
For sponsorship, advertorial, event, review products dan hal berkaitan boleh hubungi snowwhite4102000@gmail.com
Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.
Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.
Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda
Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif
Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun
Impak positif daripada kem motivasi
Save cooking time
Pelbagai variasi senarai resepi ringkas
Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb
3. Cherry Blossom "Sakura"
Satu lagi keunikkan terdapat di Jepun ialah Cherry Blossom. Jika di Belanda terkenal dengan bunga Tulips, Jepun pula dikaitkan dengan Cherry Blossom atau "Sakura". Setiap tahun orang Jepun menungu Cherry Blossom berbunga dan mereka mengadakan Hanami ia merupakan salah satu tradisi sejak Nara pada tahun (710–794). Bunga sakura merupakan simbolik kepada masyarakat Jepun. Bunga sakura menggambarkan kecantikan, ekstrem dan ajal yang cepat sering dikaitkan dengan kadar kematian dan juga sering digunakan dalam seni lukis Jepun dalam manga, animasi Jepun, filem dan muzik. Imperial Jepun menanam Cherry Blossom apabila menuntut mengalahkan wilayah dan kerajaan dan menggalakkan orang ramai untuk percaya bahawa roh pahlawan-pahlawan yang terkorban dijelmakan menjadi bunga. Bunga sakura ini hanya tumbuh selama dua minggu dalam satu tahun, jadi sangat seronok jika berpeluang ke Jepun sewaktu musim bunga.
Sakura |
4. Sushi dan Sashimi
Jika anda masih belum cuba Sushi anda sudah terlepas satu pengalaman bergastronomi sangat berbeza. Ini salah satu keunikkan pemakanan masyarakat Jepun. Ia adalah makanan yang menggunakan "seafood" mentah dan mempunyai penggemar yang fanatik meskipun mentah namun ia mempunyai rasa yang eksotik.
Sushi
5. Anime dan Manga
Animasi Jepun dan manga ialah sebuah dunia kesusasteraan dan seni yang tersendiri yang sangat unik. Ia meliputi setiap topik yang dapat dibayangkan dari pelbagai watak kartun seperti doraemoon, sailormoon, mashimaroo, ultraman, ninja hingga pelbagai rekaan robot-robot perang pada masa hadapan. Di samping terbit pelbagai jenis emotikon comel seperti hello kitty dan otaku. Ia merupakan gambaran yang unik tentang dunia kesusasteraan Jepun.
Animasi dan Manga
6. Ninja, Samurai dan Sumo
|
Salah satu keunikkan Jepun dalam seni pertahankan diri ialah Ninja ianya lebih fleksibel. Ninja ialah pengintip Jepun feudal. Mereka mengkhusus seni tidak ortodoks perang. Ninja pada mulanya bertujuan untuk terlibat dalam pengintipan, sabotaj dan pembunuhan. Beberapa keluarga ninja terlibat dalam menguruskan syarikat-syarikat farmaseutikal besar.
Manakala samurai salah satu seni pertahankan yang unik daripada samurai terbitnya ninja, walaupun kelas Samurai telah dimansuhkan pada lewat abad ke-19 oleh Emperor Meiji. Hari ini budaya Samurai, masih ideal dan pencak masih berjalan dengan kuat di Jepun.
Sumo merupakan sukan orang Jepun yang sangat unik dan identik kerana atletnya mesti berbadan besar.
Olahraga sumo juga mempunyai daya tarikan tersendiri, dalam pertandingan sumo ia memiliki ritual-ritual yang unik bahkan
ritual-ritual ini berjalan lebih lama daripada pertandingan sumo itu
sendiri. Ritual-ritual ini tidak terlepas dari pengaruh agama.
|