Rabu, 15 Jun 2016

Langkah Demi Langkah Cara Homeschooling Anak





1.  Perkara asas yang saya letakkan pada anak saya adalah al Quran. Didik Al Quran dari bayi. Jika ketika menerima emel ini, anak Dalina sudah tidak kategori 'bayi' lagi, jangan patah semangat. Kaedah ini efektif untuk umur apa sahaja.
 
Apa yang penting kita tidak mahu sia-siakan lagi waktu mereka membesar seterusnya itu.  Bermulalah sekarang. Masa tidak menunggu kita. Ada yang telahpun memasuki dan memenangi pertandingan hafazan dengan kaedah ini. 
 
2.  Bermulalah dengan memperdengarkan surah pendek, contoh 30 surah terakhir Juzuk 30. Surah pendek-pendek. Diperdengarkan secara berulang-ulang. 
 
Tidak disarankan memasang ayat al Quran 30 Juzuk seluruhnya kerana ianya nanti akan tiada proses pengulangan yang dapat dikesan oleh anak.  Maka yang terbaik, adalah dengan memperdengarkan surah yang sama atau beberapa surah terpilih diperdengarkan berkali-kali. 
 
3. Jangan campur adukkan dengan memperdengarkan muzik dan lagu yang melalaikan. Ibarat minyak dan air, ianya sukar bercampur dan susah pula untuk diminum. Ia akan menjadikan alunan al Quran itu hambar pada telinga mereka. Jika kita mahu memperdengarkan lagu-lagu nasyid yang mempunyai muzik, boleh menunggu sekurang-kurangnya setelah mereka menghafal 1 juzuk atau lebih. Jika tidak, ia akan menyukarkan hafalan mereka. 
 
4. Kurangkan bermain games dan menonton TV.  Kedua-duanya sangat mencuri masa dan boleh membuatkan ketagihan atau punca anak membuat perangai. Jika anak Dalina sudah terbiasa dengan salah satu masalah ini, kuatkan minda dan cekalkan hati untuk mengurangkan pendedahannya kepada anak. Tiada siapa yang boleh menyelesaikan ketagihan kedua-dua ini selain ibubapa itu sendiri.
 
Cara saya, saya berikan 20 minit bermain games jika dia menghafal satu musyaf (muka surat) al Quran. Ini dapat memotivasikan mereka dan juga tidaklah melenyapkan minat mereka sama sekali. 
 

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa