Selasa, 6 Januari 2015

Ibu Bapa Harus Belajar Cara Mengendong Anak

Jika kenang kembali peristiwa banjir yang yang berlaku baru ini pasti ada yang menitiskan air mata khususnya pada mangsa yang terlibat. Apa yang dilalui tidak dapat dirungkai dengan kata-kata hanya linangan air mata sahaja yang mampu menafsirkan cerita. Begitulah hebatnya kuasa Allah kita sebagai hamba harus kembali kepada Allah dan menerima ia sebagai takdir dan hikmah terbaik yang tersirat. Janganlah kita sebagai hamba berprasangka buruk dengan apa yang telah terjadi dan menuding jari menyalahkan sesiapa, seharusnya dugaan dan ujian getir ini dijadikan pengajaran agar kita tidak terus alpa dan khilaf dengan kehidupan dunia kerana bumi menangisi pelbagai tindakan buruk kita.



Apa yang terjadi pada  Suhana 34 adalah salah seorang mangsa banjir sangat menyayat hati. Sewaktu air mulai naik Nor Adriana Adila Asrol Afendi berada dalam dukungan Suhana ketika dia bersama lima anaknya dan ibu bapanya mahu menyelamatkan diri selepas rumahnya di Kampung Kuala Bertam dinaiki air yang sangat deras meranapkan bumbung rumah tempat berlindung sekali gus menghanyutkan mereka sekeluarga. Bayinya Nor Adriana Adila Asrol Afendi terlepas dukungan. Ibu malang yang kehilangan bayi berusia 20 bulan dipercayai lemas akibat banjir. Anaknya yang bongsu terlepas dari dukungan dan dia sempat berpaut pada pokok rambutan dan kemudian mereka diselamatkan oleh penduduk kampung.








So di sini melalui kejadian ini dan pelbagai kejadiaan lain, pada pendapat aku setiap ibu bapa harus belajar cara mengendong bayi menggunakan kain tak kisah lah ape pun even kain batik lepas boleh dibuat kendong macam orang indon tu. Ibu bapa harus tahu pentingnya mengendong anak dengan cara yang betul. Maybe pembelian babywearing seperti  ssc yang brand agak kurang berkemampuan  bagi mereka tapi mereka boleh cuba cara mengikat kain untuk mengendong anak agar anak sentiasa dalam pelukan dan dakapan agar lebih secure.





Boleh ikuti salah satu langkat mengikat kendong menggunakan kain


Atau sekarang zaman teknologi boleh search di youtube teknik2 mengikat kain untuk dijadikan kendong termasuk kain batik lepas.:). 


Tapi jangan pulak menggunakan cara di bawah untuk membawa bayi bersiar2. Kes ini berlaku di China. Ramai yang menyelar tindakan si ibu membawa bayi secara begini walaupun tujuannya sekadar bergurau. Tindakanya seperti menyamakan anaknya dengan binatang peliharaan.




4 comments :

Tanpa Nama berkata...

Perkongsian yang sangat bagus. Sebelum ni saya sendiri tak terfikir nak guna kain sarung jadi bahan untuk gendong baby. TQ sis!

anamizu berkata...

dedulu mmg mak2 kita gendong cmni je kan kak kan..

Akula berkata...

Tula sebenarnya banyak cara blh digunakan untuk mendukung anak

Akula berkata...

Betul tu kalu tak cmne org dedulu blh wat anak smpai 10 hehehe


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa