Rabu, 28 Disember 2016

Aktiviti Cuti Sekolah 2016 Yang Penuh Cabaran Kekonon

Sesi cuti sekolah 2016 hampir berakhir. So lepas nie harapannya lebih bersemamngat la bebudak berdua nie untuk pergi sekolah dengan azam baru chehwah....Jangan pulak nanti payah nak bangun pagi sebab dah lama sangat bercuti. Walaupun cuti panjang aku memang dah prepared elok2 aktiviti cuti sekolah mereka supaya tidak dihabiskan camtu jer. Memang husband pun dah planned minggu pertama buat ape then kedua apa pulak aktivitinya. Since dari Haikal darjah satu lagi kami memang plan aktiviti bila cuti sekolah agar tidak disiakan, al least adalah moment yang menarik untuk diorang jadi kenangan bila ingat2 balik dah besar nanti.

First Week

Kami hantar Dania dan Haikal ke Kem Bijak Solat. So kat situ banyak perkara yang motivate boleh dipelajari. Hantar ke kem2 seperti ni bukan suatu perkara baru buat Haikal since dari darjah satu lagi dia dah involved dah diberi pendedahan. Begitu juga Dania cuti pertengahan tahun baru ini dia dah join under Jakim di Masjid Besi juga. So agak mudahlah buat kami uruskan mereka tiada bantahan malah mereka lagi excited nak join. Mungkin aktiviti seperti lebih bebas dan merangsang minat diorang serta fun di samping dapat belajar perihal Islam.








2nd Week

Beberapa hari aku tinggalkan diorang di rumah. Memandangkan Haikal dah besar memang dah sudah boleh diharap dan diorang pun memang tak nak duduk tumpang rumah orang apatah lagi ikut kami ke ofis boring katanya. lagpiun Haikal memang dah pandai manage begitu juga Dania. Aku balik kain dah di ampaian dah diangkat oleh Haikal dan Dania pun dah lipat baju dia sendiri. Kami tinggalkan diorang dengan phone dan makanan disediakan then waktu lunch hour kami balik untuk makan tengah hari. Husband juga ambil cuti dua hari bawak diorang pergi MAHA dan juga menonton wayang Upin dan Ipin Jeng2.


3rd Week

Minggu ni ada cuti Mauludirasul so aku dengan husband decide untuk balik kampung Terengganu. Lagipun Haikal pun ada cakap dah lama tak jumpa Tok Ma. So kami ambil cuti seminggu. Kebetulan Usu Sri  tengah cuti sekolah so boleh jumpa Ammar. Bila di kampung macam2 lah aktivitinya. Kebanyakkan aktiviti dihabiskan di pantai. Kami ada juga plan nak hiking Bukit Keluang tapi cancel sebab lupa bawak sport shoes then tok ma pun larang heheheh maybe sebab musim tengkujuh takut hujan dan lecak pada trek, walhal time kami balik seminggu tu cerah tak hujan langsung. Selain main kat pantai kami naik boat ke Pulau Rhu tak jauh dari Bukit Keluang sekadar bagi experience kat Haikal dan Dania.


4th Week

Minggu ni memang sepenuhnya aku tinggal diorang kat rumah tapi dengan homework aku suruh Haikal buat essay aktiviti-aktiviti sepanjang cuti sekolah. Dania pulak aku suruh lukis gambar aktiviti atau part yang mana masa cuti sekolah yang paling disukai. Then waktu weekand aku dengan Husband bawak diorang ke Petrosains KLCC naik LRT memandangakan Hakim sibuk sangat nak naik train. Walaupun sebelum ini bukan tak pernah naik. Kalau tak dia akan cakap nak naik kapal terbang lah ...helicopter lah...kapal besarlah (ferry). Itupun lepas keluar dari Petrosains Hakim cakap nak naik kapat angkasa aduillh hakim jadi angkasawan lah nak oiii setakat naik yang mainan boleh laa. So kat Petrosains macam2 aktiviti sains yang boleh di explore. Haikal pun memang minat pada dunia Sains.

5th Week

Minggu nie Haikal dan Dania telah diambil oleh nenek balik kampung Bukit Pulau Melaka. Kebetulan nenek datang nak anta Nek Sue ke KLIA. Nenek pun memang nak bawa diorang jumpa cousin diorang Yasmin and Ghaz dan kebetulan juga Kak Damia dan Dalisa pun nak balik kampung Pak Long nak pick up so boleh la habiskan cuti sekolah sama2 di kampung. So harapnya tidaklah nanti liat nak bangun pagi ke sekolah tahun hadapan.Moga lebih bersemangat dan kekalkan momentum cergas dan cerdas ...amin....














0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa