Isnin, 13 April 2015

Doa Perlindungan Untuk Anak


Anak-anak merupakan anugerah paling berharga bagi setiap insan. Dunia hari ini semakin mencabar, sudah pasti setiap ibu bapa ada kerisauan dan kebimbangan dalam soal keselamatan anak-anak. Kita sentiasa menginginkan anak selamat daripada sebarang gangguan syaitan, anasir-anasir jahat dan sebagainya. 
Sebagai ibu bapa penyayang, kita mesti melindungi dan mendoakan kebaikan anak-anak di dunia dan di akhirat.

Terdapat satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw yang patut diamalkan oleh setiap ibubapa agar anak tersayang selamat daripada sebarang gangguan.

Rasulullah SAW telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

"Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit)."

(HR. Al-Bukhari 3371)

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa