain.
Waktu di mana anak fokus dan pesanan yang diberikan terkesan di jiwa mereka.
Waktu yang paling penting dan terkesan dalam jiwa anak2 yang perlu kita dimanfaatkan:
1. Waktu makan bersama
Berbincanglah dan bertanyakan aktiviti anak serta beri nasihat. Jangan gunakan waktu ini untuk marah atau menegur dengan kasar. Jadikan ia momen bahagia.
2. Sebelum tidur
Ahmad rajin baca Quran.
Ahmad suka pergi sekolah"
3. Waktu antara maghrib dan isyak
Untuk bersolat,jika tidak ke masjid bertazkirahlah bersama. Waktu ini anak lihat praktikal solat, mengaji, berhalaqah bersama ibu bapa. Adab dalam jemaah dan lain-lain
4. Momen kehadiran tetamu
Nasihat tidak langsung. Anak belajar bagaimana kita melayan tetamu dan berkomunikasi dengan hormat.
Sumber Facebook: Dr. Anayasmin Azmi