Keistimewaan Anak Perempuan

Besar pahalanya menggembirakan anak perempuan.

Kanak-Kanak Overdose Vitamin

Jadilah sahabat dan pendengar untuk anak anda.

Resepi Bayi

Resepi Menyediakan Makanan Anak Kecil Anda

Genius

Bagaimana anak-anak mempraktikkan perkara dan berfikir secara kritis dan kreatif

Bestnyer Main Buih Sabun

Rangsang perkembangan minda dengan main buih sabun

Impak Kem Motivasi

Impak positif daripada kem motivasi

Senarai Simple Recepi For Breakfast

Pelbagai variasi senarai resepi ringkas

21 Tempat Menarik Di Malaysia

Tempat menarik untuk honeymoon, famili day, release tension dsb

Rabu, 29 Oktober 2014

Tabiat Pemakanan Si Kecil



Anak yang aktif dan bijak adalah impian semua ibu bapa. Melihat mereka membesar secara sihat merupakan satu kepuasaan yang tak ternilai. Bagi mereliasasikannya, perkara utama yang paling penting perlu dilakukan ialah memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat. Hidangan yang sihat antara elemen penting dalam membantu perkembangan otak anak anda
.
Ikan salmon misalannya, kaya dengan kandungan Omega 3, DHA dan EPA. Semua bahan ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan fungsi otak anak anda. Kesannya, anak anda akan lebih fokus ketika belajar dan berfikiran tajam.

Selain itu, telur merupakan makanan yang paling senang didapati dan murah. Kuning telur bagus untuk perkembangan otak anak anda dan pada masa yang sama membantu proses pembelajaran. Sayur-sayuran pula lain ceritanya. Sayuran seperti bayam, sawi, tomato, brokoli dan lobak merah merupakan antara musuh ketat anak-anak. Mereka akan menggunakan berbagai alasan dan cara bagi mengelak memakan makanan tersebut, walhal sayuranlah menyumbangkan kadar vitamin dan serat yang tinggi kepada mereka.

Jelas kelihatan bahawa pengambilan makanan yang berkhasiat terhadap anak anda merupakan faktor terbesar menyumbang kepada kadar kepantasan tumbesaran dan perkembangan tubuh mereka terutama minda mereka. Anak-anak yang diberi makanan yang bernutrisi lebih bijak di dalam kelas, berstamina dan kurang menghidapi demam dan selsema.


Get this widget here
Ruang Iklan Untuk Di sewa