Jumaat, 22 Mei 2015

Tiap Pagi Kelam Kabut Urus Anak? IKUTI 10 TIP INI

Mesti semua parent akan alami masalah kelam kabut dalam mengurus anak setiap pagi. Oleh itu jom kita ikuti tips2 di bawah
Berikut adalah tip bagi menguruskan anak agar tidak kelam kabut di pagi hari:

 
1. Siapkan barang pada malam sebelumnya
Menyiapkan barang seperti baju yang siap bergosok dan bahan-bahan masak untuk sarapan pada malam sebelumnya adalah satu tindakan yang sangat bagus dan teratur.

Bila semuanya mahu diselesaikan awal pagi, secara tidak langsung, ia akan memberi impak pada mood hari itu.
 
2. Bangun awal
Ibu perlu bangun awal pagi bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Waktu yang paling ideal ialah 5.30am-6.00am, iaitu sebelum waktu Subuh. Bayangkan apakah yang berlaku jika ibu dan ayah bangun lewat? Pasti huru-hara jadinya. Bangun sebelum anak bangun dan siapkan tugasan yang perlu. Ini amat membantu.


3. Sediakan jadual
Jadual apa yang ibu perlukan? Ia terpulang kepada ibu itu sendiri, samada jadual mencuci, melipat kain, menghantar anak dan sebagainya. Ini juga memastikan segala tugasan ibu di rumah mahu pun di luar akan lancar sahaja.
 
4. Tunggu anak tidur
Ambil peluang ketika anak sedang tidur atau anak sedang main, ketika mana mereka tidak menggangu tugas harian kita, untuk menyelesaikan tugasan yang belum siap seperti melipat kain, sidai kain dan sebagainya.
 
5. Sediakan menu
Pening memikirkan menu setiap hari? Sediakan menu agar kita tidak membuang masa memikirkannya. Kini sudah banyak menu yang ringkas, sedap dan berkhasiat. Tampal di dinding untuk menu seminggu dan ini akan memudahkan kerja ibu.

 
6. Kerjasama suami
Tanpa bantuan ayah, ibu mungkin akan mudah rasa tertekan. Suami mesti peka dengan keperluan isteri dan isteri pula mohon bantuan suami bagi memastikan tugasan menjaga anak-anak dan rumah menjadi mudah dan teratur. Jangan asyik biarkan isteri macam lipas kudung setiap pagi. Bagaikan tidak cukup nafas bila perlu gosok baju anak sekolah, gosok baju sendiri dan gosok baju suami.

 
7. To-Do-List
Salah satu tip bagi mengelakkan ibu kelam kabut adalah sentiasa membiasakan membuat senarai untuk apa jua seperti barang yang perlu dibeli, atau senarai tugasan yang belum selesai. Tampal dengan magnet pada peti sejuk, senang mahu lihat dan agar tidak lupa.
 
8. Outsource
Jika ada sesuatu kerja yang ibu tidak mampu lakukan, berikan atau upah orang lain untuk melakukannya. Contohnya, potong rumput di belakang rumah, menggosok baju atau pun membersikan rumah. Ini sekali sekali dapat meringankan beban ibu. Jika tidak mampu kemas rumah dek kesibukan kerja pejabat seharian, boleh cari part-time maid yang boleh datang waktu malam atau hujung minggu.
 
9. Gunakan teknologi terkini
Dengan teknologi yang semakin canggih, dunia berada hanya di hujung jari. Jika ibu tidak berkesempatan membeli barang, sekarang sudah ada kemudahan membeli barang secara on-line.
 
10. Didik anak ringan tulang
Ibu seorang tidak cukup bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Didiklah anak agar sama-sama membantu. Beri mereka tugasan yang mudah seperti meletakkan baju kotor di dalam bakul baju atau menyangkut semula baju sekolah selepas pulang dari sekolah. Ini sangat-sangat membantu.

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa