Rabu, 16 September 2015

Kanak-Kanak Berimaginasi Adalah Bijak dan Kreatif

Aku rase semua parent akan rasa runsing bila anak disahkan dysleksia ataupun autisme. Namun mereka tidak tahu ada hikmah di sebalik kelainan itu. Hakikatnya kanak2 yang disahkan dysleksia adalah seorang yang sangat kreatif. Manakala kanak2 yang dikatakan autisme akan berkepakaran terhadap bidang yang mereka suka. Kita tentu tahu siapa Bill Gates die salah seorang yang disahkan autisme namun kepakaran dalam teknologi dan komputer menjadikan dia antara manusia yang terkaya dan mahsyur di dunia.

Dysleksia adalah masalah dalam sebutan (fonologi), lambat menyalin nota dan banyak melakukan kesilapan keliru dengan abjad menulis terbalik contohnya "b" dan "d", "a" dan "c", "m" dan "w", "p" dan "q" menulis nombor terbalik, contohnya "12" ditulis "21".

Namun pada pendapat aku semua kanak2 peringkat umur 3 hingga 6 tahun memang alami masalah ini kecelaruan dalam kemahiran dan pembelajaran. Kadang2 mereka menggunakan tangan kiri bila memulakan kerja seperti makan ini kerana mereka masih celaru dalam peringkat awal pembelajaran jika penggunaan tangan kiri berterusan mereka mungkin kidal. Harus diingat lefthanded person seorang yang creative. Kerana aku juga adalah kidal bukan nak cakap aku creative tapi boleh lah pakai idea aku namun somebody akan implementkan. Seorang kidal yang akan kelihatan agak terkial2 ketika menulis oleh itu sukan yang menggunakan tangan sangat sesuai untuk mereka bertangan kidal contoh badminton Datuk Chong Wei atlet badminton negara adalah seorang yang kidal kerana penggunaan tangan kiri mampu mengelirukan lawan.


Begitu juga anak aku Danish Haikal die bukan seorang yang kidal namun peringkat awal pembelajaran die kelihatan seperti dysleksia kerana banyak menulis perkataan dalan keadaan terbalik. Di dalam kelas die kurang fokus dan sering berkhayal namun tak lama kerana boleh kembali ke dunia nyata jika dipanggil. Ini kerana seorang kanak2 autisme dia sering berimaginasi dalam dunia khayalan dan berada di dunia tersebut untuk suatu tempoh yang lama.  Memang agak runsing melihat keadaan anak seperti itu namun Allah tidak menjadikan asbab sesuatu perkara jika memang ada tujuannya. Haikal ade sedikit dysleksia dan ade sedikit autisme dalam dirinya namun kriteria tersebut tidak merangkumi semua. Jika autisme mereka suka buat hal sendiri bermain dengan sesungguh hati mereka tidak berkawan tetapi Haikal seorang yang ekstrovert boleh lihat penerangannya di sini dia memang bersosial suka berada dalam kelompok kawan. Manakala anak autisme sangat tantrum atau hyper, no eye contact, sensitif dan obses pada suatu permainan sahaja.

 

Antara essay Haikal masa darjah 1. Tulisan kurang memuaskan. Ejaan nama ibu terbalik huruf "D" nya dan ejaan presint pun salah namun tak menjadi masalah tetapi cita2 Haikal yang tinggi itu yang ibu salute.


Mengenai masalah dysleksia lama kelamaan penulisan semakin baik apabila kemahiran menulis sering dipraktikkan. Dan pada pendapat aku Haikal seorang yang bijak dan creative kecenderungannya lebih kepada dunia rekacipta kerana setiap benda yang die buat walau nampak pelik dia akan explain fungsinya bila ditanya. So mungkin suatu hari aku akan suruh dia menulis dalam scrapbook dengan idea ciptaannya itu dan boleh dipatternkan..heheh kekonon...

So parent jangan runsing ..risau dan ragu2 jika anak ada masalah ini. Jumpa pakar kerana sesuatu perkara itu mesti ada sebab musabab dan hikmah di sebaliknya. Take it easy parent ...kelainan adalah suatu kelebihan bukan kekurangan....

 


 Aku rasa penerangan budak di bawah ini sangat creative walaupun salah dan rasa lawakk at least dia memberi jawapan mengikut apa yang difikirkan


Untuk explain di bawah ini tergamakkah cikgu mahu bagi mark "0"  sebab betul dari segi logik sebagai orang Islam walau dari segi sains salah..... 

Untuk jawapan ini aku rasa jawapan kanak2 ini sangat genius tak kira lah dia malas nak color ker or memang phm kena color ekor ikan jer tapi jawapannya tetap betullll.....

Oleh itu aku rasa semua kanak2 adalah bijak dan genius..bijak mengolah sesuatu perkara mengikut keadaan dan kefahaman mereka

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa