Sumber: Tunnelbiz (Terpakai.my)
Anda ada barangan terpakai? Sama ada banyak atau sedikit, barangan ini mungkin tersimpan atau terbiar tidak digunakan di rumah, pejabat, atau premis perniagaan anda. Boleh jadi barangan tersebut masih elok atau belum pernah digunakan. Bagaimanapun, anda mungkin memerlukan ruang untuk menyimpan atau menempatkannya.

Iklan barang terpakai
Jika begitu jangan dibuang! Anda boleh mendermakan atau menjualnya untuk mendapatkan sedikit wang. Kini, anda berpeluang untuk mengiklankan barangan itu secara percuma dalam talian (online). Menyedari peluang ini, sebuah syarikat tempatan, Tunnelbiz Online telah membangunkan sebuah portal di Terpakai.my bagi tujuan itu.


Portal iklan yang 100% miliki tempatan dan dihoskan di Malaysia ini memberikan tumpuan kepada pengiklanan barangan terpakai dan lama yang ingin dijual. Portal ini menawarkan khidmat iklan secara percuma dan ringkas. Jadi anda boleh mengiklan seberapa banyak barangan yang hendak diiklankan tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Saluran perhubungan
Sebagai pengiklan atau penjual, anda boleh memberikan maklumat kepada pelanggan tanpa sebarang halangan. Setiap iklan anda memiliki ruang untuk memberikan komen dan boleh digunakan bersama id Facebook, Yahoo!, Google, dan lain-lain. Manakala pembeli yang berminat boleh bertanya maklumat terus di bawah halaman iklan.

Di samping itu, pembeli boleh berhubung terus dengan penjual/pengiklan sama ada melalui komen Facebook di bawah iklan, nombor telefon, dan alamat e-mel pengiklan yang akan dipaparkan tanpa apa-apa sekatan. Ini akan memudahkan lagi komunikasi secara terus di antara penjual/pengiklan barangan dengan pembeli yang berminat.

Mengiklan tanpa had
Lebih menarik, anda boleh mengiklan di portal ini tanpa had. Namun, iklan yang berulang dan berbentuk ‘spam’ akan dipadamkan. Bagi memudahkan pembeli membuat pembelian terus, anda boleh memaparkan lokasi premis misalnya di kedai anda. Sebabnya, portal ini juga diintegrasikan dengan kemudahan peta yang boleh membantu.

Peraturan mengiklan di portal ini juga mudah kerana anda tidak perlu mendaftar. Malah, anda sebagai pengiklan akan diberikan ‘sub domain’ percuma (contohnya: namapenjual.terpakai.my) yang memudahkan anda berkongsi maklumat iklan anda. Kemudahan butang pembayaran terus secara dalam talian ke akaun Paypal anda juga ada.

Pelbagai kemudahan
Terdapat beberapa kemudahan lain yang tersedia di portal ini. Contohnya ada beberapa kategori untuk barangan yang diiklankan termasuk kenderaan hingga kelengkapan rumah, baju, gadjet, barang elektrik dan sebagainya. Selain itu, iklan juga boleh dikelaskan berdasarkan negeri. Malah, pengunjung portal ini juga boleh membuat carian barangan melalui kotak carian yang disediakan.





Selain pengiklan, sesiapa sahaja boleh melayari portal ini menerusi PC, laptop, tablet, dan telefon pintar. Setakat ini, pembangunnya turut mencipta aplikasi (app) Terpakai.my yang kini tersedia di Google Play untuk dipasang pada peranti Android anda. Jadi, tunggu apa lagi? Anda boleh mengiklan secara percuma di portal ini sekarang! Layari http://terpakai.my/. Anda juga boleh like fan page 
http://www.facebook.com/terpakai.my