Keistimewaan Anak Perempuan
Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.
Kanak-Kanak Overdose Vitamin
Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.
Resepi Bayi
Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda
Genius
Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif
Bestnyer Main Buih Sabun
Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun
Impak Kem Motivasi
Impak positif daripada kem motivasi
Tips Cepat Masak Untuk Ibu Sibuk Bekerja
Save cooking time
Senarai Simple Recepi For Breakfast
Pelbagai variasi senarai resepi ringkas
21 Tempat Menarik Di Malaysia
Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb
Rabu, 30 Disember 2015
Amalan Doa Untuk Kebahagiaan Suami Isteri Rumahtangga dan Keluarga
1:27 PG
No comments

Doa utk ahli keluarga kembali ke pangkal jalan
Allah
SWT sedang menguji keimanan dan kesabaran anda ketika ini. Jangan cepat
mengalah dan pasrahlah terhadap ujian-Nya kerana sabar itu separuh
daripada iman. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan selepas
solat dibaca agar suami atau isteri yang telah melampaui batasan kembali
kepangkuan anda. Baca sekurang-kurang 3 atau 7 kali setiap kali solat
sambil mengharapkan Allah SWT memberi hidayah kepada anda dan pasangan
anda. Semoga memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin..
Surah Ali Imran Ayat 200
Maksudnya:
Amalan doa untuk keluarga Bahagia

Buatkan air penawar untuk anak2 dan keluarga
Baca ayat-ayat ini pada air tersebut
1. Istigfar Astagfirilullah Al Azim- 3 kali
2. Baca surah Al-Fatihah - 1 kali
3. Baca Al-Qursi - 1 kali
4. Baca 3 Qul - 1 kali setiap satu
5. Baca surah Al-Hasyir (Lau Anzal Na ayat 21 hingga ending) - 1 kali
6. Baca surah Thaha (ayat 1 hingga 5) - 3 kali
7 Selawat syifa' - 3 kali
Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin
tibil qulubi wa dawaaaeiha, wa 'afilyati abdaani wa shifaaaeha,
wa nuril absari wa diyaaeiha,
wa 'ala alihi wasohbihi wabarikh wasallim...
1. Istigfar Astagfirilullah Al Azim- 3 kali
2. Baca surah Al-Fatihah - 1 kali
3. Baca Al-Qursi - 1 kali
4. Baca 3 Qul - 1 kali setiap satu
5. Baca surah Al-Hasyir (Lau Anzal Na ayat 21 hingga ending) - 1 kali
6. Baca surah Thaha (ayat 1 hingga 5) - 3 kali
7 Selawat syifa' - 3 kali
Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin
tibil qulubi wa dawaaaeiha, wa 'afilyati abdaani wa shifaaaeha,
wa nuril absari wa diyaaeiha,
wa 'ala alihi wasohbihi wabarikh wasallim...
Tips untuk kekal cantik dan awet muda untuk suami
Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4
Kali ni saya nak berkongsi kelebihan
surah Yusuf ayat 4, ianya bagus diamalkan jika kita sentiasa perlu berjumpa
orang atas urusan kerja.
IZQOO..LAYUU..SUFULI..ABII..HIYAA..ABATII..INNII..RO..AI..
TU..AHADA..’A..SHAROKAUKABAA. WASHH..SYAM..SAWALQOMARORO..AI..TUHUM..LII..SAA.JIDIN.
Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada
ayahnya,“Wahai
Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan
bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”
Khasiat ayat ini :
1 - Manis dipandang orang.
2 - Wajah menjadi berseri-seri.
3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.
1 - Manis dipandang orang.
2 - Wajah menjadi berseri-seri.
3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.
Kemudian
sambung Surah Thaahaa Ayat 39
“Wa-alqayka
‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)
Bermaksud:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)
Caranya:
Setiap
kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini.
Untuk dapatkan kesan yang baik,
hendaklah diamalkan selalu membaca
dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca
di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini
setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Cara mengamalkannya :
- Baca Kedua-dua potongan surah yusof ayat 4 dan surah taaha ayat 39.
- Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda.
- Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh.
- Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf, ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Taha, ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf. Paling mudah sebelum baca ayat, mulakan dengan bacaan ta'awwuz (A'uzubillahi Minash Shyaitan nir Rajeem) terlebih dahulu.
Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri
Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
· ambil air segelas
· baca al-Fatihah sekali
· Ayatul Qursi sekali
· Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
· Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
![]() |
Surah al-waqiah ayat 35 -38 |
Cara 2:
Zikir
di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran
dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
- Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
- Baca ” Ya Nur ” 1x
- Baca ” Ya Hadi ” 1 x
- Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
Cara 3:
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
- Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
- Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Selasa, 29 Disember 2015
Amalan Doa Ibu Bapa Terbaik Untuk Anak
Amalan2 terbaik untuk anak mengikut urutan. Sebagai sudah tentu inginkan yang terbaik untuk anak jom kita amalkan doa2 di bawah untuk anak2 kita.
1. Semasa tidur amalkan ayat di bawah agar mudah mendidik anak2
Sapu air lebihan wudhu pada muka dan ubun-ubun anak.
2. Setiap kali selesai solat baca ayat di bawah moga anak2 kita dan keturunan kita di kalangan orang2 yang tawaduk mengerjakan solat.
Rabbi ajal' ni muqeema salati wamin dzurriyati rabbana wataq abba dua
Surah Ibrahim Ayat 40
3. Jika anak2 berangkat ke sekolah baca ayat ini dengan meletakkan tangan di ubun2 mereka. InsyaAllah
Berdoalah untuk anak anda hari ini...
Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم
Anak lelaki :
ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WAALLIM HUTAAWIL
Anak Perempuan :
ALLAHUMMA FAQQIHHA FIDDIN WAALLIM HATAAWIL
Bermaksud: "Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarlah kepadanya tentang kefahaman Al-Quran."
Doa ini telah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas RA sewaktu beliau berusia 6 tahun. Alhamdulillah, beliau telah dilantik jadi Mufti di Baghdad semasa berusia 13 tahun dan menjaga solat.
4. Buat air sebagai bekal anak2 ke sekolah moga hati mereka terang dapat menerima ilmu dengan mudah. InsyaAllah
Bagi anak-anak minum air
yang telah didoakan. Anda tak perlu hantar air kepada ustaz-ustaz, tapi ibu atau bapa boleh buat sendiri. Ini caranya
Sediakan 1 botol air untuk setiap orang anak. Kalau 2 anak, 2 botol dan seterusnya. Boleh bawak untuk bekal ke sekolah air tersebut
Baca ayat 19 daripada
surah Al Kahfi. Berhenti pada perkataan “walyatalattof…” dan niatkan “Ya
Allah, terangkan hati anakku xxxx sebagaimana matahari menerangi alam.”
Dan terus sambung sampai habis. Dah habis tu, tarik nafas sikit dan
hembus dalam air yang disediakan.
Pastikan masa anda baca tu botol dibuka tutupnya.
Juga buat bacaan sebanyak 3x.
Bila masa yang sesuai buat ni? Untuk 1 botol yang lengkap, anda perlu
buat pada selepas solat maghrib malam Jumaat, solat isyak malam Jumaat
dan solat subuh pagi Jumaat.
Boleh juga buat air penawar untuk anak2 setiap kali lepas solat dengan membaca surah2 ini pada air minuman bersih
Caranya: Baca ayat2 ini dan hembuskan pada air minuman yang bersih.
1. Surah al-Fatihah : 17 X
2. Ayat Kursiy : 17 X
3. Surah al-Ikhlas : 17 X
4. Surah al-Hasyru, ayat 21-24 : 17 X
Sebaiknya
air penawar ini kita minum 3 hari berturut-turut tanpa minum air jenis
lain. Insyaalah, kita berusaha, Allah jua yang Memustajabkan.
Kadang-kadang ustazah doa dulu sebelum bagi anak-anak minum:
"
Ya Allah...aku ibu yang lemah, banyak khilaf dan salah. Aku mohon
keampunanMu ya Allah, atas setiap rezeki yang telah ku suap ke dalam
mulut anak-anakku hingga menjadi darah daging mereka. Barangkali, ada
yang tidak jelas ( syubhah), ada yang kotor, ada yang tidak berkhasiat
untuk tubuh badan dan akal fikiran mereka. Ampnkan aku Ya Allah, aku
bermohon agar Engkau sucikan tubuh badan mereka dari segala yang memberi
mudarat, berikan mereka kesihatan yang terbaik, kecerdasan dan
kefahaman dalam segala urusan agama, kekuatan hafazan dan segala yang
terbaik untuk mereka."
Sama-sama ya , kita doa agar anak2 kita menjadi hamba Allah yang soleh, tidak tertimpa musibah pada agama mereka.
5. Jika ke sekolah sudah ibu bapa risau akan keselamatan anak2 tambah2 sekarang banyak kes penculikkan..buli
..rogol..bunuh..cabul dan sebagainya. Kita tidak mampu untuk sentiasa
dekat bersama mereka kerana mereka perlu ke sekolah dan kita perlu
mencari rezki. Jadi jom amalkan ayat ini.moga anak kita diperlindungan
dan terselamat dari bahaya. Amin...
Boleh juga amalkan ayat ini dari Bonda Siti Aminah ibu Rasullah saw membaca doa ini sewaktu mengandungkan Baginda
ٲﻋﻴﺬﮦ ﺒﺎﻠﻮﺍﺤﺪ ﺍﻠﺼﻤﺪ ﻤﻦ ﺸﺮ ﻜﻞ ﺬﻱ ﺣﺎﺴﺪ
“Uu i’zuhu bilwahidisshomadi min syarri kulli zi hasidin”
ertinya: Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi
tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.
Untuk anak perempuan amalkan ayat ini
Doa elak ANAK PEREMPUAN dirogol/dicabul/dizalimi

Maksudnya:
“Ya
Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman
denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk
suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan
orang zalim”
7. Jika anak2 nakal2 sangat..tak mau dengar cakap..Yang suka marah-marah..
1.bancuh satu mug minuman panas..Bacakan ayat
Alam Aq had ilaikumYaa bani Adama
alla..takq budussyaiton..Innahulakum aduwummubin..baca 3 kali dan hembus
diair tu..Selawat keatas Nabi Muhammad SAW..Tutup mug tu dgn
piring..Kalau dia nak minum,suruh dia minum air tu
8. Jika mempunyai adik beradik yang ramai amalkan ayat untuk mengelakkan mereka sering berkelahi
Baca surah al Fatihah dan selawat.
Ini
diikuti dengan bacaan surah al Insyirah sebanyak 7 kali
kemudian bacakan ayat 200 dari surah ali-Imran serta doa
berikut " Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim ".
Selepas itu dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada
anak anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak
anda pada setiap malam.
Khamis, 24 Disember 2015
DOA PEMBUKA APA2 YG TERTUTUP
*) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah.
*) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat.
*) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup.
*) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup.
*) Hati yang tertutup utk berkahwin.
Surah al Fath
[1]
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
[2]
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
[3]
Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
[4]
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[5]
(Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar
KISAH INDAH NABI MUHAMMAD SAW dan SITI KHADIJAH r.a.
Kisah indah Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah r.a. selalu berkesan untuk dibaca, dikenang dan diteladani. Cinta sejati dan kesetiaan mencintai diukur setelah perkahwinan, bahkan lebih terbukti setelah kepergian yang dicintai.
Kendati Nabi Muhammad SAW sangat mencintai Aisyah r.a., namun cinta Baginda kepada Siti Khadijah r.a. pada hakikatnya melebihi cintanya Baginda kepada Aisyah r.a., bahkan cinta itu melebihi semua cinta yang dikenal umat manusia terhadap lawan jenisnya. Sementara hikayat tentang cinta, seperti Romeo dan Juliet, Lailah dan Majnun, tidak teruji melalui kehidupan bersama mereka sebagai suami isteri. Kerana itu, sekali lagi dikatakan bahwa cinta Rasulullah SAW kepada Siti Khadijah r.a. adalah puncak cinta yang dipendamkan oleh seorang laki-laki kepada perempuan dan sebaliknya.
Sangat besar rasa cinta Rasulullah SAW kepada Siti Khadijah, sehinggakan Aisyah r.a. mengatakan dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, “Tidak pernah aku merasa cemburu kepada seseorang pun dari isteri-isteri Rasulullah seperti kecemburuan ku terhadap Siti Khadijah. Padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah seringkali menyebut-nyebutnya. Jika ia memotong seekor kambing, ia potong-potong dagingnya, dan mengirimkannya kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah".
Maka aku (Aisyah r.a.) pun berkata kepadanya (Rasulullah SAW) :, “Sepertinya tidak ada wanita lain di dunia ini selain Khadijah…!”
Maka berkatalah Rasulullah SAW ::,
“Ya, begitulah ia, dan darinya lah aku mendapatkan anak.”
Dalam suatu riwayat dikisahkan, suatu saat Aisyah r.a. merasa cemburu, lalu berkata :,
“Bukankah ia (Siti Khadijah r.a.) hanya seorang wanita tua dan Allah telah memberi gantinya untuk mu yang lebih baik darinya?" (maksud Aisyah yang menggatikan Khadijah r.a. adalah dirinya). Maka Aisyah r.a. pun marah sampai berguncang rambut depannya.
Lalu Baginda SAW bersabda :,
“Demi Allah..! Ia tidak memberikan ganti untuk ku yang lebih baik darinya. Siti Khadijah telah beriman kepada ku ketika orang-orang masih kufur, ia membenarkan ku ketika orang-orang mendustakan ku, ia memberikan hartanya kepada ku ketika manusia lain tidak mahu memberi kepada ku, dan Allah memberikan anak darinya untuk ku dan tidak memberikan ku anak dari yang lain.”
Maka aku (Aisyah r.a. berkata di dalam hati :,
"Demi Allah, aku tidak akan lagi menyebut Siti Khadijah r.a. dengan sesuatu yang buruk selama-lamanya.”
Ketika Aisyah r.a. ingin menampakkan kelebihannya melebihi Siti Khadijah r.a., ia berkata kepada Fatimah r.a., (Puteri Nabi SAW dari Siti Khadijah r.a.) :
“Aku adalah gadis ketika dinikahi ayah mu sedangkan ibu mu adalah janda ketika dinikahi oleh ayah mu.”
Rasulullah SAW yang mendengar ucapan ini dari puterinya yang mengeluh lalu bersabda :
"Sampaikanlah kepadanya : ”Ibu ku (maksudnya Siti Khadijah r.a.) lebih hebat dari engkau, beliau menikahi ayah ku yang jejaka, sedang engkau menikahinya saat ayah ku duda.”
Disamping itu Rasulullah SAW tidak memadu Siti Khadijah r.a. dengan mana-mana wanita lain, sedangkan semua isteri-isteri selainnya dimadukan.
Teman-teman Siti Khadijah r.a. pun masih diingati oleh Rasulullah SAW dan berpesan kepada puteri-puteri Baginda agar terus menjalin hubungan kasih dengan mengirimkan hadiah, walaupun yang hanya sederhana kepada mereka.
Ketika Fath Makkah, yakni hari keberhasilan Rasulullah SAW memasuki kota Mekkah bersama kaum Muslim, Baginda berkunjung ke lokasi tapak rumah Siti Khadijah r.a., kerana rumah itu sendiri telah tiada. Baginda SAW juga pada hari itu menyendiri, di tengah-tengah kesibukan bersama pasukan kaum Muslim, dengan seorang wanita tua sambil bercakap-cakap dengan wajah yang berseri-seri.
Aisyah r.a. yang melihat hal tersebut bertanya :
”Siapakah orang (wanita tua) itu dan apa yang dibicarakannya?”
Ternyata wanita tua itu sebenarnya adalah sahabat karib Siti Khadijah r.a. dan pembicaraan Nabi SAW dengannya berkisar pada kenangan manis masa lalu sewaktu bersama Siti Khadijah r.a..
Gerak langkah, suara dan ketukan pintu yang biasa dilakukan Siti Khadijah r.a. pun masih terus segar dalam benak dan pikiran Baginda SAW. Suatu ketika Baginda SAW mendengar langkah, ketukan dan suara yang serupa.
Lalu Baginda berkata :
"Ini mirip cara langkah dan ketukan Khadijah".
Kebetulan yang datang itu adalah Hala (saudara perempuan Khadijah ra.) dan ternyata dugaan Baginda SAW itu benar.
Demikianlah keagungan cinta Rasulullah SAW kepada Siti Khadijah r.a., yang akan tetap terukir indah di sepajang zaman.
Subhanallah,,,,.
Semoga semua wanita-wanita yang membaca status ini akan bernasib atau senasib seperti ibunda kesayangan kita Siti Khadijah r.a..... yang selalu dirindukan suaminya, walaupun telah tiada sekali pun....
Bagaimana Ingin KHUSYUK Dalam SOLAT
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.
Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya ::, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata ::, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya ::, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata ::, ""Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan TUJUH PERKARA :-
* Bertaubat,
🔴
* Menyesali segala dosa yang telah dilakukan,
🔴
* Tidak tergila-gilakan (menghambat) dunia,
🔴
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya'),
🔴
* Tinggalkan sifat berbangga diri,
🔴
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu, dan
🔴
* Meninggalkan sifat dengki, khianat dan dendam.
Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggota ku dan aku menghadap 'QIBLAT'.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan ::
1⃣ Aku sedang berhadapan dengan Allah SWT,
🔴
2⃣ SYURGA di sebelah KANAN ku,
🔴
3⃣ NERAKA di sebelah KITI ku,
🔴
4⃣ MALAIKAT MAUT berada di BELAKANG ku, dan
🔴
5⃣ Aku bayangkan pula aku seolah-olah BERDIRI di atas titian 'SIRATAL MUSTAQIM' dan menganggap bahawa SOLAT ku kali ini adalah 'SOLAT TERAKHIR' bagi ku.
Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham segala maknanya dan aku menghayatinya.
Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk ; aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.""
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Sabda Nabi SAW :: "ILMU itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ILMU demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya".
Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudara ku dan sahabat-sahabat ku. Kita insan biasa yang kerdil yang sering terleka dan yang sering alpa dek urusan dunia yang sentiasa menghambat kita dan kita pula sentiasa mengejarnya. Maka ISTIQOMAH lah didalam IBADAH kita. Wallahua'lam.
Amalan Solat Dhuha
Demi menambahkan/melimpahkan REZEKI rajin2lah dan selalu2lah laksanakan Solat DHUHA diwaktu pagi antara jam 8.00 pagi hingga jam 10.30 pagi dengan amalannya mula2 di rakaat pertama membaca surah Al-Fatehah di ikuti surah Addhuha dan di rakaat kedua membaca surah Al-Fatehah dan di ikuti surah Annsyrah dan pada sujud yang akhir membaca ayat dibawah ini sebanyak 10 Kali.. sebelum duduk tahyat akhir.
Anda akan terkejut dengan REZEKI yang Allah SWT akan berikan/limpahkan kepada anda...
In Syaa Allah...
Amalan Doa Untuk Anak Yang Nakal dan Degil
Jika anak2 nakal2 sangat..tak mau dengar cakap..Yang suka marah-marah..
1.bancuh satu mug minuman panas..Bacakan ayat
Alam Aq had ilaikumYaa bani Adama alla..takq budussyaiton..Innahulakum aduwummubin..baca 3 kali dan hembus diair tu..Selawat keatas Nabi Muhammad SAW..Tutup mug tu dgn piring..Kalau dia nak minum,suruh dia minum air tu
Maksud ayat.
Dan Aku telah perintahkan kepada Kamu wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan menyembah syaitan?Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!Dan hendaklah kamu menyembahKU,inilah jalan yang lurus..
Tips Anak Pintar Cerdas
Bagi anak-anak minum air yang telah didoakan. Masyarakat Melayu kita kata air jampi. Tapi saya selesa sebut air yang didoakan. Anda tak perlu hantar air kepada ustaz-ustaz, tapi ibu atau bapa boleh buat sendiri. Ini caranya
Sediakan 1 botol air untuk setiap orang anak. Kalau 2 anak, 2 botol dan seterusnya.
Baca ayat 19 daripada surah Al Kahfi. Berhenti pada perkataan “walyatalattof…” dan niatkan “Ya Allah, terangkan hati anakku xxxx sebagaimana matahari menerangi alam.” Dan terus sambung sampai habis. Dah habis tu, tarik nafas sikit dan hembus dalam air yang disediakan.
Pastikan masa anda baca tu botol dibuka tutupnya.
Juga buat bacaan sebanyak 3x.
Bila masa yang sesuai buat ni? Untuk 1 botol yang lengkap, anda perlu buat pada selepas solat maghrib malam Jumaat, solat isyak malam Jumaat dan solat subuh pagi Jumaat.
Dah siap tu boleh bagi anak-anak minum.
Anda boleh buat tiap minggu, atau bila-bila perlu kalau-kalau air tu habis. InsyaAllah ni ikhtiar kita.
Jumaat, 18 Disember 2015
KEAJAIBAN SOLAT TAHAJJUD
Perkongsian dari rakan FB tentang hebatnya mengamalkan solat Tahajud. Jom kita semua lakukan kalau boleh start malam nie jugak. Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya....
Astaghfirullah Hal Adziim.. sebelum saya bercerita kisah benar ini
berkenaan keajaipan solat Tahajjud, saya beristhfar terlebih dahulu agar
di ampunkan dosa-dosa saya bercerita hal ini.. saya benar-benar ingin
memberi perangsang pada anda untuk yakin sebenar-benar yakin akan
kekuasaan Allah swt, saya bukan nak riak. Semoga Allah mengampuni
dosa-dosa saya.
Pada usia saya mencapai 50 tahun, saya ingin benar bersolat depan Ka'abah. Waktu itu, saya telah
lama tidak bekerja..saya pencen perkhidmatan awam di umur genap 40
tahun. Saya hanya bergantung pada suami dan anak sulung segala
perbelanjaan kehidupan. Amat mustahil dalam kemelesetan ekonomi tahun
2011 saya dapat menjejaki ke Tanah Suci. Tambahan masalah lagi anak
bungsu saya masih bersekolah dan amat payah untuk meninggalkan beliau
untuk mengurus diri ke sekolah selama dua minggu saya tiada. Namun
sebagai satu usaha saya lazimkan diri mendirikan solat tahajjud.
Suatu pagi.. selepas saya bertahajjud kira-kira jam 4 pagi, saya berdoa
dengan airmata mohon agar Allah permudahkan saya ke Tanah Suci. Selepas
berdoa saya terlena di atas sejadah. Dalam masa saya terlena tersebut
saya bermimpi arwah ibu memandang saya tetapi macam berkata "Cikna
pergilah dalam bulan september".. Saya terjaga dari tidur apabila azan
subuh berkumandang. Saya terus melihat kalander rupanya cuti Hari Raya
puasa jatuh sama dengan cuti sekolah selama 12 hari. MasyaaAllah.. saya
maklumkan pada anak sulung tarikh tersebut dan beliau terus menempah
tempat untuk saya ke Tanah Suci dan masa yang sama Allah murahkan rezeki
buat keluarga saya. Buat pengetahuan anda semua, Allah telah menjemput
saya menjadi tetamunya bukan saja tahun 2011 malah setiap tahun sehingga
kini.. Alhamdulillah.
Sesungguhnya Allah telah menyediakan ruang
pertolongan yang begitu luas. Pada setiap malam Allah membuka pintu
seluas-luasnya supaya hamba-hambaNya yang bangkit menadah dua tangan
berdoa dan meminta kepadaNya. Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda: "Tuhan kita, Maha Suci dan Maha Mulia
KedudukanNya, pada setiap malam turun ke langit dunia yang paling rendah
sekali di sepertiga akhir malam lalu menyeru: Adakah terdapat sesiapa
yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan? Adakah sesiapa yang meminta
kepadaKu nescaya aku perkenankan? Adakah terdapat sesiapa yang memohon
ampun dariku nescaya Aku ampunkan?" (HR Muslim)
Langgan:
Catatan
(
Atom
)