Jumaat, 18 Disember 2015

KEAJAIBAN SOLAT TAHAJJUD

Perkongsian dari rakan FB tentang hebatnya mengamalkan solat Tahajud. Jom kita semua lakukan kalau boleh start malam nie jugak. Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya.... 



Astaghfirullah Hal Adziim.. sebelum saya bercerita kisah benar ini berkenaan keajaipan solat Tahajjud, saya beristhfar terlebih dahulu agar di ampunkan dosa-dosa saya bercerita hal ini.. saya benar-benar ingin memberi perangsang pada anda untuk yakin sebenar-benar yakin akan kekuasaan Allah swt, saya bukan nak riak. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya.

Pada usia saya mencapai 50 tahun, saya ingin benar bersolat depan Ka'abah. Waktu itu, saya telah lama tidak bekerja..saya pencen perkhidmatan awam di umur genap 40 tahun. Saya hanya bergantung pada suami dan anak sulung segala perbelanjaan kehidupan. Amat mustahil dalam kemelesetan ekonomi tahun 2011 saya dapat menjejaki ke Tanah Suci. Tambahan masalah lagi anak bungsu saya masih bersekolah dan amat payah untuk meninggalkan beliau untuk mengurus diri ke sekolah selama dua minggu saya tiada. Namun sebagai satu usaha saya lazimkan diri mendirikan solat tahajjud.

Suatu pagi.. selepas saya bertahajjud kira-kira jam 4 pagi, saya berdoa dengan airmata mohon agar Allah permudahkan saya ke Tanah Suci. Selepas berdoa saya terlena di atas sejadah. Dalam masa saya terlena tersebut saya bermimpi arwah ibu memandang saya tetapi macam berkata "Cikna pergilah dalam bulan september".. Saya terjaga dari tidur apabila azan subuh berkumandang. Saya terus melihat kalander rupanya cuti Hari Raya puasa jatuh sama dengan cuti sekolah selama 12 hari. MasyaaAllah.. saya maklumkan pada anak sulung tarikh tersebut dan beliau terus menempah tempat untuk saya ke Tanah Suci dan masa yang sama Allah murahkan rezeki buat keluarga saya. Buat pengetahuan anda semua, Allah telah menjemput saya menjadi tetamunya bukan saja tahun 2011 malah setiap tahun sehingga kini.. Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah telah menyediakan ruang pertolongan yang begitu luas. Pada setiap malam Allah membuka pintu seluas-luasnya supaya hamba-hambaNya yang bangkit menadah dua tangan berdoa dan meminta kepadaNya. Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tuhan kita, Maha Suci dan Maha Mulia KedudukanNya, pada setiap malam turun ke langit dunia yang paling rendah sekali di sepertiga akhir malam lalu menyeru: Adakah terdapat sesiapa yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan? Adakah sesiapa yang meminta kepadaKu nescaya aku perkenankan? Adakah terdapat sesiapa yang memohon ampun dariku nescaya Aku ampunkan?" (HR Muslim)

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa