Isnin, 14 November 2016

Ibu Kepada 3 Cahayamata

Aku rasa sangat bertuah dapat bergelar ibu kepada tiga cahaya mata yang sedang membesar. Meniti hari2 menyelami emosi, perangan dan perasaan anak-anak...

Danish Haikal seorang cool terlampau steady and relax buat ibu dan ayah bimbang kerana dalam dunia yang penuh cabaran ni fuyooo tak boleh blahhh.. but thats right... Haikal perlu agresif dan progresif dalam menrencana hidupnya. Trend sekarang semuannya harus diambil peluang its too chanllenging  for him. Tapi ibu dan ayah tetap menyokong apa sj yg hero ibu yang cool ini lakukan baik buatnya baik buat kami. Mungkin sometimes keupayaan diri teras kepada sesuatu yang mungkin untuk Haikal tapi bukan untuk orang lain. Setiap sesuatu kejadian ada hikmah tersembunyi dan ibu dan ayah memang sangat tahu Haikal anak ibu yang sangat bijak dan sangat baik...Doa ibu dan ayah sentiasa mengiringi anak ibu sampai syurga....


Dania Hadijah my lil princess seorang helpful, but sometimes too agresive dan "berangin". Kadang2 ibu ayah mesti peka and alert dengan segala action nya dan percakapannya. Dania lebih kepada attention seeker but bukan trouble maker. Bila dia tantrum ibu dan ayah memang kena hanya memandang dan care pada dia seorang ibarat dia sj ada ketika itu. Ini lumrah bila hadapi jiwa anak tantrum pelukan dan kasih sayang adalah penawar paling berkesan. Setiap anak2 mempunyai sikap dan tingkah laku yang berbeza ada yang boleh menurut dan yang membrontak jadi ibu dan ayah kadang harus ambil pendekatan yang berbeza utk setiap anak2. Dania mempunyai jiwa sensitif dan beremosi tapi sangat baik dan sangat mengambil berat. Dia sangat pintar dan rajin membantu serta suka mencuba berbeza daripada abang Dania cepat give up jadi die memerlukan supportive family dalam life nya. Tapi dia sangat tabah. Moga anak ibu Dania Hadijah sentiasa cemerlang dan bahagia di dunia dan akhirat.


Dania Hakim my 2nd hero lebih kepada junior ayah sebab sometimes cepat melatah. Budak yang sangat active, cekal dan gigih. Anak ibu yang ibu harapkan menjadi Huffaz dalam family. Sometimes suka membrontak jika permintaannya tidak dipenuhi jiwa yang sensitif suka merajuk tapi ajuk yang tidak lama sangat cute...pandai ambil hati ibu dan ayah. Dia nampak seperti fast learner sebab mudah menerima apa yang diajar dan mempraktikkan. Kadang2 Hakim jenis baran mudah give up tapi tidak mudah mengalah dan sentiasa bersemangat. Moga anak2 ibu semua menjadi saham akhirat ibu dan ayah yang memimpin abu dan ayah ke syurga......

Menjadi ibu kepada anak-anak yang sedang membesar,mendidik anak-anak itu sebagai satu kesulitan, malahan itulah detik atau momen paling indah dalam hidup...

Aku mahu menikmati momen indah itu di depan mataku sendiri. Melihat mereka membesar dengan pelbagai keletah amat menghiburkan hati. Segala kepenatan bagaikan hilang melihat senyum dan tawa anak-anak. Aku tidak mungkin akan dapat mengulangi lagi detik-detik indah itu apabila mereka sudah dewasa kelak dan mempunyai kehidupan mereka sendiri.





0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa