Khamis, 15 Januari 2015

Kanak-Kanak Digelar Overdose Vitamin





Zaman kanak-kanak memang digelar “overdose vitamin”,why i said that sebab  waktu inilah mereka akan mencuba apa sahaja tanpa memikirkan bakal risiko apa yang dicuba jika tiada peringatan atau pesanan dari parent. Jika kita lihat baby masa proses growing memang cekal dan kentalkan bermula dari proses meniarap, merangkak, dan berjalan, this time dia akan buat apa sahaja tanpa fikirkan rasa sakit walaupun sakit still lagi nak buat dan masih mencuba. Masa start berjalan berapa kali jatuh tapi lagi masih bangun untuk mencuba. Main buka almarilah pintulah tangan tersepit pulak nangis kejap then buat lagi. Zaman childhood kita dulu pun main basikal jatuh banyak kali masih belum serikkan. Belum lagi yang jatuh pokok, sungai dan macam2 lagi so sebab itulah kanak-kanak digelar "overdose vitamin" kanak-kanak ribenakan waktu ni kerana waktu ini kanak-kanak membina kekuatan tubuh badan.


Sikap mereka yang never give up harus dicontohi juga dan waktu ni parent harus ambil peluang menyuruh melakukan perkara yang mendatangkan kebaikkan buat mereka kerana waktu inilah mereka berupaya dan berkeinginan mencuba sesuatu. Contohnya aktiviti berkuda, memanah dan berenang kerana ia merupakan aktiviti sunnah Rasulullah saw. Berenang adalah aktiviti riadah sunnah kerana memerlukan kekuatan tangan dan kaki untuk sprint  swimming. Kita juga boleh bawa mereka bermain di padang seperti playground di mana aktiviti luaran seperti ini memberi kita peluang untuk melihat kecenderungan, potensi dan kebolehan anak-anak kita.





Berbalik artikel Puan Lina Karim memang ramai ibu bapa sangat protective. Ada ibu yang tersangat protective akan mengikut seperti ‘Mak Guard’ yang jadi pengawas kemana saja anak mereka pergi.  Mereka sangat ‘menjaga’ anak mereka. Perkataan popular di taman permainan adalah  “jangan..nanti jatuh” selalu berlegar setiap hari. Inilah yang menyekat keupayaan kanak-kanak dari meneroka dunia dan kita pula tidak akan tahu kebolehan, keupayaan serta potensi mereka.






Teringat zaman kanak-kanak aku dahulu jika bermain memang tak hengat panjat pokok ceri jatuh patah tangan masih tak serik. Penah skirt tersangkut pada pokok dan masa kedudukan macam monyet bergayut atas pokok rasa malu bila terpaksa panggil orang dewasa turunkan tapi masih tak serik.Panjat tingkap then tergelincir berjahit tangan tapi masih tak serik2. Dulu balik sekolah terus keluar main then pegi ke mana2 pun tak bagitau ma, ma pun kadang2 tak risau sangat sebab tahu anak akan balik. Berbeza zaman sekarang mak atau ayah kena jadi guard lah pantau anak-anak main kena lebih protective almaklumlah bermacam-macam  kes kanak-kanak hilangkan. 

Kalau dulu kebanyakkan ibu adalah suri rumah sepenuh masa yang sentiasa sibuk menyediakan keperluan anak-anak hingga tiada masa untuk menemani anak-anak setiap kali dibenarkan keluar bermain. Cuma pesannya, “Main baik-baik, jatuh jangan nangis nanti ma anta hospital terus biar doctor inject”. So kalau jatuh bangunjerlah lap jer pasir yang melekat tu then main balik nanti kalau bagitau ma atau abah lagi tambah sakit sebab suruh doctor inject hahah, memang kelakar bila dikenang semula. Rasanya kanak-kanak zaman sekarang tidak berpeluang melakukan seperti itu sebab ibu bapa sentiasa berada depan mata. Kannnn.....





Ada buruk baiknya jika diberi kebebasan kanak-kanak bermain seperti kita dahulu. Pengalaman bermain tanpa pengawasan seperti itu membuatkan kita bebas melakukan aktiviti dan apa sahaja and non stop bila bermain sakit sikit jer masih bermain. Keburukannya adalah, kita belajar untuk menyembunyikan perkara dari ibubapa kita. Walaupun akhirnya mereka tahu jua namun perbuatan seorang anak menyembunyikan kesakitan mereka adalah satu petanda yang tidak baik. Lebih-lebih lagi di zaman sekarang. Di zaman cabaran di mana jika kita tidak menjadi kawan mereka, masyarakat luar akan menjadi kawan mereka pula. Maka, jangan terlalu melarang apa yang mereka mahu mencuba. Maklumkan risikonya dan suruh mereka berhati-hati jika mahu melakukan.


Di sini boleh dirumuskan reaksi dan kata-kata ibu bapa jika anak mereka terjatuh, atau terhantuk dan sebagainya ketika keluar bermain. Bayangkan mereka mengatakannya dengan memek muka dan lenggok badan  kerana kanak-kanak bukan hanya mendengar, mereka juga melihat cara kata-kata itu dikeluarkan dari mulut kita. Ada 3 senario disini jika anak jatuh :


Buatlah lagi! Kalau jatuh nanti mama tambahkan sakitnya.. (anak cuba menyembunnyikan kesakitan akan datang)


Haa.. kan dah kena dah tu! Tulah mama dah kata jangan buat, tapi kenapa pegi buat juga? (anak tidak termotivasi lagi untuk mencuba. Terlalu banyak pengalaman ibu menyebut jangan, dan setiap kali mereka lakukannya ditimpa musibah (kata-kata ibu adalah doa),  menyebabkan mereka menukarkan perkataan ‘jangan’ dilakukan kepada ‘mustahil ia boleh dilakukan. 


Sakit ke? Allah jadikan anak mama kuat. Alhamdulillah. Semua perkara perlu latihan. Takpe lain kali hati-hati ya.

  
Sepatutnya  ibu no 3 menjadi aspirasi buat ibu bapa zaman sekarang


Sebab utama harus menjadi ibu no. 3 adalah kerana tidak mahu mereka melakukan apa yang kita lakukan dahulu iaitu menyembunyikan kesakitan mereka. Aku mahu jadi kawan, teman, pemberi semangat dan juga orang yang pertama mereka pilih untuk mengadu jika mereka mempunyai apa-apa kesakitan atau masalah.

 Gambaran lukisan semangat seekor kucing ingin tahu dan mencuba...hehehe
 
Mungkin kerana amalan ini juga menyebabkan mereka sangat lasak hingga mereka digelar kanak-kanak "overdose vitamin". Apa pun bagi aku kerana cara inilah yang menyebabkan tubuh dan pancaindera mereka kuat. Bukan mudah melahirkan seseorang yang sentiasa bersikap positif. InsyaAllah dengan cara menguruskan mereka ketika bermain akan menanam dan membina sikap positif dalam diri anak-anak kita kelak insyaAllah.


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa