Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Selasa, 27 Januari 2015

Bestnye Main Buih Sabun






Mungkin ramai yang tak tahu main buih sabun nie banyak kelebihannya pada kids namun ibu bapa kena pantau jangan sampai tertelan pulak air sabun tu kan. Memang kadang2 agak bengang kalau mereka main dalam rumah sebab habis buih tersebut jatuh atas lantai so lantai jadi licin dan bahaya. So kite bawa permainan mereka ini di luar rumah dan kalau boleh bermain dengan mereka kejar2 bersama.

Selain memberikan keseronokan yang tak terhingga kepada anak-anak, sebenarnya ada 12 kelebihan lain bermain buih sabun ni. Ya, dua belas! Jom kita tengok satu persatu apa yang hebat sangat main buih ni..


1) Melatih motor halus - pegang peniup buih dengan jari, buka botol buih sabun, pegang botol buih sabun. Kalau guna pistol yang tembak-tembak keluar buih sabun tu pun sama, perbuatan menekan picu pistol memerlukan kekuatan otot jari dan tangan.

2) Visual tracking skills - ikut arah buih buih yang bertebangan, ada yang bergerak perlahan, ada yang laju...ini memerlukan kemahiran visual.

3) Eye-hand coordination - mencelup peniup buih kedalam botol buih sabun, memecahkan buih sabun dengan tangan, menangkap buih sabun yang bertebangan dengan peniup buih memerlukan koodinasi antara mata dan tangan.

4) Sensory processing skills - buih teksturnya licin, basah dan melekit. Satu latihan sensory yang bagus untuk anak-anak.

5) Oral motor skills - meniup buih sabun boleh membantu perkembangan otot-otot di sekeliling mulut

6) Kemahiran sosial dan berkomunikasi - terutamanya jika mereka bermain bersama kawan-kawan. Sambil bermain mereka berinteraksi. Malah mereka juga dapat belajar mengambil giliran dan menjaga 'personal space' supaya tidak berlanggar sesama sendiri

7) Kemahiran motor kasar - biarkan mereka melompat, berlari, mencangkung, menjengket dan mengejar buih-buih yang bertebangan

8) Mengikut arahan - anda boleh beri arahan seperti pecahkan buih guna jari, picit, tepuk, cucuk. Atau berikan arahan untuk mereka mengikut giliran..Ain dulu, kemudian kakak dan sebagainya.

9) Mengenali anggota badan - siapa kata boleh pecahkan buih guna jari je? Boleh guna siku, lutut, kaki..apa-apa sahajalah anggota badan yang anda suka.

10) Kemahiran bahasa dan kognitif - tunjukkan dan terangkan kepada anak-anak apa yang sedang berlaku. Contohnya, buih naik ke atas/ turun ke bawah, buih terbang laju/perlahan, ada buih dibelakang/ dihadapan, ada satu diatas kepala, ada buih di sebelah kanan/kiri, buih tu sangat besar/kecil dan sebagainya.

11) Bilateral coordination - nak  tiup buih sabun selalunya perlukan penggunaan dua belah tangan, satu pegang peniup buih, satu lagi pegang botol

buih sabun..atau guna kedua-dua belah tangan untuk menekan picu pistol buih sabun

12) Cause and effect - tiup keluar buih, tak tiup tak keluar la buih...ohhh...macam tu

So luangkan masa bermain dengan mereka at least adalah aktiviti yang tidak memboringkan daripada duduk rumah hadap gadjet jerrrr..... 



sumber:http://kiddiefuntimeent.blogspot.com/


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa