Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Isnin, 29 Jun 2015

KESILAPAN MENDIDIK ANAK KECIL MEMBUAT IBUBAPA MERANA SEUMUR HIDUP

Tips menarik dari warga prihatin.

Beberapa kejadian yang berlaku di hadapan aku pada sebilangan anak-anak tetamu agak menakutkan. Ada anak yang menjerit-jerit melawan ibubapanya sewaktu bertamu. Ada yang ‘tidak makan saman’. Walaupun ibu bapa sudah menjerkah mereka dengan nada suara yang amat tinggi, anak-anak tetap meneruskan perlakuan yang tidak diingini.

Ada yang membuka pintu-pintu bilik dan kenderaan sesuka hati, ada yang meramas buah yang disajikan, ada yang berlari kesana ke mari depan orang tua, ada yang memanjat kerusi meja dan sebagainya. Aku rase semua orang  amat mengerti perasaan ibubapa itu kerana sebahagian kita semua juga pernah mengalaminya sebelum ini.


Dalam satu kes, ada anak berusia sekitar 6-7 tahun mengherdik bapanya dengan perkataan ‘bapak bodoh’. Apabila ibunya bangkit menengking sepantas kilat terbit kata-kata ‘emak babi’. Bapa saudaranya yang tidak tahan melihat kelakuan itu terus sekuatnya menghempuk kepala budak itu dengan telefon sampai membuatkan aku tercengang. MasyaAllah.. anak itu boleh mati dihentak.


PEDOMAN MENDIDIK ANAK DI AWAL USIA 


 

Melihat kepatuhan ‘kebanyakan’ anak-anak (belum semuanya), ramai ibu bapa bertanya apakah rahsianya sehingga anak-anak pelbagai peringkat umur seramai itu boleh dibentuk akhlaknya. Aku hanya mampu katakan aku cuba ikut apa sahaja pedoman dari alquran dan sunnah.

Antaranya, Al Quran mengajarkan agar anak-anak diajar menggunakan pendengaran, penglihatan dan hati. Ajar anak menghormati ibubapa dan orang yang lebih tua. Allah haramkan seorang anak dari membantah ibubapa walau dalam apa jua bentuk, waimah berkata ‘ahhhh’ sekalipun. Bagi aku apabila anak tidak menyahut panggilan dengan pantas, atau menyahut dengan acuh tak acuh juga sudah dikira membantah. Apatah lagi jika dipanggil tidak datang, disuruh tidak mahu pergi. Itu semua termasuk dalam katagori berkata ‘ah’.


Antara contoh sunnah pula ialah pesan Nabi SAW agar kita ajar anak dari buaian hingga ke liang lahad. Maknanya, pendidikan anak harus bermula awal, sebelum mereka mumayyiz lagi. Jika kita lambat mengisi jiwanya, maka fahaman jahat (regime syaitan) akan cepat merasuk dan mengambil tempat. Kerana itulah kita disaran memperdengarkan 
seruan Allah yang diritualkan melalui azan oleh si ayah sebaik sahaja mereka lahir, diteruskan pula dengan alunan naluri tasbih, tahmid, tahlil dan selawat oleh ibu.

PENDIDIKAN DAN KASIH SAYANG 


Ironinya, kebanyakan dari masalah akhlak anak-anak ini jelas dapat dikesan bermula dari awal, iaitu semasa ibu bapa mereka masih hidup lagi. Kes yang disebut di atas tadi adalah salah satu daripadanya, iaitu kerosakan akhlak seawal itu dilihat di hadapan ayah ibu kandung mereka sendiri.


Antara bukti lain ialah apabila ditanyakan pada mereka bila mula merokok, mula meliwat atau sodomy, mula melihat video lucah, hisap dadah, minum arak, bergaduh dan sebagainya, maka ada anak seumur 9-12 tahun yang mengaku telah mula melakukannya sejak darjah satu.


Ada yang mengaku pernah melakukannya bersama abang kandung, ada yang kata pernah melihat video lucah melalui telefon atau komputer bapanya, ada yang melihat sendiri bagaimana abangnya meniduri teman wanita ketika ibubapa tiada di rumah, bahkan melihat senggama ibubapanya, ada yang dipengaruhi rakan sekolah dan macam macam lagi.


Kerana perintah Allah itulah maka kita harus cuba sedaya upaya untuk memulihkan apa sahaja tahap kerosakan akhlak anak-anak ini seperti anak sendiri. Bukan sekadar menternak mereka. Selepas akhlak mereka terbentuk, barulah cari jalan untuk memajukan akademik mereka bersama pihak sekolah.



Namun begitu ada juga sebahagian yang terpaksa diambil alih sepenuhnya dari pihak sekolah. Ini kerana pihak sekolah ada banyak urusan untuk menangani anak-anak murid yang ramai sedangkan anak-anak yatim ini memerlukan perhatian khusus dan sepenuh masa untuk memulihkan semula akhlak mereka.


BILA GAGAL MENDIDIK DARI AWAL, KITA AKAN SIBUK MEMBAIK PULIH




Kepada ibubapa yang bertanyakan tips untuk menghindari masalah kerosakan akhlak dari peringkat awal ini, rujuk kepada sunnah Rasulullah SAW . Gunakan fasa 7 yang berulang dengan menekankan pembangunan sahsiah anak-anak sahaja dahulu pada 7 tahun pertama.

Cuba bimbing mereka agar jadi mumayyiz dengan betul di peringkat awal. Ini kerana ramai anak-anak yang terbiar telah menjadi ‘mumayyiz’ dengan cara yang salah. Perkara buruk mereka anggap baik dan begitulah juga sebaliknya. Mereka banyak terdedah dan telah terlanjur ‘meniru’ contoh yang salah namun mereka rasakan itu ‘betul’.


Anak-anak kecil di bawah umur 7 tahun tidak terlalu ditekankan dengan pembelajaran kalam, atau teks dalam bilik darjah. Perbanyakkan pembelajaran alam dengan melatih mereka menggunakan fungsi pendengaran, penglihatan dan hati sepertimana arahan Allah dalam Quran.

 
Antara kaedahnya ialah melalui latihan pergaulan dan tolong menolong. Campurkan mereka dengan rakan sebaya yang telah terbina sahsiahnya agar mereka dapat mengikuti contoh yang baik dan menerima ‘standard’ akhlak dari jemaah rakan sebaya mereka. Sementara itu jadikan rakan sebaya yang sudah agak baik akhlaknya untuk mendampingi dan mengapit mereka, laporkan beberapa kali sehari akan segala salah laku yang berlaku untuk dikenalpasti dan perbaiki.




KESAN BUDAYA MENJERKAH DAN MENENGKING ANAK DI PERINGKAT AWAL



Budaya ini adalah antara kesilapan besar yang dapat dikesan dari kajian dan pengalaman. Selain dari itu penerapan ‘rule and regulation, boundary and limitation’ juga amat penting. Ramai ibubapa membiarkan habit anak yang berkeliaran tanpa sebarang tegahan, tanpa menyediakan batas dan sempadan, tanpa menerangkan dengan bahasa mudah tentang pengatur dan aturan.


Lebih parah lagi apabila anak-anak ini melihat contoh buruk dari habit ibubapa dan keluarga sendiri serta manusia di sekitarnya. Mereka sering melihat ibubapa menjerkah dan menengking orang tua mereka, isteri menengking suami, kakak menengking abang dan sebagainya.


Di peringkat awal pembangunan sahsiah, kanak-kanak hidup dengan pengaruh semasa (live in moment). Mereka belajar dari apa yang mereka lihat dan apa yang mereka dengar. Menumpukan kepada pembelajaran teks dan angka akan memakan masa mereka yang seharusnya digunakan untuk membentuk sahsiah di peringkat itu.


Apabila akhlak mereka terabai, maka kerosakan itu akan bertambah hari demi hari. Akhirnya ibubapa jadi kelamkabut untuk membentuk mereka. Ini menjadikan ibubapa kurang sabar dan meluat dengan perangai mereka.

Satu-satunya pilihan yang ada ialah dengan meninggikan suara atau menghukum mereka dengan ganas. Jika ibubapa masih boleh sabar, amah, pengasuh atau guru pula tidak mampu sabar. Maka banyaklah kes anak yang didera guru dan pengasuh sampai ramai yang maut atau cedera.






KESIMPULAN

Apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat. Dekatkanlah diri kita pada anak sejak ia lahir mengikut keperluan. Jangan kelek anak sepanjang masa ketika ia bayi kerana itu akan memanjakan mereka. Ajar bayi kita berdikari sejak awal. Tetapi harus letakkan mereka di jarak yang mampu kita pantau dengan mata dan telinga.


Ibu khususnya harus sensitif dengan tangisan anak. Jangan biarkan anak menangis lebih dari 10 saat tanpa telinga kita mengesannya. Sebelum anak itu pandai berkata-kata, tangisan itu adalah bahasa komunikasi mereka dengan kita. Jika dapat secepat itu kita layani panggilan mereka insyaAllah mereka tidak akan meninggikan nada tangisan mereka untuk seolah-olah menengking kita.


Demikian juga fungsi mata. Sentiasalah perhatikan gerak geri bayi kita. Jika ia merangkak atau berjalan ke tempat yang tidak dapat kita lihat, apatah lagi menuju ke tempat bahaya, maka segera tegah dan panggil mereka. Tunjuk bahasa badan atau memek muka tanda marah jika mereka enggan.


 




Jika akhlak anak sudah terbentuk, kemajuan akademik akan berjalan sendiri. Namun jangan pula biarkan mereka dipengaruhi dengan persekitaran yang buruk. Ibubapa juga jangan tengking menengking atau bergaduh depan anak. Sebaiknya jangan langsung diamalkan budaya itu sama sekali walaupun di belakang anak.

Para isteri harus tunjukkan budaya patuh dan redha pada suami depan anak-anak. Sesuai dengan sifat nisak, sentiasalah berkata lembut, berwajah manis dan banyakkan memohon maaf atau istighfar pada suami, khasnya jika suami anda jenis yang beriman dan matang.


Jika suami memang jenis ganas dan bersifat Fir’aun, banyakkan bersabar dan mengalah. Janganlah suka melayan berang suami. Matikan perbalahan dengan meninggalkan suami yang sedang berang dengan cara yang baik. Nasihati anak agar memaafkan bapa yang tidak berakhlak agar anak tidak meniru sifat itu. InsyaAllah anak anda akan tetap terbentuk dan ia bakal jadi penawar apabila besar kelak, sekalipun anda terpaksa bercerai dengan suami anda yang macam Firaun itu.


Jika terpaksa memarahi atau menghukum anak di bawah 7 tahun, jauhi nada tinggi. Banyakkan berbicara dengan bahasa yang mudah mereka faham untuk menerapkan sikap yang ingin kita bentuk. Cuba usahakan agar menghukum dengan wajar jika mereka buat salah. Jika perlu memperkenalkan rotan pun, lakukanlah dengan tenang dan senyum. Beri penjelasan mengenai kelakuan yang anda tidak suka.


Itu semua akan mengajar mereka untuk menjadi orang yang sensitif dan rasional. Ajar mereka berinteraksi penuh adab dengan kita dan sesama mereka. Banyakkan berbicara dengan anak, sekali sekala bergurau dan melawak bagi mengajar mereka keperluan untuk senyum, marah, suka dan duka dalam kehidupan. Bagi yang belum berkesempatan, link video berikut mungkin dapat memberikan sedikit gambaran.
Kredit: Warga Prihatin


Sabtu, 27 Jun 2015

First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek

http://ramaramapendek.blogspot.com/2015/06/first-giveaway-by-cik-itah.html


selamat mencuba semua

Raya Giveaway By Erza

Bulan Ramadhan bulan paling banyak giveaway rasanya. Rugi kalau tak join tau. Mana tahu ada rezeki dapat jugaklah hadiah untuk raya. Mostly hadiah memang hadiah untuk raya kan. So apakata join Raya Giveaway By Erza ni pulak



http://eirza.blogspot.com/2015/06/raya-giveaway-by-erza_24.html










1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower

2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 
3. Buat satu entri bertajuk "Raya Giveaway by Erza"
4. Tinggalkan URL entri korang di SINI
5. Siap dan good luck friends!!!

5 langkah mudah sahaja !!!

Hadiah - hadiah yang bakal dimenangi:-
1 x dress raya
2 x RM10 duit raya
10 x voucher Magic Art Museum 3D
Jom Laaaa Join...ajak kengkawan ramai2!!!


GA RAYA 2015 BLOG JAKET BIRU


GA RAYA 2015 Blog Jaket Biru merupakan giveaway sulung Blog Jaket Biru. Blog Jaket Biru adalah newbie dalam dunia blog. Jom Support rakan blogger dengan join GA RAYA 2015 Blog Jaket Biru beramai². Syarat mudah tapi hadiahnya menarik. Rugi tau kalau tak join.

Objektif GA
  • Menambah sahabat sahabat blogger yang lebih OTAI
  • Menambahkan minat sendiri dalam berblog ( agar lebih rajin ngedet blog )
  • Nak sedekah percutian 1 malam penginapan di Bayou Lagoon Resort Melaka ( tarikh pemenang sendiri yang pilih )

http://azlenaryzalbakar.blogspot.com/2015/06/ga-raya-2015-blog-jaket-biru.html
( Klik Banner untuk menyertai)

Hadiah Utama
1 pemenang 
PENGINAPAN PERCUMA 1 MALAM DI BAYOU LAGOON RESORT MELAKA
( Tarikh penginapan pemenang sendiri tentukan dan hanya penginapan bilik sahaja ditaja )

Hadiah ke - 2
Duit Raya RM 50.00
( diberi secara topap handset atau bankin )

Hadiah ke - 3
Duit Raya RM 20.00
( diberi secara topap handset atau bankin )

*** Pemenang akan dipilih melalui random.org ***
Special tag untuk rakan blog +azizah green line | +Dunia sebenar Shida | +Siti Rohaida Yusof 


Read more: http://www.azhafizah.com/2015/06/ga-raya-2015-blog-jaket-biru.html#ixzz3eFVSlnHs

Khamis, 25 Jun 2015

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan buat semua....

Nie aku nak cerita bagi mereka yang nak membeli barangan persiapan raya boleh tengok dalam www.nile.my. Aku sure korang pasti terkedu tengok price die dan teruja dengan barangannya. Kalau tempat lain RM150 dapat selai dua baju tapi di www.nile.my korang boleh dapat macam bende dengan jumlah tersebut siap delivery tak payah penat jalan-jalan. Sure korang akan cakap "biar betull nie.." hehehe.....so just klik link di bawah. Ini adalah barangan pilihan aku  sempena Jualan Raya Meletop 2015 bersama nile....


http://www.nile.com.my/page.php?cd=101

Website Shopping Online Malaysia menganjurkan giveaway khas untuk Malaysian blogger sempena Jualan Raya Meletop 2015 di nile.com.my. 


Product: Round Neck T
Price Meletop: RM8.50
Date: 29/06/2015
Time: start 2.00pm
Quantity: 200 pieces

Product: Cardigan/Sweater
Price Meletop: RM9.90
Date: 29/06/2015
Time: start 4.00pm
Quantity: 200 pieces



Product: Dual Color Woman Flats
Price Meletop: RM9.90
Date: 01/07/2015
Time: start: 3.00pm
Quantity: 100 pairs



Product: Haniya Embroidery DressPrice Meletop: RM29.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 2.00pm
Quantity: 80 pieces


Product: Hit Color Woman Bag
Price Meletop: RM7.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 2.00pm
Quantity: 300 pieces


 Product: Crocodile Design 3-in-1 Woman Bag
Price Meletop: RM28.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 4.00pm
Quantity: 200 pieces



Product: Haniya Paisley Jubah
Price Meletop: RM29.50
Date: 06/07/2015
Time: start: 11.00am
Quantity: 100 pieces


Product: Haniya Shoulder Design Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 2.00pm
Quantity: 140 pieces

Product: Haniya Mix Color Blouse
Price Meletop: RM19.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 4.00pm
Quantity: 80 pieces



selamat membuat entry dan jangan lupa email link  Jualan Raya Meletop 2015 ke give_away@nile.com.my

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015
Link blog :
Nama Penuh :
No. Telefon :

Check result  di sini <<.. Tarikh tutup ialah 14/07/2015 , 11.59 pm



Selamat Mencuba dan Good Luck

Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com

http://www.azhafizah.com/2015/06/giveaway-mega-raya-by-azhafizahcom.html
klik banner untuk join...
TAMAT 26 JUN 2015

Isnin, 22 Jun 2015

MOMMY'SIGNATURES 1st Giveaway by EyraSaha


 http://eyrasaharuddin.blogspot.com/2015/06/mommysignatures-1st-giveaway-by-eyrasaha.html?m=0
Syarat Penyertaan :-
1.  Follow Blog Mommy On The Blog
2. Buat Entry Bertajuk " MOMMY'SIGNATURES 1ST GIVEAWAY BY EYRASAHA " and bole link kan dgn entry ini

3. Komen & letakkan URL blog anda di entri ini
4. Tarikh Tutup : UPDATE ! 30 JUN 2015

Giveaway Duit Raya Dari BBL

http://budakbandunglaici.blogspot.com/2015/06/giveaway-duit-raya-dari-bbl.html


Assalamualaikum & hello there,

Siapa cakap bila dah besar mesti tak dapat duit raya? Sempena bulan Syawal bakal datang BBL dengan rasa gembira nak bagi duit raya kepada blogger bertuah. Cepat beratur submit entri ya. Boleh belanja diri sendiri makan aiskrim pasu.

Hadiah duit raya

Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang

Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway  Duit Raya Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 Julai 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 Julai 2015 nanti

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Salam Ramadhan semua!

Bersempena dengan tahun 2015 ni, Sally nak satu giveaway mudah yang mana Sally berkolabrasi dengan beberapa orang blogger yang mmg sudah lama dikenali...

Hadiahnya tidak la seberapa tapi masih la menarik perhatian...hihihi...
 
http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/06/raya-giveaway-by-sally-samsaiman.html
Syarat-syaratnya:

1. Buat Entry Giveaway bertajuk "Raya Giveaway by Sally Samsaiman"
2. Letakkan banner giveaway dan link kan ke entry ini.
3. Follow Blog

6. Publish entry dan tinggalkan link entry di dalam kotak komen.

Mudah je kan...?

Antara hadiah-hadiahnya:

Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Design by DayangDeno -  5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang

 (Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan)

Mula : 18 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)
 

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

http://www.yanieyusuf.com/2015/06/giveaway-ramadhan-by-yanieyusuf.html

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF


GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

HADIAH:

Facial Voucher (Chromo Silky Therapy) bernilai RM68 + Wang Tunai RM10 x 1 Pemenang
Voucher RM10 Viet-Thai Canteen + Wang Tunai RM10 x 2 Pemenang
Shawl Butterfly (Mastura shawl) x 1 Pemenang
Tudung Bawal + Kerongsang x 1 Pemenang
Instant Shawl exclusive x 2 Pemenang
Wang Tunai RM20 x 4 Pemenang

GIVEAWAY RAMADHAN

Syarat-syarat wajib :



1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

2. Follow Blog sponsor



3. Follow Instagram

@Yanieyusuf, @azlinda.alin, @melacolea, @mrsjuliajohari, @bella_idura, @rayyankata, @syimayusuf, @mawar_biru89, @anilwanina, @ikin_yusuf, @eryati, @spa_best_murah, @dreamsfairyboutique



4. Add Facebook

FB Azlinda Alin , FB Julia Johari , FB Mommy Irrayyan , FB Kak Gojes


5. Like facebook page



SPA AIRELLYN BEAUTY STUDIO


Yanie Yusuf
Cik Sepet (Kedai sim murah)
Anil Wanina (shawllina.collection)
Yoorin melacolea

Deams Fairy Hijab Boutique
FHmixstar Boutique



TARIKH GIVEAWAY :
18 JUN 2015 ~ 27 JUN 2015 (11.59 MALAM)


PENGUMUMAN PEMENANG:
1JULAI 2015



Letakkan link penyertaan anda di kotak komen di LINK ini




Pemenang akan di pilih melalui random.org dan juga yang telah memenuhi kriteria yang di tetapkan. Semoga berjaya dan terima kasih kerana menyertai GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF.





SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA DARI YANIE YUSUF DAN RAKAN SPONSOR!



Sponsor by: SPA Airellyn Beauty Studio, YanieYusuf, Azlinda Alin, Yoorin Melacolea, Mrsjuliajohari, Bella Idura, Irra Rayyan, SyimaYusuf, Lisa Mawar Biru, AnilWanina, Ikin Yusuf, Kak Gojes, Dreams Fairy Boutique.


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa