Isnin, 21 September 2015

Panduan Urutan Mengurangkan Stress Pada Bayi













Alkisahnya ramai sebenarnya tak tahu or mungkin tak nak ambil tahu yang pentingnya urutan untuk bayi. Seawal usia sehari bayi/baby harus diurut. Bukan takat baby akan menjadi calm, tapi membesar dengan kasih sayang dan paling penting dapat elakkan masuk angin dan kembung.

Ini antara kebaikan apabila kita melakukan urutan kepada bayi kita :
  Menghasilkan ikatan antara ibu bapa dan bayi
  Tenang
  Bayi rasa disayangi
  Membantu bayi tidur dengan nyenyak
  Meningkatkan sistem imunisasi bayi
  Rangsangan sentuhan
  Menyihatkan kulit bayi
  Melancarkan sistem pengaliran darah
  Membantu sistem penghadaman
  Membantu dalam pernafasan
  Melegakan kesakitan pada gigi
  Membantu ibu bapa mengenal bayi (keperluan dan kehendak)
  Menenangkan ibu bapa
  Membina keyakinan ibu bapa dan bayi
  Pengalaman yang menyenangkan

 Merangsang penghasilan hormon oksitoksin (hormon yang dihasilkan ketika proses mengurut,membantu menenangkan seseorang)

Ikatan adalah cinta, sambungan, penerimaan, ketenangan, kasih sayang, kegembiraan, empati, kesatuan, kehangatan, keseronokan, komunikasi dan keakraban. Sentuhan adalah elemen yang sangat kuat dalam ikatan setiap insan, seperti komunikasi, verbal atau non-verbal dan bertentangan mata yang berpanjangan. Urutan pada bayi menyumbangkan segala aspek dalam elemen ikatan ini. 

Ikatan yang lemah mampu menjurus kepada situasi bayi pra matang, komplikasi, kurang sokongan fizikal atau emosi dan juga tekanan selepas bersalin. Dalam hal ini, urutan pada bayi mampu menghasilkan semula ikatan unik ini.

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa