Khamis, 14 Mei 2015

Pengetahuan Tentang Linus 2.0


Alhamdulillah aku berpeluang buat review tetang linus. Ini adalah maklumat dan pengetahuan yang diambil dari Group Linus IbuBapa dalam FB. Info dan panduan yang sangat menarik bagi ibu bapa yang tidak memahami apa itu Linus especially bg ibu bapa yang mempunyai anak terlibat dalam linus. Jadi dari group tersebut aku buat kesimpulan kasar berkenaan linus. Secara tidak langsung dapat dijadikan panduan tentang masalah pembelajaran anak-anak yang berada di kelas tadika dan bakal memasuki tahun satu. Terima kasih pada board Group Linus Ibu Bapa membincangkan perihal ini.


Apa yg perlu kita tahu, sebelum anak-anak masuk ke tahun 1 mereka akan di saring terlebih dahulu pada peringkat sekolah untuk mengenal pasti anak-anak ini tidak mempunyai masalah penguasaan kemahiran asas dalam pelajaran bahasa melayu, matematik dan bahasa inggeris. Biasanya saringan dibuat pada hari pendaftaran. Setelah disaring,
anak-anak yg gagal diasingkan kelas dan perlu menjalani pemulihan selama dua bulan sebelum saringan pertama kementerian pada bulan Mac setiap tahun dijalankan. Dalam masa dua bulan, anak-anak ini diberi peluang utk menguasai basic bersama guru mereka dengan mengikut silibus linus yg seakan2 pembelajaran di tadika , manakala yg lulus akan terus belajar di kelas perdana mengikut silibus perdana yang mempunyai aras dan kemahiran yg lebih tinggi.

Pada bulan Mac setiap tahun, saringan 1 LINUS akan dijalankan, dimana ia dipantau oleh Kementerian dan diletakkan di Nash NKRA. Semua murid tahap satu wajib menduduki saringan ini walaupun telah lulus kerana dibimbangi pelajar mundur ke belakang. 

Ketiga-tiga matapelajaran ini iaitu BM, BI dan Math di uji dalam dua bahagian iaitu lisan dan tulisan. Pelajar tidak boleh gagal salah satu daripada bahagian itu. Ia mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk menghabiskan saringan ini.


Setelah data saringan diperolehi, pelajar yg gagal konstruk 1 dan 2 diletakkan dalam LINUS TEGAR... menjalani pemulihan bersama guru pemulihan khas mereka. Manakala yang gagal konstruk 3 hingga 12 diletakkan dalam LINUS... dan ada guru khas yang mengajarnya juga. kedua-duanya tidak layak mengikuti silibus kelas perdana kerana ketiadaan basic dalam diri. Mereka diberi peluang sehingga bulan september untuk menguasai basic dan perlu menjalani ujian saringan ke dua. Sekiranya mereka lulus mereka boleh ke kelas perdana dan belajar mengikut silibus perdana. Tetapi harus diingat, mereka telah letinggalan selama setahun dari orang lain. Di sini peranan ibu bapa amat penting untuk memastikan anak-anak boleh mengulang silibus yang tertinggal bersama ibu bapa kerana guru tidak akan undur ke belakang semula.


Result saringan linus 1 ? Bagaimana parent nak tahu result ini?
Menurut prosedur, sepatutnya murid yg gagal ujian saringan linus akan menerima surat daripada cikgu penyelaras linus @ guru linus subjek bm, bi & math.

Ada sekolah yg mengadakan perjumpaan 3 penjuru untuk tujuan pemberitahuan & perbincangan tentang keputusan anak yg telah gagal saringan linus.

Kadang2 ke2 cara di atas tidak dilakukan. Oleh itu ibubapa mesti mengambil langkah sendiri dengan berjumpa secara peribadi dengan guru2 anak yg mengajar subjek bm, bi & math utk dapatkan kepastian samada anak telah lulus @ gagal saringan linus.

Tanda2 / tips yg ibubapa boleh kesan sendiri sekiranya anak telah gagal saringan linus & masuk kelas linus ialah :-
1- Anak belajar tidak menggunakan buku teks;
2- Anak tidak menggunakan buku latihan yg diberikan oleh pihak sekolah iaitu masih banyak @ langsung tidak di sentuh/bersih & cantik spt buku baru dapat;
3-Anak tiada homework;
4-Anak tiada di kelas semasa subjek bm,bi & math kelas perdana, sebaliknya anak terpaksa keluar kelas & pergi ke bilik khas utk belajar subjek tersebut mengikut silibus linus.


Kenapa anak gagal konstruk 1?
 

Ujian lisan :
Secara rawak, cikgu tunjuk huruf b, murid mesti jawab b dgn lancar bukan dgn b = Beh iaitu kaedah fonetik/bunyi & murid juga tidak perlu menyanyikan kembali a,b,c. Jika murid terpaksa menyanyikan semula bermakna anak hafal.

 

Ujian bertulis :
Secara rawak, cikgu sebut huruf r, jika murid tulis huruf lain, maka gagal ujian bertulis.

 

Kesimpulan :
Pastikan anak2 benar2 kenal huruf & nama huruf tersebut.
Sebaiknya perkenalkan dahulu huruf kecil supaya anak x confius & huruf kecil lebih banyak digunakan dalam penulisan.
Anak2 juga diajar menulis huruf2 ini. Banyakkan latih tubi.


Konstruk BM dan Matematik yg mesti dikuasai...

Konstruk Bahasa Malaysia
  Konstruk Numerasi



Construct 1 : Able to identify and distinguish letters of the alphabet.

Construct 2 : Able to associate sounds with the letters of the alphabet.

Construct 3 : Able to blend sounds into recognizable words.

Construct 4 : Able to segment words into phonemes.

Construct 5 : Able to understand and use the language at word level.

Construct 6 : Able to participate in daily conversations using appropriate phrases.

Construct 7 : Able to understand and use the language at phrase level in linear texts.

Construct 8 : Able to understand and use the language at phrase level in non-linear texts.

Construct 9 : Able to read and understand sentences with guidance.

Construct 10 : Able to understand and use the language at sentence level in non-linear texts.

Construct 11 : Able to understand and use the language at sentence level in linear texts.

Construct 12 : Able to construct sentences with guidance


Konstruk Bahasa Inggeris




Linus TEGAR - Gagal saringan linus lisan & bertulis konstruk 1 & 2


 
 12 Konstruk Untuk Bahasa Malaysia








 12 Konstruk Untuk Numerasi













Basic Construct In English


Penjelasan Cuaca


 
Penjelasan Tentang Hari








Penjelasan tentang perasaan









Penjelasan tentang kedudukan

Penggunaan vokal e dan u







Penggunaan How To Say Politely






Penggunaan Konsonan Untuk Perkataan Ringkas



0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa