Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Sabtu, 30 Januari 2016

Sambutan Hari Wilayah Vs Ibu Krisis identiti



Hari Jumaat baru nie lepas balik dari sekolah then before siap2 untuk ke kafa Haikal ikut ayah solat Jumaat, Dania menyanyi2 lagu Wilayah Persekutuan al maklumlah budak wilayah lahir pun kat Wilayah Putrajaya. So ibu pun tanye " Dania ingat ye lagu wilayah?" Dania jawab "mestilah ibu kt perhimpunan mesti nyanyi lagu ni dengan lagu negaraku dan lagu sekolah cikgu cakap Isnin nie cuti Hari Wilayah betulkan ibu" Ibu jawab "ermmm......" :D

MAJU DAN SEJAHTERA
INILAH WILAYAH BUMI YANG BERTUAH

MAJU MEMBANGUN DIJULANG MEGAH
AMAN SENTOSA DISEPANJANG MASA
TEGUH DISEMAI SENTIASA

MEMBARA SEMANGAT SETIAP WARGANYA
CERGAS MINDANYA SEMANGAT WAJA
PADA WILAYAH DITUMPAH SETIA
HORMAT HORMATI PENUH MESRA

BERSATULAH
BERBAKTILAH
SEMUA WARGA WILAYAH

SAYANGI
LINDUNGI
SEPENUH JIWA RAGA

KITA JAGA KEHARMONIAN SEMUA
MAJU SEJAHTERA
WILAYAH PERSEKUTUAN


Dania tanya lagi "Ibu, dulu masa kecik ibu sekolah kat Terengganukan?"
Ibu: "Mestilah ibukan orang Terengganu"
Dania: "OOoo macam mana Lagu Terengganu Ibu?"
Ibu dengan confident menjawab nyanyiannya macam nie:

"Allah selamatkan kamu....Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...." sampai ke sudah duk repeat senikata yang sama hahahah. Dania dengan muka blurrr cakap " yeker ibu camtu...takkanlah..." sambil berlalu masuk bilik on Pc. Aduii budak sekarang.......Rupanya dia buka youtube search lagu Terengganu. Then dia panggil "Ibu...ibu tengok nie ...dengar macam nielaah lagu Terengganu"


Allah daulatkan Tuanku Sultan

Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman

Ibu: "Ooo aaa ibu lupalah nia...." hehehehee
Dania: "Tulah lagu ibu nyanyi tadi cam pelik jerr tu bukan lagu Happy Besday ker"
Ibu: "Ibu confused tadi nia" heheeheh
Dania: "Ibu nie betul ker orang Terengganu?"
Ibu: ??????? sambil tersengihhhhhh..............



Hahahaha kan dah terkena dengan anak sendiri. Memang sebelum nie kalau time cuti orang tanya tak balik Terengganu ker. Aa... aa nak balik Besut nanti mesti mention nama tempatnya orang yang tak tau pun jadi tau. Kalau orang tanye lagi tak balik Kelantan ker. Saya bukan orang Kelantan saya tinggal kat Besut memang akan mention Besut itu tanpa memberitahu negerinya di mana hihi...Besut kan republikk......kah..kah...kah...

Moral of the story jangan lupa Negeri Tempat Tumpah Darahku...heheheh


Jumaat, 15 Januari 2016

Kesan buruk jika terlalu garang dalam mendidik anak – Puan Aishah


Kepelbagaian dalam mendidik anak-anak
Terdapat 3 jenis kepimpinan dalam keluarga iaitu kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire. Cara ini juga diaplikasikan dalam kepimpinan rumahtangga termasuklah cara pendidikan terhadap anak-anak.

Kepimpinan atau cara didikan autokratik berfokus kepada ibu bapa yang sangat tegas dan boleh dikatakan ibu bapa yang garang. Ciri kepimpinan autokratik termasuklah ibu bapa menggunakan kuasa untuk menentukan segala aspek dalam hidup anak-anak. Ibu bapa begini akan membuat penyelesaian, keputusan, kedudukan dalam semua aspek kehidupan anak-anak dan anak-anak mestilah menjadi pak turut segala apa perancangan ibu bapanya terhadap mereka. Peranan ibu bapa dalam konteks ini lebih kepada perancang dan penentu semua aspek kehidupan anak-anak dan anak-anak hanya menurut sepenuhnya tanpa ada bangkangan.

Kepimpinan atau cara pendidikan demokratik pula akan lebih menumpukan kepada lebih banyak perkongsian menang-menang antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa akan lebih banyak memberikan dorongan, sokongan serta galakan untuk anak-anak melakukan perkara-perkara yang telah disepakati bersama. Peranan ibu bapa lebih kepada memberikan sokongan, mampu berbincang secara adil serta galakan untuk anak-anaknya. Sokongan dan dorongan sangat diperlukan oleh anak-anak untuk mengembangkan potensi anak-anak ke arah membina jati diri yang mantap. Kata-kata perangsang ibu bapa adalah azimat untuk anak-anak meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan dan berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan dalam hidup mereka.

Kepimpinan atau cara didikan yang ketiga iaitu laissez-faire pula ialah kaedah kepimpinan tanpa ada sebarang kawalan terhadap anak-anak. Mereka bebas melaksanakan apa jua perancangan dan keinginan mereka dalam hidup dengan sepenuh kebebasan. Ibu bapa tidak ambil tahu dan memberikan sepenuh kebebasan untuk anak-anak mereka. Ibu bapa yang melaksanakan cara ini sebenarnya tidak berperanan dalam membantu anak-anak. Anak-anak dibiarkan terumbang-ambing dalam meneruskan kehidupan tanpa sebarang bimbingan dan panduan daripada ibu bapa.

Kesan buruk jika terlalu garang
Ibu bapa yang garang banyak menggunakan kaedah pendidikan yang pertama iaitu autokratik di mana anak-anak tidak diberi pilihan untuk melakukan apa yang mereka sukai. Ibu bapa ini terlalu tegas dalam menentukan halatuju anak-anak serta semua aspek kehidupan. Kesan kepada anak-anak ialah anak-anak hidup dalam tekanan perasaan yang amat kuat malah ada yang menghadapi tekanan mental disebabkan terpaksa mengikut apa juga arahan ibu bapa walaupun hati tidak suka. Tekanan emosi kadang kala menjadikan anak-anak terlalu sgresif dengan orang lain malah ada juga yang menghadapi kemurungan, iaitu suka duduk sendirian, lebih banyak menghabiskan masa dengan bersendirian bermonolog dan mampu menyebabkan kerisauan pada diri mereka.

Tekanan mental juga berlaku dan menjadikan anak-anak tidak mampu fokus di dalam kelas dan belajar dengan tenang. Apa yang ada dalam minda mereka ialah rasa keterpaksaan dalam melakukan semua tugas hidup dan akhirnya anak-anak akan menjadi jemu dengan hidup. Malah ada juga anak-anak yang memberontak contoh bergaduh dengan kawan-kawan di sekolah, menjadi vandalisme dengan melepaskan tekanan dengan merosakkan alatan-alatan di sekolah serta menconteng tandas dan pelbagai premis lain untuk melepaskan tekanan perasaan.

Ada juga anak-anak yang dididik dengan autokratik akan melepaskan perasaan kepada adik-adiknya seperti suka memukul, membuli dan mencederakan mereka kerana ingin membalas dendam terhadap apa yang ibu bapa lakukan terhadap mereka.

Ibu bapa yang autokratik mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk memukul anak-anak mereka sekiranya anak-anak tidak mahu mengikut apa jua arahan mereka.

Antara kesan yang lain ialah anak-anak akan mencari sumber sokongan daripada orang lain seperti kawan baik, juga kawan yang lain jenis untuk berkongsi masalah dan perasaan mereka. Dan mereka lebih mempercayai kawan baik itu dari ibu bapa mereka sendiri. Apa yang ditakuti ialah bilamana mereka mendapat kawan-kaan yang tidak baik dan terlibat dalam gejala sosial seperti dadah, rempit, melepak dan kes2 jenayah juvana. Anak-anak juga akan mudah meletakkan kepercayaan, sokongan kepada selain ibu bapanya dan sampai satu tahap anak-anak sanggup keluar dan lari dari rumah bila terlalu tertekan dengan sikap ibu bapa terutamanya anak-anak remaja.
Anak-anak yang tertekan berkecenderungan untuk mendapat penyakit kemurungan atau “depression”, kebimbangan melampau atau “anxiety disorder” serta berkemungkinan mendapat skizofrenia sekiranya tidak dirawat dengan baik, selain menjadi vandalisme dan terlibat dengan jenayah delinkuen juvenil.





Oleh: Puan Siti Aishah bt Hamid Ketua Biro Keluarga & Masyarakat ISMA Cawangan Alor Setar
Nota: Puan Siti Aishah merupakan pensyarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Institut Perguruan Kampus Darulaman, Jitra.

Isnin, 11 Januari 2016

Manfaat Sebagai Seorang Blogger




Penulisan di blog tecetus waktu aku melahirkan anak sulung masa tu aku banyak search information tentang penjagaan bayi so untuk mudah aku refer aku save in blog dengan sources agar aku mudah nak cari refer balik nanti. . Seronok mencari info dan kemudian tercetuslah inspirasi untuk mewujudkan blog sendiri. Hanya untuk suka-suka mencatatkan catatan tentang kids dan diri sendiri sepanjang menjadi seorang ibu di samping share tip2 dan panduan berguna about parenting.
  
Pelbagai platform boleh digunakan setelah kita mewujudkan blog dan menulis dan ada readers dan followers tersendiri so secara tak langsung ia boleh dikembangkan sebagai  platform ecommerce yang dijadikan pendapatan sampingan menarik bukan menjadi blogger. Asalkan tidak menyimpang dari penceritaan dan visi penulisan sebenar....

Tahukah kita apa manfaatnya menjadi blogger? Dibawah ada 10 manfaat yang mungkin sebenarnya lebih dari itu tetapi tidak terfikir ketika saya menulis ini.
  • Melatih Kreativiti Seorang Blogger akan memikirkan cara agar blognya nampak bagus dimata pengunjung. Maksud bagus dimata pengunjung bukan untuk nampak cantik sahaja kerana jika hanya cantik tapi manfaat isi kandung tiada, mereka mungkin hanya datang sekali. Untuk membuatkan mereka datang berkali-kali, isikan blog anda dengan isi yang bermanfaat secara konsisten. Dapat pahala menyebarkan ilmu yang bermanfaat!  Tanpa sedar, blogger tersebut mula melatih kreativitinya. Dengan kreativitinya, dia akan berusaha menulis ilmunya itu untuk disebarkan kepada orang ramai.
  • Tangkas Menukar Informasi Baru Kepada Idea Penulisan
    Seorang blogger akan terus mencari idea agar blognya akan ada post terkini sekerap yang boleh sehingga dia bersemangat untuk mencari rujukan yang diperlukan. Akhirnya, blogger tersebut lebih tahu maklumat/infromasi dan idea terbaru dari pada yang bukan blogger.
  • Lebih Ramah Blogger adalah orang yang ramah dan berfikir tentang orang lain kerena mereka selalu memikirikan cara untuk membuat senang pemirsanya. Terbukti beberapa blogger menyediakan buku tamu agar bisa bercakap-cakap sejenak dengan pengunjung blog mereka
  • Selalu Mendapat Ide CemerlangBlog merupakan aset penting yang dimiliki Blogger dan aset penting itu tidak akan penting tanpa artikel yang mengisinya. Untuk mengisi artikel diperlukan ide sehingga tanpa sadar, blogger akan terus terpikir akan ide untuk mengisi artikelnya dan kadang ide itu juga bisa diterapkan di lingkungan masyarakat.
  • Menjadi TerkenalMelalui tulisannya, seorang blogger dapat menjadi terkenal. Mengapa ? Karena tulisan tersebut kadang bisa menjadi populer, kontroversial, dan bahkan menjadi headline. Bila artikel tersebut terkenal, maka yang diusung ialah penulisnya.
  • Motivasi Dalam HidupBila blogger tertimpa masalah, mereka akan terus memikirkan jalan keluar dan akhirnya mereka berkata, “Tenang, aku punya blog yang terkenal.” Mereka akan terus memotivasi diri mereka sampai akhirnya mereka merasa tenang.
  • Menjadi KayaKaya bukanlah hal yang mustahil bagi blogger. Dengan blog, blogger dapat mengubah blog mereka menjadi ladang uang. Dewasa ini, banyak PPC yang mulai merambah seperti Google Adsense, Chitika, AdsenseCamp, KlikSaya, dan masih banyak lagi yang bisa membuat seorang blogger menjadi kaya.
  • Teman yang BanyakBlogger bisa menjalin banyak pertemanan dengan blogger lain yang tersebar di seluruh pelosok dunia. Tidak hanya lokal saja, mungkin juga ada teman yang berasal dari luar negeri.
  • Pandai Bahasa AsingKarena bahasa Indonesia belum terlalu sering di web-web ahli maka sering blogger harus membaca tulisan bahasa asing yang tentu saja membuat blogger menjadi terlatih dalam berbicara bahasa asing.
  • Menjadi PemimpinMenjadi blogger berarti menjadi pemimpin bagi pengunjung anda yang masuk ke blog anda. Kadang karena sudah terlalu menjiwai blognya, seorang blogger akan menerapakn kepemimpinannya kedalam dunia nyata.
Ok secara tak langsung manfaat menjadi blogger menyebarkan panduan berguna sebagai satu sedekah maklumat yang berguna kepada pembaca yang mencari tips2 parenting atau info lain. Dengan blog ia boleh diolah sebagai kita dengan penyebaran tips dan panduan yang baik dan berguna agar parents dapat praktikkan......

Amalan Membaca Surah At Taubah Rezeki Lancar Hutang Dapat Dijelaskan

 


Amalkan membaca Surah at-Taubah ayat 128 dan 129. Baca sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah,
1) Segala kelemahan anda bertukar kepada kekuatan.
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan.
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan.
4) Terhindar dari dukacita.
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya.

Ahad, 10 Januari 2016

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

 
 
http://www.papaglamz.com/2016/01/maa-takaful-cash-giveaway-by-papaglamz.html
 
 
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan header dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)
3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016. 

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Khamis, 7 Januari 2016

Panduan Doa Selepas Solat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ.                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah kami berlindung denganMu daripada azab kubur, kami berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, kami berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah kami berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.
Ya Allah sesungguhnya kami berlindung dengan Mu dari bakhil, kami berlindung denganMu dari penakut, kami berlindung denganMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan kami berlindung denganMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.
Ya Allah berilah pertolongan kepada kami untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan beribadah yang baik untukMu".
ْ
Ya Allah kami berlindung daripada kejahatan yang telah kami lakukan, dan daripada semua kejahatan.
Ya Allah hitunglah kami dengan perhitungan yang mudah.ُ
Ya Allah sesungguhnya kami telah banyak menzalimi diri kami sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diri kami dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang.ُ
Ya Allah kami memohon kepada Mu, Ya Allah yang Maha Esa, yang tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang.
َ
Ya Allah ampunilah kami untuk apa yang telah kami lakukan di masa lalu dan apa yang akan kami lakukan di masa hadapan, apa yang kami lakukan secara tersembunyi dan apa yang kami lakukan terang-terangan, apa yang telah kami berlebih-lebihan dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diri kami sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah yang mengakhiri, tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.ِ
Ya Allah sesungguhnya kami mohon kepadaMu agar dimasukkan ke Surga dan kami berlindung kepadaMu dari Neraka.
Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah kepada kami iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah.
Ya Allah kuatkanlah kami dengan iman dan keyaqinan, taqwa dan ketaatan, agar
kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat.
Ya Allah anugerahkan kami keberkatan ilmu, bantulah saudara kami yang dalam kesusahan Ya Allah. 
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Rabu, 6 Januari 2016

Amalan Rezeki Tak Pernah Habis

Selasa, 5 Januari 2016

Baca Dua Ayat Ini Setiap Malam InsyaAllah Rezeki Lancar

Ada dua ayat di dalam Al Qur’an yang jika dibaca setiap malam maka orang yang membacanya akan diberikan kecukupan. 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ قَرَأَ بِالآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

“Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah pada malam hari, niscaya ia tercukupi.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dalam Nuzhatul Muttaqin syarh Riyadhush Shalihin, Syaikh DR Mustofa Said Al Khin, Syaikh DR Mustofa Al Bugho, Syaikh Muhyidin Mistu, Syaikh Ali Asy Syirbaji dan Syaikh Muhammad Amin Luthfi menerangkan bahwa salah satu makna tercukupi dalam hadits ini adalah tercukupi keperluan dunia dan akhiratnya serta terhindarkan dari semua keburukan.
Hadits ini pula yang dicantumkan oleh Ibnu Katsir saat menjelaskan keutamaan dua ayat terakhir surat Al Baqarah ini dalam tafsirnya.
Dua ayat terakhir dalam surat Al Baqarah tersebut tidak lain adalah firman-Nya:

آَمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آَمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an) dari Rabbnya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan seseorang pun di antara rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa): “Ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.”
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (QS. Al Baqarah: 285-286)

Isnin, 4 Januari 2016

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink


klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Apabila Anak Mula Ke Sekolah

Hari ini 4 Januari 2016 sudah start hari persekolahan setelah sebulan bercuti so yang paling excited dah tentulaa my princess intan payung sorg tu Dania. Since dari orientasi die mmg tak sabar menyarungkan uniform putih biru sek ren setelah 4 tahun pakai uniform oren heheeh. 


Semalam lagi Dania dah siapkan stationery dan buku sek. Walaupun arini transisi dua minggu tak perlu bawa buku teks. Jam 4.50am Dania dah siap mandi dan kejutkan ayah ke masjid solat subuh. Dalam mamai ayahnya bagitau "belum time nia...nia solat sunat jer dulu ye solat tahajud" hehehe... tapi ayahnya sambung tidur balik...


 


Memang semangat tul Dania hopefully dia istiqamah kalau ikutkan history ke taska memang penuh tragisss...

Hari nie masa pergi tadi ramai parent datang hantar sampai dalam siap tunggu lagi kat area sek. Tapi aku lepaskan jer Dania maybe sebab ade abang so aku hati kering jerr biarkan mereka masuk dalam sek. InsyaAllah tak da ape2 parent yang datang lepas tu kena halau dengan cikgu. Mesti cikgu pun serabut nak monitor dengan parent pun sibuk nak tengokk anak kalau aku jadi cikgu memang aku persilakan mereka keluar pakar kerana menganggu tugas guru hihi...

So this is 1st day Dania in school nampak ceria ..bahagia..insyaAllah moga berterusan dan berkekalan hendaknya...jadi anak ibu ayah yang solehah..tak tinggal solat dan jadi budak pandai

Ahad, 3 Januari 2016

JIKA RASA 'TAK BEST' KERANA 'TAK NGAM' DENGAN ANAK, MUDAH-MUDAHAN TIPS INI BOLEH MEMBANTU .


Pernah tak anda tengok anak dan hati meronta-ronta, tertanya-tanya 'kenapalah anak aku ni tak bonding dengan aku?' Dengan orang lain dia boleh banyak cakap, boleh terkekek-kekek bergurau senda. Tapi dengan kita, kita cakap sepuluh patah dia jawab sepatah je.
'Sedihnya...'
Itulah antara yang diluahkan oleh ibu bapa, peserta Seminar ADHA ('Allah Dalam Hati Anakku'). Setiap kali seminar pasti akan ada yang meluahkan hal yang sama.
Memang sedih tuan-puan. Siapa yang tak sedih. Bayangkanlah anak darah daging sendiri..yang duduk dalam rahim kita, dibawa bersama ke mana-mana selama 9 bulan lamanya..yang kalau kita jalan tu punyalah hati-hati takut terlanggar bucu meja, takut tergelincir jatuh. Kalau makan, fikir banyak kali berkhasiat ke tidak untuknya yang berkongsi sama dengan kita.
Allahuakbar, sekarang nak dengar dia cakap-cakap dengan kita pun susah.
'Anak saya memang tak nak dengan saya, Dr' cerita seorang ibu yang menemui saya selepas tamat seminar. Orang lain sudah pulang, tapi puan ini masih stay kerana ingin bertanya secara lebih personal tentang anak perempuannya yang berumur 6 tahun.
Sedih saya dengar.
'Maaf puan kalau saya bertanya, puan ada spend 'fun time' dengan anak?'
Jawapan beliau, lebih kurang begini: 'Macamana saya nak buat, Dr. Saya baru cakap sikit, dia dah buat perkara yang buat saya geram. Ada saja perangainya yang buat saya marah'
Mendengar luahan hatinya, saya amat memahami. Terutamanya kita -para ibu- sebenarnya banyak yang kita perlu 'hadap'. Tugasan di pejabat yang banyak yang menyebabkan bila kita balik rumah..bateri tenaga tinggal 20%. Balik rumah dengan mainan yang bersepah dari dapur sampai ke ruang tamu. Belum sempat merehatkan badan, terus bergegas menguruskan kerja-kerja di rumah yang menanti..dengan masaknya, mandikan anak. Mengajar anak solat dan mengaji pun kita juga. Sat lagi lepas makan malam kita nak jadi cikgu pula..mengajar anak membaca, nak tengok kerja sekolah mereka.
Itu yang kadang-kadang, apa yang anak buat menyebabkan kita cepat naik darah. Sebab kita dah penat sedangkan masih banyak tugasan yang perlu dilakukan.
'Its ok puan. its normal'
Kerana kita juga manusia, makhluk yang lemah. Yang tenaga dan kesabaran ada hadnya. Kita bukan robot yang boleh buat semua perkara tanpa rasa nak marah. Kita bukan malaikat yang sentiasa baik dan tidak buat salah.
We are human. All we need to do is to try to improve.
Saya teringat satu waktu yang mana perangai yaya memang selalu buat saya marah. Bayangkanlah, nak suruh mandi pun berperang. Bila saya minta dia berhenti tengok kartun, dia buat-buat tak dengar. Cakap sekali dua tak jalan. Pandai menjawab pula tu. Mama dah jadi singa jadian baru nak ikut cakap.
Ia berlaku sebelum saya mengamalkan Teknik ADHA. Masa itu, hati mama ni memang selalu 'panas' dengan karenah si anak. Ada saja yang tidak kena di mata saya. Allahuakbar, akhirnya saya sendiri yang stress.
Hinggalah satu hari, saya browse gambar-gambar lama. Gambar dan video yang dirakamkan sewaktu kami sekeluarga menetap di New Zealand. Yaya waktu itu setahun, dua tahun. 'Allah..comelnya dia. Suaranya pun cute aje bila bercakap'
Allahurabbi, tiba-tiba bergenang air mata. 'Anak yang aku asyik rasa nak marah ni lah dulunya anak yang buat aku ketawa bila balik rumah selepas seharian pening kepala dengan kajian PhD'
Bayangkanlah..satu hari sepala serabut. Tapi buka je pintu rumah..hilang semua serabut tu. Terus boleh senyum sampai telinga bila tengok dia terkekek-kekek berjalan menuju ke kita.
Dialah yang menghiburkan kita dengan cakap-cakapnya yang masih sepatah dua sehinggakan setiap hari ada saja yang buat kita tergelak dengan vocab barunya yang kadang-kadang betul kadang2kan lari habis. Macam yaya, sampai sekarang saya ingat..dia pernah panggil elephan dengan 'evina'. Hehe kan lain beno bunyinya tu. Tapi itulah yang buat saya suami isteri terkekek gelak dan ingat sampai sekarang.
Waktu dia baby lagi best. Bayangkanlah..dia berak, dia kencing pun boleh buat kita ketawa. Apataknya, kita tengah tukar pampers dia..dia bagi tangan kita 'hadiah' hehehehe. Itu yang selalu tak sabar nak balik rumah nak jumpa anak.
Waktu itu semua dari anak adalah kebahagiaan.
'and she is my same daughter in front of me now'
Allahuakbar, tak tahu nak cakap macamana sedihnya waktu itu. Perasaan kasih dan sayangkan anak meluap-luap waktu itu juga. Terus saya pergi kat yaya, peluk dia dan cium dia berkali-kali. "Ni la anak mama kat New Zealand dulu"
Hehe sejak itu, dalam office saya di sana sini ada gambar yaya semasa kecil.
Alhamdulillah, Allah bantu saya sehingga sekarang saya takde masalah ini lagi. Setiap hari walaupun ada masanya saya 'hot' dengan anak, tapi lebih banyak masanya kita tergelak bersama sambil borak-borak tentang banyak perkara. Guling-guling sama-sama sambil dia mengusik kita dan buat kita ketawa dengan lawaknya.
Tips inilah yang ingin saya kongsikan. Tips mudah tapi mashaAllah sangat membantu untuk menjernihkan hubungan kita dengan anak, merapatkan bonding sehingga setiap hari adalah kebahagiaan dan keseronokkan hidup berkeluarga.
1. Kalau ada gambar atau video yang dirakam semasa anak kecil (baby, umur 1-2-3 tahun), jenguk-jenguklah sekali sekala. Anda pasti terimbau keseronokkan, kebahagiaan dan keriangan waktu itu dan mudah-mudahan perasaan itu hadir semula saat kita melayan karenah anak-anak saat ini. Kerena merekalah anak-anak yang sama yang dahulunya membuat kita tak kering gusi dengan telatah comelnya. Letak gambar itu di office, di bilik tidur.
2. Bila perasaan 'sayang anak' itu hadir, dekati anak dan lakukan 'fun activities'..semudah geletek anak sampai dia ketawa tak kering gusi, main lumba lari dan biarkan dia yang menang, ajak anak makan ais krim kat tepi taman permainan, duduk di sebelahnya..menikmati aiskrim sambil borak-borak.
3. Selalu berborak dengan anak..sambil 'landing' atas katil atau duduk bersama berehat di sofa. Borak-borak yang bebas dari unsur-unsur bebelan, marah, teguran, leteran hehe. Biar ia menjadi borak-borak yang menyeronokkan tentang apa saja. Tipsnya ialah tanyakan anak topik yang dia suka untuk bercerita. Mungkin pemain bola kegemaran anak, atau kawannya di sekolah yang kelakar atau rumah impiannya di syurga. Layankan saja dan beri respond yang beriya sikit seolah-olah cerita anak itu sangat menarik "Iya? lepas tu apa jadi?"...dan..ehem..paling penting pastikan bebas dari unsur-unsur bebelan, marah, teguran, leteran dan yang sewaktu dengannya hehe.
4. Sekali skala tulis 'surat cinta' untuk anak. Gunakan bahasa yang anak mudah faham. Macam anak saya yaya, simply 'To yaya. Mama sayang yaya' then ada gambar love, gambar bunga dah jadi dah. Nanti dia pula bagi kita 'surat cinta' versi dia..siap ada gambar kita satu keluarga berpegangan tangan hehe.
5. Bila doa selepas solat, kalau anak solat dengan kita atau berada di sebelah kita..katakan 'thank you Allah..bagi mama anak mama yang baik, yang soleh solehah, yang comel sangat, yang pandai, yang buat mama happy. Thank you Allah'. Ini sebenarnya salah satu element dalam Teknik ADHA dan ada peserta yang berkongsi cerita yang mananya beliau melakukan doa seumpama ini dan anaknya menangis terharu selepas selesai ibunya berdoa.
FB: Dr Siti Ujila Official
31 Disember 2015

Jumaat, 1 Januari 2016

AYAT UNTUK MENGELUARKAN JIN, MAKHLUK HALUS ATAU RACUN-RACUN ILMU SIHIR ATAU SANTAU DARI BADAN MANUSIA



Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit. Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat.
Cara-caranya:
Sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Surah Al-Baqarah 1-5 1x.
5. Surah Al-Baqarah Ayat 102 1x.
6. Surah Al-Baqarah Ayat 255 1x.
7. Surah Al-Ikhlas
8. Surah Al-Falaq
9. Surah Al-An-Nas
10. Selawat Syifa

Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minum setiap hari sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai. Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

Sumber : FB Mhd Muhayadi Ahmad


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa