Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Jumaat, 28 Oktober 2016

48Hours Hackathon @ MAMPU

25/10/16  hingga 27/11/16 berlangsungnye 48hours Hackathon Competition. My participate lebih kepada mewujudkan sebuah group bersama suami yang diberi "apa nama" huh sampai tak boleh pikir nama group sendiri. Ianya untuk merealisasikan idea art husband dari open data.gov.my menjadi sebuah website yang memberi manfaat dan impak yang berkualiti buat semua yg suka memanfaatkan cuti at least sekali setahun bersama famili. Jika sebelum kita selalu lihat banyak web tentang tentang hotel dan penginapan jadi my husband merealisasikan data mengumpul pakej travel and tour beserta kenderaan persiaran percutian yang bedaftar. Web tersebut dilengkapi mapping yang boleh dilihat menggunakan google street tempat menarik yang dipilih menjadi lokasi percutian. Aku bertindak sebagai pembantu dan lebih kepada pemudah cara memberi idea di samping sebagai compiler projek berkenaan :D......






CYBERJAYA: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) menganjurkan pertandingan Hackathon Data Terbuka Sektor Awam yang berlangsung secara berterusan selama 48 jam. Ia adalah platform pertandingan bertujuan menggalakkan pembangunan aplikasi atau produk berasaskan data terbuka. Pertandingan berkenaan disertai 38 kumpulan membabitkan 132 peserta yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu penjawat awam dan industri, universiti awam (UA) serta pelajar sekolah menengah. Ia dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), GITN Sdn Bhd (GSB) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC). Hadiah wang tunai RM10,000 ditawarkan bagi pemenang tempat pertama kategori penjawat awam dan industri serta UA, manakala RM3,000 bagi kategori sekolah menengah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun ketika berucap merasmikan pertandingan itu berkata, setakat ini terdapat 1,336 set data terbuka tersedia dalam Portal Data Terbuka Sektor Awam dan berharap sasaran 1,500 set data terbuka dapat dicapai sebelum akhir tahun ini. "Sehingga kini, Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastruktur (MaCGDI) dan Kementerian Sumber Asli menjadi agensi pembekal utama set data terbuka sektor awam, antaranya termasuk statistik tenaga buruh mengikut negeri, statistik ladang getah di Malaysia sejak tahun 1965 hingga 2014 serta bilangan kampung dan penduduk orang asli mengikut negeri," katanya.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji


Seawal-awal umur anak yang mampu dan boleh mengenal serta mengingati huruf ialah dalam lingkungan 3-4 tahun bagi yang tiada langsung menerima dorongan daripada rumah (zero daripada ibubapa). Berbeza bagi yang anak yang selalu menerima pengajaran dan dorongan sejak bayi oleh ibubapa. Lebih awal anak-anak dirangsang, lebih cepat mereka mahir dalam satu-satu perkara. 



Jika kita kerap memberinya mendengar nyanyian Alif Ba Ta, makin cepat mereka belajar mengaji. Pilihan di tangan ibubapa sepenuhnya. Apabila mereka sudah besar, pilihan bukan sepenuhnya lagi milik ibubapa. 

Langkah & Prosedur 

1. Ajarkan anak cilik mengenal huruf hijaiyyah dalam bentuk yang menyeronokkan dan santai melalui penggunaan kad imbas. Tidak perlu terlalu serius hingga harus duduk diam menghadap buku. Boleh dilakukan sambil bermain. 

** Nota tambahan : Jika anak tidak boleh menerimapakai cara kad imbas, sesuatu harus dilakukan oleh ibubapa kerana kanak-kanak normal boleh belajar dan lebih suka belajar menggunapakai kad imbas. Intervensi awal sangat baik untuk diri dan perkembangan pembelajaran anak-anak. 

2. Mengajar sambil membuat cerita dengan imaginasi untuk menjadikan P&P lebih menyeronokkan sama perasaannya seperti menonton kartun atau memberinya makan terlebih dahulu (jika anak masih kelaparan) sebelum mengaji. 

3. Jangan memaksa anak-anak mengaji jika tidak mahu. Dan tidak perlu menggertak mereka. 

4. Beri anak-anak masa dan sedikit ruang untuk mengenali betapa seronoknya belajar Alif Ba Ta dan mengapa mereka perlu belajar membaca Al-Quran bagi orang Islam. 

Tips : Selepas mengajar anak mengenal huruf hijaiyyah yang tunggal sebagai asas bacaan, ajarkan anak bagaimana untuk menulis pula. Dicadangkan penggunaan pensel dan kertas atau papan putih dan marker yang di khaskan untuk mereka bagi tujuan belajar mengaji. Mereka akan menjadi lebih teruja kerana mereka memiliki alatan khas sendiri untuk menulis seperti orang dewasa. 

Melalui hafazan, anak-anak cilik boleh mengenali huruf-huruf di dalam Al-Quran. Melalui hafazan, anak-anak cilik mampu mengingat dan menghafaz kebanyakan Surah di dalam Al-Quran. Hanya melalui tulisan dan hafazan, anak-anak beroleh ilmu melalui pengalaman yang akan memberikan mereka kefahaman yang lebih mendalam mengenai apa yang dihafaznya. 

Jika anak-anak masih tidak suka dan tidak mahu belajar mengenal huruf hijaiyyah, biarkan dia. Ajaknya bermain. Semasa bermain boleh mengajarnya menyebut Alif Ba Ta sehingga Ya bersama-sama. Lebih seronok disampaikan dalam bentuk pengulangan nyanyian yang santai tanpa mengira masa. 

Kesimpulan : 

Untuk anak berumur di bawah 1 tahun, biasakan dia mendengar orang mengaji dan membaca Al-Quran. 

Untuk anak berumur 2 tahun, biarkan dia bermain sambil mengikut bacaan 'rakan sebayanya' (baca : adik beradik) yang sudah tahu membaca. Atau bermain sambil membaca melalui kad imbas. 

Untuk anak berumur 3-4 tahun, apabila sudah mengenal huruf tunggal dan baris-baris asas, mulakan dengan mengajarnya membaca Iqra' atau Muqaddam atau mana-mana buku bacaan yang lain. 

Lihat prestasinya. Jika boleh terus membaca Buku 1 / Iqra' 1, jalan terus! Jika belum, jangan memarahinya kerana tersilap huruf atau tidak tahu huruf. Pandu membunyikan huruf yang betul sahaja. Tidak perlu diperbesarkan kesalahannya. Lama-kelamaan, dia pasti boleh mengingat apa yang betul. 

** Nota tambahan : Asas pembentukan utama bagi anak 0-7 tahun ialah memperkenalkan huruf hijaiyyah (huruf-huruf dan baris yang terdapat di dalam al-Quran bukan huruf Jawi). Pentingnya memperkenalkan huruf tunggal dan baris-baris asas sebagai pelajaran pertama kepada anak cilik. Ini kerana asas bacaan perlu difahami terlebih dahulu sebagai dasarnya. 

Apabila kefahaman sudah kukuh dan teguh, mereka sudah tahu huruf tunggal yang asas berserta tiga baris asas dan fungsinya maka, tiada masalah baginya untuk membaca apa jua jenis kaedah buku bacaan Al-Quran di masa akan datang. Cara/kaedah yang pelbagai yang ada di pasaran sekarang harus datang hanya selepas kefahaman mengenai asas huruf tunggal dan baris-baris yang terlibat diketahui oleh anak-anak.

Teknik asas :
# Tutup‬ mata atas kesalahan, 
# Tidak‬ marah/membebel, 
# Tidak mengkritik, 
# Tidak menghukum/menggertak, 
# Berlemah‬ lembut dan bermain bersama, 
# Tidak memaksa, ‪‎
# Sebutkan‬ huruf dan bunyi yang betul sahaja, ‪‎
# Tunjukkan‬ tulisan yang betul sahaja, 
‪‎# Puji‬ atas kemahuan dan kesungguhannya mengaji dan belajar menulis, 
‪‎# Hargai‬tulisannya walaupun senget dan carca marba.


Isnin, 24 Oktober 2016

Memohon Pekerjaaan Di Australia

Bagi yang berminat mahu mencari suasana atau angin baru  dan ingin migrate saya kongsikan beberapa tips memohon pekerjaan profesional  salah satu tempat yang tinggal sekarang di Australia yang pernah saya baca dan berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh suami saya. InsyaAllah jika ada kelapangan, saya akan mohon tuan suami menulis sendiri panduan dan pengalaman yang telah dilaluinya.

 
1. Siapkan diri dengan mengambil pensijilan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebelum mula memohon pekerjaan. Ia sangat penting bagi menjadi kayu ukur tahap kepakaran anda dalam sesuatu bidang berdasarkan penilaian standard di peringkat antarabangsa. Boleh baca artikel mengenai 15 Top-Paying Certifications for 2015′.

 
2. Kemaskini resume anda dengan maklumat terkini dan mengikut format Australia. Sebaiknya, mohon orang yang lebih mahir tentang HR dan Bahasa Inggeris untuk menyemak resume anda. Jika anda ada sahabat berpengalaman dari Australia yang dapat membantu anda menyemak resume dengan sedikit bayaran juga ia amat berbaloi. Sebaik-baiknya resume tidak lebih daripada dua muka surat dan dapat di’scan’ dalam masa tidak lebih sepuluh saat.
 
 
3. Nyatakan dua orang referees yang berkaitan dengan kerjaya atau akedemik anda. Resume anda akan lebih berharga jika referee anda terdiri daripada individu dalam bidang yang sama yang bertugas di Australia.
 
4. Sediakan cover letter berbeza untuk setiap jawatan yang anda pohon. Anda perlu menyatakan kelebihan diri anda dan kenapa syarikat perlu mengambil anda sebagai staf mereka di dalam cover letter. Jangan lupa pastikan kelebihan yang anda miliki adalah selari dengan keperluan tugasan yang mereka nyatakan di dalam iklan pekerjaan.
 
5. Selepas menghantar permohonan kerja, hubungi agen atau staf HR terlibat melalui panggilan telefon atau emel dalam masa sehari atau dua hari selepas menghantar permohonan. Kenalkan diri anda, nyatakan anda telah menghantar permohonan untuk jawatan tertentu dan sangat berminat. Ambil peluang untuk memberitahu kelebihan anda dan anda adalah calon yang sesuai untuk jawatan tersebut. 
 
6. Jangan lupa sediakan tracking bagi senarai pekerjaan yang anda telah pohon beserta tarikh permohonan, tarikh tutup dan nama agen/ HR. Terdapat banyak format percuma yang boleh dimuat turun daripada internet untuk menyediakan tracking ini.
 
7. Boleh mula menghantar permohonan kerja tiga bulan sebelum anda bersedia untuk memulakan kerja. Hal ini penting bagi melihat sejauh mana anda laku di pasaran kerja Australia.
 
8. Sekiranya anda terpilih, kebiasaannya pihak HR akan menghantar emel dan menghubungi anda melalui talian telefon untuk mengatur masa temuduga yang sesuai. Jika anda belum tiba di Australia, kebiasaannya temuduga akan dijalankan melalui skype atau panggilan telefon. Temuduga face to face akan diadakan jika anda telah berada di Australia.
 
9. Pastikan anda tiba awal di tempat temuduga. Sebaiknya buat kajian dan datang melihat tempat temuduga sehari atau dua hari lebih awal untuk membiasakan diri. Pakai pakaian formal dan kemas semasa temuduga.
 
10. Perkenalkan diri anda secara ringkas dan kurangkan bercerita mengenai hal-hal tidak formal di dalam temuduga. Jika ditanya, jawab sekadarnya sahaja. Anda perlu confident tetapi jangan kelihatan terlalu yakin atau angkuh. Jika ada soalan yang tidak dapat dijawab, nyatakan dengan jujur dengan jawapan yang sesuai. Jangan sesekali menipu semasa temuduga.
 
11. Kebiasaannya terdapat dua peringkat temuduga yang perlu dilalui di Australia. Keputusan temuduga biasanya akan diketahui dalam tempoh terdekat sama ada pada hari yang sama atau keeseokannya. Sekiranya anda berjaya pada temuduga pertama, pihak HR atau agen akan menghubungi anda untuk mengatur sesi temuduga ke dua.
 
12. Anda harus bersedia dengan baik juga untuk temuduga ke dua ini, jangan terlalu yakin anda telah berjaya. Buat yang terbaik sebagaimana anda melakukannya pada temuduga pertama.
 
13. Paling penting selepas berusaha, bertawakallah kepada Allah. Lakukan solat tahajud dan solat hajat dan mohon Allah memudahkan urusan anda mencari pekerjaan yang sesuai. Pastikan anda memohon supaya Allah memberikan pekerjaan yang paling baik untuk dunia dan akhirat anda.
 

Khamis, 20 Oktober 2016

Mengajar Anak Menghargai Barang

Aku rasa semua ibu bapa akan alami problem yang sama bila anak susah mula bersekolah mereka perlu berdikari kerana di sekolah tanpa pengawasan ibu bapa. Hanya guru2 yang memantau tapi tidak sepenuhnya seperti di taska dan tadika. Mereka harus sepenuhnya bertanggungjawab terhadap diri termasuk pakaian mereka dan peralatan mereka bawa seperti beg, buku, dan alat tulis. Dan senario anak membaling pemadam sesama kawan, pensel warna jatuh bertaburan bawaj pulang tinggal kotak pensil warna jer, pensel dan pembaris patah la, pencil case hilang lah macam2 lagi. Jadi sebagai ibu bapa bertabahlah kalau kita terpaksa berganti setiap hari. Kadang2 rasa luluh jugak bila mengharapakn mereka menghargai barangan dan peralatan yang kita bekalkan buat mereka sekolah untuk belajar terpaksa berganti setiap hari. Pada tidak kira sama ada anak lelaki ke atau perempuan ke kadang2 kalau dah namanya budak tengah aktif bende2 camtu tetap hilang dari radar walau ada yang mengatakan kanak2 perempuan lebih cerma menjaga barang.

Jadi di sini aku jumpa tips dari persoalan parents menangani permasalahan ini agar anak2 lebih menghargai apa yang mereka ada bukan hanya peralatan sekolah tetapi juga barang lain2 seperti permainan. So buat parent mungkin ini boleh membantu.


Soalan:

Anak saya berusia enam tahun, apa yang merisaukan saya dia tidak pandai menjaga barangan yang diberi. Contohnya setiap kali diberi mainan atau alatan menulis, pasti hilang serta rosak. Saya bimbang sikap tersebut terbawa-bawa sehingga dewasa. Dia seolah-olah tidak menghargai apa yang dia dapat. Apakah cara terbaik untuk menasihatkannya?

Jawapan:

Saya percaya puan dan para pembaca pernah mendengar kata-kata ini  ‘senang dapat senang lepas’. Biasanya kalau kita rasa tidaklah susah untuk mendapatkan sesuatu benda itu, maka kita tidak terlalu menghargai barang itu. Tetapi, sekiranya barang itu sukar didapati tentunya kita akan lebih menghargai barang itu kerana sukarnya mencari ganti barang itu kelak.

Justeru, kita akan menjaga barang itu seperti menatang air yang penuh. Jadi, puan perlu memberi syarat ketika membelikan barang yang dimahukannya. Perlu diingat, syarat itu juga mesti dipatuhi oleh kita sebagai ibu bapa. Jangan hanya memberi syarat tetapi kita juga tidak patuhi. Maka jika ia berlaku anak-anak tidak akan kisah dengan syarat kita.

Contohnya sekiranya kita menyatakan “pensil ni boleh tahan dua minggu, kalau sebelum dua minggu semua dah rosak, ummi tak belikan sebab adik tak cermat…jadi,adik kena jaga pensil ini dengan cermat…”. Jadi, apabila sebelum dua minggu pensil itu sudah rosak, maka kita perlu keraskan hati dengan syarat yang telah kita buat. Memang kita kasihan apabila anak merengek mahu dibelikan barang yang baru, tetapi kita perlu mendidiknya agar belajar dari kesilapannya.

Dia akan merasa kesan terhadap perbuatannya yang tidak menjaga barang dengan baik. Ia bukan bertujuan untuk mendera tetapi  mendidik anak kita. Jika kita konsisten, maka anak-anak faham dan hormat pendirian ibu bapa. Dengan cara ini anak-anak belajar berdisiplin, mendengar kata, dan menghargai barang miliknya. Sebahagian besar kanak-kanak memang tidak faham dengan hanya nasihat, maka dengan nasihat melalui pengalaman sendiri itu lebih berkesan (ada orang dewasa juga begitu!).

Selain itu, anak-anak melihat kita sebagai contoh, kalau dia melihat ibu bapanya berbelanja boros sesuka hati, tentunya dia juga akan berfikiran begitu. Kadang-kadang, ibu bapa pula yang terlebih-lebih. Anak-anak tidak minta barang itu, tetapi kita yang teruja kononnya sayangkan anak. Jadi, apabila itu adalah barang yang bukan anak kita mahukan, maka dia pun tidak terlalu menghargainya. Sayang anak berpada-pada. Jangan terlalu memanjakan sehingga anak-anak ‘spoil’ atau menjadi tidak matang.


Sumber: kedaiberjaya.com

Rabu, 19 Oktober 2016

Petua Melembutkan Hati Anak Yang Degil


Di bawah ini diperturunkan beberapa petua yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk menangani masalah anak degil.

1. Beli sekampit beras (boleh guna beras yang telah ada dirumah) dan bacakan 70kali surah Al-Fatihah setiap hari. Buat selama 7 hari berturut-turut.

Kampit beras yang dibeli tidak perlu dibuka semasa membaca surah Al-fatihah. Jika menggunakan beras yang sedia ada, pastikan beras itu tidak digunakan sehingga selesai 7 hari Al-Fatihah dibacakan. Boleh juga dibacakan surah Al-Fatihah ini kepada beberapa kampit beras dan makanan lain sekali gus.

2. Selepas 7 hari, beras ini boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga. Sekiranya beras semakin berkurangan maka boleh diulang kaedah ini secara berterusan.

3. Gunting sehelai rambut anak yang degil. Buat solat sunat Hajat dan berdoa minta ALLAH lembutkan hati anak itu. Selepas itu pegang (gengam) rambut anak itu dan baca " Ya Rahim " sebanyak 1000kali. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut.

Semasa anak tidur, bacakan ayat dari Surah Asy-Syura 42 : 12 di ubun-ubun anak anda. ( Sila refer gambar disertakan )





Baca ayat ini sebanyak 19 kali setiap malam. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut. Doa ini boleh juga dibacakan pada air dan beras untuk kegunaan sekeluarga. 




- USTAZ MOHD KAZIM ELIAS AL-HAFIZ 

Sumber:Majalah Q & A edisi 5 
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

Ahad, 16 Oktober 2016

Friends or Bullies

Kadang2 kids nie tak tau perbezaan kawan2 buli or just main2. Sometimes mereka ingat ianya gurauan. Macam anak aku Haikal dia seorang sangat cool dan berjiwa lembut tak kasar macam budak2 lelaki sebayanya so memang sangat merisaukan bila dia cerita kawan2 die  kadang2 suka main sorok beglah, pencil case la, tolak2 lah dan ingat ianya satu gurauan main2 dengan rakan. Haikal pun tak suka report pada guru takut hilang kawan. Pada pendapat aku Haikal anakku seorang yang sangat baik. 



Bila macam2 kes dalam news tv, surat khabar budak form 3 meninggal jatuh bangunan sekolah tolong rakan amik beg sekolah so pada aku gurauan budak2 ni sudah over limit, sebabnya ianya sudah mengancam nyawa rakan sendiri walaupun tanpa niat. Nak jadi cerita masa Hari Sukan Negara 8/10/2016 aritu Haikal join larian sekolah dekat Dataran Putrajaya. Tiba2 dalam kul 10.30am tak silap cikgu call cakap Haikal jatuh bengkak mulut dan gigi patah. Sedih mendengar dan melihatnya so kesabaran aku ada hadnya. Memang aku paham di luar kawalan guru2 kalau terjadi perkara tak diingini ini bila dah ramai2 kan so agak payah nak monitor. Sedih tengok die tapi pada Haikal biasa saja, tapi pada aku luluhlah hati seorang ibu. Memang rasa berat nak allow dia join larian sekolah tu aritu. 

According to Haikal's story dia berlari bersama kawan2  tiba2 kawan tertolak dari belakang tanpa sengaja tak tau betul tidak Wallahualam. So aku just advise him supaya berhati2 after this.

Jadi kesimpulannya pada aku kids ni harus alert sama ada keadaan mereka sedang dibuli atau tidak supaya segera buat report pada guru or pihak berkenaan yang bertanggungjawab

Sebagai ibu bapa, kita semua ingin berfikir bahawa kita akan tahu jika anak kita telah dibuli. Malangnya, mangsa buli sering akan melakukan apa sahaja untuk menyembunyikan kebenaran yang menyakitkan mereka. Lihat 9 tanda-tanda untuk diawasi.

Kecederaan yang tidak dapat diterangkan
Lebam yang tidak dapat dijelaskan, lebam, dan scrapes, atau mana-mana kecederaan yang anak anda cuba untuk menyembunyikan adalah sangat membimbangkan. Ingatkan anak anda bahawa tidak ada seorang pun mempunyai hak untuk mencederakan mereka, dan menggalakkan mereka untuk memberikan anda maklumat yang diperlukan untuk bekerja dengan pegawai sekolah dan menghentikan penderaan itu.
Baju koyak, barang sekolah hilang
Jika anak anda kembali dari sekolah dengan baju koyak ataupun hilang barang-barang tanpa penjelasan yang munasabah, anda perlu untuk menyiasat sebab yang mungkin dengan cara yang langsung dan sokongan.
Mengalami sakit fizikal
Sakit kepala, masalah perut, dan penyakit berpura-pura untuk keluar dari sekolah boleh dianggap sebagai tanda trauma emosi. Buli merupakan satu aktiviti negatif yang boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan emosi anak anda dalam pelbagai cara, jadi sentiasa berhati-hati dengan segala kemungkinan.
Hilang minat di sekolah
Jika secara tiba-tiba anak anda hilang minat datangke sekolah maka anda harus bertanya kepadanya kenapa dia bersikap sedemikian. Lebih baik jika anda pergi ke sekolah dan bertanya dengan guru kelas perkara sebenar dan ketahui siapa rakan kelas anak anda.
Tingkah laku yang merosakkan diri
Anak anda sentiasa ingin bersendirian dan langsung tidak menghiraukan orang sekeliling. Penuh dengan rasa malu dan kekeliruan, ramai mangsa buli mempunyai masa yang sukar meminta bantuan. Jangan sekali-kali mengabaikan gejala yang melibatkan-mencederakan diri sendiri, bercakap tentang bunuh diri atau melarikan diri, atau tingkah laku lain yang berbahaya.
Rendah diri
Sentiasa kemurungan atau alami emosi seperti rendah diri. Jika sikap ini ada pada anak anda, jadi mereka memerlukan perhatian ibu bapa serta-merta. Cuba berborak dan berbual akan hal sebegini, di mana mereka berasa selamat dan boleh berborak secara terbuka dan jujur dengan anda.
Kesukaran untuk tidur
Jika kanak-kanak mula mengalami masalah tidur yang tetap seperti insomnia, mimpi buruk, ketakutan malam, atau keresahan, anda harus mencari punca kenapa anda bersikap sedemikian. Cuba mengenal pasti apa yang mereka hadapi.
Takut untuk pergi ke sekolah
Kanak-kanak selalunya suka ke sekolah, lebih-lebih lagi dapat berjumpa dengan rakan sekelas. Tetapi jika anak anda sebaliknya. Mulakan siasatan, jangan ambil mudah perkara sebegini kerana kita tidak tahu hal yang berlaku kemudia hari.


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa