Jumaat, 28 Oktober 2016

48Hours Hackathon @ MAMPU

25/10/16  hingga 27/11/16 berlangsungnye 48hours Hackathon Competition. My participate lebih kepada mewujudkan sebuah group bersama suami yang diberi "apa nama" huh sampai tak boleh pikir nama group sendiri. Ianya untuk merealisasikan idea art husband dari open data.gov.my menjadi sebuah website yang memberi manfaat dan impak yang berkualiti buat semua yg suka memanfaatkan cuti at least sekali setahun bersama famili. Jika sebelum kita selalu lihat banyak web tentang tentang hotel dan penginapan jadi my husband merealisasikan data mengumpul pakej travel and tour beserta kenderaan persiaran percutian yang bedaftar. Web tersebut dilengkapi mapping yang boleh dilihat menggunakan google street tempat menarik yang dipilih menjadi lokasi percutian. Aku bertindak sebagai pembantu dan lebih kepada pemudah cara memberi idea di samping sebagai compiler projek berkenaan :D......






CYBERJAYA: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) menganjurkan pertandingan Hackathon Data Terbuka Sektor Awam yang berlangsung secara berterusan selama 48 jam. Ia adalah platform pertandingan bertujuan menggalakkan pembangunan aplikasi atau produk berasaskan data terbuka. Pertandingan berkenaan disertai 38 kumpulan membabitkan 132 peserta yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu penjawat awam dan industri, universiti awam (UA) serta pelajar sekolah menengah. Ia dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), GITN Sdn Bhd (GSB) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC). Hadiah wang tunai RM10,000 ditawarkan bagi pemenang tempat pertama kategori penjawat awam dan industri serta UA, manakala RM3,000 bagi kategori sekolah menengah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun ketika berucap merasmikan pertandingan itu berkata, setakat ini terdapat 1,336 set data terbuka tersedia dalam Portal Data Terbuka Sektor Awam dan berharap sasaran 1,500 set data terbuka dapat dicapai sebelum akhir tahun ini. "Sehingga kini, Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastruktur (MaCGDI) dan Kementerian Sumber Asli menjadi agensi pembekal utama set data terbuka sektor awam, antaranya termasuk statistik tenaga buruh mengikut negeri, statistik ladang getah di Malaysia sejak tahun 1965 hingga 2014 serta bilangan kampung dan penduduk orang asli mengikut negeri," katanya.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa