Keistimewaan Anak Perempuan
Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.
Kanak-Kanak Overdose Vitamin
Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.
Resepi Bayi
Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda
Genius
Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif
Bestnyer Main Buih Sabun
Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun
Impak Kem Motivasi
Impak positif daripada kem motivasi
Tips Cepat Masak Untuk Ibu Sibuk Bekerja
Save cooking time
Senarai Simple Recepi For Breakfast
Pelbagai variasi senarai resepi ringkas
21 Tempat Menarik Di Malaysia
Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb
Rabu, 12 November 2014
Siapakah Huma Hatun
6:16 PTG
Perkongsian Ilmu
Huma
Hatun adalah seorang wanita
yang sangat saya kagumi. Ibu yang hebat dengan gaya fikir yang
bijaksana. Jika boleh, saya mahu duduk rapat dengannya dan belajar serta
menuntut
darinya bagaimana beliau mendidik seorang yang sehebat anaknya. Mungkin
tidak semua orang kenal siapa wanita yang jarang disebut dizaman kita
ini.
Dari
tangannya, lahirlah seorang Sultan yang
lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al Fateh. Penakluk Kota
Konstantinopal yang dikagumi oleh seluruh dunia Islam dan digeruni oleh
Dunia Barat
pada ketika itu.
Nah,
semua orang berfikir untuk
jadi hebat, seorang itu tentu punya tanda -tanda akan jadi hebat dari
lahir. Mestilah dia kelihatan terserlah sejak dari lahir. Saya
nasihatkan,
banyakkanlah membaca dan mengkaji mereka yang hebat ini dari kecil.
Kebanyakkannya adalah seperti kanak-kanak biasa sahaja.
Kenalilah
dan ketahuilah bagaimana mereka yang hebat ini dididik supaya kita
boleh belajar darinya. Supaya kita
boleh mendidik anak kita dengan jalan yang serupa. Kita akan dapati
bahawa mereka juga seperti kita. Melalui susah payah dalam mendidik anak
mereka.
Barulah kita ketahui mereka yang hebat ini ketika kecil sama sahaja
seperti kanak-kanak biasa dengan nakal dan helahnya jika tiba waktu
belajar dan
sebagainya. Sama sahaja seperti anak kita. Mungkin anak kita yang ada
itu lebih baik dari anak-anak mereka.
Muhammad
al Fateh merupakan anak keempat. Jika kita yang biasa-biasa ini mungkin
sudah tidak berapa 'panas' bab mendidik jika dah
sampai anak yang ke empat. Potensi dan harapan kita lebih letakkan pada
anak pertama. MasyaAllah.. ini tidak terjadi pada ibu hebat ini. Beliau
melihat semua anak-anaknya mempunyai harapan yang besar. Setiap anak
dididik seistimewa yang mampu. Dugaan demi dugaan ditempuhi keluarga ini
bila
anak yang telah dididik dan menjadi dewasa dan tiba masa untuk melihat
harapan tersimpan untuk terkabul, anak itu meninggal satu persatu!
Langgan:
Catatan
(
Atom
)