Selasa, 15 Mac 2016

Menggunakan Ringkasan Maksud Ayat Al Quran Dalam Mendidik Anak

 

Semoga berada dalam lindungan Allah selalu. Semoga dijauhkan dari syaitan yang selalu mahu manusia putus asa atau gopoh dalam usaha kita mendidik anak-anak kita. Aku berharap kita sentiasa bersemangat mendidik anak bukan sahaja ilmu membaca al Quran malah ilmu memahaminya.
 
Cita-cita tinggi bukan?. Biasalah.. seorang ibu mahu anak mereka lebih dari diri mereka sendiri. Jika kita bukan seorang yang pandai berbahasa Arab tidak tahu maksud al Quran kita rujuk akan terjemahannya.
 
Jika kita begitu, patutkan kita berkata pada anak kita :
 
"Takpelah anak ibu.. ibu pun begitu, kamu pun tak pelah kalau begitu juga."
 
Jika ada yang begini, ianya cuma segelintir sahaja dan kita tidak termasuk dalam golongan ini.
 
 
 Aku dipertemukan dengan seorang yang punya ilmu unik  ini! Ilmu ini punya sanad dengan Rasulullah s.a.w. Ilmu yang tidak ternilai harganya yang punya rahsia cara untuk anak mempraktikkan al Quran yang dibacanya dalam kehidupan harian. Alhamdulillah beliau sudi menerima jemputan saya untuk perkongsian ilmu.
 
Bayangkan ibu-ibu orang soleh dizaman dahulu, tentunya bercakap menggunakan ayat al Quran kepada anak mereka hingga al Quran bukan sahaja dihafal, malah dijadikan peringatan harian yang dipraktikkan berkat usaha ibubapa menuturkannya setiap hari.


Contoh dari  ambil kata ZigZaglar :


 'Repetition is the mother of learning, the father of action, which makes it the architect of accomplishment.'


Contoh :
'Wallahu Yuhibbul Mutohhirin'   - (At Taubah, 108)

Maksudnya : 'Dan Allah Mencintai Orang yang Bersih'
 
Digunakan jika anak bermain kotor.. kemudian kita mahu menyuruh mereka mandi.
 
Selain dari itu, kita akan pelajari tentang ayat-ayat yang perlu dituturkan dalam pelbagai situasi seperti anak bergaduh, anak sedih menangis, anak gembira, anak takut dan sebagainya.

Apalah yang lebih baik untuk dituturkan selain dari ayat Allah. Ayat mana patut dipakai untuk perbuatan apa? Jangan terperanjat jika satu hari mereka pula menuturkan ayat-ayat Allah ini kepada kita atau kepada kawan-kawan mereka jika melihat situasi yang sama. Jadilah mereka benar-benar al Quran yang bergerak! Yang ingat dan memperingatkan orang lain.
 

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa