Keistimewaan Anak Perempuan
Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.
Kanak-Kanak Overdose Vitamin
Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.
Resepi Bayi
Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda
Genius
Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif
Bestnyer Main Buih Sabun
Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun
Impak Kem Motivasi
Impak positif daripada kem motivasi
Tips Cepat Masak Untuk Ibu Sibuk Bekerja
Save cooking time
Senarai Simple Recepi For Breakfast
Pelbagai variasi senarai resepi ringkas
21 Tempat Menarik Di Malaysia
Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb
Selasa, 28 April 2015
Saat Menjadi Ibu
Pada saat mula mendapat tahu kita sudah mula hamil saat itulah kita harus bersedia fizikal dan mental, kerana tanggungjawab anda sebagai ibu bukan mudah ia merupakan anugerah sangat bernilai. Untuk para ibu anak adalah pinjaman Allah buat kita, dialah penawar, dialah racun, dialah saham akhirat dan kita yang mencorakkan mereka. Jadi coraklah anak-anak sebaik mungkin. Memang seronok jika ada anak kecil di rumah memang sangat menyerikan rumah tangga namun kita sebagai ibu harus kental hadapi situasi tersebut. Sebagai ibu kesabaran dan doa adalah senjata.
1 Latihan tidur
2 Pencapaian terbaru buat anda kerana dapat mempelajari teknik mengambil barang cara baru.
3 Anda tidak lagi hot seperti dulu
4 Ruang tidur anda diambil oleh anak anda
5 Multi task semasa memandu
6 Pengalaman baru buat anda
7 Mengantuk
8 Tiada lagi malam yang romantik buat anda
9 Breastfeed di tempat umum adalah pengalaman yang mengerikan
10 Andalah yang akan menguruskan semua perkara jika ingin keluar makan angin bersama keluarga
11 Oh bersepahnya rumah!
Namun begitu jangan lak rasa scary nak jadi ibu pulak tidak semua perkara kita hadapi seperti gambar di atas itu tidaklah seperti yang digambarkan dan kalau hadapi pun tidaklah setiap hari. Sebagai ibu kita harus "smart" arrange time boleh rujuk sini khusus ibu berkarier. Hakikat sebenar menjadi ibu besar erti dan kebahagiaannya. Saat ini kita akan tahu bagaimana ibu kita rasa sewaktu menjaga kita dahulu. Hargai pengorbanan ibu.
Isnin, 27 April 2015
Cara Mengurangkan Marah Pada Anak Kecil
Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik
darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis
menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.
Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu.
Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila
mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar
mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan
menjadi seorang pemarah.
Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka
mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada
ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah
mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan
nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.
Disini saya berkongsi tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda.
1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi
sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda
memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda
jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak
suka dimarahi sebegitu.
2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia
memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda
sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak
anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.
3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja
arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan
keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan
keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.
4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil
melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka
mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya
di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.
5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari
mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda di depan orang lain. Adakah
anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda.
Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih
kecil.
6 Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.
7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.
Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai anda. Kerana mereka belajar dari anda.
Mereka juga seperti anda, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa seperti anda. Fikirkanlah. Semoga tips dalam mendidik anak ini membantu anda.

Ahad, 26 April 2015
Sakit Membuatkan Kita Memahami Keadaan Orang Lain
Bila kita sakit kita akan lebih memahami perasaan mereka yang sakit. Hakikat sebenar kita harus sedar bahawa dugaan yang Allah berikan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil dan Allah merindukan kalimah Ya Allah dari hambanya. Bila kita sakit..ditimpa musibah, saat itu sajalah kita ingatkan Allah tetapi bila kita sihat dianugerahkan nikmat dan kebahagiaan kita mula alpa, kita lupa mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan. Jadi Allah memberikan kita dugaan dan ujian kerana Allah terlalu sayangkan hambanya dan memberi ruang untuk kita lebih memahami musibah yang dihadapi oleh orang-orang yang susah dan tidak berkemampuan, sesungguhnya kita akan rasa lebih bertuah dan beruntung jika dibandingkan dengan mereka.
Setiap masa kita mesti diberi ujian, selagi kita hidup selagi itulah kita akan sentiasa diuji. Jika Allah tidak menguji kita bermakna Allah tidak memandang kita mungkin juga tidak ada dalam perhatianNya. Ruginya kita bila hilang kasih dan perhatian dari Allah swt.Namun begitu hidup kita jika berada di zon yang selesa juga buat kita akan fikirkan apa ujian seterusnya yang bakal Allah berikan. Sebagai hamba Allah yang beriman dan bertaqwa kita harus sentiasa bersedia dan redha serta mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan.
Bila anak sakit pasti buat ibu bapa gundah dan tidak tentu arah bila mengenangkan anak terbaring sakit. Kita memaksanya untuk makan ubat..makan bubur sedangkan kita tidak memahami bahawa mereka sendiri tidak menginginkan sakit itu menghinggapi mereka, bukan niat mereka untuk tidak mahu makan tetapi tekak mereka hilang selera atau sakit untuk makan. Sedangkan ibu bapa risau melihat keadaan anak terbaring sakit. Seharusnya saat ini kita ambil peluang agar lebih memahami keperluan mereka. Saat inilah mereka perlukan belaian dan perhatian kita. Saban hari setiap masa dan detik mereka bekorban perhatian dari kita apabila kita menghantar mereka ke rumah pengasuh..taska.. dan sekolah untuk pergi kerja disebabkan keadaan memaksa untuk mencari sesuap nasi rezeki yang halal sehingga kita mengenepikan apa yang mereka rasa. Seharusnya ibu bapa perlu memberi penjelasan sebaiknya mengapa anak-anak dihantar ke sekolah, taska dan rumah pengasuh.
Jadi apabila mereka sakit saat itulah harus diambil peluang memberi sepenuh perhatian kepada mereka bahagiakan mereka kerana inilah saat Allah ingin merapatkan hubungan ibu bapa dan anak-anak. Dan apabila kita jatuh sakit barulah kita sedar kita juga perlukan perhatian dan kita juga tidak beupaya untuk makan dan minum kerana hilang nikmat selera makan apatah lagi untuk makan ubat. Di sini dapat kita fahami wang ringgit dan kekayaan tidak dapat membeli kesihatan dan kebahagiaan serta hubungan silaturrahim. Oleh itu hargailah keluarga kita kerana merekalah yang kita ada saat kita dalam kesusahan

Isnin, 13 April 2015
Doa Perlindungan Untuk Anak
Anak-anak merupakan anugerah paling berharga bagi setiap insan. Dunia hari ini semakin mencabar, sudah pasti setiap
ibu bapa ada kerisauan dan kebimbangan dalam soal keselamatan
anak-anak. Kita sentiasa menginginkan anak selamat daripada sebarang
gangguan syaitan, anasir-anasir jahat dan sebagainya.
Sebagai ibu bapa penyayang, kita mesti melindungi dan mendoakan kebaikan anak-anak di dunia dan di akhirat.
Terdapat satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw yang patut diamalkan oleh setiap ibubapa agar anak tersayang selamat daripada sebarang gangguan.
Rasulullah SAW telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:
"Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit)."
(HR. Al-Bukhari 3371)

Rabu, 8 April 2015
Keistimewaan Anak Perempuan
Para orang tua biasanya lebih merasakan kegembiraan yang luar biasa bila
melahirkan bayi lelaki. Padahal semua pemberian baik anak lelaki
atau perempuan harus disyukuri. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW.
bersabda, “Apabila seorang anak perempuan lahir, Allah SWT mengirimkan
malaikat ke rumah itu. Mereka mendatangi rumah itu dan mendoakan
keselamatan ke atas mereka.
Kemudian para malaikat melingkungi bayi perempuan yang baru lahir dengan sayapnya dan membelai kepalanya dengan tangan mereka seraya berkata bahwa ia adalah lemah. Barangsiapa yang memikul tanggung jawab untuk memeliharanya maka ia akan memperoleh rahmat Allah SWT selama ia masih hidup.”[Al-Mujan As-Shaghir li-Thabrani]
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “Barangsiapa memelihara dua anak perempuan hingga mencapai akil baligh, maka ia dan aku akan datang pada hari Kiamat seperti ini, beliau lalu mengumpulkan dua jarinya.[HR.Muslim]
Senada dengan hadis di atas ada sebuah hadist dari Aisyah r.a, Aisyah r.a berkata , “Seorang wanita datang kepadaku disertai dua anak perempuannya. Ia meminta sedekah kepadaku, tetapi ia tidak menemukan sesuatu apapun pada diriku kecuali sebiji kurma. Maka aku berikan kurma itu. Ia menerimanya kemudian membaginya untuk kedua anak perempuannya, ibunya tidak mengambil bagian dari kurma itu. Kemudian ia pergi. Sementara itu Rasulullah SAW. mengunjungiku dan aku menceritakan peristiwa tersebut kepada beliau. Maka Rasulullah SAW.bersabda, “Orang yang memikul tanggung jawab untuk membesarkan anak perempuan dan memperlakukan mereka dengan baik, ia akan memperoleh perlindungan dari neraka jahannam.” (Muttafaqunalaih)
Sumber
Langgan:
Catatan
(
Atom
)