Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Sabtu, 20 Februari 2016

Keistimewaan Solat Sunat Rawatib


Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunatBa’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepasZuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani).
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.


Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak

Kalau Jadi Huffaz Nak Keja Ape Pulak Nanti

Ramai hufaz yang berjaya dalam bidang profesional dan boleh diketengahkan kepada orang ramai. Kenapa? Kerana saya mahu mengubah persepsi ramai ibubapa diluar sana tentang penghafal al Quran.

 

Saya mahu ubah minda ramai yang bertanya.


-- Kalau hafal Quran nak kerja apa nanti?
-- Ada ke orang nak kat anak engkau kalau kerjanya hafal Quran je hari-hari?
-- Mereka-mereka ni jadi tok siak, imam masjid, tukang baca doa jelah nanti
-- Kasihan anak-anak yang menghafal alQuran, mereka tentu punya masalah emosi.


Manusia itu berbagai ragam. Usaha mendidik anak  adalah mengikut kepercayaan ibubapa itu tentang keperluan masa depan anak itu nanti nanti.

 

Ada yang serba salah untuk menyingsing lengan dalam mendidik anak menghafal al Quran kerana pada fikiran mereka, ianya mungkin akan menyebabkan anak itu ketinggalan dalam kejayaan duniawinya. Tidak boleh disalahkan mereka kerana dunia yang satu lagi iaitu dunia penghafal Al Quran yang berjaya secara profesionalnya tidak terbuka atau tidak sampai kepada mereka.

 

Dengan sebab itulah, saya berusaha untuk mengetengahkan adik beradik berlima yang kesemuanya hufaz al Quran 30 Juzuk dan juga punya kerjaya profesional didalam seminar "Professional Quranic Masterplan". 

Jika anda tahu ada sesiapa yang skeptikal atau ragu dengan masa depan penghafal alQuran, saya mohon war-warkanlah kepada mereka. Atau mungkin kita sendiri hadir diseminar ini dan kemudian kita sebarkan kepada orang lain. Boleh juga..


Untuk maklumat lanjut, sila layari http://ipnprofazz.com/


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa