Selasa, 14 Julai 2015

Tips Melindungi Anak Dari Bahaya Di Luar Kawalan Kita

 

 
Tips yamg amat berguna dari Islamic Parenting Kalau bekerja, bekerjalah bersungguh-sungguh. Memang dalam kita sibuk bekerja, ada ketikanya, kita akan terfikir tentang anak bukan? Merekalah penghibur hati, pengarang jantung dan segala-galanya untuk kita. 
 
Kalau boleh kita mahu berada dekat dengan mereka. Sentiasa bersama mereka, melindungi mereka dan mengawasi mereka dari mara bahaya. Tapi mampukah kita? 
 
Mustahil sama sekali. Jika kita fikir bila mereka berada dalam pagar sekolah mereka akan selamat, fikirkanlah masalah pengaruh kawan atau buli yang berlaku disana-sini. Apa lagi jika mereka diluar pagar.. dimana penculikan kanak-kanak sekolah disebarkan dilaman sosial. Memang kita tidak tahu samada ia benar atau tidak. Tetapi apa kata jika ia benar? Atau jika tidak benar, adakah ia akan menjamin bahawa ianya tidak akan terjadi dimasa
hadapan? 
 
Inilah ujian kita. Samada kita beriman atau tidak. Sekarang ini manusia lebih menurut logik. Adakah kita percaya bahawa ada 10 ayat yang kalau dibaca, akan melindungi anak kita dari fitnah dajjal? Mana mungkin dengan membaca ayat, kita boleh selamat? Itulah ujian kepercayaan atau ujian keimanan. Orang beriman tidak akan menunggu logik membuktikan itu dan ini secara saintifik baru mereka mahu beriman. Dimana-mana ceramah, saya selalu ceritakan apa yang berlaku pada anak saya disekolah dan bagaimana dia dilindungi dari mereka yang tidak sepatutnya. Tiada kekuatan saya untuk mengawas dia di sekolah sana. Saya balikkan ia kepada amalan surah al Kahfi setiap Jumaat. Allahu Wakeel, Allahu Hafiz. Dialah yang melindung dan menjaga.
 
Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 10 ayat pertama dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya antara dirinya hingga baitul Atiq." 
(HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, dishahihkan Al-Albani)
 
Masih belum terlambat untuk membacanya dengan anak-anak jika belum melakukannya lagi hari ini. Jom kita al Kahfi. Ingatlah di akhir zaman nanti satu muka surat surah Al-Kahfi akan hilang dalam al Quran jadi hafallah surah ini.
 
Tips untuk meringankannya menjadikan amalan setiap Jumaat, saya sarankan untuk menghafal ayat 10 tersebut dengan selalu memperdengarkannya kpd anak. Sudah biasa didengar, barulah ajak mereka menghafal. Jika pergi bercuti kemana-mana, mudah untuk membacanya jika kita bercuti pada hari yang jatuh hari Jumaat tanpa perlu mencari al Quran. 
 

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa