Sabtu, 23 April 2016

Doa Menghindari Dari Haiwan Berbisa

 
Akhir2 nie kita kita banyak dengar haiwan berbisa spt snake nie berkeliaran sekitar sek terutama di toilet dan longkang dah adaa dua kes murid yang kena patuk snake satu di Kelantan yang menyebabkan kematian adik Nurin dan satu lagi di Negeri Sembilan maklumlah skg tgh el nino musim panas yang melampau. Bende berbisa ni nak hidup so ia akan cari kawasan yang sejukk.
 
Berdasarkan kepada 2 kes yg berlaku di Kelantan & N9, kebanyakkan pelajar mcm tak terus bagi tahu guru bila terkena gigitan ular sebab mereka sendiri tak pasti digigit ape. So kalau boleh guru2 yg masuk kelas sebelum mula belajar agak dpt tgk keadaan pelajar,pucat ke,menggigil ke.....
Sedikit tips untuk dari pesara bomba

Just sharing dari Pesara Bomba;

Ikut pengalaman saya sebagai bekas Fire & Rescue pencen. Musim panas terik begini merupakan musim binatang berbisa terutamanya ular mencari tempat perlindungan ke lokasi yang dirasakan sejuk dan selamat baginya.
Ular berbisa seperti tedung selar, tedung, katam tebu, ular kapak boleh membunuh dengan cepat. Ular-ular ini akan mematuk mangsa dan mengeluar/mengalirkan bisa melalui taringnya.

Kita kena 'alert' dan 'aware' dengan pesekitaran. Ular akan masuk rumah melalui saluran air, paip, longkang, celahan pintu dan tingkap.
 

Ular akan cari tempat sejuk dan di rasakan selamat iaitu bawah dapur, bawah almari, bawah kerusi, atas almari dan bilik air. Hati-hati dan sentiasa memeriksa rumah. 

Untuk keselamatan/mencegah ular dari masuk rumah taburkan garam kasar dan belerang/sulfur di sekeliling rumah.

Musim panas terik musim ular dan binatang berbisa berhijrah dan sangat sensitif serta agresif/garang, begitu juga waktu musim mengawan dan selepas bersalin kulit.

Ular berbisa membunuh dengan patukan dan bisa/racun yg terdapat pada taring.

Ular sawa membunuh dgn melilit mangsa dan menelan sedikit demi sedikit.
Saya just sharing dan terpanggil bila rasa simpati yg menimpa pada pelajar sekolah di kelantan yang meninggal dunia dan ular tedung selar 10 kaki masuk dalam engine lori di langkawi semalam serta dalam kereta.

Bagi yang bekerja di site sila berhati-hati.

Ada juga saranan supaya flush atau intai-intai dulu toilet bowl sebelum guna. 
Ular akan cari tempat yang sejuk dan tersorok 

Amalkan doa ini melindungi dari haiwan berbisa moga bermanfaat buat semua dan parents....






0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa