Khamis, 29 Oktober 2015

Tip Simpanan Tabungan Melancong Or Apa Saja Boleh Guna



Bagi sesiapa yang minat berjalan atau bersiar2 atau dalam erti kata sebenar melancong memang akan menjadi suatu kepuasan bila dapat lawat suatu tempat yang kita idamkan tak kira sama ada dalam dan luar negara. Setiap orang pasti ada target contoh for this year kita target nak around Europe and then next year nak pergi Tanah Suci Mekah insyaAllah. Jadi tentu sekali menuntut pengorbanan dan kesungguhan demi merealisasikannya

Melancong adalah impian hampir setiap orang dan ia sesuatu yang indah Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (surah Al ‘Ankabut, ayat 20). 








Bagi mereka yang TIDAK berstatus kurang kaya, boleh try tip2 daripada kisah2 di bawah ini.  

1.      Kisah Peribadi – Menabung 50 sen

Saya mendapat tabiat ini daripada suami. Setiap kali wang syiling 50 sen diperolehi, kami akan menabung ke dalam tabung anak-anak. Biasanya dalam satu tabung penuh, kami memperolehi  jumlah tabungan antara RM70 ke RM80. Selepas itu, barulah saya akan menyimpan wang tabungan ke akaun bank anak-anak di Bank Rakyat. Tabungan ini mengambil masa antara 6 hingga ke 8 bulan untuk penuh. Ya memang lama, tapi sekurang-kurangnya kami dapat menyimpan sejumlah wang.


2.       Kisah Emak – Tabung Peti Sejuk

Masa zaman saya kecik-kecik dulu, hidup kami tidaklah sesenang mana. Mak dan ayah banyak berjimat untuk mencukupkan apa yang patut. Walau bagaimanapun, emak saya masih sempat menyimpan wang syiling dan menyimpannya di dalam tabung di atas peti sejuk. Suatu hari, adik mak dari jauh ingin bertandang ke rumah. Mak agak panik juga sebab bila tetamu datang mestilah kena masak istimewa sikit. Mujurlah ada tabungan peti sejuk tu, bolehlah mencukupkan belanja meraikan tetamu.


 3.       Kisah Filem Up – Tabung Balang Kaca

Pernah tengok filem Up? Kisah sepasang suami isteri yang memasang impian melancong ke Paradise Fall. Setiap kali mereka memperolehi baki wang syiling, mereka akan sentiasa menabung wang tersebut di dalam balang kaca yang diletakkan di ruang tamu. Tetapi selalu jugalah balang kaca terpaksa dipecahkan dek kerana perkara tak diduga berlaku – tayar pancitlah, pokok menghempap atap rumahlah dan masuk hospital. Bayangkan kalau tidak menabung langsung!


 4.       Tabung Bunian

Kisah ini saya dapat melalui pembacaan saya di internet. Sebuah keluarga yang tinggal di dalam rumah buluh. Salah satu tiang rumah dijadikan tabung. Jadi setiap kali dapat duit, ayahnya pasti akan memasukkan sebahagian wang ke dalam tabung bunian. Tabung ini  dinamakan tabung  bunian sebab tak siapa pun dapat tahu jumlahnya dan tak siapa pun dapat ambil duit tersebut.

Kalau ingatan saya tidak silap, suatu hari mereka sekeluarga pindah dan ayahnya merobohkan rumah buluh tersebut. Bayangkan daripada simpanan tabung bunian daripada tiang buluh tu mereka memperolehi jumlah tabungan sebanyak RM4000!


Kemudian, ada orang kaya ingin menjual tanahnya untuk mendapatkan tunai. Pada masa itu, RM4000 nilainya sangat besar. Ayahnya pun dapatlah membeli tanah orang kaya tu kerana gigih menabung.


 5.       Simpan Lima Ringgit!


Ada satu lagi kisah yang saya baca di facebook. Setiap kali dapat RM5, individu yang berkongsi kisah ini akan memasukkan wang ke dalam tabung. Kalau RM1 tu nilainya kecil sangat, kalau RM10 besar sangat! Beliau menyimpannya di dalam tabung yang lutsinar supaya sentiasa teruja dan seronok melihat duit hijau berkumpul begitu banyak.



Sebenarnya terpulang kepada kita apakah matlamat tabungan seperti ini, sama ada mahu menyimpan di dalam bank atau pun sebagai tabungan kecemasan atau pun tabungan melancong atau mendapatkan televisyen baru! Apakah gaya tabungan tuan/puan?


Disamping itu panduan tabungan di bawah juga boleh membantu insyaAllah


Menabung di Akaun Berasingan
 
Buka satu akaun selain daripada akaun yang sering digunakan untuk perbelanjaan harian. Khususkan akaun tersebut sebagai akaun pelancongan anda dan pastikan anda tidak berlembut hati mengeluarkan duit di dalamnya bagi tujuan lain.

Simpan sedikit duit gaji bulanan anda ke dalam akaun tersebut mengikut kemampuan. Sekiranya anda menyimpan RM100.00 sebulan, setahun anda dapat kumpul RM1,200.00. Cukup untuk menampung bayaran penginapan, makan dan duit minyak sepanjang percutian domestik anda. Namun, lebih banyak anda simpan, maka lebih banyak tabungan anda dan semakin cepatlah anda dapat bercuti dan melancong.

Main Kutu
Istilah main kutu telah wujud sejak sekian lama. Ada yang mengaitkannya dengan istilah hutang dan sebagainya. Namun, secara positif ianya satu sistem penyimpanan duit yang memerlukan komitmen yang tinggi semua ahli yang terlibat. Anda terikat dengan kepercayaan rakan-rakan ahli yang lain.

Sekiranya anda bermain RM50.00 sebulan dengan kiraan peserta 20 orang, maknanya anda terikat selama 20 bulan untuk mendapatkan RM 1,000.00. Namun begitu, anda boleh memohon kepada ahli yang lain untuk mengeluarkan habuan anda pada masa anda ingin memerlukannya.

Pelaburan ASB

 
Melabur dengan ASB adalah salah satu langkah bijak untuk menyimpan. Dividen dan bonus yang diberikan setiap awal tahun sudah tentu boleh digunapakai untuk keperluan perbelanjaan percutian anda. Semakin banyak anda melabur, semakin tinggi dividen yang anda akan dapat setiap tahun. Secara tidak langsung, anda boleh merancang percutian anda setiap tahun mengikut anggaran dapatan dividen dan bonus ASB tersebut.


Menabung tidak semestinya dalam bentuk wang. Tempahan tiket, penginapan dan lain-lain yang dibuat lebih awal juga boleh dikira sebagai menabung. Rancang percutian anda sebaik mungkin. Lebih awal tempahan dibuat lebih banyak anda dapat berjimat. Agihkan tabungan anda kepada bulan-bulan tertentu bagi melengkapkan perancangan anda. Sebagai contoh, mungkin anda boleh menggunakan sebahagian dividen dan bonus ASB yang diberikan setiap awal tahun untuk membeli tiket penerbangan atau sebagainya yang dijadualkan pada akhir tahun. Sudah tentu harga tiket tersebut jauh lebih murah berbanding anda membelinya di saat-saat akhir.

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa