Isnin, 12 Januari 2015

Bila Anak Mula Bersekolah dan Berkawan


 Gambar haikal masa register darjah 1

Hari ini sesi persekolahan 2015 bermula setelah sebulan lebih anak-anak menikmati cuti persekolahan.Anak-anak akan jadi semangat ke sekolah kalau ada kawan atau geng yang sekepala atau soulmate la. So betullah nyanyian kumpulan brothers "teman sejati" untuk menemani perjuangan suci..eceeceee. Aku tertarik dengan explaination Puan Lina Karim tentang perihal anak-anak harus memilih kawan bukan untuk mencari kawan yang berbeza darjat ataupun warna kulit tetapi kita harus mengajar anak dalam memilih kawan. Kita mengajar mereka diskriminasi? Ada yang berkata biarkan mereka berkawan dan jika kawan yang dikawannya itu tidak baik, doakan supaya kawannya itu berubah menjadi orang yang baik, semoga kemudian anak kita akan menjadi baik juga. Bermakna ini adalah usaha satu hala. Kita tidak memberikan mereka ilmu mencari kawan, mengingatkan mereka tentang syaitan yang sentiasa mencari jalan cara untuk menyesatkan mereka melalui ‘pengaruh kawan’ dan kita hanya mengharapkan yang terbaik dengan hanya berdoa.  Allah juga telah memperingat dan mengisyaratkan manusia dalam usaha mencari kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu BERSAMA-SAMA ORANG YANG BERSIFAT BENAR.” (Surah at-Taubah, ayat 119)



Pertama, kita sebagai ibubapalah yang sepatutnya menjadi kawan terbaik dalam hidup anak kita bermula dari mereka masih kanak-kanak hingga menginjak ke zaman alam remaja. Jika kita tidak dapat meminjamkan ‘masa’, ‘telinga’ dan ‘mata’ kita untuk anak, maka jangan salahkan mereka untuk mencari kawan diluar dan akhirnya lebih mempercayai kawan mereka daripada kita sendiri. Cerita Nabi Yusuf adalah contoh terbaik dalam peranan ibubapa dalam menjadi kawan baik kepada anaknya. Orang pertama yang Nabi Yusuf ceritakan perkara yang mengganggu fikirannya, bukanlah kawan sepermainannya tetapi bapanya iaitu Nabi Yaakob. Dari situ kita tahu hubungan bapa dan anak ini telah lama dibentuk dan ianya berlandaskan kepercayaan antara satu sama lain.



Didalam surah Yusuf dan Surah Luqman, ada banyak pengajaran tentang Parenting/Keibubapaan. Ia bukanlah hanya satu cerita lama yang berlaku di zaman dahulu kala. Ia sangat relevan dalam konteks mendidik anak dizaman ini.

Mengajar anak dalam mencari kawan yang baik adalah seperti mengajar mereka LIFE & SOCIAL SKILL. Kita harus sentiasa nasihatkan anak tentang pengaruh rakan walaupun mereka tidak tahu apa-apa lagi tentang kehidupan. Bila mereka berjumpa dengan kawan baru, pengalaman baru atau apa sahaja, pasti mereka balik bercerita tentang kawan mereka dengan saya. Walaupun ada kalanya cerita mereka itu ada yang pahit untuk didengar, tetaplah bersama mereka hingga habis mereka meluahkannya. Kemudian barulah nasihatkan mereka cara berlapik dan halus.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari & Muslim, sabda Rasulullah s.a.w: 

Perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik adalah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun berkawan dengan pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun kamu akan membeli daripadanya sedikit ataupun dapat mencium daripadanya bau yang wangi itu. Manakala berkawan dengan tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk.

 Selain mengajar dan menasihati dalam memilih kawan, pendedahan persekitaran yang kita dedahkan juga menggalakkan mereka kepada kawan yang baik. 

 Contohnya sekolah yang kita hantar atau aktiviti extra curricular seperti kelas renang, berkuda, memanah. Sekarang setiap sekolah jika sesi pagi ada sekolah agama (KAFA) waktu petang or jika sesi petang ibu bapa akan hantar anak-anak ke sekolah agama waktu pagi. Di sini mereka melihat gelagat dan tingkah laku kawan dari perspektif tersendiri. Ini semuanya akan menimbulkan keinginan yang sama. Keinginan untuk berdaya saing.





Memang bukan mudah mendapatkan suasana yang terbaik untuk anak kita. Tetapi ianya bukanlah mustahil. Semua ini tidak akan dapat terlaksana jika (sebagai contoh sahaja) kita tidak mahu mengorbankan atau melepaskan waktu menonton drama bersiri setiap petang, selepas pulang dari kerja. Pelbagai drama bersiri di pelbagai channel seperti Filipina, Korea, mahupun drama Melayu yang terdapat pelbagai slot. Selepas itu jika mereka ingin menonton TV kita tidak membenarkan dan suruh mereka belajar sahaja. Terus terang aku katakan aku juga selalu menangis menonton cerita Filipina, Mexico dan Hindustan ketika kanal2 dan remaja dulu dan kemudian sedar akan membazirnya airmata saya itu dan berjanji tidak akan menontonnya lagi. Sekarang sudah berpuluh tahun saya tidak menonton TV

Arwah abah penah pesan jika mahu menangis, menangislah kerana Allah. Menangislah jika sedih dan sedih itu kerana Allah. Menangislah jika sakit dan sakit itu kerana Allah. Untuk tidak menunjukkan kelemahan kita, maka janganlah kita menonton TV itu didepan mereka. Selain banyak masa terbuang, sebenarnya masa itu adalah masa untuk mereka berinteraksi dengan kawan-kawan dengan pertolongan kita yang sentiasa berada disisi mereka. Ianya akan memberi semangat dan daya saing sambil mengasah kemahiran yang perlu dipelajari oleh mereka.



Sumber: Islamic Parenting

0 comments :


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa