Jadi apabila mereka sakit saat itulah harus diambil peluang memberi sepenuh perhatian kepada mereka bahagiakan mereka kerana inilah saat Allah ingin merapatkan hubungan ibu bapa dan anak-anak. Dan apabila kita jatuh sakit barulah kita sedar kita juga perlukan perhatian dan kita juga tidak beupaya untuk makan dan minum kerana hilang nikmat selera makan apatah lagi untuk makan ubat. Di sini dapat kita fahami wang ringgit dan kekayaan tidak dapat membeli kesihatan dan kebahagiaan serta hubungan silaturrahim. Oleh itu hargailah keluarga kita kerana merekalah yang kita ada saat kita dalam kesusahan