Selasa, 26 Mei 2015

Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang

Pemakanan dalam pantang, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran 'sejuk' seperti kangkung, bayam, pucuk paku serta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah 'gatal' seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru.

Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan mengambil makanan atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan 'disalurkan' melalui susu ibu kepada bayi.

Kebanyakan wanita, khususnya orang Melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi (kekurangan air). Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara lapan hingga 12 cawan sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan. Namun begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.
Dari segi perubatan moden, tempoh berpantang bagi ibu yang melahirkan bayi adalah selama enam minggu dan diklasifikasikan sebagai istilah tempoh puerperium atau confinement. Namun begitu, tempoh berpantang kadangkala boleh menjangkau sehingga 100 hari bergantung kepada amalan budaya serta adat resam individu. -DEMC Specialist Hospital

Kepentingan Amalan Berpantang
  • Mengurangkan tekanan perasaan selepas melahirkan bayi.
  • Membetulkan peredaran darah.
  • Mengurangkan angin dalam badan
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Melancarkan pengaliran susu ibu.
  • Mengelakkan angin meroyan atau postnatal depression
  • Membantu menstabilkan emosi ibu
  • Tempoh rehat untuk memulihkan kesihatan ibu.
  • Membaik pulih tubuh badan ibu dan memastikan luka jahitan episotomi dan luka jahitan caeserean sembuh sepenuhnya.

    Moga Jadual Makanan Pantang ini memberi panduan pemakanan buat ibu-ibu berpantang




0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa