Ahad, 22 Februari 2015

5 Perkara Unik Tentang Negara Jepun

Seperti yang diketahui populasi Jepun seramai 126 juta penduduk dengan 6,852 pulau sudah terbukti Jepun mempunyai pelbagai keunikan berbanding negara Asia yang lain. Jepun  merupakan sebuah negara yang mempunyai gabungan antara tradisional dan moden. Antara sebab utama ramai pelajar Malaysia memilih melanjutkan pelajaran ke Jepun adalah disebabkan teknologi terkini, budaya pop futuristik dan perkembangan perniagaan. Selain itu terdapat pelbagai aspek lain keunikkan Jepun seperti purba Jepun, budaya teh, pencak, kecantikkan dan keindahan alam sekitar negara tersebut serta adab tertib masyarakat Jepun yang sangat terkenal di samping semangat disiplin yang kuat. Kebanyakkan yang datang ke Jepun dalam fikiran mereka adalah tentang kejadian Hiroshima dan Nagasaki, Tsunami, Fukushima atau tentang "Cherry Blossom", Super Kawaii Anime serta Sushi yang jelas menggambarkan Jepun sebagai sebuah negara yang mempunyai perjuangan yang kental serta mendorong banyak kekaguman negara-negara lain di Dunia. Kita akan rasai keunikkan tersebut bila berkunjung ke Jepun. Negara Jepun mempunyai banyak persamaan dengan negara Asia. Walaupun begitu dalam hal kemajuan dan kemodenan Jepun mempunyai persamaan dengan negara Eropah malahan Amerika Syarikat namun masih mengekalkan tradisi dan adat resam masyarakat. Ini menunjukkan Jepun betul-betul sangat unik.

Di sini terdapat beberapa perkara unik yang mengagumkan tentang Jepun dan masyarakat Jepun:-

1.  Keindahan Pemandangan dan Pembangunan di Jepun

Jepun mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Keindahan alam Jepun sama seiring dengan keindahan kebudayaannya dan kemodenannya. Sebagai sebuah pulau bergunung, Jepun mempunyai pinggiran laut yang menakjubkan, banjaran gunung, air terjun, sungai, gunung-gunang berapi yang aktif dan pendam, mata air panas, teresan sawah, rumput kering yang rata dan padang ragut tenusu, ditambah lagi dengan hutan-hutan lama yang menakjubkan, pantai dan terumbu karang. Kepelbagaian asli sedemikian jarang ditemui di beberapa negara lain di dunia.


Contohnya Tokyo merupakan bandar terbesar di dunia yang pesat namun masih seiring dengan pembangunan dan kebudayaan. Yang paling unik boleh dilihat kanak-kanak seusia umur 6 tahun sudah memakai uniform menaiki "train" ke sekolah.

 Kanak-kanak di Jepun Seawal 6 tahun



Bullet Train salah satu keunikkan Jepun merupakan kereta api terlaju di Jepun. Majoriti orang Jepun mengembara, bekerja dan ke sekolah menggunakan pengangkutan awam kereta api.  Kereta mereka hanya gunakan pada hujung minggu sahaja.

 Bullet Train Shinkasen


Jepun juga terkenal untuk inovasi teknologi. Sama ada dari segi ciptaan kamera atau kereta berjenama seperti Sony, Panasonic, Canon, Nikon, Fujitsu, Hitachi, Tajam, NEC, Epson, Toshiba Toyota, Honda, Nissan, Mazda, Mitsubishi, Suzuki dan Subaru. Jepun mempunyai bajet ketiga terbesar dunia untuk penyelidikan dan pembangunan pada $130 bilion dan telah menerima Nobel penghargaan sains di Asia. Jika anda bekerja di dunia berteknologi kita akan dapat menyelami penglibatan Jepun dalam pelbagai ciptaan teknologi yang canggih.


Antara lain yang unik di Tokyo boleh dilihat dalam semi self service yang amat popular di semua restoran, di mana jika ingin memesan makanan pelanggan dikehendaki membeli kupon makanan melalui mesin layan diri yang terletak di luar restoran kemudian pelanggan boleh memilih masakan kegemaran melalui menu mesin layan diri. Selepas dapat kupon pelanggan kena hantar kupon kepada pelayan di kaunter kemudian barulah makanan disediakan.

Mesin Kupon Makanan Di Jepun


2.  Geisha dan Kimono

“Gei” yang bererti Seni, dan “Sha” yang bererti orang yang melakukan. Dalam bahasa Jepun, Geisha 芸者 adalah 'seniman' atau kata lain bermaksud pekerja seni, atau performing artist, yang memiliki kemahiran seni Jepun peringkat tinggi seperti kaligrafi, ikebana, dan penyediaan upacara minum teh. Namun geisha lebih terkenal akan kemampuannya menari, menyanyi, dan memainkan alat muzik tradisional Jepun seperti harpa koto, shamisen banjo, dan drum taiko. Selain penampilan tarian dan nyanyian, kostum yang dikenakan geisha juga sungguh mengesankan. Kononnya setiap tahun, kostum ini dibuat khusus dan dijahit dengan menggunakan tangan. 
Geisha

Kimono pakaian tradisioanal wanita Jepun yang sangat unik. Pakaian kimono orang Jepun telah dipakai di Jepun selama 1200 tahun dahulu. Menariknya pembuatannya dilakukan lebih dari 6 bulan untuk satu kimono. Kimono-kimono sangat mahal. Hari ini ia dipakai oleh wanita, anak dan lelaki atas alasan tersendiri seperti upacara-upacara perkahwinan. Ia juga dipakai oleh golongan-golongan tertentu seperti Geisha yang berada di rumah penginapan Jepun.

Wanita Jepun Memakai Kimono

3. Cherry Blossom "Sakura"

Satu lagi keunikkan terdapat di Jepun ialah Cherry Blossom. Jika di Belanda terkenal dengan bunga Tulips, Jepun pula dikaitkan dengan Cherry Blossom atau "Sakura". Setiap tahun orang Jepun menungu  Cherry Blossom berbunga dan mereka mengadakan Hanami ia merupakan salah satu tradisi sejak Nara pada tahun (710–794). Bunga sakura merupakan simbolik kepada masyarakat Jepun. Bunga sakura menggambarkan kecantikan, ekstrem dan ajal yang cepat sering dikaitkan dengan kadar kematian dan juga sering digunakan dalam seni lukis Jepun dalam manga, animasi Jepun, filem dan muzik. Imperial Jepun menanam Cherry Blossom apabila menuntut mengalahkan wilayah dan kerajaan dan menggalakkan orang ramai untuk percaya bahawa roh pahlawan-pahlawan yang terkorban dijelmakan menjadi bunga. Bunga sakura ini hanya tumbuh selama dua minggu dalam satu tahun, jadi sangat seronok jika berpeluang ke Jepun sewaktu musim bunga.
Sakura

Cherry Blossom Lake


4. Sushi dan Sashimi
 
Jika anda masih belum cuba Sushi anda sudah terlepas satu pengalaman bergastronomi sangat berbeza. Ini salah satu keunikkan pemakanan masyarakat Jepun. Ia adalah makanan yang menggunakan "seafood" mentah dan mempunyai penggemar yang fanatik meskipun mentah namun ia mempunyai rasa yang eksotik. 


Sushi

5. Anime dan Manga

Animasi Jepun dan manga ialah sebuah dunia kesusasteraan dan seni yang  tersendiri yang sangat unik. Ia meliputi setiap topik yang dapat dibayangkan dari pelbagai watak kartun seperti doraemoon, sailormoon, mashimaroo, ultraman, ninja hingga pelbagai rekaan robot-robot perang pada masa hadapan. Di samping terbit pelbagai jenis emotikon comel seperti hello kitty dan otaku. Ia merupakan gambaran yang unik tentang dunia kesusasteraan Jepun.

Animasi dan Manga

6. Ninja, Samurai dan Sumo

Salah satu keunikkan Jepun dalam seni pertahankan diri ialah Ninja ianya lebih fleksibel. Ninja ialah pengintip Jepun feudal. Mereka mengkhusus seni tidak ortodoks perang. Ninja pada mulanya bertujuan untuk terlibat dalam pengintipan, sabotaj dan pembunuhan. Beberapa keluarga ninja terlibat dalam menguruskan syarikat-syarikat farmaseutikal besar.


Manakala samurai salah satu seni pertahankan yang unik daripada samurai terbitnya ninja, walaupun kelas Samurai telah dimansuhkan pada lewat abad ke-19 oleh Emperor Meiji. Hari ini budaya Samurai, masih  ideal dan pencak masih berjalan dengan kuat di Jepun. 



Sumo merupakan sukan orang Jepun yang sangat unik dan identik kerana atletnya mesti berbadan besar.  Olahraga sumo juga mempunyai daya tarikan tersendiri, dalam pertandingan sumo ia memiliki ritual-ritual yang unik bahkan ritual-ritual ini berjalan lebih lama daripada pertandingan sumo itu sendiri. Ritual-ritual ini tidak terlepas dari pengaruh agama.


Jadi sampai disini sahaja la dulu penceritaan aku pasal keunikan Jepun yang mempesona dan mengagumkan. Namun paling aku suka gaya zen style Jepun kerana ia sangat semulajadi, sangat cantik,  khususnya dekorasi hiasan dalaman yang berkonsepkan zen. Jadi apa lagi jom berkunjung ke Jepun dapatkan pakej murah seperti di bawah.





Pakej Pelancongan ke Jepun

Rugi rasanya jika tidak mengambil peluang sekali seumur hidup untuk menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini. Anda ingin melancong ke Jepun dengan harga bajet? Jangan risau, Japan Budget Trip [ klik ]ada untuk merealisasikan impian anda untuk ke Jepun.
pakej pelancongan ke jepun
Teringin merasai salji dan melihat keindahan bunga Sakura, Japan Budget Trip ada menawarkan pakej JAPAN BUDGET TRIP 2015 (SNOW & SAKURA) [KLIK] bagi yang berminat.
Antara tempat lawatan termasuklah Tokyo Disneyland, Day Trip to Gala Yuzawa (Ski Resort/ Shinkansen), Day Trip to Karuizawa Shopping Plaza (Shopping Plaza/ Ski Resort/ Shinkansen ride).
pakej pelancongan ke jepun
Satu lagi pakej pelancongan ke Jepun yang sangat menarik perhatian Shad adalah Japan Budget Trip - JBT : Jom ke Kansai 2015 (Osaka / Kyoto / Himeji) [klik]. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Jepun dengan harga bajet bersama dengan Japan Budget Trip. 
======================
Maklumat lanjut :
Facebook : https://www.facebook.com/japanbudgettrip
Blog : http://ayaharif.blogspot.com/

======================
pakej pelancongan ke jepun 
Entry ini ditulis khas untuk penyertaan "Bonus Awal Tahun 2015 : Pakej ke Jepun PERCUMA" di blog http://ayaharif.blogspot.com/ travel

Penaja Utama :  Japan Budget TripPenaja Bulanan/Saguhati    Travelog.my
    Azeni Ahmad
    Hawwa Firdaus
    Sitizan
    eXplorasa
    Travel And Foods Blog
    Kisahtatie


Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan

    Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
    Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
    Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
    Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
    Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

 

Sumber : Baca kat EPOP dan PakCik Google

1 comments :

JBT Rafidi berkata...

Terima kasih kerana menyokong.... artikel ygg menarik... :)


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa