Resepi - French toast atau dalam bahasa aku ialah roti celup telur lepas tu campak dalam kuali leper. Aku selalu buat french toast bila hujung minggu. Kekadang aku suka pelbagaikan filling dalam telur tu. Selalu aku letak serbuk parmesan, serbuk bawang putih, daun sup, susu full krim ke dalam telur then kacaukan dengan rata. Rasanya sangat berlainan yerk bila setiap kali kita ubahkan rasa filling dalam telur tu. Bila kita letak daun sup dalam telur, naik bau french toast kita tu. Kalo kita letak susu full krim, rasanya lemak berkrim french toast tu. Kalo kita letak serbuk garlic plak, rasanya macam makan roti bakar garlic. Garlic sangat bagus yer kalo diamalkan dalam pemakanan kita. Celupkan roti, campak dalam kuali leper. Selalu french toast ni aku cicahkan dengan baked beans. Tapi kalo korang tak nak pun takpe. Ikut tekak memasing. Roti putih cicah dengan baked beans yang telah dipecahkan telur ke dalamnya...pun boleh gak!
26. French Toast With Cheese.
Resepi - roti selitkan dgn keju, celupkan dlm telur, campak dlm kuali leper. Dah siap!
27. Roti Hotdog Belah Tengah
Resepi - gorengkan hotdog macam biasa. Amik roti hotdog, belahkan kat bahagian tengah-tengah. Letak salad, tomato dan hotdog. Hiaskan dengan sos dan mayonaise.
28. Roti Jala + Kari Ayam
Resepi - adunan roti jala lebih kurang sama jer dengan adunan lempeng. Cuma kalo nak lemak berkrim, taruk sepaket santan segera ke dalam adunan. Adunan tu mesti diblender untuk mengelakkan ianya berketul-ketul. Masukkan ke dalam acuan dan jala kan sesuka hati korang. Lawankan dengan kari ayam marvelous! Kari ayam lebihan lauk semalam pun lagi ummpp! Kalo nak jimat masa, malam sebelum nak tido tu, masak lar kari ayam dulu, esok pagi korang tinggal nak menjala jer.
29. Roti Rolls With Chicken Ham + Salad
Resepi - Gorengkan chicken ham dengan sedikit minyak. Perasakan dengan black pepper dan lada putih. Bubuhkan dengan kicap maggi sikit. Letakkan ke atas roti. Bubuh salad dan gulungkan. Kalo tak nak gulung pun takpe, lipat dua pun boleh...
30. Roti Rolls With Eggs Mayonisse + Salad
Resepi - caranya sama seperti di atas cuma tukarkan chicken ham dengan telur rebus yang telah dilenyek dengan garfu. Perasakan dengan lada putih dan serbuk perasa. Taruk butter sikit ke dalam telur yang telah dihancurkan tadi. Gaulkan rata. Letak kat atas roti, taruk salad, tomato dan gulungkan. Kalo tak nak gulung, lipat dua jer.
31. Nasi Lemak Berlauk
Resepi - masak nasi lemak macam biasa dan buat lar lauk mengikut kesukaan anda. Ayam goreng ker ikan goreng ker dan macam-macam lagi. Dah jadi nasi lemak berlauk. Hahaha....
32. Sandwich Scrambled Eggs With Cheese
Resepi - Pukul 4 atau 5 biji telur. Perasakan dengan serbuk perasa dan lada putih. Masukkan minyak sikit ke dalam kuali leper. Letakkan adunan telur tadi ke dalam kuali. Hancurkan. Masukkan ke dalam mangkuk, taruk mayonaise 1 sudu. Gaulkan dengan rata. Letakkan ke atas roti. Bubuh salad dan cheese sekeping. Perghh....
33. Sandwich Rolls Sushi With Fillet Ketam + Telur + Seaweed
Resepi - Filet ketam dimasak terlebih dulu. Telur plak suka hati korang nak buat jenis macam mana, nak telur rebus lenyek ker, nak telur dadar ker, nak telur hancur ker. Amik roti, leperkan dulu dengan roller, letak seaweed dulu, letak filet ketam dan telur. Gulung dan potong bulat-bulat. Sesuai lar untuk dijadikan menu menarik untuk bekal anak anda.
34. Hotdog Cocktail + Kentang Goreng
Resepi - ni takde resepi. In case kalo terbangun lambat kan. Goreng jer lar hotdog cocktail dengan kentang goreng tu. Kentang goreng tu aku suka tabur dengan lada putih, serbuk perasa dan secubit garam. Goncangkan. Dah siap wat sarapan ala-ala emergency!
35. Makaroni Bakar + Cheese
Resepi - Jika ada lebihan kuah spaghetti bolognese, jangan dibuang kesemuanya. Boleh disimpan dalam peti sejuk. Esok pagi, kita rebus makaroni dan gorengkan makaroni dengan lebihan kuah bolognese tu. Masukkan ke dalam acuan pembakar yang telah disapu marjerin. Lapiskan dengan kepingan cheese. Nak guna cheese tabur pun boleh gak. Masuk ke dalam oven, dan bakar sehingga kekuningan. Tak payah bakar lelama sangat. Agak-agak kalo tengok keju dah cair semua, baru lar boleh diangkat. Senang jer bukan?
36. Korean Pancakes
Resepi - Cara adunan korean pancakes ni sama dengan adunan buat lempeng. Cuma letak filling jer dalam adunan ni. Selalunya orang korea letak filling kobis yang dicincang halus, daun kucai, daun bawang, dan seafood like udang, tiram, octupos. Tapi kita nak senang kan, letak jer lar filet ketam atau kupang yang dah kopek tu. Masak dalam kuali leper dengan sedikit minyak.
37. Pancake Chip Coklat
Resepi - Aku suka guna tepung pancake yang dah siap dalam kotak tu. Nak buat sendiri adunan pancake tu asik tak jadi jer. So nak senang, guna jer lar tepung pancake yang dah siap dalam kotak tu. Beli perisa yang plain. Tambahkan cip coklat. Lawankan dengan peanut butter yang disapu atas pancake ataupun sos coklat ataupun madu ataupun dengan jem. Suka hati ikut selera memasingkan...
38. Pancake Blueberry (Instant) + Badam Hancur
Resepi - Aku pun suka guna tepung instant pancake perisa blueberry yang dalam kotak. Campurkan dengan badam hancur. Pergh...sedap tau pancake perisa blueberry. Boleh dimakan begitu sahaja...
39. Pancake Kosong With Honey
Resepi - sama macam kat atas. Tapi biar kosong jer dalam adunan pancake tu. Then korang boleh curahkan dengan honey ke nutella ke peanut butter ke kan. Suka hati, ikut kekreatifan korang nak letak apa dalam pancake tu nanti yerk!
40. Lempeng Wrap + Isi Kentang
Resepi - buat adunan lempeng macam biasa. Masak dalam kuali leper. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali. Kita nak lempeng wrap nipis, tak nak tebal sangat supaya senang nak gulung. Ala...macam buat kulit popiah lar. Masak kentang macam nak buat isi kentang karipap. Letakkan isi kentang ke atas lempeng dan gulungkan. Cicah dengan sos cili. Ni resepi arwah mak aku. Kenangan beb...
41. Burger Daging Special Homemade
Resepi - beli roti burger. Masak daging beger. Bolotkan dengan telur dadar. Letak salad, mayo dan sos. Dah jadi burger homemade!
42. Daging Burger / Daging Cincang Masak Tomato + Cicah dengan Roti
Resepi - daging beger tu dibiarkan dalam suhu bilik. bila daging beger dah lembut, potongkan dadu. tapi bila dah masak nnti, dah tak nampak lar bentuk dadunya nnti.
Tumis bawang dan bawang putih yg diracik. masukkan daging beger yang dah dipotong dadu. kacaukan ia supaya daging tu masak sekata. biar hancur macam daging cincang pun takpe. buangkan minyak sket sbb biasanya daging beger akan mengeluarkan minyaknya sndiri apabila digoreng.
Walaupun masak tomato, saya masukkan ciliboh sket utk rasa pedas2. takde lar rasa pio tomato jer kan. then masukkn tomato yang dah dipotong dadu. tak lupa juga tomato sos. agak2 jer lar supaya ada kuah sedikit dan tak kering sangat.
Masukkan perasa. aku taruk lada hitam dan lada putih gak sebagai penambah rasa.
Bahan sampingan yg aku masukkan ialah carrot yg dipotong dadu gak, cendawan shitake yg dipotong melintang. kalo takde cendawan shitake, pkai cendawan butang pun boleh.
43. Burger Benjo Homemade
Resepi - Kalo tak suka burger daging, buat lar burger benjo atau burger telur. Kalo takde acuan benjo, buat jer lar macam telur dadar, lepas tu lipat segiempat sama. Bubuh salad, mayo dan sos.
44. Tortilla Rolls With Nugget + Salad
Resepi - Goreng nugget macam biasa. Paling bagus guna nugget tempura. Kalo nuget crispy yang ada breadcrumbs tu macam tak berapa nak sedap lar. Panaskan tortilla dalam kuali leper. Letak salad, sos dan mayo. Dah tak payah beli lagi twister KFC tu.
45. American Breakfast (Roti Bakar + Baked Beans + Scrambled Eggs + Kentang Goreng/Wedges)
Resepi - yang paling mudah. Roti bakar dengan baked beans, telur hancur, hotdog dan kentang goreng. Makan sambil cicah-cicah gitew...
46. Roti Kebab Berinti Daging Burger
Resepi - Daging burger dimasak terlebih dahulu. Kemudian digunting-guntingkan. Gorengkan bersama dengan sos tiram sikit, sos cili dan sos tomato. Perasakan dengan serbuk perasa, black and white pepper. Masukkan ke dalam roti kebab. Amik timun, buang bijinya dan hiriskan memanjang. Letakkan dalam inti roti kebab tadi.
47. Mee Hongkong
Resepi - Mee kuning dicelur dengan air panas. Amik sedikit mee, pecahkan telur sebiji, perasakan, letak tepung jagung sikit dan goreng sehingga garing. Ketepikan. Aku selalu guna sup instant sebab paling cepat dan mudah. Pagi-pagi buta kan semuanya nak cepat. Amik periuk, bukakan sup instant ayam ker ketam, tambahkan air, tambahkan sayur sikit. Sup instant ni dah siap-siap ada tepung jagung kat dalamnya. So tak payah lar nak tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Mudah kan? Muahahaha...semuanya instant!
48. Kue Teow Goreng Kering
Resepi - Masak macam mee goreng. Goreng sehingga kering. Laki aku tak suka kue teow basah dan lembek. Dia suka kering dan garing.
49. Frozen Roti Canai/Cappati + Sambal Sardin
Resepi - Agak-agak dah takde idea nak masak apa, beli aje lar frozen roti canai/capatti. Tampalkan dengan telur dan cicahkan dengan sambal sardin. Dengan kari ayam pun boleh.
50. Frozen Pizza
Resepi - Nak resepi gak ker? Buka kotak, masuk dalam oven. Dah siap! Tapi aku suka tambahkan cheese lebih sket kat atas pizza tu...ngeh ngeh ngeh!
51. Roti Coklat Nutella + Peanut Butter
Resepi - Amik roti putih, sapukan dengan nutella dengan peanut butter. Dah siap sarapan dan bekal untuk anak-anak!
52. Roti Putih + Scrambled Eggs + Hotdog
Resepi - goreng atau grill hotdog macam biasa. pecahkan telur 4-5 biji. tarukkan perasa, lada putih, serbuk bawang putih goreng dan masak dalam kuali leper. Cubit-cubit dengan roti putih. Gambarnya ada kat bawah.
53. Aneka Nugget + Kentang Goreng
Resepi - goreng lar aneka nugget yang korang suka. Eh, tapi aku suka goreng wantan tau. Cicah plak dengan mayo putih dan cheezy mayo, perghh....tak toleh kiri kanan!
54. Frozen Angry Birds + Roti Scrambled Eggs
Resepi - Kat tempat aku ada jual frozen angry birds. Ianya macam fishcakes gak. Tapi nampak comel lar kan. Ada gak jual frozen doraemon, owl, nemo dan macam-macam lagi lar. Sebenarnya nak kasi budak enjoy dengan makanan diaorang. Gambarnya ada kat bawah yerk!
55. Roti Mentega + Milo
Resepi - Roti putih sapu dengan planta dan kemudian taburkan milo ke atasnya. Sedap tau...dulu arwah mak selalu buat masa kecik-kecik. Kalo takde milo, taburkan dengan gula pasir pun boleh.
56. Roti Peanut Butter Banana
Resepi - roti putih sapu dengan peanut butter dan kemudian letakkan kepingan pisang. Budak-budak pasti suka!
57. Tortilla Rolls With Fish Nuggets + Salad + Tomato
Resepi - sama macam kat atas cuma gantikan dengan fish nuggets. Nak guna filet ikan pun boleh. Janji ngap...!!!
58. Tortilla Rolls With Omellete Rolls + Chicken Ham + Cheese
Resepi - tukarkan dengan omellete, tambahkan dengan chicken ham dan cheese. Jangan lupa salad yerk! Gulungkan jer...dah macam roti subway plak kan?
59. Tortilla Rolls With + Daging Burger Ayam + Salad + Tomato
Resepi - Kalo tadi kita guna nugget ayam, sekarang kita kasi tukar pulak dengan daging burger ayam. Goreng macam biasa burger ayam dan belahkan dua bahagian. Susun di atas tortilla, taruk salad, hirisan tomato, mayo dan gulungkan.
60. Roti Mini Kurasan
Resepi - guna roti mini burger. Belahkan dua macam buat roti burger. Intinya daging cincang dengan kentang. Paling senang, buatkan inti sardin jer. Masuk inti kat tengah-tengah roti burger. Balutkan dengan kulit popiah. Goreng sehingga kekuningan.
61. Cup Cakes Oreo + Kismis
Resepi - Aku suka guna tepung cup cakes yang instant. Kalo nak buat sendiri memang ler aku tak tau sukatan. So, nak selamat guna lar tepung dalam kotak nyer. Ikut lar panduan yang dah disediakan kat kotak tu yerk! Taruk lar filling apa yang korang suka selain dari oreo dan kismis.
62. Donut Ala-Ala Big 10
Resepi - kalo malas nak adun tepung buat donut, guna lar donut frozen! Walaupun tak sesedap tak selembut donut yang mak kita buat. Tapi kalo dah taruk coklat kat atas donut tu, laju jer budak-budak makan. Ikut suka hati korang nak letak apa kat atas donut tu yerk!
63. Roti pizza
Resepi - gunakan roti putih. paling bagus guna roti perancis. letak sos tomato. letakkan hotdog ke filet ketam ke, cendawan butang, nenas dalam tin, lada benggala kat atas sos tomato tu. jangan lupa bubuh cheese bebanyak ker. bakar dalam oven. bila keju dah cair baru bleh angkat.
64. Crepes peanut butter+ banana + nutella + cip coklat + cheese
Resepi - rasanya resepi ni ada kat ruangan gambar kat bawah. sila lar scroll yerk!
65. Okonomiyaki
Resepi - haah...menatang apa ni? Ok, ni ialah makanan jepun. zizan cakap macam lempeng. adunannya sama macam lempeng. buatnya sama macam buat korean pancakes. cuma kat atas lempeng tu ada letak fish flakes, seaweed, mayo dan sos jepun. semua bahan-bahan ni ada jual kat jusco tapi kena hati-hati yerk dengan bahan mirin. gambar nye ada kat bawah yerk!
66. Roti Croissant With Tuna + Cheese
Resepi - beli roti croissant yang ready made. sapukan dengan tuna mayo, letakkan cheese. bakar dalam mikrowave selama 2 minit. dah siap! mudah kan...?
67. Roti Croissant With Chicken Ham + Eggs + Salad
Resepi - kalo tadi kita guna roti putih, sekarang kita tukarkan dengan roti croissant pulak.
68. French Toast With Honey
Resepi - Buat roti celup telur macam biasa. Letakkan honey di atasnya. Omputih paling suka makan macam gini.
69. Rolls Cakes
(beli kat kedai bakery. potong masuk dlm bekal. paling senang)
70. Cornflakes + Susu
(lagi paling senang dan cepat!). Kalo nak masuk ke dalam bekal, asingkan susu dan cornflakes.
71. Salad With Hotdog / Nuggets And Peanuts
Resepi - guna lar jenis salad yang korang suka makan. Aku suka lettuce. Campakkan hotdog yang telah dimasak, nuggets dan kekacang. Nak campur dengan buah-buahan pun boleh. Letakkan mayo dan plain yogurt sikit. Gaulkan rata. Satu cara nak ajar budak-budak makan sayur.
72. Roti Sardin Celup Telur (French Toast Sardine)
Resepi - laki aku paling suka roti sardin. ada lebihan kuah sardin, jangan dibuang, simpan dalam peti sejuk. sapukan kat atas roti putih. celupkan dengan telur dan campakkan ke dalam kuali leper. garing-garingkan yerk!
73. Pasta Goreng
Resepi - masak pasta ni sama macam korang masak nasi goreng gak.
74. Roti Arab Berinti Daging / Ayam / Sardine
Resepi - intinya macam inti karipap, ada kentang dan cuma tambah letak daging/ ayam/sardin ke dalamnya. gunakan roti john. belahkan dua, masukkan inti. roti dibalut dengan kulit popiah dan kemudian dicelup ke dlm adunan telur dan digoreng dlm minyak panas. toskan dan kemudian belah di tengah2 untuk taruk mayo dan sos cili.)
75. Omellete Rolls + Chicken Ham + Seaweed + Fillet Ketam
Resepi - kita buat style jepun yerk! Omellete sushi! Gulungkan omellete dengan chicken ham, seaweed or salad, dan filet ketam.
76. Spaghetti Olio Biasa
Resepi - tak payah letak seafood, campak jer lar bahan yg ada contoh mcm fishcakes ke, hotdog, isi ayam, meatball dan lelain. Ikut lar kekreatifan anda nak letak bahan apa2 pun. Goreng macam olio yang biasa buat.
77. Roti Ala-Ala Subway
Resepi - refer gambar kat bawah. guna roti hotdog. intinya saya guna chicken ham dengan hotdog 4 ketul, potong serong. chicken ham dgn hotdog digoreng dgn minyak yg sikit. then tumiskan bawang dan bawang putih. masukkan chicken ham dan hotdog ke dalamnya. masukkan sos honey hickory utk penambah perisa. taburkan lada hitam sikit, tak perlu letak garam. goreng/grill sampai sekata. nak guna bbq hickory pun bleh, sos lada hitam ker, sos bbq ker, terpulang pada kekreatifan anda.
78. Corndog
Resepi - tengok kat youtube cara-cara membuatnya. pada aku lar kan, guna jer lar bahan yang ada kat dapur tu. pagi-pagi buta nak pegi cari buttermilk, gila ker? Buat jer lar macam korang buat adunan lempeng cuma kena pekat sikit. Cucuk hotdog dengan stick dan celupkan dalam adunan tepung.
79. Keropok Lekor
Resepi - tempat aku ada jual kopok lekor mentah. ada macam-macam jenis. hiris memanjang tapi nipis. sebab bila digoreng ia akan menjadi garing. sure budak makan abis nyer! sarapan yang sangat ringkas, bukan?
80. Roti Bakar Mamak
Resepi - dari korang dok kat kedai mamak order roti bakar mamak yang cuma disapu marjerin dan kaya, lepas tu dibakar, better korang buat sendiri kat rumah kan. Sedap kalo dimakan panas-panas tapi tak berapa sesuai untuk dibuat menu bekal. Nanti roti tu liat nak makan. Menu sesuai untuk sarapan hari cuti!
81. Twister Ikan Dory
Resepi - ikan dory digoreng dengan tepung dulu, then balutkan dengan tortilla, taruk salad, taruk mayo, dah siap! Gambar ada di bawah!
82. Roti Perancis Ala Pizza
Resepi - guna roti prancis, belahkan dua, taruk sos tomato, hotdog, lada benggala, nenas dan cheese, then bakar!
83. Murtabak Maggi
Resepi - chef wan pun tau buat resepi ni tau! rebus maggi dan toskan air bila dah masak. masukkan perencah maggi tadi, pecahkan 4 or 5 biji telur, hiriskan bawang, campak daun sup sikit dan kacaukan rata. masak macam goreng telur dadar. masa nak terbalikkan murtabak tu, amik pinggan bulat dan letak atas murtabak tu. telungkupkan kuali leper tu. lepas tu masukkan balik bahagian murtabak yang belum masak. mu paham tak apa yang eden maksudkan ni? ni adalah cara supaya murtabak kita tak berkecai yerk. suka hati kalo nak tabur cheese kat atas, jadi ler murtabak maggi berkeju!)
84. Pasta Spiral Dan Makaroni Goreng With Daging Burger Cincang.
Resepi - gabungkan kedua-duanya. masak macam buat nasi goreng.
85. Hashbrown/Bread/Cabbage/Potato Casserole
Resepi - ada kat bawah yerk! ni pun aku selalu buat. sangat mengenyangkan sampai ke tengahari.
86. Tortilla Arabiaca With Grill Chicken
Resepi - perap ayam semalaman. esok paginya korang bakar jer ayam tu dalam oven sehingga masak. sambil tunggu ayam korang tengah masak, korang buat lar kerja lain. dah siap bakar ayam, lawankan dengan tortilla yang dah dilayurkan dalam kuali leper. korang bleh buat acar kobis dan sambal arab. sambal arab tu korang just blenderkan cili hijau and merah, cili padi sket, tomato, timun. perahkan dengan jus lemon. taruk gula dan garam sket. gaulkan rata. gambarnya ada kat bawah yerk!
87. Tortilla Sepanyol
Resepi - nama jer tortilla tapi sebenarnya tak menggunakan tortilla pun. resepi ni diceduk dari food planet kat astro tu yerk! depa gunakan kentang sebanyak-banyaknya, lepas tu dihiris memanjang. gorengkan terlebih dahulu. then bila kentang dah masak, depa pecahkan telur dan masak dalam kuali leper. caranya sama macam buat murtabak maggi. bagi aku, cara ini amat leceh sikit. lelebih bila pepagi buta nak kopek kentang kan. so, jom ikut style aku plak! amik hashbrown dan gorengkan terlebih dahulu. toskan minyak. masukkan ke dalam mangkuk dan guntingkan hashbrown kepada 4 bahagian. pecahkan telur ke dalam hashbrown, perasakan, taruk lada putih, hiris bawang, letak daun sup sikit dan campakkan ke dalam kuali leper. masak sama macam korang buat telur dadar lar ataupun murtabak maggi. sonang kan...
88. Lontong
Resepi - selalunya kalo pagi-pagi aku nak wat lontong, malamnya awal-awal aku dah siap potong sayurnya dan rendam dalam air. sok pagi tinggal nak buat kuah lemak jer. kuah lontong ni senang sebab main campak-campak jer. kalo takde kunyit hidup, apa nak susah, taruk jer lar kunyit serbuk. ni bukannya pertandingan memasak nak bagi juri chef makan ke apa. ni untuk makan sendiri kan. then, aku baling 2 ketul kiub ayam ke dalam kuah. ikut suka ati korang lar nak guna santan cair ker atau santan serbuk. jangan lupa lawankan dengan telur rebus dan sambal ikan bilis sekali yerk!
89. Makaroni sup
Resepi - cara buat makaroni sup ni sama macam buat mee hoon sup cuma makaroni kena letak awal-awal dalam sup sebab makaroni ni amik masa yang lama untuk dia betul-betul masak. letakkan sayur jenis apa yang korang suka dalam sup. at last sekali pecahkan telur sebiji dalam sup tu. kacaukan. taburkan dengan daun sup dan bawang goreng.
90. Bebola Oats
Resepi - masukkan secawan oats meal. campakkan chocolate chips, kekacang tak kira ar badam ker cashew nuts ker, kismis ataupun nak letak buah-buahan kering pun boleh, setengah cawan peanut butter, sedikit madu. gaulkan kesemua sekali. buatkan bebola. simpan dalam peti sejuk sekejap. dan ready to eat! snacks yang sihat dan budak-budak pun mesti suka nak bawak bekal ni ke sekolah.
91. Cream Cheese French Toast Casserole
Resepi - actually kalo tak nak letak cream cheese pun takpe. Tapi disebabkan aku suka sangat dengan cheese maka aku campakkan sekali cream cheese kat dalam tu. kita guna roti perancis yerk. nak potong dadu bleh, nak potong memanjang pun bleh. asalkan muat-muat jer dalam loyang kita tu nanti. pukul 8 biji telur, susu krim, cream cheese, dan sedikit butter yang telah dicairkan. tambahkan perisa vanilla dan gula. macam buat puding roti lar. masukkan adunan tadi ke dalam roti yang telah disusun dalam loyang. loyang tadi disalut dengan butter yerk. pastikan roti semua berendam dengan adunan tadi. tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar hingga kekuningan. omputih suka tabur serbuk cinnamon kat atas roti supaya rasanya manis-manis pedas. omputih suka makan casserole manis-manis dengan maple syrup, blueberry dan macam-macam lagi ar. tapi untuk kita, ko renjiskan jer lar dengan susu pekat pun dah sodap!
92. Roti Goreng
Resepi - amik roti putih or roti perancis or roti yang tak abis makan kan. gunting-guntingkan dalam bentuk segiempat tepat. bentuk prisma kita tak nak yerk! then, ketepikan. kita tumis bawang merah dan putih macam biasa kita buat nasi goreng. masukkan kentang yang dah dipotong memanjang. kita kasi kentang kita masak dulu yerk! bila kentang dah masak, kita pecahkan telur 2 biji. minyak jangan terlalu banyak sangat sebab kita tak nak roti goreng kita berladung dengan minyak. agak-agak jer lar minyak dalam kuali tu kalo terlebih minyak, buangkan sikit minyak ke dalam mangkuk lain. agak-agak dah garing semua, masukkan 1 tin baked beans. tak payah tambah air lagi. gaulkan dengan rata. masukkan roti yang dah digunting tadi. renjiskan dengan kicap sikit. gaulkan dengan sama rata lagi. aku suka makan roti yang dah disimbah dengan kicap dan baked beans.
93. Popia Ketam
Resepi - yang paling mudah dan cepat. Budak pun suka makan sebab takde sayur kan? Nak goreng inti popia yang ada macam-macam isi tu memang leceh kan sebab takde masa pepagi buta nak hiris itu ini. So, yang paling senang dan mudah ialah amik filet ketam, defrost kan dan kemudian gulung dengan kulit popia. Goreng dengan api yang sederhana sehingga kekuningan. Jangan goreng lama sangat, nanti filet ketam dalam popia tu meletup dan membuak keluar.
94. Fish n' Chips
Resepi - sebenarnya boleh sendiri fish n chips ni selain dari menggunakan yang instant. Amik isi ikan dory yang telah dinyah bekukan. Perasakan ikan dory dengan garam, lada putih dan hitam, serbuk perasa. Lumurkan dengan telur yang dipecahkan, tepung kentucky dan breadcrumbs. Goreng dalam minyak banyak dan panas. Toskan. Boleh dihiaskan dengan salad coleslaw, kentang goreng dan mayo.
95. Crab Cakes.
Resepi - paling mudah nak buat crab cakes ialah gunakan filet ketam. Hahaha...takde korje aku nak pergi mencungkil isi ketam tu pepagi buta. Filet ketam diblender kasar. Kita buat adunan macam nak buat jemput-jemput. Tapi kali ni kita taknak terlalu cair atau terlalu pekat sangat. Agak-agak jer. Masukkan filet ketam ke dalam adunan tadi. Campurkan kobis, bawang merah, lada benggala yang telah diracik halus-halus. Masak dalam kuali leper dan gunakan minyak yang sikit.
96. Pop Chicken With Salad And Fries
Resepi - kita amik isi ayam part dada yerk yang takde tulang. Potongkan kecik-kecik. Perasakan secukup sedap, lumurkan dengan tepung kentucky atau mana-mana tepung lumur ayam pun boleh, lumurkan lagi dengan tepung beras sikit. Gaulkan dengan rata. Goreng dalam minyak yang penuh. Boleh tambahkan side dishes dengan french fries, salad ataupun buah-buahan.
97. Chicken Chop And Fries
Resepi - Kita amik isi ayam dan hiriskan nipis tapi memanjang. Lumurkan tepung seperti di atas tapi kali ni kita lumurkan pula dengan breadcrumbs. Goreng. Hidangkan dengan french fries dan salad mayo. French fries tu kalo nak kita nak curahkan sikit dengan cheezy mayo pun boleh.
98. Nutella Wrapper + Pisang
99. Makaroni Bakar
Kalau nak buat makaroni bakar, malam-malam rebus makaroni siap-siap, letak minyak sikit, then simpan dalam peti ais, pagi-pagi reheat kat microwave, pastu, pukul telur, masukkan daging kisar ni, then gaulkan dalam makaroni, biar telur lebih sikit, then tabur cheese, bakar la 15-20 minit (bakar dalam bekas aluminium tu, macam pic atas, mudah nak masukkan dalam bekal anak. mudah kan? untuk buat roti lapis daging pun mudah, guna je frozen ni.
100. Karipap Segera
Malam-malam, sebelum tidur, rebus kentang (macam karipap) pastu gaulkan dengan daging kisar ni,
Esok paginya letak inti kat tengah2 sekeping roti, di atas acuan karipap, ketip.
Potong-potong roti gardenia, pukul telur, masuk garam sikit, lada sulah sikit, pastu hiris sosej, crab meat, gaulkan semua, pastu bakar atas kuali kejap.. ni menu mudah, tetapi budak-budak sangat suka. Boleh juga letak ais krim di dalam jadi spt ais goreng.