Isnin, 19 Januari 2015

Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama




 Credit to Google Plus

Jepun sememangnya destinasi pelancongan utama yang terbaik bagi mereka yang berminat dan menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Aku memang sangat teruja jika diberi kesempatan melancong dan bercuti di Jepun kerana aku dan generasi sekarang membesar dengan siri anime Jepun seperti Doraemoon dan Ultraman. Apa yang paling menarik keinginan untuk ke Negara Matahari Terbit ini bukan hanya tempatnya yang cantik dan menarik tetapi ianya digamit perasaan untuk mengetahui dan mendalami masyarakat Jepun itu sendiri.  Mereka adalah satu-satunya antara bangsa berdisiplin dan rajin bekerja di dunia, daripada sikap ini Tun Dr Mahathir mengilhamkan “Dasar Pandang Ke Timur” agar kita mencontohi cara masyarakat Jepun bekerja dan kecanggihan teknologi mereka. Kebangkitan Jepun selepas dibom  di Hiroshima dan Nagasaki dan bencana alam seperti Tsunami sememangnya menggambarkan masyarakat Jepun sebagai satu bangsa yang gigih, cekal dan kental.


Di samping itu Jepun adalah destinasi yang mempunyai tempat-tempat menarik yang cantik contoh bandar Tokyo merupakan tempat bersejarah yang ikonik. Apa yang paling menarik adalah keunikan percampuran antara budaya Timur dan Barat, yang baru dan lama. Makan angin ke Jepun ibarat mengunjungi sebuah tempat paling moden di Asia berbanding tempat lain di dunia. Satu lagi Jepun sangat sinonim antara negara paling bersih di dunia. Ini menambahkan lagi keterujaanku.








 Credit to Google Plus

Jika berpeluang ke Jepun jangan lepaskan peluang melawat  satu bandar  di tengah-tengah Jepun yang merupakan destinasi alaf sejarah yang terkenal dengan konsep “zen garden” sememangnya gaya dekorasi konsep zen menjadi inspirasiku kerana ia bersifat alam semulajadi. Di Kyoto kita berpeluang menyelami tradisi, adat resam seperti upacara teh,  gubahan bunga, kimono dan Maiko. Kyto juga adalah tempat popular dengan “cherry blossoms” iaitu bunga sakura bertempat di Taman Tenshochi. Jom kita alami hospitaliti, mistik, budaya, kesibukan, dan ketenangan yang menjadikan Kyoto destinasi pelancongan utama Jepun. 
Upacara Minum Tea 
Credit to Google Plus


Selain dari ingin mengetahui tentang teknologi seperti gajet dan robot juga penghasilan kartun Anime dan Manga serta sukan Sumo, jika berpeluang ke Jepun aku hendak sangat naik kereta api laju iaitu “bullet train” di Shinkasen. Ianya merupakan pengangkutan paling efisyen di Jepun namun begitu masyarakat Jepun masih menggunakan basikal ke tempat kerja, sekolah dan membeli belah, betul-betul menggamit nostalgia masyarakat Jepun ini.


Jika berpeluang ke Jepun juga, selain ingin mengetahui tradisi purba Jepun seperti Samurai dan tempat diciptanya makanan Sushi terasa ingin sekali menakluk Gunung Fuji. Gunung Fuji sangat sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak sudah tentu ia akan melakar detik-detik memori paling manis dan terindah jika berpeluang menaklukinya.





 Credit to Google Plus


Jadi secara ringkasnya dapat dirumuskan Jepun sememangnya destinasi pelancongan utama. Antara 10 tempat menarik yang mendapat undian daripada pelancong melalui  website “Trip Advisor” adalah seperti berikut:

1. Fushimi Inari Shrine – Kyoto

2. Hiroshima Peace Memorial Park – Hiroshima

3. Miyajima Island / Itsukushima Shrine – Hiroshima

4. Kinkakuji – Kyoto

5. Todaiji Temple – Nara

6. Mt. Takao / Okunoin Temple – Tokyo

7. Kiyomizu Temple – Kyoto

8. Shinjuku Gyoen Park – Tokyo

9. Hakone Open-Air Museum – Kanagawa

10. Shinshoji Temple / Naritasan – Chiba



Pakej Pelancongan ke Jepun

Rugi rasanya jika tidak mengambil peluang sekali seumur hidup untuk menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini. Anda ingin melancong ke Jepun dengan harga bajet? Jangan risau, Japan Budget Trip [ klik ]ada untuk merealisasikan impian anda untuk ke Jepun.

pakej pelancongan ke jepun

Teringin merasai salji dan melihat keindahan bunga Sakura, Japan Budget Trip ada menawarkan pakej JAPAN BUDGET TRIP 2015 (SNOW & SAKURA) [KLIK] bagi yang berminat.

Antara tempat lawatan termasuklah Tokyo Disneyland, Day Trip to Gala Yuzawa (Ski Resort/ Shinkansen), Day Trip to Karuizawa Shopping Plaza (Shopping Plaza/ Ski Resort/ Shinkansen ride).

pakej pelancongan ke jepun

Satu lagi pakej pelancongan ke Jepun yang sangat menarik perhatian Shad adalah Japan Budget Trip - JBT : Jom ke Kansai 2015 (Osaka / Kyoto / Himeji) [klik]. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Jepun dengan harga bajet bersama dengan Japan Budget Trip. 

======================

Maklumat lanjut :
Facebook : https://www.facebook.com/japanbudgettrip
Blog : http://ayaharif.blogspot.com/

======================

pakej pelancongan ke jepun 

Entry ini ditulis khas untuk penyertaan "Bonus Awal Tahun 2015 : Pakej ke Jepun PERCUMA" di blog http://ayaharif.blogspot.com/

Penaja Utama : Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie
Hadiah Utama: 1 Package ke Jepun bersama JBT
Hadiah Bulanan

Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30




6 comments :

JBT Rafidi berkata...

Terima kasih kerana meyertai... :)

Akula berkata...

teruja jika diberi kesempatan :)

adarain berkata...

Bestnya kan kalau dapat ke Jepun lagi-lagi kalau musim berbunga pink. hehe

Akula berkata...

best kalau dpt tgk cheery blossom dari dekat

Peron berkata...

Bestnya, saya tengah plan nak pergi Jepun juga dalam 2 tahun ni :)

Boleh admin share sikit lagi info tentang Jepun. Thank you.

Sekiranya sesiapa memerlukan servis membina laman web, boleh layari http://www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ .

Harap info yang saya share membantu anda.

Akula berkata...

Kalau nak pegi tru pakej saya rekomen JBT (Japan Budget Trip) http://ayaharif.blogspot.com/


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa