Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Selasa, 14 Julai 2015

Pesanan dari Seorang Pantomin Untuk Negara-Negara Islam di Seluruh Dunia



Ada yang menarik perhatian aku setelah melihat melihat acara Arabs Got Talent di youtube, seorang pemuda bernama Amr Amroosi di pentas `Arabs Got Talent 2014` persembahan tersebut adalah pada bulan  Disember tahun lepas  memukau juri dan penonton. Lelaki berasal dari Mesir ini telah membuat para juri dan semua penonton menangis.

Amroosi yang hanya bertshirt hitam memasuki pentas dengan menarik sebuah luggage . Dia kemudian mulai berpantomin. Pada awal pentas itu, hampir seluruh juri dan penonton kertawa melihat mimik muka perwatakan pantomin resebut. Bila tiba wajah Amroosi serius, dengan berlari gaya slow motion sambil membelalakkan mata juri dan penonton mula terpana ada "rase" di situ.
 
Pelbagai gerakan dan gaya ditampilkan menjadi semakin banyak diperagakan Amroosi. Gerakan menembak, tertembak, hingga terkena ledakan bom. Penampilan pantomim Amroosi mencapai kemuncaknya ketika ia menjahit sendiri bekas luka yang ada di perutnya, ekpresi yang diperlihatkan Amroosi  sambil menitikkan air mata sangat sempurna dan sebak..terhabru.


Inilah yang mulai membuat para juri dan penonton serius mengikuti kesungguhan Amroosi. Para juri yang semula tersenyum lebar menjadi terdiam. Mereka tertegun. Bahkan, di antara para juri yang berlarutan dengan adegan Amroosi dan menitiskan air mata.

Kisah yang dibawakan dalam pantomime Amroosi ini memang sungguh menyentuh hati. Dia bercerita soal negara-negara Arab Dubai yang tengah goyah dengan pelbagai konflik berdarah.

Melalui pantomime inilah Amroosi meminta bangsa Arab bersatu. Dalam adegan itu pula dia merobek pelapis kain tshirt bahagian depan. Dan di sebalik lapisan itu terlihat bendera-bendera  negara di jazirah Arab. Bendera paling atas adalah bendera Palestina, negeri yang sampai sekarang masih dijajah zionis Israel. Di akhir adegan itu, Amroosi membelakangi juri dan menangis.

Di akhir persembahannya, Amroosi berpesan agar semua bangsa Arab bersatu dan berjuang, mempertahankan apa yang menjadi hak mereka. Melindungi tanah serta keluarga mereka. Atau jika tidak, semua yang mereka punya akan hilang dan luput dan akan terlambat diselamatkan dan untuk bermula kembali.

Sebelum melakukan aksinya, peserta dari Mesir ini menyatakan bahawa penampilannya kali ini ada kaitannya dengan permasalahan bangsa Arab yang meruncing dan berlaku  sejak ia kecil.

"Aku punya sebuah pandangan, ingin ku tampilkan dalam sebuah penampilan. Dan ini adalah sebuah permasalahan yang sangat penting, yang aku alami dalam hidupku sejak aku masih kecil dulu. Pesan yang ada dalam penampilan ini memiliki nilai yangg sangat dalam, menyentuh tapi kini telah sirna dalam hidup kita. Aku berjanji akan menampilkan sebuah persembahan yang sangat bernilai buat bangsa Arab," demikian Amroosi.

Video tersebut dapat di tonton di sini

Tips Melindungi Anak Dari Bahaya Di Luar Kawalan Kita

 

 
Tips yamg amat berguna dari Islamic Parenting Kalau bekerja, bekerjalah bersungguh-sungguh. Memang dalam kita sibuk bekerja, ada ketikanya, kita akan terfikir tentang anak bukan? Merekalah penghibur hati, pengarang jantung dan segala-galanya untuk kita. 
 
Kalau boleh kita mahu berada dekat dengan mereka. Sentiasa bersama mereka, melindungi mereka dan mengawasi mereka dari mara bahaya. Tapi mampukah kita? 
 
Mustahil sama sekali. Jika kita fikir bila mereka berada dalam pagar sekolah mereka akan selamat, fikirkanlah masalah pengaruh kawan atau buli yang berlaku disana-sini. Apa lagi jika mereka diluar pagar.. dimana penculikan kanak-kanak sekolah disebarkan dilaman sosial. Memang kita tidak tahu samada ia benar atau tidak. Tetapi apa kata jika ia benar? Atau jika tidak benar, adakah ia akan menjamin bahawa ianya tidak akan terjadi dimasa
hadapan? 
 
Inilah ujian kita. Samada kita beriman atau tidak. Sekarang ini manusia lebih menurut logik. Adakah kita percaya bahawa ada 10 ayat yang kalau dibaca, akan melindungi anak kita dari fitnah dajjal? Mana mungkin dengan membaca ayat, kita boleh selamat? Itulah ujian kepercayaan atau ujian keimanan. Orang beriman tidak akan menunggu logik membuktikan itu dan ini secara saintifik baru mereka mahu beriman. Dimana-mana ceramah, saya selalu ceritakan apa yang berlaku pada anak saya disekolah dan bagaimana dia dilindungi dari mereka yang tidak sepatutnya. Tiada kekuatan saya untuk mengawas dia di sekolah sana. Saya balikkan ia kepada amalan surah al Kahfi setiap Jumaat. Allahu Wakeel, Allahu Hafiz. Dialah yang melindung dan menjaga.
 
Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 10 ayat pertama dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya antara dirinya hingga baitul Atiq." 
(HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, dishahihkan Al-Albani)
 
Masih belum terlambat untuk membacanya dengan anak-anak jika belum melakukannya lagi hari ini. Jom kita al Kahfi. Ingatlah di akhir zaman nanti satu muka surat surah Al-Kahfi akan hilang dalam al Quran jadi hafallah surah ini.
 
Tips untuk meringankannya menjadikan amalan setiap Jumaat, saya sarankan untuk menghafal ayat 10 tersebut dengan selalu memperdengarkannya kpd anak. Sudah biasa didengar, barulah ajak mereka menghafal. Jika pergi bercuti kemana-mana, mudah untuk membacanya jika kita bercuti pada hari yang jatuh hari Jumaat tanpa perlu mencari al Quran. 
 


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa