Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Rabu, 30 Disember 2015

Teknik Saidina Umar Mendidik Anak

Doa Pendinding Diri

Teknik Menjadikan Anak Hafiz Al Quran Di Usia Muda

Amalan Doa Untuk Kebahagiaan Suami Isteri Rumahtangga dan Keluarga

 
Doa utk ahli keluarga kembali ke pangkal jalan

Allah SWT sedang menguji keimanan dan kesabaran anda ketika ini. Jangan cepat mengalah dan pasrahlah terhadap ujian-Nya kerana sabar itu separuh daripada iman. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan selepas solat dibaca agar suami atau isteri yang telah melampaui batasan kembali kepangkuan anda. Baca sekurang-kurang 3 atau 7 kali setiap kali solat sambil mengharapkan Allah SWT memberi hidayah kepada anda dan pasangan anda. Semoga memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin..


Surah Ali Imran Ayat 200

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
 
 
 
Amalan doa untuk keluarga Bahagia
 
 
 
 
 
Buatkan air penawar untuk anak2 dan keluarga
 
Baca ayat-ayat ini pada air tersebut

1. Istigfar  Astagfirilullah Al Azim- 3 kali
2. Baca surah Al-Fatihah - 1 kali
3. Baca Al-Qursi - 1 kali
4. Baca 3 Qul - 1 kali setiap satu
5. Baca surah Al-Hasyir (Lau Anzal Na ayat 21 hingga ending) - 1 kali
6. Baca surah Thaha (ayat 1 hingga 5) - 3 kali
7 Selawat syifa' - 3 kali
Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin
tibil qulubi wa dawaaaeiha, wa 'afilyati abdaani wa  shifaaaeha, 
wa nuril absari wa diyaaeiha, 
wa 'ala alihi wasohbihi wabarikh wasallim...

Tips untuk kekal cantik dan awet muda untuk suami

Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4




Kali ni saya nak berkongsi kelebihan surah Yusuf ayat 4, ianya bagus diamalkan jika kita sentiasa perlu berjumpa orang atas urusan kerja.
 
 





IZQOO..LAYUU..SUFULI..ABII..HIYAA..ABATII..INNII..RO..AI..
TU..AHADA..’A..SHAROKAUKABAA. WASHH..SYAM..SAWALQOMARORO..AI..TUHUM..LII..SAA.JIDIN.
 

Bermaksud:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,“Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”
 
Khasiat ayat ini :
1 - Manis dipandang orang.
2 - Wajah menjadi berseri-seri.
3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.
 
Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39
 
 
 
 “Wa-alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”
Bermaksud:

“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)
 
Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk dapatkan kesan yang baik,
hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Cara mengamalkannya : 
  1. Baca Kedua-dua potongan surah yusof ayat 4 dan surah taaha ayat 39.
  2. Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda. 
  3. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh. 
  4. Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf, ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Taha, ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf. Paling mudah sebelum baca ayat, mulakan dengan bacaan ta'awwuz (A'uzubillahi Minash Shyaitan nir Rajeem) terlebih dahulu. 

Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri

Cara 1: Dilakukan selepas solat Isyak
·         ambil air segelas
·         baca al-Fatihah sekali
·         Ayatul Qursi sekali
·         Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
·         Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Surah al-waqiah ayat 35 -38

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:
  Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Selasa, 29 Disember 2015

Amalan Doa Ibu Bapa Terbaik Untuk Anak

Amalan2 terbaik untuk anak mengikut urutan. Sebagai sudah tentu inginkan yang terbaik untuk anak jom kita amalkan doa2 di bawah untuk anak2 kita.


1. Semasa tidur amalkan ayat di bawah agar mudah mendidik anak2
 

Sapu air lebihan wudhu pada muka dan ubun-ubun anak. 


2. Setiap kali selesai solat baca ayat di bawah moga anak2 kita dan keturunan kita di kalangan orang2 yang tawaduk mengerjakan solat.



Rabbi ajal' ni muqeema salati wamin dzurriyati rabbana wataq abba dua

Surah Ibrahim Ayat 40




3. Jika anak2 berangkat ke sekolah baca ayat ini dengan meletakkan tangan di ubun2 mereka. InsyaAllah

Berdoalah untuk anak anda hari ini...

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم

Anak lelaki :
ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WAALLIM HUTAAWIL

Anak Perempuan :
ALLAHUMMA FAQQIHHA FIDDIN WAALLIM HATAAWIL

Bermaksud: "Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarlah kepadanya tentang kefahaman Al-Quran."

Doa ini telah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas RA sewaktu beliau berusia 6 tahun. Alhamdulillah, beliau telah dilantik jadi Mufti di Baghdad semasa berusia 13 tahun dan menjaga solat.



4. Buat air sebagai bekal anak2 ke sekolah moga hati mereka terang dapat menerima ilmu dengan mudah. InsyaAllah




Bagi anak-anak minum air yang telah didoakan. Anda tak perlu hantar air kepada ustaz-ustaz, tapi ibu atau bapa boleh buat sendiri. Ini caranya
Sediakan 1 botol air untuk setiap orang anak. Kalau 2 anak, 2 botol dan seterusnya. Boleh bawak untuk bekal ke sekolah air tersebut
Baca ayat 19 daripada surah Al Kahfi. Berhenti pada perkataan “walyatalattof…” dan niatkan “Ya Allah, terangkan hati anakku xxxx sebagaimana matahari menerangi alam.” Dan terus sambung sampai habis. Dah habis tu, tarik nafas sikit dan hembus dalam air yang disediakan.
Pastikan masa anda baca tu botol dibuka tutupnya.
Juga buat bacaan sebanyak 3x.
Bila masa yang sesuai buat ni? Untuk 1 botol yang lengkap, anda perlu buat pada selepas solat maghrib malam Jumaat, solat isyak malam Jumaat dan solat subuh pagi Jumaat.
Boleh juga buat air penawar untuk anak2 setiap kali lepas solat dengan membaca surah2 ini pada air minuman bersih
Caranya: Baca ayat2 ini dan hembuskan pada air minuman yang bersih.
1. Surah al-Fatihah : 17 X
2. Ayat Kursiy : 17 X
3. Surah al-Ikhlas : 17 X
4. Surah al-Hasyru, ayat 21-24 : 17 X

Sebaiknya air penawar ini kita minum 3 hari berturut-turut tanpa minum air jenis lain. Insyaalah, kita berusaha, Allah jua yang Memustajabkan. Kadang-kadang ustazah doa dulu sebelum bagi anak-anak minum:

" Ya Allah...aku ibu yang lemah, banyak khilaf dan salah. Aku mohon keampunanMu ya Allah, atas setiap rezeki yang telah ku suap ke dalam mulut anak-anakku hingga menjadi darah daging mereka. Barangkali, ada yang tidak jelas ( syubhah), ada yang kotor, ada yang tidak berkhasiat untuk tubuh badan dan akal fikiran mereka. Ampnkan aku Ya Allah, aku bermohon agar Engkau sucikan tubuh badan mereka dari segala yang memberi mudarat, berikan mereka kesihatan yang terbaik, kecerdasan dan kefahaman dalam segala urusan agama, kekuatan hafazan dan segala yang terbaik untuk mereka."

Sama-sama ya , kita doa agar anak2 kita menjadi hamba Allah yang soleh, tidak tertimpa musibah pada agama mereka.
 
 
5. Jika ke sekolah sudah ibu bapa risau akan keselamatan anak2 tambah2 sekarang banyak kes penculikkan..buli ..rogol..bunuh..cabul dan sebagainya. Kita tidak mampu untuk sentiasa dekat bersama mereka kerana mereka perlu ke sekolah dan kita perlu mencari rezki. Jadi jom amalkan ayat ini.moga anak kita diperlindungan dan terselamat dari bahaya. Amin...
Boleh juga amalkan ayat ini dari Bonda Siti Aminah ibu Rasullah saw membaca doa ini sewaktu mengandungkan Baginda

ٲﻋﻴﺬﮦ ﺒﺎﻠﻮﺍﺤﺪ ﺍﻠﺼﻤﺪ ﻤﻦ ﺸﺮ ﻜﻞ ﺬﻱ ﺣﺎﺴﺪ

“Uu i’zuhu bilwahidisshomadi min syarri kulli zi hasidin”

ertinya: Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.
 
Untuk anak perempuan amalkan ayat ini
 
Doa elak ANAK PEREMPUAN dirogol/dicabul/dizalimi
 
 
Maksudnya:

“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”

 
 
 
7. Jika anak2 nakal2 sangat..tak mau dengar cakap..Yang suka marah-marah..



1.bancuh satu mug minuman panas..Bacakan ayat
Alam Aq had ilaikumYaa bani Adama alla..takq budussyaiton..Innahulakum aduwummubin..baca 3 kali dan hembus diair tu..Selawat keatas Nabi Muhammad SAW..Tutup mug tu dgn piring..Kalau dia nak minum,suruh dia minum air tu
 
8. Jika mempunyai adik beradik yang ramai amalkan ayat untuk mengelakkan mereka sering berkelahi
 
Baca surah al Fatihah dan selawat. 
Ini diikuti dengan bacaan surah al Insyirah sebanyak 7 kali 
kemudian bacakan ayat 200 dari surah ali-Imran serta doa berikut " Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim "
Selepas itu dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.
 

 
 

Khamis, 24 Disember 2015

DOA PEMBUKA APA2 YG TERTUTUP


*) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah.
*) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat.
*) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup.
*) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup.
*) Hati yang tertutup utk berkahwin.

Surah al Fath 
[1]
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
[2]
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
[3]
Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
[4]
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[5]
(Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar

KISAH INDAH NABI MUHAMMAD SAW dan SITI KHADIJAH r.a.




Kisah indah Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah r.a. selalu berkesan untuk dibaca, dikenang dan diteladani. Cinta sejati dan kesetiaan mencintai diukur setelah perkahwinan, bahkan lebih terbukti setelah kepergian yang dicintai.

Kendati Nabi Muhammad SAW sangat mencintai Aisyah r.a., namun cinta Baginda kepada Siti Khadijah r.a. pada hakikatnya melebihi cintanya Baginda kepada Aisyah r.a., bahkan cinta itu melebihi semua cinta yang dikenal umat manusia terhadap lawan jenisnya. Sementara hikayat tentang cinta, seperti Romeo dan Juliet, Lailah dan Majnun, tidak teruji melalui kehidupan bersama mereka sebagai suami isteri. Kerana itu, sekali lagi dikatakan bahwa cinta Rasulullah SAW kepada Siti Khadijah r.a. adalah puncak cinta yang dipendamkan oleh seorang laki-laki kepada perempuan dan sebaliknya.

Sangat besar rasa cinta Rasulullah SAW kepada Siti Khadijah, sehinggakan Aisyah r.a. mengatakan dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, “Tidak pernah aku merasa cemburu kepada seseorang pun dari isteri-isteri Rasulullah seperti kecemburuan ku terhadap Siti Khadijah. Padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah seringkali menyebut-nyebutnya. Jika ia memotong seekor kambing, ia potong-potong dagingnya, dan mengirimkannya kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah".

Maka aku (Aisyah r.a.) pun berkata kepadanya (Rasulullah SAW) :, “Sepertinya tidak ada wanita lain di dunia ini selain Khadijah…!”

Maka berkatalah Rasulullah SAW ::, 
“Ya, begitulah ia, dan darinya lah aku mendapatkan anak.”

Dalam suatu riwayat dikisahkan, suatu saat Aisyah r.a. merasa cemburu, lalu berkata :, 
“Bukankah ia (Siti Khadijah r.a.) hanya seorang wanita tua dan Allah telah memberi gantinya untuk mu yang lebih baik darinya?" (maksud Aisyah yang menggatikan Khadijah r.a. adalah dirinya). Maka Aisyah r.a. pun marah sampai berguncang rambut depannya. 

Lalu Baginda SAW bersabda :, 
“Demi Allah..! Ia tidak memberikan ganti untuk ku yang lebih baik darinya. Siti Khadijah telah beriman kepada ku ketika orang-orang masih kufur, ia membenarkan ku ketika orang-orang mendustakan ku, ia memberikan hartanya kepada ku ketika manusia lain tidak mahu memberi kepada ku, dan Allah memberikan anak darinya untuk ku dan tidak memberikan ku anak dari yang lain.”

Maka aku (Aisyah r.a. berkata di dalam hati :, 
"Demi Allah, aku tidak akan lagi menyebut Siti Khadijah r.a. dengan sesuatu yang buruk selama-lamanya.”

Ketika Aisyah r.a. ingin menampakkan kelebihannya melebihi Siti Khadijah r.a., ia berkata kepada Fatimah r.a., (Puteri Nabi SAW dari Siti Khadijah r.a.) : 
“Aku adalah gadis ketika dinikahi ayah mu sedangkan ibu mu adalah janda ketika dinikahi oleh ayah mu.” 

Rasulullah SAW yang mendengar ucapan ini dari puterinya yang mengeluh lalu bersabda :
"Sampaikanlah kepadanya : ”Ibu ku (maksudnya Siti Khadijah r.a.) lebih hebat dari engkau, beliau menikahi ayah ku yang jejaka, sedang engkau menikahinya saat ayah ku duda.”

Disamping itu Rasulullah SAW tidak memadu Siti Khadijah r.a. dengan mana-mana wanita lain, sedangkan semua isteri-isteri selainnya dimadukan.

Teman-teman Siti Khadijah r.a. pun masih diingati oleh Rasulullah SAW dan berpesan kepada puteri-puteri Baginda agar terus menjalin hubungan kasih dengan mengirimkan hadiah, walaupun yang hanya sederhana kepada mereka.

Ketika Fath Makkah, yakni hari keberhasilan Rasulullah SAW memasuki kota Mekkah bersama kaum Muslim, Baginda berkunjung ke lokasi tapak rumah Siti Khadijah r.a., kerana rumah itu sendiri telah tiada. Baginda SAW juga pada hari itu menyendiri, di tengah-tengah kesibukan bersama pasukan kaum Muslim, dengan seorang wanita tua sambil bercakap-cakap dengan wajah yang berseri-seri. 
Aisyah r.a. yang melihat hal tersebut bertanya : 
”Siapakah orang (wanita tua) itu dan apa yang dibicarakannya?” 

Ternyata wanita tua itu sebenarnya adalah sahabat karib Siti Khadijah r.a. dan pembicaraan Nabi SAW dengannya berkisar pada kenangan manis masa lalu sewaktu bersama Siti Khadijah r.a..

Gerak langkah, suara dan ketukan pintu yang biasa dilakukan Siti Khadijah r.a. pun masih terus segar dalam benak dan pikiran Baginda SAW. Suatu ketika Baginda SAW mendengar langkah, ketukan dan suara yang serupa. 
Lalu Baginda berkata : 
"Ini mirip cara langkah dan ketukan Khadijah". 
Kebetulan yang datang itu adalah Hala (saudara perempuan Khadijah ra.) dan ternyata dugaan Baginda SAW itu benar.

Demikianlah keagungan cinta Rasulullah SAW kepada Siti Khadijah r.a., yang akan tetap terukir indah di sepajang zaman.

Subhanallah,,,,.
Semoga semua wanita-wanita yang membaca status ini akan bernasib atau senasib seperti ibunda kesayangan kita Siti Khadijah r.a..... yang selalu dirindukan suaminya, walaupun telah tiada sekali pun....

Bagaimana Ingin KHUSYUK Dalam SOLAT



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. 
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.

Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya ::, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata ::, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya ::, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata ::, ""Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan TUJUH PERKARA :-

🔴
 * Bertaubat,
🔴
 * Menyesali segala dosa yang telah dilakukan,
🔴
 * Tidak tergila-gilakan (menghambat) dunia,
🔴
 * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya'),
🔴
 * Tinggalkan sifat berbangga diri,
🔴
 * Tinggalkan sifat khianat dan menipu, dan
🔴
 * Meninggalkan sifat dengki, khianat dan dendam.

Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggota ku dan aku menghadap 'QIBLAT'.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan ::

🔴
 1⃣ Aku sedang berhadapan dengan Allah SWT,
🔴
 2⃣ SYURGA di sebelah KANAN ku,
🔴
 3⃣ NERAKA di sebelah KITI ku,
🔴
 4⃣ MALAIKAT MAUT berada di BELAKANG ku, dan
🔴
 5⃣ Aku bayangkan pula aku seolah-olah BERDIRI di atas titian 'SIRATAL MUSTAQIM' dan menganggap bahawa SOLAT ku kali ini adalah 'SOLAT TERAKHIR' bagi ku.

Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. 
Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham segala maknanya dan aku menghayatinya.

Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk ; aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. 

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.""

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sabda Nabi SAW :: "ILMU itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ILMU demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya". 

🔴
 Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudara ku dan sahabat-sahabat ku. Kita insan biasa yang kerdil yang sering terleka dan yang sering alpa dek urusan dunia yang sentiasa menghambat kita dan kita pula sentiasa mengejarnya. Maka ISTIQOMAH lah didalam IBADAH kita. Wallahua'lam. 

Amalan Solat Dhuha




Demi menambahkan/melimpahkan REZEKI rajin2lah dan selalu2lah laksanakan Solat DHUHA diwaktu pagi antara jam 8.00 pagi hingga jam 10.30 pagi dengan amalannya mula2 di rakaat pertama membaca surah Al-Fatehah di ikuti surah Addhuha dan di rakaat kedua membaca surah Al-Fatehah dan di ikuti surah Annsyrah dan pada sujud yang akhir membaca ayat dibawah ini sebanyak 10 Kali.. sebelum duduk tahyat akhir.
Anda akan terkejut dengan REZEKI yang Allah SWT akan berikan/limpahkan kepada anda... 
In Syaa Allah...

Amalan Doa Untuk Anak Yang Nakal dan Degil





Jika anak2 nakal2 sangat..tak mau dengar cakap..Yang suka marah-marah..


1.bancuh satu mug minuman panas..Bacakan ayat
Alam Aq had ilaikumYaa bani Adama alla..takq budussyaiton..Innahulakum aduwummubin..baca 3 kali dan hembus diair tu..Selawat keatas Nabi Muhammad SAW..Tutup mug tu dgn piring..Kalau dia nak minum,suruh dia minum air tu

Maksud ayat.
Dan Aku telah perintahkan kepada Kamu wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan menyembah syaitan?Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!Dan hendaklah kamu menyembahKU,inilah jalan yang lurus..

Tips Anak Pintar Cerdas



Bagi anak-anak minum air yang telah didoakan. Masyarakat Melayu kita kata air jampi. Tapi saya selesa sebut air yang didoakan. Anda tak perlu hantar air kepada ustaz-ustaz, tapi ibu atau bapa boleh buat sendiri. Ini caranya

Sediakan 1 botol air untuk setiap orang anak. Kalau 2 anak, 2 botol dan seterusnya.
Baca ayat 19 daripada surah Al Kahfi. Berhenti pada perkataan “walyatalattof…” dan niatkan “Ya Allah, terangkan hati anakku xxxx sebagaimana matahari menerangi alam.” Dan terus sambung sampai habis. Dah habis tu, tarik nafas sikit dan hembus dalam air yang disediakan.
Pastikan masa anda baca tu botol dibuka tutupnya.
Juga buat bacaan sebanyak 3x.
Bila masa yang sesuai buat ni? Untuk 1 botol yang lengkap, anda perlu buat pada selepas solat maghrib malam Jumaat, solat isyak malam Jumaat dan solat subuh pagi Jumaat.
Dah siap tu boleh bagi anak-anak minum.
Anda boleh buat tiap minggu, atau bila-bila perlu kalau-kalau air tu habis. InsyaAllah ni ikhtiar kita.

Jumaat, 18 Disember 2015

KEAJAIBAN SOLAT TAHAJJUD

Perkongsian dari rakan FB tentang hebatnya mengamalkan solat Tahajud. Jom kita semua lakukan kalau boleh start malam nie jugak. Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya.... 



Astaghfirullah Hal Adziim.. sebelum saya bercerita kisah benar ini berkenaan keajaipan solat Tahajjud, saya beristhfar terlebih dahulu agar di ampunkan dosa-dosa saya bercerita hal ini.. saya benar-benar ingin memberi perangsang pada anda untuk yakin sebenar-benar yakin akan kekuasaan Allah swt, saya bukan nak riak. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya.

Pada usia saya mencapai 50 tahun, saya ingin benar bersolat depan Ka'abah. Waktu itu, saya telah lama tidak bekerja..saya pencen perkhidmatan awam di umur genap 40 tahun. Saya hanya bergantung pada suami dan anak sulung segala perbelanjaan kehidupan. Amat mustahil dalam kemelesetan ekonomi tahun 2011 saya dapat menjejaki ke Tanah Suci. Tambahan masalah lagi anak bungsu saya masih bersekolah dan amat payah untuk meninggalkan beliau untuk mengurus diri ke sekolah selama dua minggu saya tiada. Namun sebagai satu usaha saya lazimkan diri mendirikan solat tahajjud.

Suatu pagi.. selepas saya bertahajjud kira-kira jam 4 pagi, saya berdoa dengan airmata mohon agar Allah permudahkan saya ke Tanah Suci. Selepas berdoa saya terlena di atas sejadah. Dalam masa saya terlena tersebut saya bermimpi arwah ibu memandang saya tetapi macam berkata "Cikna pergilah dalam bulan september".. Saya terjaga dari tidur apabila azan subuh berkumandang. Saya terus melihat kalander rupanya cuti Hari Raya puasa jatuh sama dengan cuti sekolah selama 12 hari. MasyaaAllah.. saya maklumkan pada anak sulung tarikh tersebut dan beliau terus menempah tempat untuk saya ke Tanah Suci dan masa yang sama Allah murahkan rezeki buat keluarga saya. Buat pengetahuan anda semua, Allah telah menjemput saya menjadi tetamunya bukan saja tahun 2011 malah setiap tahun sehingga kini.. Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah telah menyediakan ruang pertolongan yang begitu luas. Pada setiap malam Allah membuka pintu seluas-luasnya supaya hamba-hambaNya yang bangkit menadah dua tangan berdoa dan meminta kepadaNya. Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tuhan kita, Maha Suci dan Maha Mulia KedudukanNya, pada setiap malam turun ke langit dunia yang paling rendah sekali di sepertiga akhir malam lalu menyeru: Adakah terdapat sesiapa yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan? Adakah sesiapa yang meminta kepadaKu nescaya aku perkenankan? Adakah terdapat sesiapa yang memohon ampun dariku nescaya Aku ampunkan?" (HR Muslim)

Rabu, 16 Disember 2015

Teknik Hafal Sifir


Setelah lama menggodek dan menggoogle so jumpa lah teknik cara hafal sifir untuk kids. So senang seket nak ajar kids ingat sifir. Parents boleh la try kaedah itu moga ia membantu tq to diariibuwafiq.blogspot kerana sudi berkongsi teknik ini.





Isnin, 14 Disember 2015

Memanfaatkan Cuti Sekolah Menurut Islam




Musim cuti sekolah akhir tahun kian berlalu, pada cuti sekolah yang paling seronok ialah anak-anak kita. Cuti panjang hadir selepas anak-anak bertungkus lumus menghadapi sesi pengajian, peperiksaan dan ko-kurikulum yang diwajibkan. Pastinya ketibaan cuti memang dinanti-nantikan. Inilah masa untuk melarikan diri buat sementara dari alam persekolahan. Anak-anak memang mahu bebas daripada belenggu buku-buku sekolah, mereka mahu berseronok setelah penat mentelaah pelajaran sepanjang tahun. Tentunya bercuti merupakan terapi yang paling mujarab untuk menghilangkan segala stress atau tekanan yang dihadapi oleh setiap pelajar.

Sebenarnya sebagai ibu bapa, seharusnya kita mengajar anak-anak kita supaya menggunakan masa dengan bijak. Masa cuti sekolah bukan semata-mata untuk berseronok dan melupakankan terus pelajaran. Sebagai ibu bapa perlulah mengambil peluang ini untuk mengatur program-program yang bermanfaat buat anak-anak. Jadilah ibu bapa yang prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak. Rancanglah sesuatu agar dapat memanfaatkan cuti sekolah anak-anak dengan sebaik-baiknya.
Jangan biarkan mereka sendiri yang menguruskan masa cuti tanpa sebarang pemantauan atau panduan daripada ibu bapa kerana dalam usaha kita membina insan yang cemerlang, maka setiap masa itu perlulah dimanfaatkan dengan sebetulnya. Dalam proses ini kesepaduan peranan pihak pemerintah, pihak sekolah dan ibu bapa mestilah saling berkerjasama dan mengambil tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

 Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 6: 

“Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
Percayalah bahawa bimbingan ibu bapa adalah asas kepada menentukan dasar pembinaan akhlak, jati diri dan kecemerlangan anak-anak. Bila tumpuan ibu bapa terhadap anak-anak berkurangan, maka kadar keciciran anak-anak semakin meningkat.

Anak pada peringkat awal pembesaran dan pendewasaan memerlukan ibu bapa sebagai orang terawal menjadi petunjuk jalan teladan yang baik. Menurut prinsip pendidikan Islam, saat kritikal dalam proses membina teras nilai murni, akhlak mulia, kasih sayang dan komunikasi yang mesra sebenarnya bermula dari awal kehidupan anak-anak sehinggalah mereka mencapai usia baligh.

Mengikut kajian, anak-anak dalam usia sebegini sangat mudah terpengaruh untuk meniru dan mengikut apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar. Secara psikologinya, pengaruh visual akan mendominasi watak dan karakter mereka. Dengan demikian mimbar menasihatkan para jemaah sekalian bahawa dalam tempoh kritikal ini, awasilah dan pantaulah apa yang mereka lihat serta tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak-anak walau apa jua sekalipun dan jadilah role model yang terbaik untuk anak-anak kita.

Jika kita tidak mengambil berat, maka anak-anak akan terdedah dengan pelbagai gejala seperti rosak akidah, hilang kemuliaan akhlak dan maruah juga ketinggalan dalam pendidikan. Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru, tidak tahu memilih yang baik atau yang buruk dalam kehidupan mereka. Menurut Prof Dr Yusuf al-Qardawi, bahawa kesan yang paling menonjol akibat kelemahan kualiti keibubapaan hari ini ialah apabila tercabutnya akhlak mulia anak-anak yang memudahkan mereka terdedah dalam krisis gejala sosial.

Pencapaian prestasi anak-anak kita dalam pelajaran bergantung kepada perancangan dan penilaian bersungguh-sungguh ibu bapa sendiri. Dalam hal ini ibu bapa perlulah membudayakan ilmu dan akhlak dalam kehidupan seharian anak-anak. Dalam menjamin keberkesanan fungsi ibu bapa menentukan kejayaan pendidikan anak-anak, maka ibu bapa harus menetapkan beberapa petunjuk sebagai ukuran bagi menentukan hala tuju dan tindakan yang mesti dilaksanakan oleh anak-anak kita antaranya seperti berikut:

Pertama: Memastikan anak-anak menunaikan solat fardhu 5 kali sehari secara konsisten sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:

Latihlah dan didiklah anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ketika mereka berumur sepuluh tahun jika mereka enggan menunaikan sembahyang dan pisahkan tempat tidur mereka.
Sebagai bapa, berusahalah untuk berjemaah bersama anak-anak dan jadilah imam ketika bersolat agar terserlah kepimpinan kita sebagai ketua keluarga seterusnya dapat memantau kualiti solat anak- anak dan mengukuhkan ikatan kasih sayang dengan mereka.

Kedua: Memastikan anak-anak mempelajari dan memahami al-Quran setiap hari.

Ketiga: Memastikan anak-anak mendapat makanan halal, berzat dan memenuhi keperluan vitamin. Waktu makan juga boleh dimanfaatkan untuk mendidik anak-anak agar berdisiplin, beradab sopan dan berakhlak mulia seperti membaca doa sebelum makan, memberi sebahagian lauk kepada adik beradik yang makan bersama, mengambil makanan sedikit demi sedikit, mengelakkan sifat tamak dan menunggu ibubapa sebelum makan.

Keempat: Menyemak buku-buku latihan dan kerja setiap mata pelajaran.

Kelima: Menetapkan sasaran setiap mata pelajaran anak-anak dan

Keenam: Mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan guru kelas sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi mendapat maklumbalas prestasi pembelajaran dan tahap sahsiah anak-anak ketika berada di sekolah.

Sebagai ibu-bapa kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan bahawa kita telah menunaikan kewajipan dan hak anak-anak apabila anak-anak telah dihantar ke sekolah. Ingatlah tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup selesa pada masa akan datang. Tanggungjawab kita juga memastikan agar mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jatidiri yang kuat.

Sebagai ibu-bapa kita digalakkan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, kerana doa ibu-bapa boleh menyebabkan kehidupan anak dirahmati, diberkati dan dilindungi dari segala bencana.

Dalam satu riwayat diceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah membaca doa kepada kedua cucunya Hasan dan Husin yang berbunyi:

Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna untuk kamu berdua daripada gangguan syaitan, daripada binatang dan daripada mata yang berniat jahat.
Perlu di ingat musim cuti sekolah inilah beberapa peristiwa atau tragedi kerap kali berlaku. Kita sering kali mendengar kes-kes kejadian seperti mati lemas, kemalangan jalanraya, tersesat di dalam hutan dan sebagainya. Selain dari itu terdapat juga kes-kes jenayah yang dilakukan oleh remaja yang masih di bangku sekolah.

Oleh itu, sebagai ibu bapa atau penjaga kita hendaklah bertanggungjawab dan amanah bukan hanya setakat memenuhi keperluan fizikal dan pendidikan anak-anak tetapi yang lebih besar dan utama ialah menanamkan benih-benih keimanan kepada mereka selain menjaga dan mengawal mereka dengan baik.
Tanpa kawalan anak-anak mudah terjebak dengan aktiviti sosial yang merosakkan.  Kita hendaklah mengambil contoh dan pengajaran yang diceritakan Allah SWT bagaimana Luqman al-Hakim mendidik anak-anaknya.

 Firman Allah SWT di dalam surah Luqman ayat 17 dan 18: 

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya.”Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
Sebagai ibu bapa atau penjaga kepada anak-anak seharusnya kita sudah mempunyai beberapa perancangan dan aktiviti yang berfaedah untuk memenuhi masa lapang anak-anak pada musim cuti persekolahan ini. Perancangan dan aktiviti yang dibuat mestilah berpaksikan atas dasar untuk meningkatkan iman, jati diri dan kecemerlangan dunia dan akhirat bukannya hanya untuk berseronok dan menghabiskan masa semata-mata.

Ingatlah.anak-anak adalah aset yang paling penting dan berharga kepada kedua-dua ibu bapa. Mereka merupakan penyeri atau perhiasan dalam sesebuah rumahtangga. Bayangkanlah jika anak-anak berkenaan menjadi orang yang soleh dan berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sudah tentu kedua ibu bapanya akan mendapat nikmat di dunia dan di akhirat nanti.

Sebaliknya, jika anak-anak yang bergelumang dengan akhlak liar dan melakukan maksiat kepada Allah SWT sudah pasti ianya akan menjadi beban kepada keluarga, masyarakat dan negara. Anak-anak yang diterapkan dengan didikan agama yang sempurna sejak dari kecil hinggalah mereka dewasa akan dapat menyelamatkan mereka dari terus lalai dan alpa dengan kehidupan di dunia ini.

Didiklah anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita. Didiklah mereka dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan bakal penerus kepada perjuangan Islam. Budayakanlah kehidupan mereka dengan perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri mereka. Manfaatkanlah musim cuti persekolahan ini dengan perkara-perkara yang berfaedah demi masa depan anak anak.

 Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72: 

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.”


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa