Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Rabu, 25 November 2015

Tahap Mendidik Anak Mengikut Perkembangan Usia


7 tahun pertama (0-7 tahun):


Perlakukan anakmu sebagai Raja.

Zona merah – zon larangan

Jangan marah-marah, jangan banyak larangan, jangan rosak jaringan otak anak.

Pahamilah bahwa posisi anak yang masih kecil, saat itu yang berkembang adalah otak kanannya.

7 tahun kedua (7-14 tahun):


Perlakukan anakmu sebagai ‘pembantu’ atau tawanan perang.

Zona kuning – zon hati-hati dan waspada.

Latih anak-anak agar bermandiri untuk mengurus dirinya sendiri, mencuci piinggan, pakaian, sterika pakaian, dll. Banyak pelajaran berharga dalam kemandirian yang bermanfaat untuk masa depannya.

7 tahun ketiga (14-21 tahun):


Perlakukan anak seperti sahabat.

Zon hijau – sudah boleh jalan.

Anak sudah boleh dilepas untuk mandiri. Mereka sudah boleh dilepas sebagai duta keluarga.

7 tahun keempat (21-28 tahun):

Perlakukan sebagai pemimpin.

Zon biru – siap terbang.


Persiapan anak untuk berkahwin.





Pada masa anak-anak, yang berkembang adalah otak kanannya. Otak kiri berkembang pada usianya menjelang 7 tahun.

Anak perempuan keseimbangan otak kanan dan kirinya lebih cepat. Sedangkan anak lelaki lebih lambat matang. Keseimbangan otak kanan dan kiri pada anak lelaki baru tercapai sempurna di usia 18 tahun, sedangkan anak perempuan sudah cukup seimbang otak kanan dan kirinya di usia 7 tahun. Sudah lama sekali ya? Ternyata ada rahsia Tuhan mengapa diatur seperti itu

Lelaki dipersiapkan untuk jadi pemimpin yang tegas dalam mengambil keputusan. Untuk itu, jiwa kreativiti dan eksplorasinya harus berkembang pesat. Sehingga pengalaman itu membuatnya dapat mengambil keputusan dengan tenang dan tepat.

Sementara perempuan dipersiapkan untuk jadi pengatur dan pengurus yang harus penuh keteraturan dan ketelitian.

    Untuk memberi instruksi pada anak, gunakan suara Ayah. Kerana suaranya nada tenang kurang beremosi.


    Kalau suara Ibu memerintah, cenderung menengking seperti biola salah gesek. Itu boleh merosakkan sel saraf otak anak. Ada 250rb sel otak anak yang rosak ketika dimarahi.


    Kesimpulannya, Ibu boleh menggunakan bahasa tubuh atau isyarat jika ingin memberikan instruksi. Suara perempuan itu enak didengar jika digunakan dengan nada sederhana. Sesuai untuk mendongeng atau bercerita.

++Cara berkomunikasi yang efektif dengan anak:

1. Merangkul dada anak sambil ditepuk lembut.

2. Sambil mengelus belakang anak hingga ke tulang ekor.

3. Sambil mengusap kepala.

Dengan sentuhan, maka ada gelombang yang akan sampai ke otak anak sehingga sel-sel kasih sayang berkembang subur

Simple Architecture With Modern Decorative









Isnin, 23 November 2015

Konflik Syria Petanda Akhir Zaman



KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.


Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.


Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.


Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?
Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria.


Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman.

Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.


Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria).


Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal.


Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).


Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria.


Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.


Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW.


Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama.


Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS.


Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.


Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?
Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.


Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.


Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.


Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?

Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a.

Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’.


Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.


Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka.


Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”.


Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.


Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati.


Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan.


Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja.


Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.


Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?

Nabi bersabda,  “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.


Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau  Amerika, Rusia atau China?


Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.


Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita,  rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya.


Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”.  Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu.


Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.


Bashar; Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikatakan berasal daripada keturunan Yahudi Isfahan yang dikaitkan sebagai tempat asal pengikut Dajjal. Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad juga berasal dari tempat itu. Bagaimana Ustaz melihat perkara ini?
 
Saya kurang pasti, tetapi datuk nenek Bashar memang dari Iran. Jadi hubungannya memang kuat. Satu lagi, di Syria, Bashar berfahaman Syiah Alawi atau Nusairi. Bercerita pasal Syiah, Syiah Alawi atau Nusairi sudah terkeluar daripada Syiah Imamiah yang diamalkan di Iran.

Jadi Syiah yang dipegang oleh Bashar ini, tidak diterima oleh Syiah pun, tetapi kenapa mereka yang menyokong Bashar pada masa ini? Mereka (Iran) kata benci dan tiada kena mengena dengan Syiah Alawi atau Nusairi, tetapi mereka tetap sokong Bashar bunuh rakyat Syria.

Ini bermakna, mereka sebenarnya bersatu menentang Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pembebasan Masjidil al-Aqsa di Palestin akan bermula daripada pembebasan Masjid Umawi di Damsyik. Benarkah begitu?

Yang saya dengar daripada ulama Palestin, Syeikh Raed Solah bahawa pembebasan Masjid al-Aqsa pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah bersama tentera yang datang dari Syam iaitu Syria.


Insya-ALLAH dikatakan tentera juga dari tempat yang sama akan datang untuk membebaskan Masjid al-Aqsa. Cuma, kali ini bawah pimpinan Imam Mahdi.


Kubur Salahuddin di Syria, betul-betul di tepi Masjid Umawi. Puak Syiah paling benci dengan Salahuddin, antara sebabnya Salahuddin yang menjatuhkan kerajaan Syiah di Mesir, iaitu kerajaan Fatimiyyah.


Ada dakwaan mengatakan, sekiranya Amerika menyerang Syria, maka akan jadi Perang Dunia Ketiga. Apa pandangan ustaz?
Wallahua’lam. Saya rasa memang sudah dekat-dekat, tetapi saya tiada pengalaman dalam sejarah bab perang.


Namun, tidak mustahillah (akan berlaku Perang Dunia Ketiga) kerana melihat contoh apabila Amerika kata hendak serang Syria, sekutu Syria, Russia kata; “Kalau engkau nak serang Syria, aku serang Arab Saudi”. 


Arab Saudi pula sekutu Amerika. Sekutu Syria, iaitu Iraq, Iran, Russia dan semua sekutu dengan Russia ialah geng komunis, manakala Eropah dan Amerika pula sekutu dengan Arab Saudi. Jadi bila berlaku peperangan nanti, Wallahua’lam...tak mustahil berlaku.


Apa istimewanya Syria sebagai sebuah negara Syam?
Nabi pernah sebut dalam hadis; “Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH, berkatkan kepada Syam kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami”.


Dalam hadis lain; Nabi Muhammad SAW bersabda; “Beruntunglah bagi penduduk Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat ar-Rahman yang sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas ahli Syam.” (Riwayat Ahmad).


Nabi sebut lagi; “Sesungguhnya kota (perlindungan) kaum Muslimin ketika berlakunya al-malhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil Dimasq (Damsyik).


Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam”. (Riwayat Abu Daud).


Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Para sahabat nabi pun ramai di negara itu. Di Syria, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi.


Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda.

Dari Abdullah bin Hawalah, dari Nabi SAW, baginda bersabda; Pada malam aku diisra’kan, aku melihat tiang-tiang putih seperti permata yang dibawa oleh para malaikat. Aku bertanya: “Apa yang kalian bawa?” Mereka menjawab: “Tiang-tiang al-Kitab.


Tugas kami untuk meletakkannya di Syam.” Dan ketika aku tidur, aku (bermimpi) melihat tiang-tiang al-Kitab muncul dari bawah. Kemudian aku mengira bahwasanya ALLAH yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi menjelma bagi penduduk bumi. Maka penglihatanku mengikutinya.


Ketika itu Dia adalah cahaya yang menerangi hadapanku hingga sampai ke Syam.” Kemudian Ibnu Hawalah berkata: “Wahai Rasulullah, wasiatilah aku!” Baginda bersabda: “Tinggallah di Syam.” (Riwayat at-Tabrani).


Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibnu Hawalah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda bahawa ada tiga tentera di akhir zaman nanti iaitu tentera Iraq, Yaman dan Syam. Lalu sahabat bertanya; “Pilih yang mana?”. Nabi berkata, hendaklah engkau bersama dengan tentera yang berada di Syam. Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tabrani.


Apa yang berlaku di Syria, ada kaitan dengan tanda-tanda akhir zaman. Apa nasihat Ustaz?
Nasihat saya, jangan kata yang lawan Bashar ini adalah pemberontak, tetapi mereka adalah rakyat yang hendak mempertahankan hak dan akidah mereka.


Banyak media kata rakyat Syria pemberontak. Kita wajib mempertahankan Syria. Isu Syria adalah isu umat Islam sedunia. Kadang kala, kita hanya mengambil berat isu Mesir tetapi kita ketepikan penyembelihan yang setiap hari berlaku di Syria.


Pesanan Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Damsyik tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan. Bantulah mereka dengan dgn apa yang termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam.

Khamis, 19 November 2015

Pelajar Perubatan Hafaz Al Quran Dalam 2 Bulan





Menghafal Al-quran bukannya sesuatu yang mudah. Ia sememangnya menjadi impian ramai supaya dapat menghafal Al-Quran. Tetapi ianya bukannya mudah kerana memerlukan kesungguhan yang sangat mendalam. Mencari tips hafal Al-Quran.

Disini kami kongsikan pengalaman seorang muslimah yang bernama Bushra Tbakhi, seorang pelajar jurusan Kedoktoran tentang perjalanannnya menghafal Al-Quran dalam masa 2 bulan setengah, suatu masa yang sebenarnya singkat. Semoga tips ini dapat diamalkan oleh setiap muslimah yang ingin berjaya menghafal Al-Quran. Jika kita tidak mampu menghafal satu naskah Al-Quran, mungkin 1 juzuk mungkin boleh dicapai.


Mungkin terdapat sedikit ubah suai kerana ianya telah kami ubah suai ke dalam Bahasa Melayu. Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh saudari Bushra Tbakhi :

26 Tips Hafal Al-Quran

1. Dapatkan Bantuan Allah SWT

Dapatkan bantuan Allah SWT apabila ingin melakukannya. Caranya adalah dengan memanjat doa. Hal ini kerana apabila anda telah mencapai Juzuk 7 ataupun 14 ataupun apa-apa juzuk sahaja anda mungkin mula kehilangan motivasi. Jadi kepadaNya anda berdoa dikuatkan semangat.

2. Gunakan Waktu Pagi Sebaik Mungkin

Guna waktu pagi anda sebaik mungkin, terutamanya jika anda sibuk. Mula awal sebaik mungkin. Biasanya saya akan habiskan menghafal sekurang-kurangnya 1-2 muka surat sebelum tengah hari. Hal ini akan menjadikan 10 muka surat lebih mudah. Jika saya bermula selepas tengah hari, ia akan mengambil masa lebih lama.

3. Belajar Katakan Tidak!

Belajar untuk katakan ‘Tidak’. Katakan ‘Tidak’ dengan lebih kerap. Anda perlu mengurangkan beberapa perkara untuk tujuan ini. Memang benar mungkin anda boleh sahaja melakukan banyak perkara. Tetapi ketahuilah ia akan banyak mengambil tenaga anda.

4. Cari Beberapa Jurulatih Pendengar

Cari beberapa jurulatih pendengar. Saya biasanya akan membaca kepada ibu, kakak, dan rakan-rakan. Cuba mempunyai beberapa orang. Elakkan daripada mempunyai seorang sahaja. Hal ini kerana jika orang itu sibuk, anda mungkin akan berasa sedikit putus asa. Jadi cuba untuk mempunyai plan alternatif. Saya juga pernah kadang-kala membaca di telefon!

5. Menghafal dan Membaca Secara Harian

Menghafal dan membaca secara HARIAN. Tiada hari cuti. Tiada. Walaupun anda hanya menghafal 1 halaman sahaja dan bukan 10 halaman seperti yang dirancang. Ini bertujuan mencipta kebiasaan anda. Tambahan, walaupun anda hanya menghafal satu halaman sahaja, ianya akan menjadi mudah sahaja selepas itu.

6. Potongan Besar Lebih Mudah!

Potongan besar adalah lebih mudah! Sebelum ini saya menyangkakan menghafal satu halaman dalam satu masa adalah lebih cepat tetapi sebenarnya menghafal 4-6 muka surat pada satu masa menjadikan ia lebih mudah. Hal ini kerana otak telah berada dalam mood ‘hafalan’ yang menjadikan ianya lebih mudah.

7. Jangan Beritahu Ramai Orang

Jangan beritahu terlalu ramai orang pada peringkat awalan anda menghafal. Kerana ianya akan memberi tekanan apabila mereka terus bertanya di mana peringkat anda sekarang dan lain-lain. Tetapi beritahulah orang yang terdekat kepada anda supaya sebagai sumber motivasi dan sebagai peringatan kepada motivasi anda.

8. Bebaskan Perasaan Anda Dari Kebimbangan

Al-Quran tidak dapat dihafal dalam keadaan huru-hara. Jadi sebelum anda bermula, punyai senarai tugasan dan asingkan. Lakuakn terlebih dahulu perkara penting dan bebaskan diri dari kebimbangan. Jika apa-apa yang membimbangkan anda semasa menghafal, ingat syaitan tidak mahu anda untuk memberi tumpuan dan yakinlah bahawa Al-Quran akan menjaga anda.

9.  Tambah Tugasan Anda Jika Anda Mengantuk

Apabila anda mengantuk tambahkan lagi tugasan yang perlu dibuat. Saya tidak tahu mengapa. Mungkin ianya tentang menolak diri. Saya merasakan lebih ‘barakah’ apabila saya menghafal 1-2 lebih halaman pada waktu malam dalam keadaan mengantuk daripada menyerah begitu sahaja.

10. Bermula Dengan Langkah Kecil

Motivasikan diri dengan mengambil langkah kecil. Sememannya memang mencabar apabila membaca Surah Al-Baqara dan bermimpikan Surah An-Naas. Hanya perlu membayangkan bagaimana gembira anda akan berada dalam surah yang akan datang atau beberapa juzuk ke hadapan. Untuk kes saya, apabila saya berada di Juz 13 saya akan cuba ingin mencapai Juz 15. Kemudian pada Juz 15, saya akan cuba mencapai Juz 20 dan seterusnya.

11. Gunakan Salah Satu Mus’haf Sahaja

Saya hanya pada setia pada satu Mus’haf sahaja. Jangan bertukar-tukar. Saya menggunakan saya punya sahaja setiap hari. Saya menggunakan pensil untuk menandakan perkataan dan menggariskan ayat. Saya turut mempunyai nota untuk juzuk seterusnya. Ini membuatkan saya akan teruja untuk sampai.
Cuba dapatkan saiz yang normal quran. Saiz yang terlalu kecil akan menyebabkan sukar untuk menghafal. Saiz yang terlalu besar pula menyebabkan ianya sukar dipegang. Elakkan menggunakan ‘elektronik Quran’ . Hal ini kepada saya secara peribadi memberi sakit kepala dan saya dapati mengambil lebih banyak masa untuk menghafal. Tambahan anda tidak dapat menulis.

12. Senyapkan Telefon Anda

Saya senyapkan hampir semua ‘notifications’.

13. Cari Gaya Hafalan Anda

Cari gaya hafalan anda. Teknik hafalan yang terbaik untuk saya adalah bahasa isyarat! Saya biasanya menghafal menggunakan isyarat tangan. Ia benar-benar membantu saya. Saya juga kadang-kadang akan menulis, atau menulis permulaan setiap ayat.
Mendengar pada ayat juga boleh dilakukan-terutamanya jika anda mempunyai masalah membaca. Tetapi teknik ini sedikit mengambil masa. Walau bagaimanapun sila berbuat demikian jika anda tidak boleh membaca dengan baik kerana perkara yang paling teruk apabila menghafal sesuatu yang salah untuk kali pertama.

14. Bahagi Kepada Beberapa Bahagian Kemudiannya Gabungkan

Bahagikan satu halaman kepada beberapa bahagian. Mulakan dengan membaca satu ayat, dan ulangnya beberapa kali. Kemudiannnya teruskan dengan ayat seterusnya, kemudian ulang kembali termasuk dengan ayat di sebelumnya. Bahagikan halaman kepada dua atau pertiga bergantung kepada ayat dalam halaman tersebut, kemudian gabungkan mereka bersama-sama pada akhirnya.

15. Sekadar Membaca Ayat Awalan

Apabila mengulang kaji jumlah ayat yang besar, anda hanya perlu mengulang semula bahagian AWALAN setiap ayat. Apabila anda berjaya mengulangi ayat, kemungkinan besar anda juga boleh memulakannya menyelesaikannya. Jadi jangan buang masa membaca keseluruhan halaman. Hanya menguji diri anda sama ada anda tahu permulaan setiap ayat ataupun tidak.

16. Jauhkan Diri Daripada Membuat Dosa

Menjauhkan diri daripada dosa. Walau bagaimanapun jika anda tergelincir jua, bertaubat dan terus hidup seperti biasa. Syaitan akan sentiasa memberitahu anda tidak ada gunanya untuk menghafal kerana anda seorang yang berdosa. Ataupun akan sering mengingatkan mengenai dosa anda supaya anda merasakan bahawa anda tidak boleh menghafal.
Mohon perlindungan kepada Allah dan terus menghafal. Jika kita sudah cukup sempurna, kita tidak perlu lagi sebuah Kitab Suci dari Allah yang mengajar kita bagaimana untuk hidup dalam kehidupan. Anda tidak akan mampu menajdi seorang yang sempurna. Tetapi inilah cara untuk hampir kepada Allah sebagai manusia. Berlindung syaitan, dan bacalah Bismillah terus menghafal.

17. Ambil Rehat Selepas Menghafal

Ambil rehat selepas membacakan kepada seseorang dan bukannya selepas menghafal. Saya tidak tahu jika ini hanya berkesan untuk saya, tetapi saya sentiasa mendapati ia lebih efiksyen selepas itu. Tidak membuat mereka panjang. 10 minit adalah ulang kaji yang baik. Lebih daripada itu dan anda akan kehilangan “hafalan-mode”.

18. Dapatkan Pasangan

Dapatkan pasangan atau kumpulan! Ini dapat dijadikan satu cabaran. Walaupun jauh dari jemaah, ianya mampu membuat saya kekal bermotivasi kerana terfikirkan jemaah yang mempunyai matlamat yang sama dengan saya.

19. Kekal Fokus

Cuba untuk kekal fokus. Apabila anda mengambil masa yang lama pada satu halaman kerana gangguan atau berkhayal ianya akan memberi kesan kepada masa tambahan yang lebih panjang. Kekal fokus menyelesaikan halaman itu dan kemudian berehat.

20. Tiada Ayat Yang Sama

Tidak semua ayat yang sama. Terdapatnya beberapa ayat adalah lebih sukar dan memerlukan anda mencari cara baru untuk menghafal mereka atau mengulangi mereka lagi.

21. Tetapkan Matlamat

Tetapkan matlamat masa. Untuk saya, saya sentiasa mempunyai matlamat hanya memperuntukkan maksimum setengah jam untuk setiap halaman. Jika lebih daripada itu ianya memberi petanda bahawa saya tengah melakukan sesuatu yang ‘salah’ atau hilang  tumpuan. Kadang-kadang ia mengambil masa kurang – ini membantu! Cuma jangan hilang kawalan masa.

22. Bina ‘Connection’

Membuat sambungan antara perkataan. Kadang-kadang saya akan mengait satu perkataan dengan perkataan lain dalam ayat yang seterusnya. Ia benar-benar membantu. Sebagai contoh, sepotong ayat yang mempunyai nama kawan saya, dan ayat seterusnya akan mengingatkan saya kepada rakan yang lain. Kemudiannya, saya akan mengaitkan kedua-dua perkataan untuk mengikat kedua-dua ayat bersama-sama .

23. Cari Perkataan Yang Sukar

Cari perkataan yang sukar. Kadang-kadang memahami SATU perkataan yang sukar dalam ayat membuat anda memahami ayat KESELURUHAN dan seterusnya membantu memahami halaman tersebut. Perkara ini benar-benar membantu anda menghafal.Terlalu banyak tafsir akan membuat anda lebih sukar menghafal-ianya membantu anda memahami tetapi lupa pada  perkataan yang sebenar.

24.Tarteel Kemudian

Lakukan Tarteel kemudian nanti. (Tarteel: perlahan, memperindahkan pengucapan) saya mencadangkan agar anda tidak terus mengulangi setiap ayat dengan bacaan ‘tarteel’ penuh apabila menghafal, ianya akan mengambil masa terlalu lama lebih-lebih lagi jika anda mensasarkan untuk jangka masa yang singkat dan kadang-kadang anda hanya menghafal “bunyi “dan bukannya kata-kata sebenar.
Apabila saya menghafal saya akan mengulangi mereka dengan agak cepat untuk tidak kehilangan tenaga atau fokus. (Apabila anda telah selesai menghafal-nikmati tarteel anda.)

25. Rancang Strategi Semakan

Sebaik sahaja anda selesai, mula merancang strategi semakan anda. Ia bukan hanya sekali dan mengulang kaji semula adalah penting! Terutamanya jika anda selesai dalam tempoh masa yang pendek.

26. Ayat Berkaitan Cerita

Ayat yang mengenai cerita adalah yang paling mudah! Hayati ketika menghafalnya!
Semoga tips ini membantu kita dalam menghafal Al-Quran.


TIPS HAFAZAN ADVANCE 2 : KAEDAH JIBRIL






Itu antara soalan paling popular ditanya dalam setiap seminar Kaedah Jibril. Saya sengaja mengkhususkan bab ini untuk menjelaskannya.Memang bagi kebanyakan peserta, secara idealnya 10 surah yang dicadangkan dalam Kaedah Jibril memang agak mudah dihafaz.


Paling tidak pun, setelah dicampur dengan ‘cuti motivasi menurun’, cuti m.c sakit, waktu holiday dan bermacam-macam jenis ‘cuti kecemasan’ lain, dalam masa setahun dua selesailah kesemuanya.Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang menanam impian menggunung ingin ‘menakluki’ keseluruhan 30 Juz Al-Quran?Dari sinilah cerita kita bermula.









Saya akan kongsikan dahulu pengalaman salah seorang pengguna terawal Kaedah Jibril – makcik berusia 68 tahun yang diceritakan kehebatannya dalam bab ‘Semuanya indah jika..’. Sebenarnya, perbualan saya dengan beliau masih ada sambungannya yang lebih menarik…

‘Ustaz, sekarang, hari-hari saya terasa amat bermakna. Best-lah menghafaz Al-Quran rupanya. 10 Surah tu dah habis saya hafaz ustaz…. La ni saya cadang nak upgrade surah lain pula lah…. Apa yang perlu saya hafaz sekarang?’

‘Mudah sahaja makcik…. Cuba hafaz Juz 30 dan juz 29 dahulu…..’ saya mencadangkan, dan selepas beberapa soal-jawab lain, kami menghabiskan perbualan telefon.

Selang beberapa bulan, makcik tersebut menelefon kembali…

‘Ustaz, Alhamdulillah, makcik baru je habis hafaz juz 30 dan 29. Baru pagi tadi selesai khatamkan Surah Mursalaat (Surah terakhir dalam Juz 29)… Susah juga nak habiskan surah tu…berbelit-belit ayatnya….’ Makcik tersebut menerangkan dengan suara yang penuh bersemangat, terasa kegembiraannya terpancar melalui suaranya itu….

‘Wah, hebat betul makcik ye! Laju betul habiskan silibus hafazan….Jadi sekarang, o.k tak kalau saya minta makcik menghafaz keseluruhan Al-Quran pula? Kali ini, cuba start dari Juz 1, Boleh kan?

‘Beres ustaz… Insyaallah saya akan cuba. Ustaz jangan lupa doakan saya ye…’ Makcik tersebut memberi jaminan.

‘Doa kejayaan saya akan sentiasa bersama makcik….’ Saya menghabiskan perbualan.

Sampai sekarang, makcik tersebut masih belum menelefon saya.

Saya tidak tahu adakah umur makcik tersebut masih dipanjangkan Tuhan.  Semoga Allah mengurniakan keberkatan & keampunan kepada insan secekal beliau. Tetapi saya yakin jika beliau masih hidup, sudah tentu beliau kekal bersemangat meneruskan rentak kesungguhan yang sama : menghafaz Al-Quran setiap hari tanpa mempedulikan usianya yang berumur, atau kemampuan ingatannya yang mungkin berkurangan pada pandangan orang lain.

Contoh kegigihan ‘luarbiasa’ bagi ‘orang biasa’ seperti beliau.

Mengambil inspirasi makcik itulah, saya cuba menyusun jadual hafazan 30 juz berdasarkan teknik hafazan Kaedah Jibril yang digelar sebagai ‘Marathon 30’.




SEBELUM TERJUN KE PERLUMBAAN ‘MARATHON 30’ JUZ, ANDA PERLU….



Untuk mencapai kejayaan, saya amat percaya kepada 3 faktor berikut :



1.                Niat & doa penuh ikhlas

2.                Usaha & disiplin

3.                Teknik & strategi yang berkesan.



Dalam Marathon 30, anda perlukan ketiga-tiganya.



Disebabkan peranan nombor 1 dan 2 bergantung sepenuhnya pada anda, maka saya cuba berkongsi pengalaman melalui peranan ketiga, iaitu tips dan teknik berkesan untuk menjayakannya. Dalam ‘Marathon 30’, kita tetap jadikan Kaedah Jibril sebagai panduan asas. Cuma kali ini, sedikit pengubahsuaian akan dilakukan untuk mencapai target yang lebih baik.

Pertama :

Dengan mengambilkira anda berjaya menghabiskan 10 surah popular, sebelum terus ‘terjun’ menghafaz keseluruhan Al-Quran, saya cadangkan anda menghafaz Juz 29 dan 30 dahulu.

Mungkin ada yang bercadang : ‘Tapi ustaz, saya bukannya macam makcik berusia 68 tahun itu….rasanya kemampuan saya lebih baik agaknya… bolehkah jika saya terus mula menghafaz dari juz satu?

Mohon maaf, kali ini saya tidak dapat membenarkannya. Bukannya tidak mempercayai kemampuan anda, jauh sekali berniat menyamakan anda dengan makcik itu. Tetapi, ada beberapa sebab rasional mengapa saya cadangkan hafazan Juz 29 & 30 sebagai ‘langkah kedua’ dahulu.

Alasan paling utama ialah, jarak yang dilalui dalam ‘Marathon 30’ berbeza dengan kadar 10 surah sebelum ini. Dalam ertikata lain, ia adalah sebuah perjalanan yang panjang. Satu usaha menghafaz yang lama & berterusan. Jika menghafaz 10 surah umpama perlumbaan lari 100 meter, hafaz juz 29 & 30 seperti larian 400 meter, menghafaz keseluruhan Al-Quran pula diibaratkan laksana marathon sejauh 30 kilometer!

Maka tidak boleh tidak, anda perlu benar-benar ‘fit’ untuk itu.

Oleh itu, menghafaz juz 29 & 30 menyediakan platform ‘pemanas badan’ terbaik untuk anda lebih cergas menghadapi ‘marathon 30’. Lagipun, surah-surah pendek tetapi agak berliku seperti Surah Mutoffifin, Haqqoh, Infitoor,Takwir dan seumpama dengannya menyediakan peluang terbaik untuk anda ‘berlatih’. Melaluinya, anda akan belajar mengecam ayat mutasyabihat, ayat berirama sama serta mengenali perkataan yang bukan setakat sukar disebut, malahan lebih sukar diingati.


Tambahan pula, bak gurauan ustaz saya, menghafaz surah pendek laksana ‘enjin turbo’ yang memberikan anda keyakinan untuk pergi lebih jauh. Ia bakal menyediakan ketenangan psikologi dalam fikiran dengan menjelmakan pemikiran positif ‘Wah, pendek sahaja surah ini… tentu ia agak mudah dihafaz…’.

Lagipun, jika kita terus mula menghafaz dari awal Al-Quran, saya khuatir, akan terjadi ‘pertembungan besar’ antara semangat berkobar-kobar dengan kemampuan otak. Semangat mewakili dunia ideal, sementara kemampuan otak pula mewakili realiti.  Perkara malangnya ialah, kita selalu menuruti ‘bisikan palsu’ semangat berkobar yang tidak berpijak pada bumi nyata dengan janji manisnya – saya yakin boleh hafaz 1 muka sehari secara berterusan!.  Sedangkan, kemampuan otak yang lebih praktikal pula berkata sebaliknya – Janganlah buat perkara terlalu ‘impossible’…. Saya masih tak mampu, lagipun waktu awak bukannya ada!

Cadangan saya, ikutilah saranan otak yang lebih realistik untuk mengelakkan malang bertimpa-timpa. Jika kita terus berkeras menuruti  cadangan ‘semangat berkobar’, yakinlah pada penghujungnya, akan terjadilah masalah motivasi menurun, kata orang awam, atau ‘burnout’ kata pakar psikologi. Sama seperti perlumbaan marathon yang disertai tanpa memanaskan badan, anda tentu tahu apa pengakhirannya : larian terpaksa dihentikan separuh jalan kerana sengal badan di sana-sini.

Oleh itu, kita tidak perlu terlalu tergesa-gesa. Tidak ada apa yang perlu dikejarkan. Lagipun, anda adalah ‘pelajar tahfiz’ secara ‘part-time’ yang menggunakan teknik D.I.Y (do-it-yourself), bukannya pelajar maahad tahfiz yang menghafaz secara ‘full time’, siap dengan pasukan pemantau berdedikasi – para ustaz, kelas tasmi’ sistematik, peperiksaan bulanan dan kadangkala – hukuman rotan!




AGAR HAFAZAN JUZ 29 & 30 BENAR-BENAR BERFUNGSI SEBAGAI ‘PEMANAS BADAN’.



Agar sesi ‘memanas badan’ berfungsi sepenuhnya , saya mencadangkan beberapa ‘teknik tambahan’ dalam ‘perlumbaan 400 meter’ hafazan juz 29 & 30 iaitu :

1 – Jika 10 surah popular dihafaz secara 3 baris sehari, kali ini juz 29 & 30 dihafaz secara 5 baris sehari.
2 – Jika anda merasa ‘badan sudah cukup panas’, anda boleh sahaja mempertingkatkan jumlah hafazan harian dari 5 baris kepada setengah muka sehari.

Cuma saya sarankan, sentiasa bersikap fleksibel dalam perkara ini. Jika anda merasa ‘mencungap’ menghafaz setengah muka pada surah sukar seperti Surah Takwir, kembali kepada rutin asal iaitu 5 baris sehari.

Pokok-pangkalnya, tanyalah ‘kemampuan sebenar’ di fikiran. Renung dan tanya. Bagi saya, jangan sampai tersilap langkah menurut saranan ‘semangat berkobar’ kerana jika itu berlaku, anda mungkin perlukan seribu ‘seminar motivasi’ sebagai doktor pakar untuk memulihkan keyakinan menghafaz yang ‘patah hati’ akibat tersalah ambil pil nasihat! 



BAIKLAH, INI JADUAL ‘MARATHON 30’ ANDA :



Sebagai panduan asas, jadual hafazan 30 juz ‘Marathon 30’ memiliki ciri-ciri khusus iaitu :  

- Ia disusun berdasarkan mukasurat.
- ia disusun berdasarkan juzuk, bukannya surah.
- ia disusun berdasarkan kiraan 7 hari seminggu dan 48 minggu setahun.

Kedua, sesuai dengan gelarannya iaitu ‘marathon’, anda tidak perlu ‘berlari’ setiap masa.  Jadual ini disusun dengan menekankan elemen ‘hafaz tapi rileks’. Rutinnya dilonggarkan semaksimum mungkin agar anda memiliki ruang yang cukup untuk bernafas lebih tenang dan merasa lebih fleksibel. Sama seperti marathon, anda boleh berlari, berjalan, minum air bahkan berhenti sebentar melepaskan penat pun tiada masalah.




1 – PENCAPAIAN HARIAN DAN MINGGUAN



Jumlah hafazan  : sehari setengah mukasurat
Tempoh : Seminggu
Pencapaian : 2 mukasurat setengah dalam 5 hari

PENERANGAN

1.         Marathon 30 adalah ‘larian menghafaz’ tahap ‘pro’, bukannya amatur seperti dahulu. Oleh itu, jumlah 3 baris tidak sesuai untuk anda kekalkan di sini. Walau bagaimanapun, ‘roh’ kaedahjibril iaitu ‘menghafaz secara santai’ tetap dikekalkan. Mengambilkira semuka Al-Quran terdiri dari 15 baris, anda hanya dikehendaki menghafaz setengah muka iaitu 7 atau 8 baris sahaja sehari.

2.         Setengah mukasurat sehari akan kekal sebagai kadar hafazan harian hingga seluruh 30 juzu’ habis dihafaz. Cuma, terpulang kepada anda untuk menentukan harinya. Jika hari isnin dimulakan dengan 7 baris hafazan, maka anda perlu habiskan baki 8 baris pada hari selasa. Begitulah seterusnya. Yang penting, setiap 2 hari, 1 mukasurat akan dihafaz.

3.         Disebabkan jadual ini disusun berlandaskan prinsip asas Kaedah Jibril, maka kita tetap berpandukan kepadanya dalam teknik lain. Contohnya, dalam seminggu anda hanya menggunakan 5 hari bekerja untuk menghafaz. Baki 2 hari hujung minggu diperuntukkan untuk mengulang semula hafazan sepanjang 5 hari sebelumnya agar ia lebih kuat ‘melekat’ dalam ingatan.

4.         Begitu juga, cara mengingati setengah muka tersebut masih sama iaitu 30 minit sehari dan 3 kali ulangan setiap waktu solat.




2 – PENCAPAIAN ANDA DALAM TEMPOH 2  MINGGU



Tempoh : 2 minggu
Pencapaian : 5 mukasurat hafazan dalam 10 hari

PENERANGAN

1.         Berdasarkan kiraan 1 Juzuk mengandungi 20 mukasurat, maka pada tahap ini, pencapaian anda menyamai suku juzu’ (5 muka). 

2.         Walaupun jumlah hafazan agak sedikit, tetapi anda memiliki waktu yang mencukupi untuk ‘mematrikan’nya dalam ingatan jangka panjang. Ingat, hafazan tidak bermanfaat jika ia sekadar berkumpul di ingatan jangka pendek sahaja. Oleh itu, kita tidak boleh berpegang pada teknik yang InsyaAllah gagal iaitu ‘hafaz banyak tapi cepat lupa’ seperti dahulu. Kali ini, walaupun jumlahnya hafazannya agak sedikit jika hendak dibandingkan dengan masa yang diambil, tetapi kualitinya berbeza : ia benar-benar terpahat kukuh dalam ingatan.





3 – PENCAPAIAN ANDA DALAM TEMPOH 2  BULAN



Tempoh :  8 minggu (2 bulan).
Pencapaian : 20 mukasurat hafazan (bersamaan 1 juz)


PENERANGAN

1.         Seminggu ada 7 hari. Dengan menganggap 5 hari hafazan dan 2 hari ulangan (serta rehat), maka anda telah menghafaz 20 mukasurat dalam masa 56 hari.  Ia juga bermakna anda mengambil masa 8 minggu (sama dengan 2 bulan) untuk berjaya menghafaz 1 juz.

2.         1 juz dalam tempoh 2 bulan adalah satu pencapaian sangat besar buat pelajar ‘half-time’ seperti anda. Nasihat saya, jangan terus menghafaz ke juzuk seterusnya. Rehat sebentar. Hargai segala penat-lelah menghafaz 1 juz ini dengan menambah 2 minggu berikutnya sebagai waktu tambahan untuk benar-benar hadamkan juz yang baru dihafaz ke dalam ingatan jangka panjang.

3.         Tempoh 2 minggu ini juga boleh digunakan sebagai ‘masa tambahan’ untuk memperbaiki hafazan bagi hari yang kurang menjadi. Ini kerana menurut pengalaman, memang akan terjadi saat di mana perjalanan hafazan kita tidaklah selancar seperti diharapkan sepanjang 8 minggu tersebut. Akan ada waktunya kita berhadapan ayat terlalu sukar dihafaz, detik ‘patah semangat’, hari ‘demam mengejut’ serta hari ‘motivasi menurun’.

4.         Kesimpulannya, masa yang diambil untuk menghafaz 1 juz termasuk tempoh mengulang ialah 10 minggu (8 minggu hafazan + 2 minggu ulangan).





4 – PENCAPAIAN ANDA DALAM TEMPOH SETAHUN



Tempoh : 48 minggu (bersamaan dengan setahun)
Pencapaian : 4 juz hafazan

PENERANGAN

1.         Jika semuanya berjalan lancar, InsyaAllah, dalam setahun, anda bakal menghafaz 4 juz.

2.         Tetapi jika diperhatikan betul-betul, setahun ada 48 minggu, sedangkan anda hanya mengambil masa 40 minggu untuk menghafaz 4 juz  (10 minggu x 4 juz : 40 minggu). Timbul persoalan, ke manakah menghilangnya baki lagi 8 minggu? Adakah ia dikira sebagai cuti tahunan?

3.         Jawapannya ialah : Ya, tepat sekali. Dalam jadual ‘Marathon 30’, anda diperuntukkan ‘cuti tahunan’ selama 8 minggu. Tetapi jangan cepat tersenyum dahulu. Ia tidak bermakna anda boleh bersantai tepi pantai tanpa langsung mengulang 4 juz tersebut. Sekali lagi, 8 minggu ini berperanan sebagai ‘waktu tambahan tahunan’ untuk menggantikan hari-hari malas, minggu jemputan kenduri kahwin, demam, ayat sukar, pening kepala dan lain-lain.

4.         Jika kesemua 40 minggu hafazan anda bejalan lancar, maka 8 minggu ini bolehlah dijadikan sebagai ‘Minggu mengulang Mega!’ – waktu terbaik untuk anda lakukan satu perkara sahaja terhadap hafazan 4 juz tersebut iaitu : mengulang, mengulang, mengulang & mengulang!





5 – PENCAPAIAN ANDA DALAM TEMPOH 7 TAHUN



Tempoh :  7 tahun
Pencapaian : 30 juz

PENERANGAN

1.         Mengambil kira 2 perkara iaitu :

1) anda tidak menghadapi masalah habiskan silibus 4 juz setahun, dan
2) anda telah pun menghafaz juz 29 & 30 seperti yang dicadangkan sebelum ini,

InsyaAllah, anda bakal bergelar ‘Al-hafiz’ dalam tempoh 7 TAHUN.

2.         ‘7 tahun…agak lama juga waktu diperlukan untuk bergelar Al-hafiz….’.  Mungkin ada yang terfikir sebegitu. Memang kalau hendak diikutkan, tempoh 7 tahun boleh dikatakan agak panjang. Sama tempohnya jika anda kembali belajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas. Tetapi, janganlah cepat ‘lemah semangat’ dengan angka 7 itu. Cuba lihat dari sudut berikut :

- tempoh itu sama panjangnya dengan waktu saya belajar menjadi Al-Hafiz secara ‘Full-Time’ di Maahad Ahmadi suatu ketika dahulu.
- ia juga lebih kurang sama tempohnya dengan waktu yang diambil untuk anda habiskan Masters dan Ph.D.
- ia tidaklah terlalu panjang, kerana jika hafazan dimulakan ketika anak anda baru lahir, anda bakal bergelar Al-Hafiz ketika si comel itu baru habis darjah satu!
- Jika cucu anda baru mendaftar di tadika pula, datuk/neneknya akan bergelar ‘Al-hafiz’ ketika cucu kesayangan sedang menanti keputusan UPSR darjah 6.
- Ini yang paling utama : kalaulah umur kita sama panjangnya dengan umur Rasulullah S.A.W iaitu 63 tahun, kita hanya mengambil 11.1% sahaja dari jumlah umur untuk menghafaz Al-Quran.

3.         Hmmm…. sekali imbas, tak terjejas pun baki umur kita untuk perkara lain. Lagipun, silap haribulan, tempoh 11.1% inilah yang bakal menjadi penentu untuk kita mendapat ‘Tiket first-class syurga’ atau tidak.  Berbaloi juga segala penat-lelah itu jika ia berjaya menjamin tempat kita di syurga yang ‘sama level’ dengan para Anbiya, Auliya dan para solihin suatu hari nanti! ……fikir-fikirkan…..



6 – JADUAL MENGULANG SETELAH BERGELAR AL-HAFIZ. : TAHAP 1



Jumlah ulangan  : 5 juz
Tempoh : 4 minggu (2 minggu ulangan 5 juz, 2 minggu lagi ulangan spesifik)
Objektif : memperkuatkan ingatan disamping mengenalpasti titik hafazan terlemah.

PENERANGAN

1.         Alhamdulillah dan sekalung tahniah!. Akhirnya anda berjaya menamatkan ‘marathon 30’ dengan jayanya. Tetapi, jangan cepat meraikannya dahulu dengan bersenang-lenang kerana masih ada ‘marathon’ lain yang lebih panjang. Kali ini, anda sampai ke ‘next stage’ : tahap yang dikenali sebagai ‘sambutan mengekalkan kejayaan’.

2.         Jika direnungkan, ada benarnya kata cerdik pandai :  menguruskan kejayaan jauh lebih sukar daripada mendapatkannya. Itulah tahap yang sedang kita lalui sekarang iaitu bagaimanakah cara mengekalkan kejayaan menghafaz 30 juz supaya ia tetap diingati hingga akhir hayat. Disebabkan teknik menghafaz D.I.Y ini tiada pantauan dan perlukan disiplin diri yang tinggi, maka saya akan cuba sediakan 1 jadual ulangan yang lebih santai dan ya, amat fleksibel.

3.         Pertamanya kita akan membahagikan hafazan 30 juz itu kepada 6 bahagian, iaitu 5 juz setiap bahagian. Ulangi 5 juz pertama (contohnya juz 1 -5 ) setiap hari selama 2 minggu. Pastikan dalam tempoh ini, ia benar-benar melekat di ingatan. Tetapi menurut pengalaman saya, realitinya tidak semudah itu. Sudah pasti, ada hari di mana anda akan sedikit mengeluh ‘Huh… susah betul nak ‘cair’kan juz 4 ni…banyak sangat ayat yang lebih kurang sama!’

4.         Ahaaa….. sebenarnya itulah tujuan utama ulangan 2 minggu ini. Ia bukannya waktu untuk hafazan 5 juz anda ‘benar-benar cair’, tetapi lebih kepada waktu untuk mengenalpasti ‘titik kelemahan utama’. Ketika inilah anda baru tersedar ‘Oh, hafazan saya agak goyah pada mukasurat sekian…..’ atau  ‘MasyaAllah! nampak saja maqra’  6  juz 3 ini pendek, tetapi berpeluh juga nak ingatkan!’

5.         Maka cadangan saya, kenalpasti mukasurat/maqra/juz terlemah tersebut, dan ambil masa 2 minggu lagi untuk anda ‘asah’ betul-betul kelemahan tersebut agar ia terakam dalam fikiran dengan sempurna. Kalau boleh setiap hari, ulangi juz terlemah itu sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Walaupun tampak agak ekstrem tetapi tujuannya jelas : biarlah selepas ini, ia menjadi ‘juz yang paling saya ingati dalam Al-Quran’.

6.         Mungkin ada yang agak risau ‘ustaz, kalau begini berterusan, apa yang bakal terjadi kepada baki 25 juz yg baru saya hafaz dengan penuh susah payah itu? takut-takut hilang bak debu berterbangan nanti kalau dibiar tak diulang!

7.         Jangan cepat berkeluh-kesah. Saya sudah fikirkan strategi terbaik untuk anda. Teruskan sahaja strategi sama pada baki 25 juz. Dengan mengambil masa 4 minggu untuk ulangan 5 juz, anda hanya mengambil masa 6 bulan untuk mengulang 30 juz menurut teknik di atas. Selepas itu, bolehlah anda bergerak ke tahap kedua di bawah.




7 – JADUAL MENGULANG SETELAH BERGELAR AL-HAFIZ. : TAHAP 2



Jumlah ulangan  : 3 juz
Tempoh : setiap hari
Pencapaian : 3 kali khatam Al-Quran dalam masa sebulan.
Pencapaian bonus : 36 kali khatam Al-Quran dalam setahun.

PENERANGAN

1.         Mengambil kira tahap ingatan 30 juz anda sudah agak stabil, kini tibalah masanya untuk kita masuk ke tahap yang digelar ‘jogging 3 kilometer setiap hari’.

2.         Apa maknanya gelaran itu kepada hafazan anda? Begini. Sama fungsinya seperti jogging, ia berperanan mengekalkan ‘tahap kesihatan hafazan’ supaya kekal dan konsisten dalam ingatan. Oleh itu, usaha mengulang perlu dilakukan berterusan supaya gelaran ‘Al-Hafiz’ benar-benar bermakna : Seorang yang ingat 100 peratus 30 juz Al-Quran seumur hidup.

3.         Teknik santainya begini : anda perlu konsistenkan ulangan 3 juz sehari secara berterusan setiap hari. Bila ia berkekalan begitu, anda akan mendapati, setiap 10 hari, anda akan mengkhatamkan 1 pusingan 30 juz Al-Quran. Agak menarik bukan?

4.         Itu baru mukaddimah berita gembiranya. Cuba lihat perkara yang lebih istimewa : Jika semuanya berjalan lancar, anda bakal khatam 3 kali Al-Quran dalam masa sebulan, atau 36 kali khatam Al-Quran dalam masa setahun! – perkara yang tidak mungkin anda fikirkan berlaku dalam hidup sebelum membaca bab ini!.



SEBELUM BERMULA, 1 LAGI PETUA : JIKA NAFAS TERASA SESAK, LONGGARKAN IKATAN TALI PINGGANG…….





‘Baguslah jadual yang ustaz susun ni….cocok betul dengan waktu kerja pejabat saya…bolehlah slow-slow jadi Al-hafiz lepas ni..’.

Hmm.. nanti dulu, jangan cepat terlalu ceria. Mungkin benar telahan itu, tetapi tidak semestinya tepat. Sebabnya, sudah menjadi sifat ‘jadual’, ia sempurna ketika disusun, tetapi berubah-ubah bila tiba waktu perlaksanaannya . Begitulah juga dengan cadangan di atas. Walaupun ia kelihatan ‘amat santai’ dan ‘selari dengan waktu harian’, ia tetap terbuka untuk disesuaikan dengan keperluan anda.

Alasannya ialah, jadual disusun berdasarkan dunia ideal, sementara kita, ‘sang penyusun sekaligus pelaksana jadual’ pula hidup dalam dunia sebenar. Oleh itu, kita perlu sentiasa bersikap pragmatik dan praktikal dalam hal ini. Jadual yang saya kemukakan masih terbuka untuk diubah serta ditokok-tambah, samada diketatkan sedikit masa serta jumlah hafazannya, ataupun menambah pilihan yang lebih disukai seperti dilonggarkan sedikit waktunya. Andai ia tidak mencukupi, anda bebas sahaja untuk menekan butang ‘delete’, ‘pause’ malah hingga ke ‘shut down’ sekalipun.

Pokok-pangkalnya, terpulang kepada anda untuk menyesuaikannya dengan situasi harian.

Saya menyarankan demikian kerana tidak mahu anda terlalu terikat dengannya. Lagipun, dengan menganggap ‘jadual di atas sangat sempurna dan tidak perlu tokok-tambah lagi’, ia secara tidak langsung menjadikan waktu anda seolah dipakejkan, agak robotik & terasa diprogramkan. Disebabkan itulah, disamping susunan jadual terbaik, kita perlu bersedia untuk mengambil kira unsur manusiawi yang wujud seperti suasana ‘tidak dijangka’, ‘waktu kecemasan’ dan tidak lupa, kemampuan istimewa anda :

‘..rasanya saya boleh menghafaz lebih dari setengah muka sehari…’.

Jadi, bersedialah untuk ‘melonggar atau mengetatkan tali pinggang’ jadual marathon 30.  Cuma, sebelum anda mulakan proses ‘menokok-tambah’, pertimbangkan satu saranan terakhir saya : pastikan anda setkan ‘tanda aras kecemasan’ yang langsung tidak boleh dikompromi dalam proses pengubahsuaian jadual.

‘…Tanda aras kecemasan? macam lampu merah ke ustaz??..’

Ya. Lebih kurang begitulah. Fungsinya begini : jika anda bercadang untuk melonggarkan jadual, pastikan anda setkan tempoh akhir hafazan, misalnya : ‘tidak peduli bagaimana hebat pun ribut melanda, saya WAJIB habiskan hafazan 30 juz dalam tempoh 10 tahun’.

10 tahun. Itulah tanda aras kecemasan terakhir. Ia tidak boleh dilanggar, tidak boleh dianjakkan atau dialihkan ke hadapan. Jika tidak, cita-cita anda akan kembali kepada asal : angan-angan menghafaz Al-Quran yang sekadar tergantung di awangan.





YANG PALING PENTING…..



Jika jadual berstrategi diumpamakan sebagai ‘spark plug’ kereta, dua faktor ini pula lebih besar peranannya untuk melancarkan ‘enjin’ hafazan anda.

1.         Niat & doa penuh ikhlas
2.         Usaha & disiplin

Niat penuh keikhlasan serta doa yang luhur. Dua perkara ini benar-benar perlu diluruskan orbitnya dahulu. Niat menghafaz biarlah kerana mencari redha Allah, bukannya kerana ‘ingin menambah gelaran Al-Hafiz di hujung nama’,  tidak juga ‘bolehlah jadi imam tarawikh 30 juz nanti..’.

Persoalan niat bukannya kecil kerana melaluinya sahaja, Allah akan menilai jerih-payah dan kerja keras menghafaz anda, samada dikira sebagai ‘keringat pahala’ atau ‘keringat sia-sia’. Bagi saya, biarlah kita duduk bertafakkur seminggu-dua merenung betul-betul soal ini dari terus bersemangat menghafaz esok, tetapi usaha itu tidak ‘dipandang langsung’ oleh malaikat pencatat kebaikan kerana tiada nilainya disisi Allah.

Andai niat sudah betul pada ‘sirotol mustaqim’nya, jangan lupa untuk ‘membungkusnya’ dengan doa-doa luhur sebagai ‘stering’ penggerak momentumnya. Mungkin ada yang bilang ‘ustaz, dah panjang doa yang saya baca, tapi surah Sajadah tetap juga lupa…. di mana silapnya ya?…’

Silapnya bukan pada doa ‘panjang’ atau ‘pendek’, tetapi persepsi kita terhadap doa, samada menjadikannya sebagai ‘doa rasmi’ atau ‘doa kekuatan diri’. Beza antara 2 persepsi ini amat jauh, sama jauhnya antara langit dengan bumi. ‘Doa rasmi’ dibaca  ‘sebab ustaz saya suruh baca doa sebelum menghafaz’, sementara ‘doa kekuatan diri’ dibaca dengan kefahaman ‘Ya Allah, doa ini dipanjatkan kerana hambaMu ini sedar, terasa sangat diri ini lemah, daif dan tidak bermaya tanpa bantuan kekuatanMu’.

Itu 2 faktor utama yang perlu digenggam erat-erat sebagai azimat. Faktor seterusnya yang tidak kurang penting pula ialah – usaha & disiplin berterusan.

‘Haa… faktor inilah yang paling susah saya nak penuhi ustaz’. Teringat saya kepada alasan seorang anak murid saya dahulu bila ditanyakan masalah ketidak-konsistenan hafazannya.

Benar, perkataan ‘disiplin’ memang sangat tidak popular di kalangan kita. Silap-silap, mendengarnya sahaja boleh menyebabkan kita sakit perut sehari suntuk. Tetapi, andai benar anda memasang cita-cita menggapai langit, tidak boleh tidak, disiplin memang diperlukan untuk hafazan yang lebih stabil.

Jangan terlalu risau, kerana semua ‘tools’ berguna sudah dalam genggaman untuk anda mulakan hafazan dengan ‘langkah kanan’. Cuma uruskan disiplin diri dengan betul dan saya yakin, ungkapan ‘setengah jalan’, ‘separuh hati’ atau ‘semangat separuh masak’ dalam marathon 30 tidak akan anda temukan sepanjang jalan. Jika ada pun, hapuskannya dengan kata-kata penuh inspirasi ini :

‘tidak kisahlah bagaimana pun hari-hari mendatang, saya wajib teruskan hafazan dengan semangat membara!!’

Saya mengucapkan selamat menghafaz kepada anda. Dan jika ada rakan-rakan yang cuba memesongkan impian menggunung anda dengan kata-kata sinisnya,

‘Alahai, bila dah sibuk bekerja ni susahlah nak menghafaz’…

tinggalkan sahaja ungkapan berikut kepada mereka :

‘Kecantikan kehidupan ialah apabila kita mengambil haluan yang kadang-kala lebih besar daripada apa yang orang lain impikan…’



Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa