Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Jumaat, 25 November 2016

Perkhidmatan PaidReviews Terbaikkkkk di Anakbonda.com






Masih mencari platform yang sesuai untuk mengiklankan perniagaan, perkhidmatan, ataupun produk anda???
Jika ingin mempromosi, memperkenal dan mendapatkan pelanggan serta prospek yang baru untuk perniagaan anda dengan price yang murah dan berpatutan anakbonda.com jawapannya...

Data Traffic Di Blog Anakbonda.com:

Kami menggunakan data dari Google analytic yang dipercayai ramai sebagai tools yang paling tepat untuk mengukur traffic yang datang ke blog ini setiap masa.

Selain itu kami menggunakan juga analytics WP Starts yang juga diakui ketepatannya.
Kami lebih mementingkan organic traffic iaitu dari trafic dari hasil engine carian supaya pengguna mendapat maklumat yang relevan. Kami juga mempunyai rangkaian media sosial yang besar
(
facebook page, twitter)  sebagai booster kepada trafic ke blog kami.

Anakbonda.com tersenarai dalam Malaysia Web Award  sebagai Public Favourite


Contoh Iklan dari customers anakbonda.com yang advertise bersama Anakbonda.com




Iklan dalam bentuk Advertorial (Advertisement + Artikel)

Artikel 1

Panjang Artikel 600 – 1,000 patah perkataan
SEO Optimized



-Khidmat advertorial/reviews tidak terhad kepada produk-produk kecantikkan, tudung dan pakaian semata-mata tetapi juga boleh merangkumi travel and accomodations, makanan, buku, laman web, gaya hidup dan lain-lain yang bersesuaian.

-Ayat promosi anda berikan saya akan tambah/edit supaya kelihatan lebih santai.

-Jika produk anda di pos saya atau model lain (anak2) akan bergambar dengan produk.


Harga RM100


Hubungi
Whatsapp: 0193009454





Khamis, 17 November 2016

Ibu Bapa Yang Bijak Mesti Ajar Anak 20 Adab Penting Ini

Enam tahun pertama usia anak memainkan peranan penting menerapkan asas didikan positif dalam dirinya. Mohon papa dan mama ambil perhatian tentang hal ini. Maklum saja ibu bapa zaman sekarang lebih banyak menghabiskan masa melayan telefon bimbit berbanding memerhatikan perkembangan si anak.


Pada peringkat usia ini amat penting untuk papa dan mama menerapkan nilai-nilai ppositif kepada mereka supaya ia menjadi satu kebiasaan buat dirinya sehingga dewasa.

Dalam usaha tersebut, peranan papa dan mama sangat penting sekali. Contoh yang baik mesti ditunjukkan kepada si kecil kerana mereka gemar memerhati sambil meniru apa juga sikap atau tingkah laku individu yang berada di sekelilingnya.

Jika anda ingin si manja membesar sebagai anak yang mempunyak adab dan akhlak baik, mulakannya dari sekarang.

1. Apabila ingn meminta pertolongan, dahulukan dengan perkataan "tolong."

2. Apabila menerima sesuatu, jangan lupa mengucapkan "terima kasih."

3. Ajar si manja supaya memberi respons selepas ibu bapa selesai bercakp tentang sesuatu perkara dengannya.

4. Segera menyahut panggilan "saya, ibu/ayah", jika nama dipanggil.

5. Didik anak mudah mengucapkan kata "maaf ibu/ayah", jika mereka melakukan kesalahan.

6. Jangan biasakan diri memberi komen tentang fizikal orang lain kecuali komen itu boleh dikategorikan sebagai pujian kepada orang tersebut.

7. Bila berkunjung ke rumah orang, jangan lupa ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah.

8. Ketuk pintu yang tertutup. Tunggu dan lihat respons sebelum masuk.

9. Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dalam perbualan. Setiap perkataan mudah diserap dalam minda anak-anak.

10. Jangan panggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik.

11. Jangan mempersendakan orang lain tanpa sebarang sebab.

12. Jangan mudah menunjukkan rasa bosan di hadapan anak-anak. Lebih-lebih lagi sewaktu melakukan aktiviti positif. Tingkah laku ini akan meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak kecil.

13. Tutup mulut setiap kali batuk atau bersin. Jangan sesekali mengorek hidung di khalayak ramai.

14. Apabila membuka dan melalui sesebuah pintu, pegang sementara pintu tersebut sambil memberi laluan kepada orang yang berada di belakang anda. Secara tidak langsung, anda menunjukkkan sikap menghormati orang lain kepada si manja.

15. Apabila seseorang meminta bantuan, hulurkanlah pertolongan tanpa membebel atau merungut.

16. Apabila menerima bantuan, jangan lupa ucapkan "terima kasih". Tegaskan kepada anak bahawa ucapan terima kasih boleh menjadikan orang lain suka dan sedia menolong kita pada masa akan datang.

17. Ajar si manja untuk mengemas dan membasuh perkakasan makanan yang sudah digunakan supaya dia tahu adab tersebut apabila di rumah orang.

18. Sentiasa membawa tisu atau sapu tangan bersama. Ia boleh digunakan untuk menutup mulut apabila batuk atau bersin, mengelap tangan dan menyapu kekotaran apabila diperlukan.

19. Latih anak untuk hanya berkongsi 'pandangan negatif' tentang sesuatu hal dengan individu rapat sahaja iaitu papa dan mama.

20. Ajar si manja untuk bertanya sekiranya ada perasaan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu perkara.

Mempunyai anak yang bijak sahaja tidak cukup kerana apa yang lebih penting adalah anak yang bersopan dan berakhlak. Bijak itu boleh dibentuk kemudian!



source:pa&ma

Isnin, 14 November 2016

Ibu Kepada 3 Cahayamata

Aku rasa sangat bertuah dapat bergelar ibu kepada tiga cahaya mata yang sedang membesar. Meniti hari2 menyelami emosi, perangan dan perasaan anak-anak...

Danish Haikal seorang cool terlampau steady and relax buat ibu dan ayah bimbang kerana dalam dunia yang penuh cabaran ni fuyooo tak boleh blahhh.. but thats right... Haikal perlu agresif dan progresif dalam menrencana hidupnya. Trend sekarang semuannya harus diambil peluang its too chanllenging  for him. Tapi ibu dan ayah tetap menyokong apa sj yg hero ibu yang cool ini lakukan baik buatnya baik buat kami. Mungkin sometimes keupayaan diri teras kepada sesuatu yang mungkin untuk Haikal tapi bukan untuk orang lain. Setiap sesuatu kejadian ada hikmah tersembunyi dan ibu dan ayah memang sangat tahu Haikal anak ibu yang sangat bijak dan sangat baik...Doa ibu dan ayah sentiasa mengiringi anak ibu sampai syurga....


Dania Hadijah my lil princess seorang helpful, but sometimes too agresive dan "berangin". Kadang2 ibu ayah mesti peka and alert dengan segala action nya dan percakapannya. Dania lebih kepada attention seeker but bukan trouble maker. Bila dia tantrum ibu dan ayah memang kena hanya memandang dan care pada dia seorang ibarat dia sj ada ketika itu. Ini lumrah bila hadapi jiwa anak tantrum pelukan dan kasih sayang adalah penawar paling berkesan. Setiap anak2 mempunyai sikap dan tingkah laku yang berbeza ada yang boleh menurut dan yang membrontak jadi ibu dan ayah kadang harus ambil pendekatan yang berbeza utk setiap anak2. Dania mempunyai jiwa sensitif dan beremosi tapi sangat baik dan sangat mengambil berat. Dia sangat pintar dan rajin membantu serta suka mencuba berbeza daripada abang Dania cepat give up jadi die memerlukan supportive family dalam life nya. Tapi dia sangat tabah. Moga anak ibu Dania Hadijah sentiasa cemerlang dan bahagia di dunia dan akhirat.


Dania Hakim my 2nd hero lebih kepada junior ayah sebab sometimes cepat melatah. Budak yang sangat active, cekal dan gigih. Anak ibu yang ibu harapkan menjadi Huffaz dalam family. Sometimes suka membrontak jika permintaannya tidak dipenuhi jiwa yang sensitif suka merajuk tapi ajuk yang tidak lama sangat cute...pandai ambil hati ibu dan ayah. Dia nampak seperti fast learner sebab mudah menerima apa yang diajar dan mempraktikkan. Kadang2 Hakim jenis baran mudah give up tapi tidak mudah mengalah dan sentiasa bersemangat. Moga anak2 ibu semua menjadi saham akhirat ibu dan ayah yang memimpin abu dan ayah ke syurga......

Menjadi ibu kepada anak-anak yang sedang membesar,mendidik anak-anak itu sebagai satu kesulitan, malahan itulah detik atau momen paling indah dalam hidup...

Aku mahu menikmati momen indah itu di depan mataku sendiri. Melihat mereka membesar dengan pelbagai keletah amat menghiburkan hati. Segala kepenatan bagaikan hilang melihat senyum dan tawa anak-anak. Aku tidak mungkin akan dapat mengulangi lagi detik-detik indah itu apabila mereka sudah dewasa kelak dan mempunyai kehidupan mereka sendiri.





Rabu, 2 November 2016

Membina Keyakinan Anak Melalui Cara Rasulullah SAW

Rasulullah SAW menggunakan beberapa kaedah dalam membina keyakinan dalam diri anak. Beliau melakukan pelbagai kaedah agar anak-anak membesar sebagai insan yang kuat dan berkeyakinan diri.



Di dalam kitab Manhaj at-Tarbiyyah an-Nabawiyyah lith Thifl karangan Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, dinyatakan antara kaedah-kaedah yang diguna-pakai oleh Rasulullah dalam membina keyakinan anak-anak adalah:


1.Menguatkan Keinginan Anak

Kanak-kanak mempunyai perasaan dan keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Untuk membina kekuatan mengawal keinginan, anak-anak harus dibiasakan dengan dua perkara berikut:

a. Membiasakannya menyimpan rahsia. Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap kanak-kanak di sekelilingnya seperti Anas dan Abdullah bin Ja’afar RA. Ini kerana apabila si anak belajar untuk menjaga rahsia dan tidak membocorkannya, pada masa itu juga, keinginannya menjadi semakin kuat sehingga timbul rasa percaya yang menebal pada dirinya.

Aplikasikan pada anak anda: Beritahu sesuatu rahsia pada anak anda dan katakan padanya ia adalah suatu rahsia yang harus dijaga. Contoh: “Along, minggu depan adalah birthday Umi. Jangan beritahu Umi hadiah yang kita beli ini!”

b. Membiasakannya berpuasa. Apabila si anak berjaya menahan lapar dan dahaga semasa berpuasa, dia akan merasakan dirinya mempunyai kekuatan untuk mengalahkan dirinya sendiri. Kesannya, keinginannya dalam menghadapi cabaran hidup semakin kuat dan tabah. Perkara ini sudah tentu dapat meningkatkan keyakinan dirinya.

Aplikasikan pada anak anda: Mengajar anak agar mengambil pengajaran dari ibadah berpuasa. Contoh: “Tahniah! Haikal dah berjaya berpuasa sebulan Ramadhan. Waktu berpuasa kita sentiasa bersabar dan menahan dari dari perasaan marah. Sekarang Angah harus lebih sabar dengan karenah adik!” 

2.Membina Keyakinan Sosial
Apabila seseorang anak berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan di rumah atau melaksanakan perintah kedua ibu bapanya, perasaan keyakinan dirinya akan tersemai kuat di dalam dirinya. Kebolehannya berdialog dan berkomunikasi dengan orang-orang dewasa, berkumpul dah bermain bersama anak-anak lain juga boleh menumbuh dan mengukuhkan keyakinan sosial di dalam dirinya.

Aplikasikan pada anak anda: Sewaktu menziarahi teman anda, jangan lupa belikan buah tangan dan suruhlah anak anda untuk memberi buah tangan tersebut. Contoh: “Haikal, nanti bila kita sampai di rumah Uncle Nizam, jangan lupa bagi kerepek ubi ni. Katakan padanya Abi belikan kerepek ni special untuk Uncle Nizam tau!” 

3.Membina Keyakinan Ilmiah
Keyakinan ilmiah dibina melalui pembelajaran Al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan sejarah hidup beliau. Si anak akan tumbuh membesar dengan berbekalkan pengetahuan yang cukup mendalam. Pengetahuan yang terbina dari ilmu yang pasti dan bebas dari pelbagai khurafat dan khayalan ini lebih membentuk keyakinan anak-anak berbanding komik-komik yang bersifat imaginasi dan tidak realistik.

Aplikasikan pada anak anda: Jangan lupa untuk selalu bercerita pada anak-anak anda tentang sejarah hidup Rasulullah SAW terutamanya ketika mereka hendak tidur. Anak-anak mesti tidak sabar untuk mendengar kisah-kisah menarik daripada anda. Disebalik kisah-kisah tersebut, selitkan moral cerita yang boleh menjadi pengajaran berguna buat mereka.

4.Membina Keyakinan Kewangan
Anak-anak yang telah dapat menguruskan dirinya hendaklah dibiasakan untuk membantu dalam urusan menguruskan wang dan berbelanja.

Diriwayatkan oleh Malik dari Sulaiman bin Yasar: Makanan Sa’id bin Abi Waqqas telah habis. Dia berkata kepada pembantunya yang masih muda, “Ambillah tepung kemudian tukarkanlah dengan gandum. Timbangannya harus sama.” Rasulullah SAW melihat Abdullah bin Ja’far yang saat itu masih muda sedang melakukan transaksi jual-beli. Lalu beliau mendoakan keberkatan untuknya.

Aplikasikan pada anak anda: Ajarlah anak anda nilai wang yang diterima dan bagaimana mereka harus menjaga dan menggunakan wang tersebut dengan betul. 

Demikianlah dapat kita perhatikan betapa telitinya Rasulullah SAW dalam membina peribadi anak-anak sehingga mereka berjaya menjadi generasi pewarisnya yang terbaik.



Sumber: DiariMukmin


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa